Chereads / Mitologi Rekaan - Fantasia Shieylanamora / Chapter 1 - Segala-galanya Bermula Di Sini

Mitologi Rekaan - Fantasia Shieylanamora

🇲🇾MF_Omar92
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 4.2k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Segala-galanya Bermula Di Sini

Namaku Edraraniana-Akakosha Nolifa, anak kepada seorang penyampai cerita turun-temurun dari generasi ke lima puluh dua; Nolifa Oshkakoshaka-Tetatotanama yang seringkali tenggelam timbul dalam sejarah negara di sebabkan terlalu bersikap suka berahsia. Kerana kami telah di amanahkan untuk memikul tanggungjawab yang di berikan sejak berkurun lama bermula dari generasi yang pertama, kebanyakan masyarakat setempat menganggap kami sebagai orang yang harus di curigakan tanpa sebab dan musabab utama; walaupun tidak perlu rasanya, menurut pandanganku dengan secara terbuka. Tiada apa yang dapat aku lakukan melainkan harus menerima dengan penuh kerelaan layanan mereka yang amat tidak berperikemanusian. Ya, aku tidak inginkan sebarang imbuhan.

Amanah yang telah di wariskan; itu yang aku utamakan dan aku langsung tidak mempeduli akan sebarang tomahan dan kutukan. Bagiku, itu hanya satu dugaan, halangan dan rintangan yang wajib di tempuh oleh mana-mana insan; seperti yang telah di tetapkan oleh kehendak Tuhan. Sukar sekali untuk di pertikaikan kerana agama semenjak permulaannya sudah menerapkan kepentingan memberi sepenuh pengabdian mengabdikan diri mengakui bahawa nyawa ini adalah pinjaman berbayaran dan mengamalkan segala suruhan serta menjauhi segala larangan yang di perkatakan; paling di titikberatkan. Menurut ajaran Mahadeta Balama, 'Hukum Anarkhum' yakni pembalasan setimpal terhadap setiap tindakan di lakukan mencetuskan pembaharuan dalam kefahaman spiritualisma, moraliti, logika, jasmani dan holistika melalui konsep pengimejan Geo-semisimetri Infititi Suci.

Sepatutnya pada usia dua puluh lima tahun, aku layak untuk menjadi seorang penyampai muda. Entah di mana silapnya, aku di ketepian atas alasan; 'masih perlukan bimbingan berpanjangan agar kesilapan yang terjadi pada masa lalu tidak akan berulang kembali sekali lagi'… Kebabian apakah ini? Kebabian apakah ini?! Aku tidak mengerti. Atau aku yang cuba untuk tidak mengerti dan menerima dengan senang hati keputusan ini demi menyedapkan diri akan rasa sangsi terhadap famili sendiri??

Sedih aku apabila mengenangkan semula keterkilanan yang masih berbuku tebal di dalam dada; bagai menghiris-halus jiwa dan raga. Seolah-olah aku hanya satu sandaran sahaja bila di inginkan dan di pulaukan andai kata aku tidak di perlukan. Tidak dapat aku pendam perasaan ini untuk satu jangka masa. Jika tidak, aku juga yang akan merana akhirnya. Argh! Cukup sudah, cukup dengan segala rintihan yang tidak mampu untuk mengubah apa-apa!! Aku tidak mahu sama sekali di belengu oleh rantai-rantai kesedihan untuk kesekian kalinya. Dari terseksa kerana mengingatkan, lebih baik aku teruskan kehidupan aku sebagai seorang sasterawan muda kepolitikan beraliran bebas berkesederhanaan. Itu jauh lebih baik dan lebih menefaat dari menunggu dan tertunggu-tunggu dalam ketidakpastian keputusan.

Aku sungguh bersukacita untuk menjadi diri sendiri dari di bayangi oleh protokol dan pengaruh yang di bentuk dalam keturunan Nolifa. Bukan kerana tidak pernah merasa bangga. Cuma aku tidak mahu hidupku ini terlalu di kongkong seandainya aku bandingkan dengan saudara-mara aku yang selalu menjadi keutamaan dan perhatian lazim pada mata kepala keluarga.

Kebelakangan ini, aku terdengar desas-desus dari kaum kerabat terdekatku mengatakan bahawa 'Tragedi Sakrifikasi Tidak Rasmi Kepada Para Betara Dan Betari Pada Hujung Malam Permulaan Hari Deridenimi' menanti masa untuk terjadi sebagaimana yang telah di ramalankan generasi ketiga puluh tiga selepas 'Peristiwa Duka Menikam Seluruh Lara Dan Atma Meratap Hiba Kehilangan Yang Agung Bijaksana Dari Dunia Nyata'; lapan generasi yang sebelumnya. Bila aku tanya mereka kenapa, masing-masing bermasam muka. Jawapan? Tidak dapat aku memperolehkan. Malah, semakin kuat pula di persoalkan. Membuat aku penasaran. Terasa seperti aku tidak di alu-alukan untuk menjadi sebahagian besar dari mereka semua yang agak berkepentingan.

---

Pada suatu hari yang aku sendiri tidak pasti apa harinya, aku di tugaskan untuk mencari sumber rujukan yang paling berharga tersimpan di sebuah pusat pengekstraktasian ilmiah kebangsaan yang terletak di pendalaman Bahla oleh seorang negarawan Gagera yang mentadbir seluruh Kepulauan Fekka di bahagian kesempadanan utara bagi meringankan bebannya untuk menaksir dan mentafsir segala agenda yang telah di renca dan rencana dengan sebaiknya.Tugasan itu, bagi aku; kelihatan mudah pada mulanya seperti yang aku sangka.

Namun, sangkaan aku mulai meleset; tidak setepat yang aku duga kerana perjalanan ke sana memakan masa hampir sepurnama pada kiraan kasarnya dengan hanya menggunakan kasut terbang yang di berikan oleh negarawan kebanggaan bangsa minoriti Arba-Vaina itu. Herm, kenyataan itu sangat menjengkelkan aku. Di tambah pula, kawasan itu juga merupakan kawasan perbalahan besar di antara puak Posda, Rejha dan Elta yang berlanjutan selama beberapa millenia kerana masing-masing ingin menyatakan hak bahawa mereka layak untuk mempertahankan kedaulatan masing-masing dari di injak-injak secara membabi buta tanpa hendak dan rela.

Menurut pandangan aku tentang ketiga-tiga puak bertelagah itu, pertikaian bodoh mereka semua hanya berdasarkan pada satu sentimen kenasionalismaan yang menggila. Di semarakkan lagi marakan api kebencian dengan kepimpinan yang saling tidak pantang mengalah dan berkeras kepala pada pendirian yang entah apa sebenarnya bermain-main di benak fikiran minda mereka.

Biar aku lupakan permasalahan itu. Dari di fikiri terus, lambat-laun aku juga yang jadi tak menentu. Selepas aku mengucapkan selamat jalan kepada negarawan Gagera itu, aku bergegas meluncur laju ke langit biru seperti helang Mowkanaka pada kelajuan yang tidak tercapai dek akal kewarasan pemikiran; bagaikan di tarik oleh satu medan kuasa kegravitian, tanpa mengalihkan perhatian. Kepulauan Fekka, nantikan aku pulang semula ke sini setelah selesai menjalankan semua tugasan dan misi yang di beri. Aku harap kau akan mengerti setiap kata-kataku ini. Semoga kita berdua di ketemukan kembali. Doakan aku supaya selamat pergi dan kemari.

---

Sudah masuk lima belas hari berlalu semenjak aku meninggalkan Kepulauan Fekka dari pandangan mata kasarku. Perjalananku jika di hitung secara kalkulasi sejak permulaan ekspedisi ini, kini sudah mencecah berpuluh jutaan batu Haowlu. Anggarannya begitu. Tapi aku sahaja buat tidak tahu. Bagi aku, kiraan itu tidak akan menentukan sama ada aku akan sampai ke sana atau sebaliknya. Tidak akan menentukan apa-apa. Ya, benar tanpa dusta.

Sepanjang lima belas hari ini, pelbagai tempat yang aku lalui menjadi singgahan untuk beristirehat dan beribadat sambil mencatat perihal kehidupan masyarakat setempat. Keseluruhannya; tujuh puluh tujuh perkampungan nelayan, pertanian, perladangan dan penternakan; enam puluh sembilan pekan perlombongan, perindustrian, pembangunan dan penyelidikan berpemusatan; lima puluh lima ibu kota ternama dan tiga puluh tiga kota raya terkemuka telah aku lawati dan lewati.

Di antara semua tempat persinggahan itu, yang paling sukar untuk aku melupakan antara semua sekiranya di perbandingankan salah satu dari kesemuanya ialah Monumen Ferrarala Kanoakasyta-Olevyia, Kuil Termahsyur Hododododoa Yarna-Atyishda dan Istana Batu Bata Dahma-Kalkalkalea yang di senaraikan sebagai tempat-tempat paling bersejarah yang tidak patut di lepaskan begitu sahaja kerana tiada siapa yang sebertuah aku untuk menyaksikan di depan mata bukti kelagendaan tersohor dalam mitos-mitos purba dahulukala, Sosko Nio-Ozolos.

Ekspedisi aku teruskan lagi. Pendalaman Bahla yang aku tuju masih tidak kelihatan dari pandangan dan penglihatan. Kerana terlalu keletihan di sebabkan perjalanan itu, aku melelapkan mataku bersandaran di sebuah pokok tua yang di beri nama Zaila-azazalia. Pokok itu; bila sampai musimnya, akan menghasilkan buah yang manis, ranum, berlemak lagi enak sehingga menjadi rebutan ramai orang kerana buahnya tidak selebat buah Jarya Fia-Avea.

Tambahan pula, kerana kelainan terdapat pada buah itu menyebabkan harganya berlambung melipat kali ganda dari biasa. Selalunya buah Zaila-azazalia berharga dalam lingkungan beberapa bentuk batu permata Roka atau bersamaan dengan satu uncang kecil kepingan emas Karaha. Aku pernah menikmatinya semasa aku masih belia remaja. Ya, aku akui memang kelazatan buah itu tidak tergambar hanya dengan kata-kata. Memang benar kata orang-orang tua tentang pokok Zaila-azazalia sehingga di syairkan dalam madah pujangga sastera. Aku pejam rapat kedua-dua belah mataku; terlena.

---

Seru namaku…. Seru namaku… Seru namaku!!! Jangan ragu-ragu… Kerana, aku senantiasa ada di sisimu! Senantiasa menemanimu… Tidak mengira perbatasan masa dan waktu yang berlalu dengan laju!! Ini janjiku padamu, sayangku… Aku tidak akan menipu… Hanya satu yang aku mahu darimu, seru namaku; seru namaku!!!

---

"Shieylaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!"

---

Aku terjaga dari lena seketika dengan secara tiba-tiba. Habis segala mergastua Qanua yang sedang berhinggap, melarikan diri; pantas dari pokok Zaila-azazalia yang aku bersandar kerana ketakutan dengan jerit lolokan aku itu. Lalu, aku berbisik pada diri aku tentang kejadian yang berlaku terhadap diriku. "Shieyla?! S-s-siapakah dia? Apa yang dia mahukan dari aku?? Adakah aku sedang berilusi, berdelusi atau berhalusinasi???," gelengan perlahan ke kiri dan ke kanan - itu saja aku dapat berikan. Lantas aku bangun dari sandaran dan menyambungkan semula perjalanan tanpa memikirkan mimpi tadi yang aku tidak mengetahui sama ada imaginasi atau realiti.

---

Akhirnya, aku sampai juga di pendalaman Bahla pada hari keramat Xema-amexama setelah hampir sepurnama. Hari keramat yang di katakan itu di jadikan perayaan ulang tahun untuk memanjatkan kesyukuran tidak terhingga terhadap Dewataraya Chaca-akocha di antara puak Posda, Rejha dan Elta; di mana hari itu merupakan hari yang di haramkan segala bentuk provakasi dan peperangan selama seharian. Sudah banyak kemajuan di capai, di sini; tidak sama seperti dahulu di mana tiada jalan berturap, gerbang utama dan hiasan-hiasan indah untuk memasuki kawasan yang di kata oleh kebanyakan orang, 'bukan yang calang-calang untuk datang bertandang'.

Terpapar megah skripsi Bahasa Saina-Awatta Illykha; loghat utama bagi rantau Hena Tora-ratoa di hadapan pusat pengekstraktasian ilmiah kebangsaan yang bermaksud, 'Ilmu sama sekali tidak akan menunggu kamu, tetapi kamu yang harus memburu ilmu itu; seandainya itu yang kamu mahu, untuk terus maju dan maju sehingga menyebarangi gelora samudera nan membiru; bahkan berkelana jauh ke ruang angkasaraya yang terbentang luas di atas sana, tanpa sebarang bentuk curiga dan rasa syak wasangka'… - Kata perangsang itu; kalau tidak salah hemat aku, berdekad di jadikan warkah dari ucapan seorang pendetawati bahasa rasmi ibu pertiwi yang berasal dari Kepulauan Fekka di bahagian kesempadanan barat daya.

Sebaik saja segala manuskrip dan kerja-kerja kertas berkaitan aku ambil, aku di datangi seorang pegawai tertinggi pusat pengekstraktasian itu bersama dua orang kakitangannya sebagai pengapit kiri dan kanan. Dia hanya memberi pesan ringkas dalam Slanga Vaddava. "Segala-galanya bermula di sini…" Aku ternganga membiarkan dia dan kakitangannya pergi dalam pembisuan bicara. Apa maksudnya yang sebenarnya? Adakah pesanan ringkas ini berkaitrapat dengan mimpi 'Shieyla' sebelum ini, keturunanku dan aku sendiri? Yang pasti, akan aku temui konklusi dari segala konspirasi yang berselang-seli dengan perkara yang tidak berintisari; sejak dua menjak kebelakangkan ini. Aku janji dan takkan memungkiri!!!

Bersambung...