Aku segera memasang semula Reroda Pasila yang aku buka semasa berada di dalam pusat pengekstraktasian. Hatiku senang bila dapat membawa balik segala surat-surat dan dokumentasi penting untuk Negarawan Gagera yang pasti sudah sekian lama menantikan saat untuk aku pulang ke Kepulauan Fekka dengan keadaan masih hidup dan sihat tanpa kecelakaan.
Yang pasti, segala dokumentasi dan surat-surat yang di bawa harus selamat di sepanjang jalan yang aku bakal tempuh untuk bertemu semula dengannya. Ya, itu yang paling penting melebihi nyawaku sendiri. Kepercayaan setinggi dan tugas seberat ini tidak semua berdaya untuk memikul apatahlagi melaksanakannya. Itu hemat hatiku dari lubuk paling dalam.
Bila aku telesuri semula jalan pulang dari pusat pengekstrektasian selepas mendapatkan semua barang-barang yang di inginkan, aku baru teringat; aku harus melalui jalan yang akan mempertembungkan aku dengan tiga puak yang bertelagah sebelum ini. Ya, tidak lain dan tidak bukan Posda, Elta dan Rejha yang gila dengan perang ketidakadilan mereka.
Aku jadi termanggu seketika memikirkan bagaimanakah cara dari mengelak untuk bersemuka andai saja terjadi peperangan secara tiba-tiba sekiranya aku berada di kawasan puak mereka. Namun aku tiada cara lain. Itu cuma satu-satunya jalan kemari dan juga cuma satu-satunya jalan kembali. Aduh, mahu pecah kepala aku memikirkan perkara itu saja. Haish…
Nafas aku tarik panjang-panjang; dengan seberkas doa, aku hela perlahan-lahan. Menuju ke kawasan yang menjadi pertikian dan perbalahan puak-puak tadi; aku teruskan langkah kanan tanpa memikir atau memaling kebelakang lagi. Aku tahu ini masanya sekarang, kalau tidak; sampai bila harus aku tunggu. Negarawan Gagera pasti sudah tidak sabar menanti kepulanganku.
Masa semakin suntuk, setiba aku di pertengahan jalan; tiba-tiba, peperangan di antara ketiga-tiga puak itu tercetus tanpa aku menduga. Aku yang terhimpit di tengah-tengah tidak ada daya untuk berbuat apa-apa. Semakin lama mereka semua menggasak aku hingga ke penjuru medan perang. Entah bagaimana, aku teringat dengan pesanan dari mimpi sebelum ini.
Aku lantas menyeru dengan suara yang sangat keras… "Sheiylaaa, tolong aku!!!" Mereka semua terpinga-pinga bila aku menyeru nama Sheiyla, dan dia menjelma di hadapan kami yang berada di tengah-tengan peperangan. Ketua puak Posda, Elta dan Rejha sangat terkejut melihat apa yang telah berlaku. Masing-masing tergamam kerana masih lagi tidak percaya.
"K-kamu… B-bukankah kamu…"
"Ya, ini aku, Sheiyla; Sheiylanamora, anak kesayangan Dewataraya Chaca-Akocha…" Kata Sheiyla dengan penuh yakin yang tidak terkata di balik wajahnya yang ayu menawan dan pakaian yang gilang-gemilang. Semua puak-puak yang ada terus merafak sembah terhadap Sheiyla termasuk aku, yang masih lagi terpinga-pinga dalam ketidakpastian. Peperangan terhenti seketika.
"Ya, kau tidak lain dan tidak bukan; Dewi Keamanan dan Kedamaian… Sudah lama kami menanti-nanti kedatangan kau, wahai sang Dewi…" Kata Ketua Puak Posda… Tidak semena-mena; kata-katanya di celah secara tiba-tiba oleh Ketua Puak Elta… "Wahai Dewi Sheiyla, tolong berikan kepada kami keadilan yang sewajarnya…" Ketua Puak Rejha terdiam.
Semua puak kembali bangun apabila Sheiyla menerima rafak sembah mereka dan terus mendapatkan aku dan itu semua membuat mereka semua terperanjat. "Keadilan kalian berada di tangan orang ini… Terima oleh kalian segala kata putus yang dia berikan dengan hati terbuka…" Ketiga-tiga Ketua Puak bertelagah itu segera mendatangi aku. "T-tunggu duluuuuu!!!"
---
Negarawan Gagera ke sini sana, dia mundur-mandir tanpa arah tujuan seolah-olah memikirkan sesuatu di benak fikirannya. Perkara itu di perasani oleh beberapa orang bawahannya yang merupakan rakan sekerja di dalam pentadbiran Kepulauan Fekka Utara. Mereka terus mendapatkan dia lalu menanya. "Kenapa tuan begitu musyghal sekali kelihatannya??? Ada apa yang terjadi???"
Negarawan Gagera menghela nafas panjang. Seraya berkata dengan nada yang sangat sederhana. "Aku masih menunggu Edra Nolifa… Dia masih lagi belum menyerahkan dokumentasi dan surat-surat yang aku inginkan…" Salah seorang dari rakan sekerjanya menyatakan pendirian terhadap kenyataan Gagera. "Itu tak perlu di rungsingkan, dia pasti akan baik-baik saja…" Gagera tersenyum.
"Ehem, ehem; ehem…"
Deheman seseorang menganggu suasana mesra yang baru saja terbentuk. Deheman itu datang dari arah belakang mereka semua dan Gagera segera mengalih perhatian. "Kepala Keluarga Nolifa…"
"Kau anggap saja Edra itu gagal dalam tugasannya… Lebih baik lagi kalau di anggap mati dalam perjalanan…" Gagera sangat terkejut namun berdiam.
"Anak sialan itu; apa lagi yang ingin dia buktikan kepada kita?! Tak cukup-cukup lagikah dia ingin menyusahkan aku dan kita sekeluarga?!" Lengan baju Kepala Keluarga Nolifa di tarik perlahan oleh seorang pengiring yang merupakan ibu kepada Edra dan seorang lagi pengiring yang merupakan anaknya sendiri, mengeleng-geleng kepala. "Hermmm, baiklah begitu…"
Mereka bertiga terus pergi meninggalkan Gagera dan orang bawahannya dalam keadaan terpinga-pinga. "Sebegitu keras penentangan mereka terhadap Edra, tapi kenapa ya???" Tanya orang bawahan Gagera yang sedikit muda dari mereka. "Ini masalah keturunan mereka, kita tidak layak untuk masuk campur…" Kata Gagera dengan nada yang sangat mendatar. Mereka pun bersurai.
---
"Apa ini semua, Shieyla??? Aku tak mengerti!? Tolong jelaskan padaku!!!" Kata aku kepada Shiyela apabila kesemua Ketua Puak yang bertelagah bergasak-gasak mendapatkan aku. Shieyla yang merupakan seorang Dewi mendatangi aku bagaikan menurun tangga dari langit. Dengan pakaian serba gemilang dek cahaya yang terang-berderangaku di dapatkannya dalam pelukan. "Terlalu tiba-tiba, bukan???"
"Sudah sekian lama aku menanti seorang pendamping yang akan membawa aku semula ke Dunia Kayangan… Kau seorang yang baik, aku tidak rugi memilih kau untuk menyelesaikan misi yang telah aku amanahkan dari seorang pendamping ke seorang pendamping yang lain... Aku yakin pilihkan aku kali ini sangat tepat pada tempatnya…" Ujarnya…
Dia menyambung… "Segera, berikan kata putus untuk menghakimi mereka semua atas apa yang mereka lakukan… Aku tahu, kau akan mengadili mereka dengan seadilnya; Edra…" Aku pandang ketiga-tiga ketua puak dan orang-orang mereka. Masing-masing memandang aku dengan penuh pengharapan. Aku menarik nafas singkat dan menghela perlahan-lahan. "Aku sudah membulatkan satu keputusan…"
"Mulai hari ini, peperangan di antara kalian harus di tamatkan dengan segera atas nama Dewataraya Chaca-Akocha, ayahanda Dewi Shieylanamora… Dan hukuman bagi kalian semua ialah…"
Masing-masing agak ketakukan bila aku tarik perkatakan ialah dengan terlalu panjang dan lama… "Kebaktian kepada masyarakat dan agama selagimana kalian semua masih hidup!!!" Semua terperanjat.
"Kan aku dah kata, Edra; aku tak salah memilih kau pada kali ini sebagai pendamping aku…" Shieyla memandang tepat semua puak-puak yang ada di depan matanya. "Izinkan aku merehatkan diri… Pengadilan ke atas kalian sudah selesai… Bersurai!!!!!" Semua puak yang bertelagah mula meninggalkan aku dan Shieyla bersendirian. Mereka semua keriangan.
Bersambung...