Chereads / Kasih Yang Hilang (Lost Love) / Chapter 2 - Kasih Yang Hilang 2

Chapter 2 - Kasih Yang Hilang 2

KYH 3 (Perjalanan)

Harini adalah hari pertama memulakan pengajian di universiti. Mereka bergegas bangun dan menyiapkan diri mereka. Eisha yang sememangnya bangun awal pagi itu menyiapkan sarapan untuk mereka iaitu mee goreng mamak. Rakan rakanya suka akan mee goreng mamak masakkan Eisha dan kerap memintanya setiap kali mereka lapar.

Kelas bermula pada 10 pagi hingga 2 petang untuk subjek teras iaitu Kemahiran berkomunikasi (KK).

Mereka makan sarapan sambil berborak dan rasa bersemangat sempena sem baharu itu dan pembelajaran baharu.

"Agak agak kau macama mana keadaan kelas kita nanti?," soal sara yang happy itu

"Mesti macam dalam drama petang petang tu," balas nur kembali

Mereka ketawa dengan jawapan yang diberikan oleh nur.

"Bagaimana keadaan senior rina erk?," soal Eisha yang tiba tiba membuka mulutnya.

"Dengar cerita, senior rina dah boleh berjalan seperti biasa siap main bola tampar lagi," balas sara sambil ketawa

Perkara itu sudah berlalu 2 minggu yang lalu.. aktiviti orentasi jugak dibatalkan akibat eksiden itu. Mereka diberikan rehat selama 2 minggu sebelum masuk belajar. Eisha mengangguk dengan kata kata sara itu lalu menyuapkan beberapa sudu mee kedalam mulutnya itu. Eisha berharap agar perjalanan kalini tidak membebankan fikiranya sepanjang pengajiannya itu.

Mereka memakai tudung dan bergegas ke kelas apabila jam menunjukkan 9:45 minit pagi. Eisha dan rakan rakanya duduk di meja hadapan, ini memudahkan mereka fokus belajar. Semasa pembelajarannya berlangsung, eisha melihat kelibat seseorang dipintu kelasnya, tetapi tidak mengecam orang itu. Dan membiarkan begitu sahaja. Jam tepat pukul 2 petang, kelas KK itu telah habis dan mereka menuju ke Kantin untuk membeli makanan tengahari kerana mereka malas untuk masak.

"Arhhh, hari pertama sudah ada assignment? Malasnya aku nak buat," rungut sara

Nur dan eisha hanya mengelengkan kepalanya itu.

"Eishaa!!," jerit seseorang

Eisha dan rakan rakanya memandang ke belakang dan melihat senior rina sedang melambai kearahnya. Sara dan nur turut melambai kembali. Eisha hanya tersenyum melihat lambaian itu. Senior rina mendekati mereka.

"Korang dah habis kelas ke?," soal Senior rina

Mereka mengangguk serentak dan sekarang mereka menuju ke kantin untuk membungkus makanan.

"Sebenarnya saya ada membeli bucket kfc, so saya nak bagi dekat awak semua," katanya sambil menunjuk kearah keretanya.

Sara dan nur setuju ini kerana mereka dapat menjimat duit mereka. Eisha hanya tersenyum melihat tingkah mereka. Senior rina memberikan bucket tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana membantu dirinya haritu. Senior rina pergi kerana dia agak terlambat untuk masuk ke kelasnya di sebelah petang.

Eisha hanya memandang ke arah senior rina dan tersenyum. Mereka menuju pulang ke dorm mereka dan menikmati Ayam tersebut.

"Senior rina itu baik kan? First time ada senior sebaik dia," puji Sara

Mereka mengangguk tanda setuju dengan kata kata sara sambil menikmati ayam itu.

*****

"Aku dengar kau buat hal lagi daniel?," soal reza

"Hah?," soal daniel yang pelik

"Aku dapat cerita yang kau mempermainkan perasaan beberapa gadis dekat sini." balas reza lagi

Daniel ketawa mendengar kata kata reza itu.

"Kau ingat aku suka mereka? Mereka itu hanyalah budak budak nak kenal dunia," balas daniel dengan angkuh didepan rakan rakanya

"Suka hati kau lah, jangan sampai kene dekat batang hidung sendiri dan lagi satu jangan sesekali dekat dengan Eisha, faham!?," ugut reza

"Wooo woo, sejak bila kau pedulikan Budak eisha tu?," soal daniel sambil tersenyum sinis

"Sejak aku pedulikan dia," balas seseorang yang tiba tiba muncul iaitu rina

"HAHAHAHA, apa yang kau nampak dekat budak itu, rina? Dah lah macam nerd," balas daniel yang angkuh itu.

Rina hanya tersenyum dan ketawa dengan kata kata daniel kerana dia malas nk bergaduh pasal perkara ini. Rina berlalu dari situ. Reza memandang kearah rina dan memandang kembali kearah daniel dengan pandangan yang tajam dan berlalu dari situ.

"Eisha ye?," bisik hati Daniel sambil tersengih.

*****

"Finally!!!! Siap akhirnyaaaa semua assignment ini," sorak Nur

Mereka semua kepenatan membuat beberapa assingment yang banyak itu. Mereka ada lagi beberapa sem sebelum tamat pengajian. Total semua adalam 7 sem, sekarang mereka berada di sem 5. Cepat masa berlalu bila difikirkan semula. Senior rina sangat rapat dengan mereka serta membawa mereka pergi melancong dan berjalan jalan kalau ada waktu terluang.

Senior rina menjadi anak tunggal selepas kematian diana dan tinggal bersama ayahnya. Ayahnya seorang usahawan berjaya. Kehidupan rina sangat mewah sehinggakan mampu berbelanja setiap hari.

Eisha masih lagi dengan sikapnya yang introvert dan tidak ingin bergaul dengan sesiapa. Eisha rapat dengan rina kerana rina banyak membantunya tetapi tidak pernah mengambil kesempatan keatas rina.

Perjalanan mereka sepanjang menempuhi pengajian disini sangat sukar dan meletihkan diri mereka.

Eisha pelajar cemerlang yang satu satunya pelajar yang mampu meraih anugerah dekan setiap sem. Ini membuatkan ramai orang kagum dengan sikapnya yang mudah memberi ilmu kepada orang yang tidak faham Serta memecah rekod universiti antara pelajar yang terbaik mewakili universiti ke peringkat Negeri dalam berbahas.

Walaupun Eisha seorang yang introvert, dia masih melakukan harian seperti pelajar lain contohnya menyertai kokurikulum dan macam macam lagi.

Cuti Sem akan bermula tidak lama lagi, eisha merancang untuk pulang ke kampung untuk melihat ibu dan neneknya.

Setelah 5 bulan tidak balik semenjak cuti sem lepas, eisha mengemas barang barangnya itu. Cuti sem beelangsung selama 3 minggu. Dia ingin menghabiskan masanya dikampung.

Eisha menghantar semua assignment tersebut di meja pensyarahnya. Ujian akhir akan bermula esok jadi dia bersiap sedia dengan membaca buku.

*****

"Finally, ujian dah tamat ini masanya kita balik ke kampung!." Sorak sara kegembiraan

Mereka pulang sekali dengan menaiki bas kerana mereka satu arah dan satu kampung. Itu adalah kebetulan yang sangat luar biasa. Mereka tiba di kampung tersebut dan masing masing membawa diri ke rumah mereka sendiri.

Eisha pulang dengan gembira dan senang hati kerana dia tidak perlu memikirkan soal pelajarannya lagi buat masa sekarang. Eisha sedar bahawa perjalanan hidupnya tidak semudah yang disangka sebelum ini, banyak perkara yang perlu dia tempuhi dan hadap.

KYH 4 (Try)

*tingggg

Eisha memaling kearah telefonnya yang diletakkan di atas katil itu. Eisha mengosok kepalanya itu dengan tuala.

"Siapa pula yang hantar mesej malam malam ni?," bisik hati Eisha

Eisha pergi ke telefonnya dan membuka mesej ditelefonnya.

"No siapa ni? Private numbers? Takkan sara atau nur kot? Ke senior rina? Tak tak mereka kalau tukar nombor akan bagitau terlebih dahulu," bisiknya lagi

Eisha malas melayan mesej tersebut dan meninggalkan begitu dan menyiapkan dirinya untuk maauk tidur kerana dia terlalu penat sepanjang perjalanan dari KL ke kampungnya itu.

*tingggg 5× **

"Aduhaiii!! Siapa yang mesej aku malam malam ni! Nak tidur pun susah!," marah eisha

Eisha membuka mesej tersebut dan membaca satu persatu.

"Hai, saya ni Daniel, senior awak.."

"Hello awak baca tak?,"

"Awak?,"

"Awak?,"

"Sudah tidur ke?,"

"Tak apa lah nanti saya mesej lagi esk,"

Itulah mesej yang dihantarnya.

"Daniel? Senior aku? Ouh yaa budak playboy tu ke?," soal eisha yang was was itu

Eisha membalas mesej tersebut dan menutup kembali telefonnya dan sambung tido.

"Ye, daniel mane ye?," itulah yang dibalas oleh eisha kepada Daniel.

Eisha melelapkan matanya dam tidak sampai beberapa minit dia sudah lena akibat kepenatan dan tidak menyedari bahawa mesej telah masuk.

"Dia dah tidur agaknya?," kata daniel sambil melihat telefonya sementara menunggunya balas.

Daniel melihat jam diding menunjukkan pukul 11 malam

"Hahaa, dah tidur? Baru pukul 11, memang budak nerd betul dia ni," bisik daniel sambil tersenyum sinis.

"Menurut cerita kawan kawan aku, eisha seorang budak pemalu dan aku tak pernah nampak dia berborak dengan lelaki lain," desus hatinya

Daniel tersenyum seperti merancang sesuatu didalam otaknya.

"Eisha ye," ketawa daniel

*****

"Haaa? Apaaa?!!," soal Rina

"Ya, itulah yang dia cakap," balas reza

"Tak kisah lah dia cakap apa, kenapa awak bagi no eisha dekat daniel?," marah rina

"Daniel minta sebab pensyarah suruh dia manage sesuatu berkaitan bahas denagn eisha, macam lah awak tak kenal daniel, daniel itu kan ketua bahas." Balas reza panjang lebar

"Disebabkan saya kenal dia lah saya tahu, saya cuma risau dengan keadaan eicha," balas rina

"Dahh, tiada apa yang perlu kita risaukan? Eicha itukan dah besar, pandailah dia buat keputusan dia sendiri," balas reza kembali

"Tapi!! Awak ingat ye, apa apa jadi dengan Eisha, memang saya takkan maafkan awak sebb awak yang bagi no itu dekat daniel," kata Rina lagi

Reza mengangguk faham dengan apa yang dikatakan oleh rina. Dia tahu yang rina sayangkan eisha seperti adiknya sendiri.

*****

Eisha bangun dan membasuh mukanya setelah mendengar jam loceng yang menunjukkan pukul 6:50 minit pagi.

"Arhhh, dah lambat!," jerit eisha sambil menuruni anak tangga untuk mengambil wuduk.

Dia bergegas naik ke bilik untuk menunaikan fardhu solat.

Selesai solat dia melihat telefonnya lalu menghidupkan semula telefonnya itu.

"Banyaknya mesej," bisik hatinya

"Aduh, mamat ni nak apa lagi?," soal eisha

Dia melemparkan telefonnya dan membuka telekungnya dan keluar dari bilik dan menyediakan sarapan untuk ibu dan neneknya. Ibunya semakin pulih, tidak mengalami stroke tetapi masih lagi lumpuh.

"Ibu, mari kita makan, eisha ada masak nasi goreng," beritahu eisha dengan lembut.

Eisha turut menyuap neneknya itu, mereka ketawa mendengar cerita eisha sepanjang eisha berada di KL.

"Aihh, kenapa dia tak balas mesej aku ni?," soal daniel

"Takkan tidur lagi kot? Dah pukul 12 tengah hari kot," kata daniel lagi.

"Aduh! Mamat ni nak apa lagi?," soal eisha dalam hati

Eisha membalas mesej tersebut dengan acuh tidak acuh kerana dia malas untuk berkawan dengannya kerana banyak cerita yang dia dengarinya itu.

"Ye, kenapa ya mesej saya? Ada kaitan dengan universiti ke?," balas eisha.

"Aihhh, takkan nak sembang pasal work je kot," gomel daniel dalam hati

Tangan daniel laju mmebalas mesej tersebut.

"Haa Ya, pasal bahas." Balas daniel

"Awak free tak? Boleh kita jumpa?," soal daniel yang memasang umpan.

"Maaf, saya tidak free, lagipun inikan cuti semester, kita rasanya tiada pertandingan bahas untuk sem akan datang, jadi maksudnya saya tiada apa lagi yang perlu dibincangkan." Tegas eisha.

Daniel mengetap giginya itu.

"Susahnya dia ni!!." Kata daniel sambil mengenggam telefonnya itu.

"Entah apa apa senior ni." Kata eisha dalam hati

Eisha sememangnya tahu tentang perangai buaya daniel. Sebab itu dia malas nak melayan lelaki macam ini. Semakin dilayan semakin kita menjadi jadi.

Eisha bingkas bangun untuk masak tengahari.

"Assalammualaikumm!!" Jerit seseorang

"Waalaikumussalam, macam suara Sara," kata Eisha

Sangkaannya tepat, sara dengan nur datang ke rumahnya.

"Haa naiklah, yang korang ni knapa datang sini?," soal eisha

"Lahh, datang melawat pun salah?," soal nur

Eisha menggelengkan kepalanya dan menghidangkan mereka air. Mereka datang kesitu untuk meminta pertolongan eisha mengajar mereka buat kuih.

Kerana mereka ingin meniaga sebagai kuih frozen. Mencari pendapat sampingan. Mereka mengajak eisha untuk join mereka sementara cuti sem ini. Eisha mengangguk setuju dari pada tidak membuat apa apa lebih baik meniaga.