KYH 9 (KAMPUS)
"Kau tahu tak apa yang kau dah buat?" Soal reza dengan tenang sambil duduk di katil bilik hotelnya itu
Daniel terkaku seketika dan berjalan menuju ke arah reza dan duduk disebelahnya.
"Aku tak tahu apa yang aku buat, aku tak sedar," Balas Daniel dengan nada menyesal sambil mengusap mukanya itu.
"Tak sedar? Haha." Balas reza kembali yang kini sedang berdiri dihadapan daniel
"Kau tahu kan Eisha tu segala galanya bagi Rina, kau tahu kan Eisha bukan budak perempuan yang kau boleh bawak ke hulu ke hilir macam perempuan lain! Kau jangan guna rupa kau untuk menarik minat perempuan lain!!." Tengking Reza
Daniel hanya mendiamkan diri dan dia tahu dia bersalah dalam hal ini. Dia betul betul tak tahu apa yang merasuk dia pada waktu itu.
Reza memandang ke arah daniel dengan pandangan yang agak kecewa. Reza menyesal dengan apa yang berlaku, dia mengharapkan percutiaan ini bermakna bagi Rina dan Eisha tapi sebaliknya.
"Kalini, aku betul betul kecewa dengan perangai kau daniel, Kau kawan aku dari mula mula kita masuk Kampus ni, tapi aku kenal Rina lebih Lama dari kau, walaupun Aku tak rapat dengan Eisha tapi aku tahu yang Eisha tu budak yang baik." Kata Reza dengan tenang sambil menuang air ke dalam gelas
"Eisha tak macam perempuan lain daniel, tak macam perempuan lain." Kata reza sambil menggenggam tangannya dengan nada suara serak seperti orang nak menangis
"Apa maksud kau?" Soal Daniel
"Aku nak tanya, semasa kau buat macam tu dekat eisha? Eisha ada menjerit atau merayu dekat kau untuk lepaskan dia?." Soal Reza sambil memandang ke arah daniel.
Daniel perasan semasa dia memegang eisha dan cuba untuk menciumnya, eisha tidak mengeluarkan sepatah perkataan dari mulut, dia hanya menangis dan menggunakan tenaganya untuk melepaskan dirinya.
"Aku rasa kau tahu apa maksud aku, dari apa yang aku tahu Eisha tidak bercakap dengan mana mana lelaki, walaupun keadaan terdesak sekali pun dia tetap tak mengeluarkan suaranya." Jawab Reza dengan perlahan
Daniel terkaku mendengar penjelasan Reza dan mula merasa sangat bersalah kepada Eisha.
"Jadi sekarang kau tahu kenapa aku dan rina cuba untuk protect Eisha. Sekarang kau tahu kenapa aku tak bagi Eisha dekat dengan kau. Semuanya kau dah tahu sekarang, aku taknak Rina menderita kehilangan Eisha, cukup sekali dia kehilangan Diana. Bagi Rina sekarang Eisha segala galanya." Kata Reza lagi sambil mula mengemas pakaian mereka sebelum check out esok.
"Aku tak nak bergaduh dengan kau pasal perempuan, tapi aku tahu kau dah cukup matang dalam hal ini." Kata reza lagi.
Reza keluar dari bilik hotel itu dan menuju ke biliknya. Reza baring dikatilnya sambil mengusap mukanya itu.
"Maafkan saya rina, maafkan saya." Rintih Reza sambil mengelap air mata yang mengalir dipipinya itu
Daniel menutup mukanya sambil duduk dibucu katilnya.
"Apa yang aku dah buat?" Soal daniel kepada dirinya sendiri
*** Keesokkan harinya, Jam 11 pagi.
Daniel dan reza berjalan ke reception hotel untuk check out. Mereka tidak bercakap antara satu sama lain, mereka hanya mendiamkan diri mereka.
"Ehh, itu bukan lelaki yang kejar eisha ke?." Bisik hati Syamir
Syamir melihat gerak geri lelaki itu dan mula bergomel sendirian.
"Sakit mental? Tak macam sakit mental pun?." Soalnya didalam hati
Syamir terkenang perbualannya dengan eisha semalam.
"Wait, tak mungkin lelaki itu nak buat perkara yang tak senonoh dengan eisha?." Bisik Syamir lagi
"Ehh, kejap kejap, kenapa aku masuk campur urusan diaorang pula? Apa kaitan dengan aku?." Soalnya lagi
"Encik, ouhh Encik," panggil seseorang
"Ya ya." Jawab Syamir
"Encik nak check out ye?," soal reception hotel tersebut
"Ya, saya nak check out." Balas Syamir
Syamir menyelesaikan urusan check out dan menuju ke airport sambil melihat tiketnya itu.
"Jam berlepas pukul 12:30pm, jadi aku ada masa lagi 1 jam sebelum berlepas," kata Syamir
Syamir berjalan jalan di airport seketika dan mencari cenderamata, walaupun dia telah beli banyak semasa di pulau, dia ingin membeli lagi.
Tiba tiba dia ternampak satu set pakaian yang berwarna putih. Fikirannya melayang ke Eisha semasa mereka berjumpa di balkoni hotel.
"Apa yang aku fikirkan ni." Tampar Syamir dipipinya sendiri
Syamir melihat jam tangan miliknya dan menujukan tepat jam 12 tengah hari dan dia pergi ke station nya bgi menggelakkan dia terlambat.
"Kenapa aku terkenang kan eisha pula ni?." Gumam dirinya.
"Dari rupa eisha, mungkin dia berumur antara 20 -23 tahun," bisiknya lagi
"Ehh, kenapa aku kisah pasal umur eisha pula ni?," soal syamir sambil ketawa kecil
******
Sem baru dah nak mula, ini adalah sem terakhir sebelum Eisha memulakan praktikal sebagai guru. Cita cita eisha ingin menjadi pensyarah di mana mana pusat intitusi pengajian tinggi (IPT).
"Tak apa eisha, kau kene bertahan selama 5 bulan pembelajaran, yang penting Daniel tak ada di kampus sebab diaorang dah mula praktikal mereka," bisik hati eisha.
Walaupun perkara itu telah 2 minggu berlalu. Dia masih lagi tidak dapat melupakan pengalaman ngeri dalam hidupnya, itu adalah kali kedua selepas Peristiwa dia hampir dirogol oleh kawan sekolahnya semasa di Sekolah menengah.
"Itu adalah kali kedua aku merasa sangat jijik dengan lelaki," desis hatinya itu.
Eisha, sara dan nur menuju ke kelas mereka sebelum itu mereka menuju ke kantin untuk membeli sarapan kerana mereka tidak sempat untuk menyediakan sarapan atas alasan barangan dapurnya habis.
Mereka akan membeli barang dapur setelah pulang dari kelas.
Seusai habis kelas, Eisha dan rakan rakannya menuju ke pasaraya besar untuk membeli barangan dapur.
Setelah hampir 1 jam didalam pasaraya tersebut. Eisha ingin ke tandas dan menyuruh sara dan nur tunggu di pintu masuk. Mereka mengangguk.
Hampir 10 minit eisha ke tandas, sara dan nur mula rasa risau dan mula mencari Eisha.
Mereka terkejut melihat daniel sedang memegang tangan eisha dan mula menolak daniel ke belakang. Keadaan eisha terkejut dan seluruh tubuh badan Eisha mengeletar.
"Apa yang kau cuba buat ni Daniel!!." Soal Sara dengan nada marah
"Aku cuma nak bercakap dengan dia, tetapi dia menunjukkan reaksi macam itu," jawab Daniel yang agak terkejut setelah melihat reaksi Eisha seperti orang yang sedang dalam ketakutan
"Mulai harini aku taknak kau kacau hidup Eisha! Aku nak kau jauh dari dia!!." Tengking nur pula
Eisha masih lagi mendiamkan diri dengan keadaan tubuh badan menggeletar.
"Eisha, saya cuma nak minta maaf sahaja, please jangan buat saya macam ni, saya betul betul menyesal," rayu daniel yang menyesal dengan perbuatannya sebelum ini.
Eisha masih mendiamkan dirinya dan bingkas bangun lalu pergi dari situ dengan bantuan nur dan sara.
Keadaan itu membuatkannya menjadi dia trauma dengan sikap daniel itu.
"Apa yang kau nak dari aku daniel?!!" Soal Eisha didalam hati.
Dia sedaya upaya untuk bercakap tetapi dia tidak mampu walau dia paksa macam mana sekali pun, dia tidak mampu.
Nur memandu kereta dan Eisha duduk di seat belakang sambil menundukkan pandangannya itu. Eisha mengeluarkan sesuatu dari begnya lalu memakan ubat itu dan bersulam dengan air.
Sara memandang ke arah nur dan mengangkat keningnya dan menjeling kearah Eisha.
"Apa yang dimakan oleh eisha," bisik hati mereka yang agak kebinggungan.
"Eisha, kau okay ke? kalau tak kita pergi ke hospital?" soal Sara
"T-tak! aku okay, tak perlu ke hospital." jawab Eisha dengan suara gagap.
mereka saling memandang antara satu sama lain. Eisha masih tidak dapat tenang kan dirinya itu dan setiba di biliknya itu, Eisha bergegas ke bilik air lalu membuka Shower dan duduk disitu.
"Tak! Aku okayy., Ya aku Tak perlu ke hospital, aku cuma terkejut je." bisiknya lagi.
"Eishaa? kau okay tak ni? dah lama sangat kau dalam bilik air ni, aku risau lah." soal Nur sambil menegtuk pintu bilik mandi Eisha
"yaaa, sekejap sekejap, aku dah nak habis dah ni." kata Eisha
"okay." balas Sara sambil melepaskan nafas lega kerana suara Eisha seakan akan reda.
Eisha keluar dari bilik mandi tersebut dan menuju ke dapur dan meminum segelas air sejuk.
"Korang dah masak ke?." soal Eisha kepada sara dan Nur
"Dah, kitaorang tunggu kau je, jomlah makan sekali." kata Sara
Eisha mengangguk tanda setuju dan duduk dengan mereka.
"Eisha, erkk, aku nk tanya.." kata Sara
"tanyalah..," balas eisha sambil mengambil kuah yang ada di hadapanya itu.
"Apa yang kau makan semasa kita dalam kereta tadi?" soal Sara lagi
Eisha sedikit terkejut dengan soalan Sara dan mendiamkan diri seketika
"Em.. itu coklat, aku tenangkan diri aku dengan coklat," kata Eisha sambil menyuapkan makanan kedalam mulutnya itu.
mereka memandang antara satu sama lain sambil mengangkat bahu mereka.
"kalau kau ada masalah.. kau boleh share dengan kami." kata sara
"okay, insyaAllah." balas Eisha dengan ringkas
********
KYH 10 (FlashBack)
"Baiklah, Ini adalah Final projek untuk Sem ini, Saya nak awak semua buat kajian tentang Sejarah Melayu lama Di mana mana tempat bebas atau mana mana intitusi. Awak boleh ambil kad kebenaran kampus untuk buat kajian ini." Kata professor berkaitan dengan final projek
"Elakkan daripada meniru pelajar lain sebab saya tak nak ada masalah semasa saya menanda awak punya report, saya boleh tahu jika awak copy dari students ssebelum ini , jadi elakkan dari meniru!" tegas Prof.Azmi
Masing-masing memandang ke arah satu sama lain kerana mereka baharu sahaja menghabiskan projek ketiga mereka 2 minggu lepas.
"Arghh!! Another project!" Rungut Sara yang baharu sahaja mengemas buku bukunya itu.
"Takpelah sara, inikan projek kita yang terakhir lagipun subjek ni kan takde final exam, markah semua berdasarkan projek yng kita buat sebelum ini je," pujuk Nur yang agak gembira kerana ini merupakan projek yang terakhir yang diaorang akan tempuhi.
Eisha hanya memandang ke arah mereka sambil ketawa kecil, mereka bergegas ke cafeteria yang berdekatan dengan kampus mereka.
"Assignment ni adalah assignment yang terakhir untuk sem terakhir ni." Bisik hati eisha
Eisha memandang suasana yang ada disekelilingnya itu, itu adalah tahun ketiga bagi sem terakhir sebelum dia dan rakan rakannya memulakan praktikal mereka.
"Sejarah melayu lama.., hm." Eisha memikirkan perkara tersebut terlalu lama walaupun projek itu diberikan masa 3 minggu untuk menyiapkan report.
"Kalau sejarah melayu lama.. apa kata aku buat report tentang etnik melayu, dari asal usul hingga konsep bangsa melayu, yeah okay mula mula kita susun dari Etimologi, asal usul, sejarah, budaya dan konsep bangsa melayu," gomel eisha sendirian
"Ahh, tempat yang kita kena rujuk yang pertama adalah perpustakaan lepastu kita ke muzium melayu dan akhir sekali kita rujuk internet!!." Bisik hatinya lagi
"It's will no be that easy to collect all the data, lagi lagi kena rujuk Muzium,"
Eisha buntu seketika ketika memikirkan masalahnya itu.
***Tut Tut Tut
Eisha tersedar dari lamunannya itu dan mematikan alarm telefonnya.
"Ahh, waktu aku makan ubat," bisik hatinya
*** Flashback**
"Doctor, sampai bila saya kena bergantung dengan ubat ni?," soal eisha
"Eisha, sampai awak betul betul sihat," balas doctor wanita itu dengan ringkas dan tersenyum
**Flashback tamat**
"Sihat erk?" Eisha ketawa sendiri bila dia teringat tentang hal itu.
"Dah lama aku tak jumpa dengan doktor tu, dah masuk 2 tahun lebih rasanya," bisik eisha sambil memandang kearah report kesihatanya itu
******
"Doctor!!." Jerit seseorang
"Ahh nurse Ija, kenapa awak menjerit panggil nama saya?," soal Dr. Syamir yang agak terkejut itu
"Dia buat hal lagi doctor," balas Nurse Ija yang tercungap cungap kerana berlari mendapatkan doktor
"Kalini dia buat apa?," soal dr. Syamir
"Dia baling segala yang ada dekat depan dia lepastu dia cuba nak ugut kita dengan menoreh tangannya," balas nurse tersebut sambil berlari ke arah pesakit.
Mereka berlari ke tempat yang berlaku kekacauan tu.
"Tak sampai 2 hari aku masuk kerja, dia buat hal lagi!," rungut dr. Syamir
Syamir yang kembali berkerja selepas bercuti lama membuatkan otaknya kembali tertekan dengan keadaan itu.
Tiba di tempat kejadiaan dr. Syamir melihat pesakit tersebut menoreh tangan dengan pisau lipat yang pesakit curi dari tempat nurse berkerja.
Syamir dah pesan, jangan biarkan barang yang berbahaya dekat tempat kerja lagi lagi mereka berada di mental hospital.
Dr.syamir meredakan keadaan dan pesakit tersebut diberikan suntikan serta merawat dibahgian yang cedera.
Dr.syamir kembali ke pejabatnya dan duduk sambil mengeluh. Walaupun pejabatnya jauh dari ward pesakit dia masih lagi menjalankan tugasnya sebgai psikiatri.
"Abang mir, apa beza psikiatri dengan psycologys?" Kata budak perempuan itu
Syamir memandang kearah budak kecil itu sambil tersenyum
"Apa yang abg mir tahu..Psikiatri adalah doktor perubatan dan dapat menetapkan ubat-ubatan, yang mereka lakukan bersempena dengan menyediakan psikoterapi" balas nya sambil mengusap kepala budak perempuan itu
"Jadi, abg mir nak jadi ahli psikiatri ke?" Soal budak perempuan itu.
Syamir mengangguk dan tersenyum melihat budak itu.
"Dah lama aku tak nampak budak perempuan tu, macam mana keadaan dia sekarang,Nura?," bisiknya itulah nama budak perempuan itu, sangat manis dan sangat lembut orangnya
umur mereka 6 tahun berbeza dan dia berkawan dengan budak kecil itu ketika dia berumur 15 tahun dan budak itu berumur 9 tahun.
"Sekarang aku umur 27 dan dia 22 tahun, agak agak apa dia belajar sekarang?," soalnya dalam hati.
******
3 minggu kemudian
"Arghhhhh!! Akhirnya siap juga kita punya projek! Sekarang nie dah nak masuk minggu belajar untuk final exam setelah bertungkus lumus dalam pelajaran akhirnya kita dah nak abis juga!," rengek Sara
Report masing masing telah dihantar dan di kemas kini bagi mereka yang ingin update report mereka.
Eisha dan rakan rakannya fokus pada revision untuk final exam nanti dalam masa 3 minggu lagi setelah itu dia akan praktikal di sekolah rendah tang dipilihnya selama 6 bulan.