Chereads / Adawiyah's dream / Chapter 3 - bab dua

Chapter 3 - bab dua

Percaya tak pada takdir . Aku percaya pada takdir . Aku akan pastikan auntie fiza kalah dalam taruhannya  . Dalam setahun aku akan bertemu jejaka berdarah Indonesia . Dan auntie fiza pasti menangis nangis belikan rumah idaman aku yang mahal tu .

Aisyah

Kau setuju nak kahwin dengan Fakhrul ..

Balkis

Setuju ke wiyah

Safwana

Setuju??

Adawiyah

Mesti aku setuju beb...aku buat taruhan dengan auntie fiza ....kalau aku dapat capai mimpi aku ..... auntie fiza kena belanja aku rumah idaman aku...hahaha

Aliya

Harap kau kalah lah ya dalam taruhan...

Aisyah

Kau dengki eh...kalau wiyah betul betul dapat macamana ....

Aku tutup telefon . Malas nak layan Aliya si Kuat dengki . Aku menggeliat kan badan . Malas aku nak hadap muka auntie fiza tu . Bila lah ibu dan ayah balik dari Mekah ni.

Aku bingkas bangun dari katil . Lalu aku ambil tuala yang aku sangkut di pintu. Aku masuk tandas cepat cepat .

Selang 30 minit aku keluar dengan pakaian lengkap . Aku lap rambut menggunakan tuala . Hari kebosanan sedunia . Harap semua gembira lah di hari Jumaat ni. Pasti banyak yang lalu . Mesti banyak ambil buah mangga auntie fiza di seberang jalan Tu. Hari jumaat pasti ramai datang surau solat jumaat .

Setelah selesai keringkan rambut . Aku sarung tudung main masuk di kepala . Nak ambil angin segar sikit . Tak payah menghadap muka yang sama setiap hari . Bosan juga. Aku ambil telefon aku letak dalam poket seluar .

Aku keluar dari bilik . Tapi senyap senyap nanti auntie fiza tahu aku jalan pagi buta . Kena Adu dekat ibu .

Aku memakai kasut sukan . Nak joging juga . Aku jalan keliling kampung . Indah pemandangan pagi. Apa khabar langit . Apa bahagia . Suka dan senang lihat aku bangun pagi . Biasanya tidur  sampai tengahari . Ni buat pertama kali dalam sejarah aku bangun awal . Biasanya lepas solat subuh aku terus tidur. Jangan kecam tau

Brukkk

Aduh sakitnya pinggang aku ..keluhku

" Oii buta ke mata...tak nampak aku jalan ...kat sini " tengking ku

" Amboi sedap kau je ...nak marah orang ...kau pun sama..." Tengking nya balik

Aku mendongakkan kepala  . Muka mat Salleh sesat kat Malaysia rupanya . Kena kau tunggu . Aku ambil telefon ku yang jatuh letak dalam poket seluar. Aku bingkas berdiri .

" Kau ...nak Kene ke Mat Salleh...sesat di Malaysia ..."

" Hei....human....you crazy....!! " Sindirnya.

Aku bengang ni nak marah ni . Pagi pagi lagi ada orang rosakkan mood aku yang bagus ni.kang tampar baru tahu.

" Hei..mestilah saya manusia ...awak alien ke...tak kan ...jadi ....pergi blah...aku nak lalu...semak je ...mata aku tengok muka kau macam monkey..." Ujar ku selamba .

Aku berlalu pergi . Baik aku pergi dekat jambatan . Tengok sungai yang bersih . Aku berjalan dengan laju . Ni mesti cepat kalau tak nanti ramai lagi orang yang lalu pergi kerja .

Aku lari laju laju .

Selang 10 minit aku sampai di jambatan . Aku duduk di atas jambatan sambil ayun ayun kaki . Angin menyapa wajahku . Udara segar . Banyak sungguh ikan .

" Lepak sendiri ke.." ujar seseorang di belakang ku

Aku mengerutkan dahi . Aku pusing ke belakang . Mamat bajet hensem ni lagi. Aku pantas menghadap depan balik bila tahu siapa dia.  Aku mencebik .

" Apa kau nak ..." Ujar ku dingin

" Nak lihat cewek cantik..." Jawapnya lalu duduk di sebelah ku

Aku menjeling. Banyak lagi tempat sini juga nak pergi .

" Buat pertama kali aku lihat kau jalan pagi pagi buta lagi....mimpi apa semalam ..." Ujarnya sambil memandang ku

Kan dah agak pasti akan tanya macam tu..salah ke bangun awal cik oiii geram nak tampar je muka dia bajet hensem ..

" Sibuk buat apa....ada kaitan dengan kau...tak kan.... " Perliku

Dia ketawa kecil " mesti ...kau kan bakal isteri aku...jadi wajib tau kau bagitahu..." Ujar nya selamba

Aku membuat muka cuak .  Sejak bila aku setuju ...misi baru nak bermula belum kalah lagi okay ...ni mesti bersubahat dengan si auntie fiza ni..

" Geli aku mendengarnya ...jangan harap lah kau dapat ...ambil hati...aku ...sebab hati aku milik negara jiran .."

" Belum tentu lagi kau dapat....kan... pastilah susah nak cari lelaki macam aku...tahu..." Lagaknya

Aku ketawa terbahak-bahak mendengarnya .  Perasan je tahu .

" Hei Fakhrul ...Jangan kepedean deh...malu beb....pergi blah lah ....nak tenangkan fikiran pun susah .."

" Kau tahu tak ...?!? Aku sayang sangat dekat kau....kalau kau mahu aku boleh ...je jadi Suami kedua kau...nanti...."

Aku hairan . Dia tak sakit hati ke . Aku baru je halau dia ...sah hati batu..

" Tak perlu ...sebab aku dah ada ayah untuk jadi lelaki pertama dalam hidup aku....faham ." Ujar ku sambil mengangkat kening.

" Pengisian hidup aku ...adalah kau..." Ujar nya berkata  kata manis .

What ???

" Gila ke..."

"Ya aku tergila-gilakan kan kau..." Ujarnya selamba

Agaknya betul kata orang yang dia ni Memang gila sikit ...dah macam psiko hmm seram aku..

" Dah lah aku pulang dulu bye mamat psiko " perliku lalu aku berdiri dan berlalu dari situ . Seram aku macam psiko pula mamat bajet hensem tu.

****

" Anak kau ni .....tak setuju nak kahwin dengan si Fakhrul ni.." ujar auntie fiza dalam telefon .

" Lah ye ke ...tak payah lah paksa ...lagipun biarlah dia dengan mimpinya tu...nanti kalau dia penat mengalah lah tu..." Ujar Khairul a.k.a abah

" Lah ya ke...Za ada buat perjanjian ni...kalau wiyah dapat kahwin dengan anak indo ni ....Za kena belanja dia rumah idaman Nya...bila wiyah tak dapat....kena kahwin dengan Fakhrul ...tu..."

Khairul ketawa kecil " baguslah tu...satu minggu lagi kita nak balik ni....kasi tahu lah si wiyah tu ya... Assalamualaikum "

" Waalaikumussalam..."

Tutt

" Padan muka kau ...aku akan pastikan gagal misi kau tu ...supaya aku boleh ....rampas harta ayah kau....kedekut sangat .." ujar fiza sambil tersenyum sinis

" Aku kena pastikan rancangan aku berjalan lancar ...kena bincang dengan pak Karim ni..." Kata fiza lagi

Fiza tersenyum sinis . Lalu ketawa terbahak-bahak . Gila harta betul !!

" Fiza!!!! " Tengking Hisham

Mata fiza terbeliak . Perlahan-lahan dia pusingkan badannya menghadap suaminya . Muka Hisham yang merah membahang .

" Itu niat fiza nak jodohkan wiyah ya....baru aku tahu....aku akan bagitahu .....Khairul ...kau tengok lah....langit tinggi ke rendah ..." Marah nya lalu keluar dari bilik . Pintu dihentak .

Fiza menepuk dahinya .

" Kau bodoh sangat kenapa ...aku takkan biarkan ...kau sempat bagitau ....aku akan bunuh kau .... merosakkan rancangan aku je..." Ujarnya lalu tersenyum licik

Fiza pun menelefon seseorang .

****

Aku masuk ke dalam kedai mak minah . Aku hiraukan pandangan orang lain . Aku pergi ke bahagian rak snek . Aku ambik keropok potato satu lalu letak dalam bakul . Aku pergi ke rak sebelah pula aku pergi ambik satu bungkus Maggie . Selesai beli aku terus pergi ke meja kaunter .

" Nah mak minah " ujarku lalu letak bakul atas meja kaunter

Mak minah tersenyum " wiyah lama tak nampak ...jarang keluar ....ni baik baik ke ..." Soal nya prihatin

" Alhamdulillah mak minah..." Jawapku ikhlas .

" Baguslah tu...ni mak minah nak pesan ...hati hati dengan auntie kamu tu jangan percaya sangat ....ada udang di sebalik batu ....ada yang tengah dirancangnya.....jangan terlalu patuh sangat arahan nya ...kalau boleh....jangan makan masakan dia ...ya ...." Pesan mak minah sambil meletakkan barang barang di dalam beg plastik

" Ya mak minah ....terima kasih lah .." ujarku lalu mengambil beg plastik dan keluar dari kedai...

Apa maksud mak minah dengan kata macam tu ..aku rasa aku patut siasat ni...kalau ini ada saling paut dengan harta ayah ...aku kena halang....kataku dalam hati

Aku pun berjalan menuju pulang ke rumah . Aku melambatkan langkah . Aku rasa ada yang mengikuti aku dari belakang . Aku berhenti melangkah lalu aku pusing kan badan ke belakang .

" Siapa tu..."

"..."

Aku menggaru kepala . Aku teruskan perjalanan . Aku cuba beranikan diri untuk tetap melangkah pulang ke rumah . Seseorang memukul bahuku dari belakang  . Langkah ku terhenti seketika.

" Siapa tu..."

" ..."

Gulp

Aku menelan air liur. Aku pejam mata lalu aku pusingkan badan ke belakang . Aku buka mata perlahan-lahan . Betapa terkejutnya aku .

" Akhhh !!! " Teriak ku.....