Selepas kejadian itu , aku demam mengejut . Kini aku masih terbaring di atas katil hospital . Sungguh bosan . Sudah tiga hari aku tinggal di hospital . Dah lah bau ubat di mana mana .
" Uncle bila ..saya boleh balik...." Rungut ku
" Sabarlah ....sapa suruh tak mau cerita kenapa boleh pengsan di tengah jalan ...nasib ada uncle lalu kalau tak ...sampai sekarang kamu tidur di jalan tu..."
Aku mencebik .
" Yalah dah tahu macam mana ....juga...wiyah tak ready nak cerita lagi....biarlah ia misteri ...." Ujar ku sambil menyilangkan tangan di dada
" Tak pe lah ...kalau ready wiyah cerita ya...."
Aku angguk kepala.
" Ahh hati hati ....dengan auntie fiza ya ..." Pesan nya
" Kenapa semua pesan ..benda yang sama dekat wiyah...ya ....ada sesuatu uncle rahsia kan ke....bagitahu..." Ujar ku sambil mengangkat kening . Hairan .
Raut wajah uncle Hisham terus berubah . Aku lagi curiga ni..
" Tak de...wiyah....."
Aku angguk kepala . Takpe nanti aku siasat .
" Bila wiyah boleh balik ...."
" Nanti tanya uncle tanya nurse ya ..."
Ya !!
" Wiyah !!! Kau okey ....." Teriak Safwana sebaik sahaja masuk.
Dia memeluk ku sebaik sahaja sampai di depan ku. Aku cuba melepaskan pelukan . Safwana pula makin eratkan pelukan.
" Woi nak aku mati ...ke ." Marah ku.
Safwana melepaskan pelukan . Dia tersengih sengih macam kerang busuk. Aku menjeling .
" Sorry....apa yang berlaku .. kenapa kau boleh pengsan ....di tengah jalan ya ..." Soalnya sambil duduk di hujung katil.
Aku mengeluh . Nak cerita ke tak nak ...tak payah lah tambah risau pula nanti
" Aku belum ready untuk cerita lagi ...maaf..."
" Tak pe aku faham ....kau cerita lah bila kau ready tuk cerita ..."
Aku tersenyum dengan wajah yang pucat . Semenjak ni banyak benda pelik yang berlaku . Aku sering diganggu oleh makhluk hitam . Aku tak faham . Aku tersenyum hambar .
" Macam mana kuliah kau...okey..." Soal ku mengalihkan topik
" Okey .....cuma aku gagal sekali jadi aku kena ulang balik.....lah " Jawap nya
Aku hanya tersenyum .
****
Jam menunjukkan pukul lapan malam . Aku hanya sendiri di dalam bilik . Aku tenung syiling hospital . Kenapa macam sekelip mata berubah . Semenjak kejadian tu aku selalu rasa ada yang mengikuti ku.
" Adawiyah " seseorang memanggil namaku . Kedengaran sayup-sayup suaranya.
Gulp
Aku menelan air liur . Aku beristighfar dalam hati. Aku cuba beranikan diri . Bayang bayang hitam lalu laju di depan ku . Aku terkejut . Aku menutup mulut .
" Adawiyah " suara itu kembali menyebut namaku. Kali ni suara nya kedengaran kuat .
Aku beristighfar lagi dalam hati . Aku baca ayat kursi . Aku cuba beranikan diri ku .
" Jangan ganggu aku ...aku tak ganggu kau..." Ujarku perlahan
Bayang hitam itu lalu lagi di depan ku . Tapi kali ni tak laju seperti tadi . Aku pejamkan mata . Airmata mengalir deras . Keringat bercucuran di dahi . AL quran aku peluk dekat dada .
Pang !!
Sesuatu barang jatuh . Air mata mengalir dengan deras lagi .
****
" Fiza takkan berhenti...."
" Kau dah rosakkan hidup abang kau sendiri ..tau kalau kau teruskan juga rancangan tu ...faham ...!!!! " Tengking Hisham
" Tak fiza takkan berhenti... faham ....fiza tetap teruskan rancangan fiza nak rampas harta...abang fiza.."
Hisham menampar fiza .
" Sampai hati abang ....!!! " Teriak nya sambil memegang pipi nya yang merah
" Fiza dah melampau ....ingat ...ni kalau apa-apa terjadi ...pada keluarga wiyah ....abang bersumpah takkan maafkan fiza hingga akhir hayat abang....fiza binti Jaafar aku ceraikan kau dengan talak tiga ..." Ujar Hisham dengan suara lantang
Fiza terkejut . Fiza terkulai lemas . Hisham keluar dari bilik . Pintu dihempas kuat.
" Kat mana aku nak tinggal ..." Ujarnya lirih
Fiza mengambil telefonnya . Fiza menelefon seseorang .
" Buat lebih teruk ..." Ujar fiza sebaik sahaja panggilan bersambung
" Baiklah tapi bayaran lebih tinggi ...."
" Aku akan ....bayar kau buat je kerja kau...." Ujar fiza malas
" Baiklah ...kali ni atas nama siapa ...? "
" Atas nama Hisham ...." Jawap fiza
" Baiklah ...aku akan buat....pasti akan lebih menderita ..."
Fiza ketawa terbahak-bahak " bagus ...aku nak kau ....buat malam ni juga ....aku akan lihat hasilnya ...."
Tutt
Padan muka kau Hisham kau ceraikan aku ya...kata fiza dalam hati..
***
Aliya tersenyum melihat sebuah gambar . Aliya merobek gambar Adawiyah . Aliya memandang penuh kebencian . Aliya buang gambar itu ke dalam tong sampah
" Aku benci kau ...semua kau Rampas..."
" Kau penyebab nya Fakhrul tak suka aku...aku benci kau ...semua support kau ...aku tak ...kenapa dan mengapa.....aku benci kau ... sangat benci...."
Tok tok tok
Pintu bilik diketuk. Terhenti seketika Aliya membakar semua gambar adawiyah . Aliya berjalan ke arah pintu .
Cekleck
Pintu bilik dibuka.
" Nak apa...!! "
" Aku nak masuk boleh..." Pinta nya
" Masuk lah..."
Aliya pun membiarkan pintu bilik dibuka . Aliya terus duduk di atas katil. Suriya turut menutup pintu bilik lalu duduk di sebelah Aliya .
" Adik ....cukuplah tu dengan dendam adik....boleh tak..."
" Itu je .." ujar Aliya malas
" Apa faedahnya bila adik ...buat macam tu...ingat boleh buat adik dapat si Fakhrul tu...." ..
Aliya menjeling " banyak lah...adik puas ...faham ..." Marah nya
Suriya mengeluh " adik...ingat ni ya ...apa kata kakak ....bila terjadi sesuatu dengan keluarga Adawiyah.... kakak cakap awal awal....kakak takkan masuk campur dalam urusan adik....adik uruslah ....tu sendiri jangan libatkan mak dan ayah langsung...jadi bila akak dengar ...je ...ada sesuatu berlaku ....adik tanggung sendiri ...jangan libatkan akak ...abang mak dan ayah... uruskan sendiri....jangan menyesal....bila adik hilang kawan adik....jangan salahkan kakak bila tak tolong adik....faham ....sebab kakak dah cakap awal awal ....jadi ....mulai sekarang semua tu urusan adik seorang ..." Ujar Suriya malas lalu keluar dari bilik.
" Akak ..."
Suriya berkali kali nasihat si Aliya. Tetapi aliya keras kepala tak nak Dengar nasihat. Dasar hati batu ..
****
Aku menangis teresak esak di dalam selimut . Tak henti-henti ganggu aku. Aku salah apa . Aku bingung . Kalau lah ada seseorang bantu aku lari dari semua ni. Aku menderita . Pasti aku berterima kasih sangat pada yang membantu aku lari dari semua ni. Aku penat hadap ni hari hari
Aku turun dari katil . Lalu aku masuk ke dalam tandas untuk ambil wudhu . Setelah selesai wudhu aku menyarung telekung . aku solat tahajjud .
Dalam sujud aku menangis teresak esak . Aku mohon pada Allah agar hadirkan seseorang untuk bantu aku lari dari semua ni. Aku lelah aku penat . Aku ingin bebas . Ya Allah bantu hamba MU ini..
Setelah selesai aku memberi salam. Aku berzikir . Mungkin aku terlalu jauh dari Allah . Aku cuba dekatkan diri ku kepada Allah . Aku tak kuat ya Allah .
Aku menadah tangan berdoa " ya Allah.. ampunilah dosa ibu dan ayah ku ..dan juga dosa keluargaku. Engkau permudahkan urusan ibu dan ayah ku....lindungilah mereka dari orang yang berniat jahat kepada Mereka...ya Allah aku tak kuat ya Allah ....kau berilah aku kekuatan untuk mengharungi ujian ini ya Allah....kuat kan hamba ....tabahkan hati hamba...ya Allah....ampuni dosa hamba .....engkau hadirkan lah seseorang untuk membantu ku untuk selesaikan masalah ini.....dan engkau lindungilah keluarga ku dari sihir atau santau ....aku mohon ya Allah....aku meminta pertolongan Mu....hamba mohon ya Allah .... aaamin Rabbal Alamin ...."
Aku pun mengaminkan doa . Aku baring atas sejadah . Aku terasa nyaman . Hati terasa tenang . Jiwa terasa sejuk.