Chereads / TERGANTUNG SEPI / Chapter 9 - BAB 9

Chapter 9 - BAB 9

Aku melangkah tanpa arah tuju, Ya ketika ini hati aku sakit sangat. Sakit yang tak mampu di ungkap dengan kata kata, gambar yang dikirimkan kepada aku tadi sungguh buat hati aku luluh, hancur dan terluka. Kini aku hanya bergantung kepada yang MAHA ESA agar aku tabah menghadapi ujian ini.

Ridzwan sedang memandu, matanya tepat memandang susuk tubuh seseorang yang seperti ia kenali. Ridzwan mengambil keputusan untuk memberhentikan keretanya di tepi jalan, untuk memanggil orang itu, "encik encik" panggil Ridzwan tetapi orang itu tidak menghiraukan panggilan Ridzwan, jadi Ridzwan mengambil keputusan untuk keluar daripada keretanya untuk mengejar orang itu.

Ridzwan keluar daripada keretanya lalu terus mengejar orang itu, "maaf encik" Ridzwan menepuk perlahan bahu orang itu. "Hanan" Ridzwan agak terkejut kerana tidak sangka berjumpa dengan wanita ini di tepi jalan ini. "maaf kita kenal ke?" Tanya aku pada lelaki itu.

"saya Ridzwan, kawan Danial saya ada dating majlis awak dengan Danial semalam" aku agak terkejut apabila tahu ia rakan Danial. "oh yeke, maaf saya tak ingat sebab ramai sangat orang semalam." Aku memberikan senyuman palsu kepada lelaki itu.

"Hanan nak kemana ni?, sorang jer ke?, mana Danial?" seperti polis aku rasa apabila lelaki ini menyoal aku pelbagai soalan. "Hanan nak balik rumah, sorang jer Danial tak ada" jawab aku. "Danial tinggalkan awak ke?" agak terkejut aku mendengar soalan itu, tidak mungkin aku mahu memburukkan suami aku walaupun itulah kebenarannya. "taklah, Hanan daripada hotel, dompet Hanan hilang, jadi Hanan tak boleh nak panggil Grab. Sebab tak ada duit" jujur aku.

"kalau macam tu saya hantar Hanan balik jelah" pelawa Ridzwan, "eh tak payah, lagipun Hanan dah biasa jalan kaki. Dulu waktu sekolah Hanan pergi jalan kaki jer. Jadi Hanan dah biasa jalan kaki" tidak mungkin aku mahu menumpangnya.

"Hanan, tu kat kampung tau. ni Bandar banyak sangat orang jahat. Walaupun tengah hari terik ni, masih ada orang jahat, kalau tiba tiba kejap lagi kena culik macam mana?. Saya akan rasa menyesal seumur hidup saya sebab tak paksa Hanan untuk ikut saya balik" aku seperti rasa sebersalah dengan lelaki ini, betul jugak kata lelaki ini dekat Bandar ni banyak gila penjenayah tidak kisah siang atau malam.

"kalau macam tu awak boleh hantar saya dekat alamat ni" aku menunjuk alamat yang Danial berikan kepada aku. "ni rumah siapa?, setahu saya Danial tak ada rumah dekat Shah Alam?" aku hanya tersenyum sumbing. "saya tak tahu, tapi kolej saya dekat situ. Mungkin Danial beli rumah dekat dengan kolej saya?" jawab aku.

"oh mungkin, dah jomlah saya hantar Hanan" aku mengikut belakang Ridzwan, Ridzwan membukakan pintu kereta untuk aku. Sungguh aku malu dengan layanan yang diberikan oleh Ridzwan sangat berbeza dengan Danial. Ridzwan focus memandu keretanya, aku hanya mendimkan diri sahaja, muka aku berubah terkejut apabila perut aku berbunyi dengan kuat, ya aku rasa Ridzwan mendengarnya.

Aku mendengar Ridzwan ketawa. Sungguh aku malu ketika, wajar jugak perut aku berbunyi sebab tidak di isi daripada pagi lagi. "Hanan lapar ke?, nak Abang Ridz bawak Hanan pergi makan sebelum hantar Hanan balik?" akun agak terkejut apabila Ridzwan membahasakan dirinya Abang Ridz. "Hanan tak ada duit, hantar jer Hanan balik terus" ya aku memang tiada duit ketika ini,

Tiba tiba aku melihat kereta Ridzwan masuk ke sebuah lorong terdapat pelbagai kedai di situ, Ridzwan memarking keretanya di hadapan sebuah Restoran yang agak mewah, "jom Hanan, kita makan dekat sini. Saya pun lapar jugak ni sebab tak sarapan pun pagi tadi" Ridzwan yang baru sahaja mahu keluar daripada kereta di tahan oleh aku. "Hanan tak ada duit lah, nak makan dekat tempat mahal macam ni" Ridzwan ketawa.

"Abang Ridz tak mintak pun Hanan bayar, Abang Ridz belanja" aku menahan Ridzwan lagi. "kalau kita makan dekat tepat lain boleh?" Tanya aku. "Hanan nak makan dekat mana?" aku tersenyum memandang wajah Ridzwan.

Ternganga Ridzwan melihat kedai yang Hanan membawanya ini, seumur hidupnya belum pernah ia makan di tempat begini, "jom masuk" aku mengajak Ridzwan masuk, aku tahu mungkin Ridzwan tidak pernah makan di tempat yang begini. Riak muka Ridzwan sahaja aku tahu mungkin ia kurang selesa, aku mengambil tempat yang kosong, manakala Ridzwan pula mengambil tempat di hadapan aku.

"awak tak selesa eh, saya ajak awak makan dekat sini" aku betanya kepadanya apabila ia memandang disekeliling warung ini. "bukan, Abang Ridz tak pernah langsung makan dekat tempat macam ni, Mummy Abang pernah kenalkan beberapa calon isteri dekat Abang, tak ada sorang pun yang ajak Abang makan dekat tempat macam ni. Semua, ajak abang makan dekat tempat mewah" aku mendengar luahan Ridzwan.

"nak pesan apa ye?". Tanya pelayan tersebut, "Hanan, pesankan untuk Abang sekali boleh?" aku hanya menganggukkan kepala sahaja. "saya nak pesan, nasi goreng pataya dua, dengan milo ais pun dua" selepas sahaja pelayan itu mengambil oder terus sahaja ia berlalu pergi.

"Hanan nak tanya sesuatu boleh?" Ridzwan hanya senyum memandang aku. "kenapa awak bahasakan diri awak Abang ye dengan saya?" tanya aku. "Hanan kan muda lagi, saya ni dah tiga puluh tahun tau, logik apa kalau saya bahasakan diri saya ni Abang. Lagipun tak salah pun kalau Hanan nak panggil saya Abang" jawabnya. Aku hanya tersenyum sahaja mendengar jawapan Ridzwan ada betulnya jugak.

Aku dan Ridzwan berborak kosong sementara menunggu pesanan sampai, aku terasa hilang sedikit masalah yang ada dalam kepala kerana Ridzwan sangat pandai menghiburkan hati aku. Sempai sahaja makanan yang di pesan aku dan Ridzwan pun makan sambil berborak, aku terasa selesa apabila bersama Ridzwan aku dapat merasakan ia seorang yang baik.

"Hanan, dah selesai belum. Abang Ridz nak pergi bayar" aku hanya menganggukkan kepala sahaja, sambil mulut aku menyedut minuman.aku melihat Ridzwan pergi ke kaunter pembayaran, aku mengambil keputusan untuk menunggunya di kereta sahaja. Aku sudah nampak kelibat Ridzwan mendekati keretanya. "jom Hanan Abang hantar balik" aku hanya mengangguk dan terus masuk kedalam kereta Ridzwan.

Kereta Ridzwan sudah sampai di kawasan rumah yang telah di beri alamat oleh Danial. "Abang rasakan, betullah kut Danial beli rumah baru. Tu kereta dia ada" aku melihat kereta audi Danial terpaking elok di hadapan rumah. "kalau macam tu Hanan masuk dululah" aku baru sahaja mahu keluar tapi di haling oleh Ridzwan. "Abang pun nak ikut, nak jumpa Danial" aku hanya mengangguk sahaja. Kami berdua keluar daripada kereta, lalu melangkah menuju ke pintu utama rumah.

Rumah ini tidaklah sebesar rumah rumah bapak mentuanya, rumah ini boleh di samakan seperti rumah taman yang mewah, kerana mempunyai security gurd di bahagian pintu masuk sebelum masuk dke dalam kawasan perumahan ini. "Assalammualaikum Danial" panggil Ridzwan, tidak sampai beberapa minit, terlihat susuk tubuh Danial membuka pintu itu. "eh Ridzwan, macam mana kau tahu aku tinggal sini sekarang?" tanya Danial pelik, setahunya ia tidak pulak memberitahu Ridzwan yang ia akan tinggal di sini.

"aku Nampak Hanan dekat tepi jalan tadi, tak akan aku nak biarkan dia jalan panas panas macam ni balik rumah, tu yang aku offer nak hantar dia tu, lagipun bahaya Danial, banyak penjenayah sekarang" aku dapat rasakan Danial sedang memandang tajam kearah aku. Tetapi aku menundukkan kepala aku, aku lebih rela memandang lantai daripada melihat muka garang Danial itu.

"ouh yeke, jomlah Ridzwan masuk dulu." Pelawa Danial, "eh tak apa, aku nak cepat ni. Nak balik dulu sebab Mummy aku dah bising yelah dah lama tak balik rumah dia" kata Ridzwan. "HAHAHAHA, ha tulah kau, suka sangat mengelat nak balik rumah Mummy" ketawa Danial.

"kau ni Danial, bukan tak tahu Mummy aku tu macam mana. Sibuk nak jodohkan aku dengan anak kawan kawan dia. Tu yang malas nak balik tu" ada sedikit keluhan yang di dengar. "okeylah Danial aku gerak dulu, apa apa rojer" kata Ridzwan. "haa yelah, hati hati bawak kerta"pesan Danial pada sahabatnya itu.

Hilang sahaja kereta Ridzwan, cepat sahaja tangan Danial menarik rambut aku masuk kedalam rumah. Tubuh baku di campak Danial, "kau mengadu apa dekat Ridzwan?!!!!" tengking Danial. Aku takut dengan tengkingan itu "saya tak mengadu apa apa" kata aku perlahan. "bodoh punya perempuan, kau pergi mana dengan Ridzwan haa!!!!!!, petang baru sampai rumah!!!!!!" tengking Danial lagi.

"saya tak pergi mana mana pun dengan Abang Ridz" kata aku. "apa?, kau panggil dia apa?" tanya Danial kasar. "Abang Ridz" jawab aku takut takut. Danial menunjal nunjal kepala aku, "kau tu tak layak nak panggil dia Abang lah, geli aku dengar. Kau tu orang bawahan patutnya orang macam aku Ridzwan dan orang yang setaraf dengan aku ni, kau patut panggil Tuan, sebab kau tu taraf macam hamba jer" terlalu hina kata kata Danial

"kau tak payah buat drama air mata dekat sini, mulai harini bilik kau dekat dapur yang sebelah tandas tu. Jangan pandai pandai keluar kalau aku tak panggil, kau hanya boleh keluar bila nak pergi bilik air sahaja!!!!!. Dan jangan makan atau minum kalau aku tak suruh, kalu aku dapat tahu kau langgar arahan aku, mati aku kerjakan kau. Ingat semua yang ada dalam rumah ni hak milik aku, and kalau nak pergi kolej pandai pandai kaulah ye, ku tak nak ambil tahu." Kata Danial pada aku.

"malam nanti aku nak pergi rumah Papa, aku bagi masa satu jam sahaja untuk kau kemas barang aku dan kau dekat sana. Kau lambat aku nak kau jalan kaki sendiri balik sini faham!!!!" arahan Danial. Aku hanya mengangguk sahaja. "kau tunggu apa lagi, berambuslah masuk bilik kau, semak jer dekat sini!!!" dengar sahaja tengkingan itu, terus aku belari kearah dapur dan masuk ke dalam bilik yang di katakana Danial tadi.

Aku membuka pintu bilik itu, aku sedikit terkejut apabila melihat dalam bilik ini hanya ada kotak dan bantal sahaja, nasib dalam bilik ini ada kipas syiling tidaklah terlalu panas. Aku reda dengan nasib aku ini, aku membuka kotak itu, kotak itu akan aku jadikan sebagai alas tempat tidur aku, aku membaringkan badan aku di atas kotak tersebut. Tidak lama lepas itu aku terlena dengan linangan air mata.

****************************

BUSH!!!!!!!! Aku terkejut apabila terasa satu simbahan air tepat kena pada muka aku. "membuta jer kau, cepatlah siap aku nak pergi rumah Papa ni!!!!!" marah Danial. Tanpa berlegah lagi terus aku membersihkan badan dan menukar pakaian, yang ada dibawa ketika aku tidur di hotel pada hari itu.

Aku dan Danial sudah sampai di rumah Tan Sri Malek, "ingat jangan kau nak mengadu dekat sapa sapa, kalau aku tahu siap kau. Dan aku hanya bagi kau masa satu jam sahaja untuk berkemas, kalau lebih daripada satu jam, kejap lagi kau balik jalan kaki" amaran Danial. "baik, Encik Danial"

"aku nak kau bawak semua baju aku yang ada dalam almari tu, Cuma tinggalkan beberapa t-shirt sahaja, faham!!!!!" aku hanya mengangguk sahaja. Masuk sahaja dalam rumah itu, cepat cepat aku naik ke tingkat atas, untuk mengemas baju, aku takut kalau Danial meninggalkan aku di tepi jalan, lagi lagi aku tengok cuaca macam mahu hujan.

"eh Danial bila sampai" tegur Tan Sri Malek, yang melihat anak lelakinya berada di bahagian ruang tamu, "eh Papa, baru jer sampai" jawab Danial macam acuh tak acuh. "Hanan mana?, Papa tak Nampak dia pun" tanya Tan Sri Malek. 'orang tua ni, sibuk now nak tanya perempuan kampong tu' bisik hati Danial.

"dekat atas Pa, tengah kemas baju nak bawak pergi rumah baru yang Papa hadiahkan tu" jawab Danial. "eh Danial tak tidur sini ke?" tanya Tan Sri Malek. "tak kut Pa, lagipun esok Hanan dah mula kelas," bohong Danial, itu sekadar alasan Danial untuk tidak tidur di rumah itu. Lagipun dia bukan tahu jadual kelas isterinya itu.

"hmmm betul jugak" kata Tan Sri Malek, Hanan membawa dua turun bagasi yang agak besar. "eh Hanan banyak beg?" tegur Tan Sri Malek. "ni baru dua Pa ada lagi satu dekat atas" jawab aku. "ni baju Danial sekali?" tanya Tan Sri Malek. Aku hanya meengangguk sahaja. "Danial, apa kamu ni bagi isteri bawak beg berat berat ni, tolong isteri kamu ni" tegur Tan Sri Malek.

Danial tersenyum palsu,, ia datang mendekati aku "sayang, abang kan cakap tadi, lepas sayang siap kemas panggil abang, biar abang yang angkat bawak kereta" aku tersenyum "sorry sayang lupa pulak" balas aku, tiga bagasi Danial bawak masuk ke dalam keretaanya, selepas selesai kami berdua mintak izin untuk pulang ke rumah.

Keluar sahaja kereta Danial daripada kawan rumah Tan Sri Malek, hujan pun turun membasahi bumi, tiba tiba Danial memberhentikan keretanya di tepi jalan, aku agak pelik. Wajah itu aku pandang dengan berani. "kau tunggu apa lagi keluar lah!!!!!" tengking Danial pada aku. Aku agak terkejut tak akan dia nak aku keluar daripada kereta ni kut, kat luar itu dahlah hujan.

"Encik Danial, saya kan kemas barang tadi tak sampai pun satu jam, tak akan saya nak kena balik rumah jalan kaki jugak, lagipun sekarang nikan hujan" dengan berani aku bertanya kepadanya. "aku cakap keluar keluar jelah!!!!!!!" tengking Danial. "tapi Encik" aku cuba memintak simpati kepadanya. "kau ni betul tak faham bahasakan"

Danial memanjangkan tangannya untuk membuka pintu di sebelah aku, "keluar sekarang!" arahnya. "tapi tapi" aku sebersalah mahu keluar, "kau ni LEMBABLAH!!!!!!" Danial menolak badan aku dengan kasar, sehingga jatuh keluar daripada kereta, pintu itu cepat Danial gapai untuk tutup, tidak lama lepastu kerata Danial laju memecut meninggalkan aku yang sudah basah oleh air hujan, aku aku cepat cepat mengejar kereta Danial, tapi apakan daya kereta itu telah pun jauh pergi. Aku terduduk jatuh di tengah hujan, sampai hati Danial meninggalkan aku di kala hujan sedang turun, membasahi bumi, langsung tidak ada belas kasihan ke terhadap aku?.

Pov Danial

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA Padan muka kau perempuan, rasakan mandi hujan tu, memang layak kau di layan macam ni" bukannya Danial tidak Nampak Hanan mengejar keretanya tadi, tapi dia memang sengaja mahu meninggalkan Hanan di tengah hujan pun baginya, Hanan langsung tidak layak berada di dalam keretanya ini.

##############################

APALAH DANIAL NI, LANGSUNG TAK ADA HATI PERUT….

JANGAN LUPA KOMEN TAU DNGAN KOMEN KORANG AKAN BUAT AINA LEBIH SEMANGAT NAK MENULIS, AND KORANG BOLEH FOLLOW IG @AINA_KHAILEEDA UNTUK TAHU UPDATE UPDATE TERKINI