Chereads / TERGANTUNG SEPI / Chapter 15 - BAB 14

Chapter 15 - BAB 14

"Danial kau tak rasa sebersalah ke buat bini kau macam tu?" Tanya Ridzwan serius. "Tak" dengan selamba Danial menjawabnya, "suka hati kau lah, aku cuma tak nak kata kata kau sekarang ni, makan diri kau suatu hari nanti" balas Ridzwan geram.

"Ada aku kisah, asalkan aku dapat harta orang tua tu" Ridzwan menggelingkan kepalanya, ingatkan Allah bagi ujian ni boleh insaf tapi sama jer. "Ni mana buah hati kau?, Yang selalu kau puja tu. Sejak kau kemalangan ni bukannya batang hidung, bayang pun dah tak nampak. Apa pasal lari ke lepas tahu kekasih hati dah lumpuh?" Sinis Ridzwan bertanya.

"Tessa bukan macam tulah, lagipun aku dengan dia dah buat perjanjian" Ridzwan mengangkat keningnya, "dengan Hanan, kau siap buat perjanjian hitam putih lagi. Dengan Tessa kau tak buat?" Tanya Ridzwan.

"Tessa aku percayakan dia, tapi perempuan kampung tu langsung aku tak percaya" Ridzwan hanya menggelingkan kepalanya lagi. "Apa perjanjian yang kau dengan Tessa buat?" Tanya Ridzwan yang ingin tahu. "Arrr, perjanjian ni private sikitlah" tak mungkin Danial nak bagitahu perjanjian itu.

"Suka hati kau lah Danial, memandangkan kau memang tak suka sangat dengan Hanan, aku rasa aku boleh masuk jarum mulai sekarang. Sebab aku memang lama suka kan Hanan" Ridzwan sengaja berkata begitu untuk melihat riaksi Danial. "kau ni kan Ridz, langsung tak ada test kan?, Perempuan kampung macam ti kau nak" jawab Danial. "Yang pasti aku tahu dia masih suci, kau jangan buat tabung uji kat dia. Kesian doh dara dia hilang macam tu jer" terkejut Danial apabila Ridzwan berkata begitu.

"Bukan aku sentuh dia pun, macam mana pulak kau cakap dara dia boleh hilan?, Kalau di tu suci sangat" Danial memandang tepat ke arah muka Ridzwan untuk mendengar jawapan. "Kau ni otak dekat mana, dah sah sah kalau nak beranak normal baby keluar dekat bahagian tut, memang arr hilang" kata Ridzwan.

"Haaaa tut, aku tak paham?" Danial agak tidak faham. "Ish kau ni" Ridzwan membisikkan di telinga Danial. "Ish kau ni, boleh pulak kau cerita pasal perempuan tu punya tut. Kurang asam jugak kau eh" kata Danial

"Hahahaha, kalau kau nak anak sangat, kau kahwin le dengan Tessa tu" cadangan Ridzwan. "Aku kalau boleh, tak nak pun anak dengan perempuan tu, tapi orang tua tak guna tu nak anak daripada rahim perempuan bodoh tu" kata Danial geram.

"Kau ni, bahasa tu cuba elok sikit. Orang yang kau cakap tak guna tu, bapak kau dan perempuan bodoh tu isteri kau Danial" Ridzwan cukup tidak faham dengan perangai Danial ini sampai bapak kandungnya sendiri dia tidak suka. "Pergi mampus" Ridzwan tidak tahu mahu berkata apa lagi.

"Hai Hanan" sapa Ridzwan. "Eh Abang Ridz, dah nak balik ke?', tanya Aku. "Haah nak balik dah ni, Danial pun tadi dia dah tidur. Penat agaknya berbual lama dengan Abang" aku hanya membuat mulut berbentuk o.

"Pasal Danial tu, Abang harap Hanan sabar ye. Mungkin ada hikmah di sebaliknya" Ridzwan memberi kta dukungan kepada aku. Aku hanya membalas dengan senyuam sahaja. "Kalau Hanan perlukan apa apa, Abang sedia membantu. Okaylah Abang Ridz balik dulu"

"Hanan hantar abang sampai kereta okay". Aku menghantar Ridzwan di keretanya. Sambil berjalan Ridzwan sempat membuat lawak tanpa mereka sedar ada yang sedang memerhati mereka berdua. "Suka kau menggatalkan. Dasar perempuan murah" sakit mata Danial melihay kemesraan itu.

*******************

KEDEBANG!!!!!!!!!!! Pintu utama di bukak kasar, Puan Ri Katrina belari naik ke atas menuju ke bilik Danial. Danial terkejut dengan kehadiran Mamanya itu. Puan sri Katrina mendekati Danial tubuh Hanan yang berada di sebelah Danial di tolak kasar. Hanan pula ketika itu sedang menyuap Danial makan.

"Macam mana Danial boleh Accident nak" Puan Sri Katrina memeluk erat anaknya itu. "Betul ke, mamq dengar Danial lumpuh. Papa tipu jer kan?" Tanya Puan Sri Katrina. "Betul Mama, tapi doktor cakap Danial boleh pulih. Dengan ikut rawatan susulan, tapi makan masa jugak Ma" Puan Sri Katrina sudah mengalirkan air matanya.

"Kesian anak aku, siapalah yang bawak sial dalam hidup anak aku ni" tajam mata Puan Sri Katrina memandang Aku, aku hanya tunduk memandang lantai. "Ni semua salah kau!!!!!, Kalau kau tak muncul dalam hidup keluarga aku, ni semua tak akan jadi. Kau tak akan kahwin dengan anak aku, dan anak aku tak akan accident dia jugak tak akan lumpuh!!!!." Bergema suara Puan Sri Katrina.

Puan Sri Katrina menghampiri aku, tangan tua tu hinggap tepat di pipi kanan aku. "KATRINA!!!!!!!" jerit Tan Sri Malek yang ada di hadapan pintu bilik Danial itu. "Apa yang kamu buat ni, kenapa kamu lempang Hanan?!" Tan Sri Malek agak marah dengan apa yng dia nampak.

"Saya nak ajar perempuan tak guna ni!, Kalau bukan sebab dia anak saya tak akan lumpuh!!" Tengking Puan Sri Katrina di hadapan muka aku. "Kamu ni Katrina bercakap Macam tak ada iman. Danial lumpuh bukan salah Hanan tapi itu dah ketentuan Allah, siapa kita nak menidakkannya" tegas Tan Sri Malek.

Puan Sri Katrina masih belum puas hati lagi, tangannya pantas menarik rambut aku. "Kau memang tak guna, patutnya kau yang lumpuh bukan anak aku, daripada aku tengok kau hidup baik kau mati" tidak tahu pa yang merasuk Puan Sri Katrina ketika itu. Kekuatannya sangat kuat sampai Tan Sri Malek tidak mampu menahan perbuatan itu.

"Stop Ma!!!!!" Jerit Danial apabila melihat Mamanya tidak berhenti memukul Hanan. Barulah Puan Sri Katrina berhentikan perbuatan nya itu."Papa tolong bawak Mama keluar, Mama baru jer sampai rumahkan mesti penat. Tolong tinggalkan Danial dan Hanan jer dalam bilik ni"

"Kamu dengar tak Katrina?" Tanya Tan Sri Malek. "Saya tak akan keluar daripada bilik ni, biar saya sahaja yang jaga anak saya. Perempuan ni yang patut keluar" keras Puan Sri Katrina. "Berambus kau daripada sini" tengking Puan Sri Katrina.

Aku bangun daripada jatuh akibat diserang Puan Sri Katrina, baru sahaja mahu melangkah keluar tiba tiba. "Ada saya suruh kau keluar?, Kau duduk dengan aku. Mama please keluar, Danial penat nak rehat" aku terkejut Danial bahasakan dirinya saya, ouh baru aku faham Tan Sri Malek berada di sini patutlah bahasanya cantik pada aku.

"Tah apa apa perempuan ni guna guna" terus Puan Sri Katrina keluar daripada bilik itu dalam keaadan hatinya tengah membara. Tidak tunggu lama Tan Sri Malek mendekati Hanan "maafkan kelakuan Mama tadi, Mama memang sayang sangat dekat Danial tu" akhirnya Tan Malek juga melangkah keluar daripada bilik itu.

"Tutup pintu tu, lepas tu sambung suap aku makan balik" arah Danial. Aku melangkah menutup pintu itu, lalu mendekati Danial. Aku duduk di tepi katil bersebelahan Danial. Pinggan makanan tadi aku ambil. makanan itu aku suap ke dalam mulunya dengan berhati hati,.

Aku jadi tak selesa bila Danial menenung muka aku, tangan Danial Begerak menolak rambut aku kebelakang.

Rambut aku agak serabut kerenana serangan Puan Sri Katrina, tangan Danial menolak dagu aku agar memandangnya, luka di bibir aku di pengang lembut olehnya. "Sakit?" Aku hanya mengangguk. "Ambil kotak putih dekat dalam laci bawah tu" tanpa banyak suara aku terus pergi mengambilnya. Kotak itu aku hulurkan padanya.

"Duduk sini" Danial menepuk tempat di sebeldinya, aku hanya mengikut arahan. Tempat itu aku duduk, aku melihat dia mengeluarkan sesuatu daripa beg itu. "Meh sini aku sapukan ubat dekat luka tu" katanya, aku pelik dengan layanannya pada aku.

Aku tidak mahu kacau moodnya jadi aku turuti sahaja. "Maafkan perbuatan Mama tadi, dia emosi sikit" sungguh lembut Danial berkata

Aku agak pelik dengan layanannya itu, Danial menyapu ubat di luka aku dengan berhati hati.

"Aku nak kau jaga diri, aku tak boleh nak selamatkan kau bila jadi apa apa aku lumpuh" katanya lemah. "Encik tak payah risau tentang saya, insha'Allah saya boleh jaga diri" kata aku.

Janggan ingat dengan mudah aku akan bagi kau bahagia dengan Ridzwan Dan jangan ingat dengan mudah aku akan serahkan perempuan ni dekat kau Ridzwan.Ni Danial Firdaus lah jangan mimpi aku akan bagi kau bahagia dengan perempuan yang dah rosakkan masa depan aku, Aku akan pastikan perempuan ni akan pergi jauh daripada hidup aku dan orang orang yang aku sayang" bisik hati hati Danial