Chereads / TERGANTUNG SEPI / Chapter 7 - BAB 7

Chapter 7 - BAB 7

"wah, cantiknya kamu Hanan" puji Aira. "ish kak Aira ni malu Hanan, daripada tadi puji Hanan." aku malu sebab Aira tidak henti memuji aku. "dah cantik, akak pujilah kalau tak cantik pun akak tetap kena puji" gurau Aira.

"hahaha, so akak nak cakap sebenarnya Hanan ni tak cantik lah" dugaku. "ish kesitu pulak, adik akak ni cantik sangat bukan harini jer. hari hari cantik" puji Aira lagi.

"kak kejap lagi, Hanan dah nak kawin" aku menunduk lemah. "Hanan, walau apa pun yang jadi. akak akan ada dengan Hanan. jangan risau akak yakin Hanan kuat tempoh segala ujian yang diberi" Aira menasihati ku.

"Hanan harap sangat, walau apapun jadi akak jangan tinggalkan Hanan tau" Aira memeluk tubuh aku. "akak tak akan tinggalkan Hanan" lama kami berdua berpelukan.

Aira melepaskan pelukan, Aira mengesahkan air mata aku dengan ibu jarinya. "hmmm janganlah menangis, rosak makeup" aku tersenyum gembira kini aku yakin Aira akan tetap bersama dengan aku.

SAH! SAH! SAH!

Dengan sekali lafaz aku sah menjadi isteri kepada Danial Firdaus, aku tidak sangka aku akan menjadi isteri kepada seorang lelaki yang amat aku benci. tetapi selepas sahaja aku bersetuju untuk berkahwin dengannya aku berjanji aku akan menjadi seorang isteri yang taat kepadanya walau apapun yang terjadi.

"Hanan, Along nak sarung cincin tu, termenung apa lagi?. hulurlah tangan tu" Aira menegur aku. aku yang baru tersedar rupanya Danial sudah berada di hadapan aku sambil memegang sebentuk cincin untuk menyarung di jari aku.

aku menghulurkan tangan kepadanya, Danial menyarungkan cincin itu di tangan aku, kemudian Danial mengambil gelang pula untuk menyarung di pergelangan tangan aku. Aira menghulurkan cincin kepadaku untuk disarungkan pada jari Danial.

"ni sarung kat jari along, lepastu salam tangan dia" arah Aira. aku mengambil cincin itu dan sarungkan pada jarinya lepas itu tangan kasar itu aku salam dengan penuh hormat. angkat sahaja kepala aku terkejut ada sesuatu yang mendarat di dahi aku. ya aku tak sangka Danial akan mengucup dahi aku.

"okay pengantin senyum" arah juru camera itu. kami berdua bergambar, Danial memeluk pinggang aku "kalau ye pun tak suka kawin dengan aku, muka tu cuba tunjuk bahagia sikit boleh?" bisik Danial di telinga aku. banyak kami bergambar.

majlis angkat nikah kami buat di rumah sahaja, tengahari nanti kami kena begerak ke hotel. kerana majlis kahwin aku dan Danial di buat di hotel AIRINDA iaitu hotel milik Aira Erdina. ya aku tak sangka Aira mempunyai sebuah hotel yang bertaraf 5 bintang, terkejut juga bila aku tahu. Aku ingatkan Aira hanya bekerja di syarikat Papa sahaja.

tepat pukul 8:30 malam aku dan Danial berada di hadapan pintu dewan masuk. "pegang lengan aku ni, and jangan nak lebih lebih pulak nak pegang tempat lain" amaran Danial.

'eeeee, ingat orang nak sangat ke pegang dia' Hanan membuat muka menyampah. "okay korang, dah bersedia" aku melihat Danial hanya menganggukkan kepalanya sahaja. akhirnya pintu dewan itu pun di buka.

aku dan Danial berjalan berarak masuk kedalam dewan dengan melalui karpet merah, aku berasa sedikit gementar melihat ramai orang yang hadir. aku melihat Danial menayangkan senyuman yang manis. aku juga turut menghadiahkan senyuman yang manis. aku dan Danial duduk di atas pelamin.

aku mendengar MC bercakap, "banyak cakap betul MC ni, tahu tak pipi aku dah kejang senyum tak berhenti ni" omel hati aku.

"okay mari kita dengarkan persembahan daripada pengantin lelaki" aku agak terkejut apabila MC itu kata Danial nak buat persembahan.

Hmm

Di saat aku pejamkan mata

Kucuba bayangkan raut wajahmu

Doaku agar kau hadir di dalam mimpi

Menemani aku

Mimpi yang indah kau bersamaku

Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya

Dan jangan dikau hampiri dia

Dia pasti membawa kau pergi

Dia, dia

Mengapa dia?

Semalaman ku diburu mimpi

Mimpi ngeri yang menghiris hatiku

Tapi ku tahu jauh dalam sudut hatimu

Kau takkan tinggalkanku

Mimpi yang indah kau bersamaku

Mimpi yang ngeri kau bersama dengannya

Dan jangan dikau hampiri dia

Dia pasti membawa kau pergi

Hoo-hoo-oh, yeah

Ooh, ku dibuai mimpi yang indah

Dan juga mimpi ngeri

Ooh-ooh…

aku terpegun melihat, nyanyian itu sungguh sedap. 'kan bagus apa yang dia nyanyi tu, dia maksudkan' kata hati aku. "wow sungguh mendalam liriknya, jadi pengantin perempuan jangan bersama lelaki lain, itu adalah mimpi ngeri bagi pengantin lelaki" kata MC itu.

"apa yang aku nyanyi tu, langsung aku tak maksudkan apa apa. mimpi ngeri aku adalah apabila di paksa kahwin dengan kau" Danial bisik di telinga aku selepas sahaja dia duduk kembali di sebelah aku.

"jadi sekarang, masa untuk Potong kek" kata MC itu. jadi aku dan Danial bangun berarak menuju ke arah kek yang berbentuk Istana itu. Danial dan aku memotong kek itu, Danial menyuap kek kedalam mulut aku, kini giliran aku pula menyuap kek ke dalam mulutnya selepas sahaja aku menyaup kek kedalam mulutnya, aku mencolek sisa krem yang ada di tangan ku di mukanya. berubah terus mukanya. tetapi aku buat tak tahu sahaja.

"wah, bergurau senda pengantin di situ" usik MC itu. "siap kau kejap lagi" Danial mengugut aku. tetapi aku hanya beriak biasa.

aku melihat kelibat Aiman dan Puteri mereka berdua kawan kolej aku. "hei korang, thank you datang" ucap aku pada mereka. "mestilah datang, kitakan kawan" kata Puteri ceria.

"Aiman tak sangka Aira dah kahwin, tahniah Aiman ucap kan" aku mendengar ada nada sedih di situ. "thanks Aiman, korang dah makan belum?" tanya aku.

"dah, sedap sangat" kata Puteri. aku terasa tiba tiba pinggangku di rangkul seseorang. tak lain tak bukan konfem suaminya itu. "sayang siapa ni?" tanya Danial pada aku.

"ouh kenalkan ni Puteri, ni pulak Aiman. diorang ni kawan kolej Hanan" kata aku. "hai suami Hanan" Puteri menyapa Danial. "saya Aiman" Aiman menghulurkan tangan agak lama Danial ingin menyambut "Danial, suami Hanan" kata Danial.

'tak perlu bagitahu kut, dah sah sah diorang tahu kau tu suami aku, kalau tak siapa yang naik pelamin dengan aku tadi' omel hati aku.

"korang berdua dah makan?" tanya Danial. "dah makan dah, kita orang nak balik dah ni" kata Puteri. "ouh yeke, kalau macam tu boleh saya pinjam isteri saya, sebab nak kenalkan dengan kawan kawan" pinta Danial.

"eh kenapa mintak izin pulak, nikan isteri Encik Danial" kata puteri. "ouh terima kasih, saya bawak isteri saya dulu ye" pelukan di pinggang aku Danial masih belum lepaskan.

"suka kau eh layan lelaki lain" perli Danial. "itukan kawan kolej saya" bela aku. "ish perempuan semua sama" Danial meninggalkan aku disitu.

aku dan Danial naik ke dalam bilik yang di tempas khas untuk kami. masuk sahaja dalam bilik aku terus menuju ke dalam bilik air "aduh macam mana nak bukak baju ni, tak sampai pulak, hmmm tak kan aku nak suruh dia. hmm belum cuba belum tahu" aku keluar daripada bilik air aku melihatnya sedang berbaring di atas katil.

"awak.....boleh tolong saya bukak zip ni" aku agak takut untuk meminta pertolongannya. "ish kau ni memyusahkan aku jelah" Danial bangun dari pembaringannya, dan membuka zip di belakang aku.

"aku tahu kenapa kau nak suruh aku bukak zip ni, kau sebelah nak goda aku kan" aku menggelengkan kepala. Danial mendekatkan mukanya dengan aku. aku takut lalu aku memejamkan mata.

tiba tiba terasa kepala aku ditunjul, "hodoh kau ni perempuan, kau jangan ingat aku tergoda dengan kau lah. aku jijik dengan kau adalah, dah berambus sana" badan aku di tolak kasar.

aku masuk ke dalam bilik air. air mata aku mengalir laju, "kuatkanlah hati aku" doa akan dalam hati, hampir 30 minit aku mandi akhir aku keluar. aku melihat Danial bangun terus masuk kedalam bilik air.

hampir 20 minit Danial membersihkan diri, Danial keluar dengan bertuala sahaja. aku melihat Danial baju seperti mahu keluar. "awak nak pergi mana?" tanya aku takut.

Danial memandang aku tajam. "sibuk jelah hal aku, memandang kau dah tanya, aku cakaplah. sebenarnya aku nak pergi club jumpa buah hati aku. daripada aku duduk dalam bilik ni, hadap muka buruk kau, baik aku hadap muka buah hati aku lagi bagus!" Danial terus keluar daripada bilik hotel ini. sungguh aku sedih, mendengar kata kata itu.

*********************

APALAH NASIB HANAN LEPAS NI!!!!

TAK PANJANG TAPI ALHAMDULILLAH DAPAT UPDATE HARI NI 2 BAB