Chereads / Surrounded By Powerful Men / Chapter 37 - Hilang yang Kembali

Chapter 37 - Hilang yang Kembali

Pertanyaan demi pertanyaan diajukan saat itu. Jeremy Lee menjawab pertanyaan itu dengan baik walaupun kadang- kadang terdengar menyebalkan dan menyindir Steven Hilderson. Steven hanya diam tidak berkutik. Dia tahu bahawa Jeremy sangat marah kepadanya disebabkan insiden tiga tahun yang lalu.

Mata hazel itu menangkap seorang wanita berjaket kulit berwarna hitam dengan rambut hitam indah berterbangan dibuai angin. Mata berwarna biru milik wanita itu memandang tepat ke arah Steven Hilderson dengan tatapan kosong.

"SELENA!" Steven Hilderson terbangun dari kerusi tersebut. Namun, kelibat gadis itu hilang tiba- tiba. Steven meremas rambut hitamnya itu. Mata dikatup sejenak untuk memikirkan kejadian yang berlaku sebentar tadi.

"Tuan Muda?" Tanya Encik Parkinson setelah mendekati Steven Hilderson.

"A, aku... Aku nak balik." Balas Steven singkat lalu pergi dari situ dengan segera. Encik Parkinson hanya menuruti sahaja perintah lelak itu.

Jeremy Lee bingung. Nama Selena Rosellea tiba- tiba hinggap dari mulut sang sepupunya itu.

Tidak usah ditanya tentang para wartawan saat itu. Mereka yang ada di sana tertanya- tanya tentang gerangan yang barusan saja disebut oleh sang CEO Golden Empire Company itu.

.

.

.

Kang Felix membuka pintu tersebut dan bau ubat- ubata menyengat rongga hidup Puan Serena Thalia. Bunyi 'beep' mesin berselang- seli berbunyi sepanjang dirinya berdiri di situ. Mata menangkap tiga orang kelibat manusia yang satunya terbaring lemah di katil berwarna putih polos dan duanya lagi sedang duduk di samping katil tersebut.

Lutut terasa lembik dan bibir bergetar kerana menahan tangis. Penglihatannya tidak berbohong. Tiga susuk manusia yang tidak asing kini memandangnya sambil melemparkan senyuman hangat kepadanya. Hatinya terasa sebak namun pada masa yang sama dirinya gembira tidak terkira. Hasrat dan penantian yang lama ditunggu kini hadir setelah dua puluh tahun.

Lelaki paruh baya yang berada di sebelah seorang gadis yang wajahnya memakai topeng kini bangkit dari kerusi di samping seorang gadis yang terlantar lemah di katil dan kini berjalan mendekati Serena Thalia yang terdiam di hadapan pintu itu.

Kini lelaki itu berada tepat di hadapan dirinya.

"Da,Daniel...?" Terketar- ketar bibir memanggil nama lelaki tercinta. Mata mula berkaca. Wajah putih itu mula merona merah muda di pipi.

"Serena," balas lelaki itu singkat. Tangan diangkat lalu meraih pipi wanita itu. Diseka air mata yang mengalir di pipi wanita yang semakin mula menua itu. Lalu lelaki itu memeluk Serena Thalia dengan erat.

"I'm back, Serena. I'm back!" Balas lelaki bernama Daniel itu. Ya! Daniel Benjamin Smith telah kembali setelah dua puluh tahun menghilangkan diri bersama anak kembarnya, Esmeray Velarea.

Pelukan itu dileraikan oleh Serena Thalia.

" Awak pergi mana? Awak tahu saya lama dah tunggu awak! Dua puluh tahun bukan sekejap, Daniel!" Dipukul dada sasa Daniel Benjamin. Namun itu tidak memberi apa- apa kesan kepada lelaki itu.

"Sa,saya minta maaf. Saya perlukan masa untuk bangkit dengan lebih kuat, Serena. Banyak perkara yang telah saya buat untuk kuat macam sekarang. Tengok," tangan dibuka luas untuk menunjukkan semua yang dia miliki sekarang ini dari seorang ahli gengster Red Hawk menjadi pemilik gedung- gedung bangunan yang besar.

" Empayar Mafia Blue Moon! " Sambung Daniel Benjamin lalu meraih pipi Serena Thalia. Dahi meraka menyatu.

"Saya takkan pergi jauh dari awak lagi, Serena. Saya janji..." Ujar Daniel Benjamin.

Seorang gadis yang memakai topeng berambut hitam lurus dan bermata biru mendekati dua kekasih itu.

"I,Ibu," topeng itu dilepaskan dari wajah putih ittu sehingga menonjolkan wajah sebenar seorang gadis yang mirip Selena Rosellea. Puan Serena Thalia kini beralih memandang gadis yang memanggil dirinya dengan panggilan 'Ibu' itu.

"Esmeray? Ray?" Puan Serena Thalia melihat sekilas Daniel Benjamin untuk mendapatkan kepastian dan lelaki itu mengangguk kecil.

Puan Serena Thalia mengusap lembut wajah sang anak yang telah lama dia rindui. Memandang gadis itu dengan rasa tidak percaya. Tidak percaya akan apa yang dilihatnya sekarang. Mereka yang telah lama hilang kini kembali dalam pangkuannya.

Puan Serena Thalia memeluk erat Esmeray Velarea dan mencium lembut wajah gadis berambut hitam itu. Tangan pula mengusap bahagian belakang gadis itu.

"Now, She's known as Dark Moon, same as her name that you give her, "

" She's the leader of the Blue Moon." Daniel Benjamin bersuara dengan nada yang sedikit bangga. Ya, dia bangga dengan anak gadisnya itu. Penderitaan dan pengorbanan yang selama ini dia terima telah memberikan hasil yang lumayan.

" Tapi, apa yang berlaku sebenarnya hari itu? Mana awak dan Ray pergi?" Puan Serena mengajukan soalan setelah perlahan- lahan melepaskan pelukan terhadap Esmeray Velarea.

"Sebenarnya..." Esmeray Velarea bersuara. Kepala mula memproses memori saat di kejadian dua puluh tahun yang lalu saat dirinya diculik oleh Gengster Red Hawk.

Flashback begin-

Esmeray Velarea melihat sang ayah berlari ke arahnya dan memeluk dirinya. Bunyi tembakan berdas- das dilepaskan sangat jelas di penglihatan dan pendengarannya. Dia melihat sang ibu menembak Jack bertalu- talu tanpa henti. Dia nampak amarah di wajah sang ibu saat itu. Dia takut. Dia kaku. Tidak tahu untuk berbuat apa. Daniel Benjamin ditembak di bahagian lengan kanan. Darah bercucuran keluar dari luka tersebut.

Ayah dan dirinya jatuh ke dalam air yang deras. Sang ayah masih memeluknya. Tangan sang ayah berusaha untuk menolak air agar mereka dapat timbul ke permukaan air bagi menghirup udara. Ruang dada sesak dan seakan ingin lemas.

' Ibu, ayah, Selena,... Ray janji akan jadi terkuat untuk jaga korang nanti,...' Esmeray bermonolog sendiri. Dia tekad akan jadi yang terkuat. Mata mula berpinar dan perlahan tertutup. Dia masih merasakan tangan kekar sang ayah merangkum pinggang mungilnya.

Telinga dapat mendengar erangan sang ayah yang cuba menyelamatkannya. Kesan luka tembakan terasa sakit saat berlakunya pergerakkan. Darah merah dapat dilihat di dalam air itu. Namun, Daniel ketat memeluk sang anak yang tidak sedarkan diri itu. Kejutan yang dialami gadis kecil itu bukanlah sesuatu yang dapat dibanggakan. Ianya MALANG.

Mereka dihanyut ke kawasa daratan yang tiada orang. Kawasan pokok paya bakau.

Daniel panik saat anaknya itu tidak sedarkan diri. Dia nekad melakukan CPR dengan menekan dada anaknya beberapa kali sehingga lah gadis itu menunjukkan reaksi sedar. Esmeray Velarea memuntahkan air masin yang ditelan olehnya. Daniel dengan cepat mengiringkan badan Esmeray untuk membiarkan gadis itu memuntahkan air dalam peparu.

" Uhuk, uhuk,uhuk!" Esmeray sedar kembali. Dia memuntahkan air laut yang memenuhi paru- paru. Daniel Benjamin menangis lalu memeluk Esmeray dengan erat. Dia terharu yang anaknya telah sedar kembali. Dia ingat akan kehilangan sang anak.

" A,ayah..." Panggil Esmeray dengan suara serak. Badannya letih sekali. Matanya terasa berat dan tidak mampu untuk terbuka lagi.

Daniel Benjamin memangku sang anak lalu berjalan menuju kawasan jalan raya. Tubuh ringan itu diangkat. Nyeri luka tembakan tidak dihiraukan lagi janji anaknya itu selamat.

Sebuah kereta melalui jalan raya tersebut. Tangan dihulur untuk meminta bantuan. Kereta itu berhenti. Seorang lelaki paruh baya dengan rambut beruban tipis turun dari perut kenderaan tersebut. Wajah lelaki itu sangat tidak asing. Itu ialah William Jones! Sungguh kecil dunia ini.

Daniel Benjamin menghulurkan Esmeray Velarea kepada lelaki itu. Saat ini kepalanya terasa pusing. Mungkin disebabkan kehilangan darah yang banyak.

" Encik? Encik tak apa- apa ke?" Lelaki itu meraih huluran Daniel Benjamin yang makin tersungkur ke lantai. Esmeray Velarea dipegang erat.

" Da, Datuk Bandar?" Penglihatannya mula kabur.

" Ya! Mari saya bawa kamu ke hospital! Banyak kehilangan darah dah kamu ni!" William Jones cemas. Dengan cepat dia membaringkan Esmeray Velarea ke tempat duduk belakang keretanya itu lalu menggapai lengan Daniel Benjamin lalu merebahkan lelaki itu di tempat di tepi tempat pemandu.

William Jones memecut laju keretanya untuk ke hospital berdekatan.