Chereads / Pages Of My Lying Youth / Chapter 21 - Page.20 : Hati ke Hati

Chapter 21 - Page.20 : Hati ke Hati

PAGE.20 : Hati ke Hati

" Ini..apa yang Mairah nak juga, dia nak..kau gembira juga dan lupakan masing-masing..Jangan cari dia..Aiman.."

Aku berjalan sendirian keluar dari pagar sekolah, matahari terasa terik, aku menoleh kebelakang, kelihatan banyak juga pelajar yang lalu-lalang keluar, sekolah ini..jalan ini..pagar ini..

Setiap arah di sekolah ini, mesti ada memori aku bersama dengannya, bersama jaga pagar pada haritu, berada dipadang sekolah, tapak perhimpunan, kelas…bilik kelab, Pusat Sumber..Macam-macam kami buat sama-sama dulu…sekarang..semuanya akan berakhir dalam hanya setahun sahaja..setahun..tanpa Mairah berada disini..

Aku tertunduk dan meneruskan perjalanan aku..

" Aiman..tunggu!" Amir berlari kearah aku. Dia kelihatan risau, aku menghentikan langkah aku seketika.

" Aku..sokong apa-apa yang kau nak buat…jadi..kalau kau nak cari dia..aku ada..untuk tolong kau!" Kata Amir, aku menoleh kearahnya.

" Takpelah…Mairah pun..dah bahagia disana..aku tak nak kacau dia lagi.." Balas aku, Amir cuba mencapai bahu aku namun aku segera melajukan langkah aku pergi. Dia perhatikan sahaja aku pergi sambil memegang kepalanya.

Kalau aku nak cari dia sekalipun…Apa aku nak buat? Bercakap sahaja?

Aku takde sebab sebenar pun..Kalau aku rindu dia sekalipun…aku takde sebab untuk berjumpa dan cari dia..Apa yang Syakir cakap betul..Aku tak patut ganggu Mairah lagi…

" Sorrylah..takde seleralah..Aku nak tidur.." Kata aku kepada Iman.

" Abang..kau nampak sedih semacam je..kalau ada apa-apa bagitaulah.." Pesan Iman, aku tersenyum pahit.

" Takde apalah.." Aku menutup pintu bilik aku dengan perlahan. Iman meletakkan tangannya dipintu bilik aku dengan riak wajah terganggu.

***

" Kau..tak rasa macam kau kasar sangat ke dengan Aiman tu? Apa salahnya pun..kalau dia just nak cari Mairah?" Soal Amir, Syakir diam sahaja, mereka berdua sedang berada diatas motor masing-masing.

" Kalau..Aiman cari Mairah..kau pasti dia akan move on? Tak, dia akan terus pegang perasaan dia tu..Dia..just tak boleh lepaskan Mairah tu..jadi..aku akan paksa dia lepaskan dan lupakan Mairah.." Terang Syakir, Amir mengenggam tangannya.

" Aku…just tak suka tengok dia murung macam tu je setiap masa.." Keluh Amir.

" Aiman kenalah belajar untuk melepaskan.." Balas Syakir, Amir memandang Syakir dengan pandangan seperti tidak percaya.

" Kau tak kisah pasal perasaan dia ke?" Tanya Amir. Lagi sekali, Syakir diam, Amir turun daripada motornya.

" Kalau kau…tak nak tolong dia..takpelah tapi jangan halang tindakan dia.." Kata Amir, dia berjalan pergi, Syakir menghembuskan nafas lega.

" Aku pun..rasa bersalah juga." Monolog Syakir.

***

" Akak Nur..terima kasih tolong.." Kata Iman kepada Nur, mereka berdua berjalan bersama-sama sambil membawa kotak berisi buku.

" Takpelah…sebagai Senior..akak kenalah tolong setiap masa.." Balas Nur, mereka berdua tergelak kecil bersama.

" Apapun Akak Nur, kenapa Abang nampak murung semacam je dua kemenjak ni?" Tanya Iman dengan nada risau, Nur menoleh kearah Iman dengan wajah serba salah, dia menoleh kearah kotak yang dibawanya.

" Kami…baru je tahu di mana Mairah sekarang, ataupun lebih tepat, kitorang tahu situasi dia..dan Abang kamu..terfikir ingin mencari dia tapi Syakir halang dia.." Cerita Nur, Iman memberhentikan langkahnya, dia kelihatan marah.

" Iman?" Nur kaget.

" Abang tu…dia bodoh..bodoh sangat…Kenapa dia masih terfikirkan perempuan yang tak fikir pasal perasaan dia…dan sakitkan dia..Dia tu..bodoh.." Suara Iman kedengaran serak, mata Nur terbuka luas, air mata mengalir daripada mata Iman.

" Bila..kita sayang seseorang…biasalah tu..kita jadi bodoh.." Kata Nur sambil tersenyum.

" Saya pun bodoh jugak…saya tak dapat buat apa-apa pun..Abang selalu tanggung masalah dia sendirian je..Dia selalu sakit sendiri..saya tak dapat tolong pun!" Keluh Iman, Nur meletakkan kotak yang dibawanya tadi kebawah dan memeluk Iman perlahan.

" Sudah tu..jangan nangis, Iman..kamu banyak tolong abang kamu sebenarnya..jadi..jangan cakap kamu tak buat apa-apa." Pesan Nur.

" Ahhh! Aku pun rasa nak nangis ni!" Monolog Nur.

" Apa…korang berdua buat kat sini? Kenapa Iman menangis?" Tegur Amir, bahu Iman terus terangkat, dia menghayunkan kakinya tepat kearah kepala Amir.

" Argh!" Amir terjatuh ke lantai.

" Saya tak nangis!" Kata Iman dengan mata yang merah.

" Ya..baik! Baik! Jangan sepak aku!" Amir memegang kepalanya sambil mengambil langkah kebelakang. Nur tergelak kecil melihat gelagat mereka.

" Haih…apa jadi? Aku tengok korang dari jauh..tapi tiba-tiba je Iman nampak macam menangis..sebab tu..aku datang sini..tegur korang.." Amir berdiri sambil mengibas seluar dan bajunya.

" Iman..risaukan si Aiman tu.." Kata Nur.

" Kenapa? Kau tahu pasal hal abang kau ke?" Tanya Amir kepada Iman, dia hanya mengangguk sahaja, Amir kelihatan lega.

" Iman..kau tak perlu risau pasal abang kau..Aku akan push dia..supaya dia buat satu tindakan yang dia takkan kesali..Aku janji.." Amir menunjukkan thumbs-up.

" A..Apa kau nak buat?" Soal Nur.

" Bila lelaki tahu yang member mereka berada dalam satu masalah..itulah masanya untuk dia dan membernya melakukan sesi heart to heart, ah gitu!" Terang Amir dalam nada bangga.

" Menyampah pulak tengok.." Kata Iman sambil menjeling Amir.

" Tambahan pula..aku pun..tak dapat buat apa-apa sangat untuk Aiman jugak, Iman.." Amir mengelipkan mata kanannya.

" Kau..dengar?" Iman tertunduk malu.

" Semoga berjayalah..Amir.." Kata Nur, Amir tersenyum sahaja.

***

" Aiman…adik kau balik dengan kawan dia kan? Apa kata kita lepak lepas ni? Aku belanja kau minum ke, aiskrim ke?" Ajak Amir, Aiman menoleh kearahnya dengan wajah murung, dia mengeluh kecil.

" Aku…nak studylah balik ni.." Balas Aiman.

" Kau ni..asyik study je..Sejak bila kau rajin macam ni? Risau pasal SPM? Kita..tetap kena berehat dari semasa ke semasa kau tahu.." Pesan Amir.

" Sorrylah..aku just..penat." Kata Aiman, Amir menghentak meja Aiman perlahan, riak wajah Aiman terus berubah, dia terkejut, matanya tertumpu semula kearah Amir.

" Balik sekolah ni..Pastikan kau tunggu aku depan pagar sekolah…aku tak nak dengar..ayat-ayat yang menyedihkan macam tu..Kalau kau tak tunggu aku..aku sendiri akan cari kau, Aiman.." Arah Amir dengan wajah serius, Aiman terkaku, dia tidak pernah nampak Amir seserius sebegitu sebelum ini..

Mereka memandang sesama sendiri agak lama sehinggalah…

" Balik tempat kau Amir.." Arah Syakir, Amir tersenyum semula dan berjalan kearah tempat duduknya, Aiman menoleh kearah mejanya, kedua-dua tangannya digenggam erat.

***

" Sorry lambat.." Kata Amir, dia berjalan kearah aku sambil mengangkat tangannya, aku menoleh kearahnya sambil menghembuskan nafas panjang.

" Asal lama sangat?" Soal aku.

" Sorrylah…aku ada hal kejap tadi, jom kita minum dulu kat kedai depan tu.." Amir menepuk dada aku sambil mengenyit matanya, tolonglah..dia ni..

Sejujurnya, aku tahu, Amir bakal bercakap sesuatu pada aku pasal Mairah, aku tak nak dia buatkan aku rasa ragu-ragu…tapi..wajah serius Amir tadi, dia tak selalu sebegitu sebelum ni..

" Saya milo ais tabur dan…" Amir menoleh kearah aku, kami sedang memesan minuman di kedai makan yang terletak dihadapan sekolah kami ini.

" Uhm..teh ais limau.." Kata aku kepada pelayan yang berdiri ditepi meja kami.

" Ok-ok…makanan pulak?" Tanya pelayan itu.

" Kami minum je.." Balas Amir, pelayan itu mengangguk faham dan berjalan pergi.

" Ada..apa-apa kau nak cakap pada aku ke, Amir?" Aku memulakan percakapan, Amir menongkatkan kepalanya menggunakan tangannya.

" Aku takde apa-apa nak cakap pun sebenarnya…tapi kau? Ada benda kau nak beritahu seseorang ke, Aiman?" Amir membalas persoalan aku dengan pertanyaannya sendiri, aku mengalihkan pandangan aku.

" Kalau…aku beritahu kau sekalipun..apa aku nak buat lepastu?" Keluh aku.

" Beritahu je.." Arah Amir, aku mengenggam kedua-dua tangan aku.

" Aku..rindu dengan Mairah..dan..aku nak cari dia.." Kata aku. Amir terdiam agak lama.

" Kenapa kau masih suka dengan Mairah..walaupun lepas semua benda yang dah berlaku, Aiman? Kau tak rasa benci dia ke? Dia tinggalkan dan sakiti kau macam tu je..kenapa kau suka dia?" Soal Amir, mata aku terbeliak seketika.

Aku…aku pun tertanya sebenarnya, kenapa aku masih suka Mairah walaupun lepas semua yang berlaku, logiknya, sekarang, aku mesti benci dan tak kisah lagi pasal Mairah..

Dia reject aku dengan teruk..

Aku cedera sampai berparut untuk bantu dia..

Dia pergi hilang tanpa cakap apa-apa..

" Aku…tak faham..apa maksudnya untuk suka seseorang betul-betul, Aiman..Aku takut, aku keliru..sebab..aku tak pernah rasa sakit dan berseorangan macam ni sebelum ni…"

" Sekarang..aku sedar salah aku..apa yang aku buat pada Aiman haritu salah, apa aku buat pada kau haritu tak betul..walaupun aku sedar dah terlambat juga sekarang, aku still nak minta maaf.."

Mairah mula berubah menjadi seseorang yang lebih bagus, aku nampak dia sebagai seseorang yang lebih jujur, berbeza dengan diri lamanya…

Senyuman dia lain..nampak lebih jujur..

Dia juga orang pertama yang dekati aku semasa disekolah, dialah kawan pertama aku, dia yang mengambil tangan aku dan kenalkan aku kepada semua orang..

" Aiman!" Ah, aku rindu…aku rindu sangat..Dia selalu duduk bersama dengan Nur..dia selalu ada benda nak cerita..dia selalu cari jalan untuk bodohkan orang..

Aku..masih suka dia sebab..walaupun dia ingin berubah menjadi baik..dia masih Humairah..yang sama pada akhirnya..

" Milo ais..dan teh ais limau.." Pelayan tadi meletakkan air kami diatas meja, Amir mendekatkan minuman yang aku pesan kearah aku.

" Aiman..kau okay?" Tegur Amir, aku diam sahaja.

" Apa aku cakap ni? Kita…perlukan sebab ke suka seseorang?" Kata Amir sambil tersenyum pahit, aku menoleh kearahnya.

" Aiman..kalau kau masih sukakan Mairah..carilah dia..cakap dengan dia benda yang kau tak mampu nak cakapkan dulu..Jujur pada dia..jangan menipu diri kau lagi..jangan tipu sesiapa lagi..Jangan hidup dalam masa muda yang penuh dengan penipuan..Jangan cakap diri kau okay..walaupun kau masih tersekat dengan perasaan ni.." Terang Amir, aku terasa seperti mata aku hampir mengalirkan air mata..aku segera menahan diri aku..

Ya..Aku tak pernah jujur sebelum ni..Aku masih ada benda aku tak beritahu Mairah..ada benda..aku nak beritahu dia!

" Terima kasih..Amir.." Kata aku, Amir memandang aku dengan riak wajah terkejut.

" Ah..sama-sama.." Dia tersenyum semula selepas seketika.

" Aku rasa kau dah tahu apa aku nak buat betul tak?" Tanya aku, Amir mengangguk sahaja.

" Kata pada Syakir..maafkan aku..sebab tak dengar cakap dia.." Tambah aku lagi.

" Baik-baik..break a leg, Aiman! Eh? Betul ke? Betulkan aku cakap?" Amir kerisauan, aku tergelak, terima kasih Amir..aku perlukan seseorang beritahu aku..yang aku tak perlukan sebab pun sebenarnya untuk capai kemahuan aku..

PAGE.20 Tamat