" Tadaa! Ini semua hasil pencarian dan siasatan aku!" Amir menunjukkan skrin telefonnya dihadapan kami, Syakir memandang Amir pelik, Nur pula teruja, aku pula memerhati skrin telefonnya itu.
" Lokasi dimana mungkin kita jumpa mereka dibandar itu..baju sukan sekolah yang pernah Zati pakai jadi kita tahu mana diorang sekolah, taman yang selalu Zati pergi jogging dan exercise..Kita mungkin boleh jumpa Mairah dengan semua clue-clue ni!" Terang Amir, aku mengangguk faham, Syakir mengeluh kecil.
" Korang….seriuslah nak cari dia..dan kau pulak Amir..kau menakutkan..macam rupa stalker." Tegur Syakir, dia kedengarn kecewa. Aku faham…dia tak setuju aku dan Amir pergi mencari Mairah..
" Syakir..takkanlah kita nak biarkan Aiman tersekat sendiri tanpa cakap benda yang dia mahu cakapkan kepada Mairah selama ni..Kita sekurang-kurangnya nak bagi penutup bagi Aiman saja." Balas Amir, Syakir menggaru kepalanya.
" Betul tu..jadi kau tak perlu risau.." Kata Nur pula.
" Terima kasih, Syakir..kau selalu kisah pasal kawan kau..tapi kali ni..bagilah aku buat..jujur dengan diri aku.." Pinta aku, Syakir memandang kami bertiga, dia menjentik dahi kami satu per satu.
" Aduh!" Keluh aku, Nur dan Amir.
" Ikut kaulah….Aku tak tahu macam mana nak halang kau, Aiman.." Balas Syakir, dia tersenyum kecil, lega rasanya..tengok dia tak marah.
" Oklah..sekarang kita kena fikirlah bila kita nak pergi..Minggu depan kita cuti betul tak? Masa tulah kita pergi, Aiman.." Kata Amir, aku menoleh kearahnya.
" Aku try pujuk mak ayah aku..dan lagi satu..aku cadang nak bawa lagi seorang bersama dengan kita..untuk ke sana nanti.." Balas aku.
" Uhm..siapa?" Soal Amir. Mereka bertiga menoleh kearah aku, dengan perlahan, aku mengambil nafas.
" Aswad.." Kata aku sepatah.
***
" Terima kasih Amir..sebab tolong aku.." Aku dan Amir sedang berjalan bersama-sama, langit petang kelihatan jingga, matahari sudah ingin terbenam.
" Jangan risaukannya..hanya jalankan tanggungjawab aku sebagai kawan..Lagipun..kalau kita ke sana ada peluang jumpa Zati betul tak? Bolehlah aku dapat autograf.." Amir tersenyum, dia ni..Aku tergelak kecil.
" Oklah..aku balik dulu.." Amir menaiki motornya.
" Hum..bye, Amir.." Aku mengangkat tangan aku.
" Bye..semoga berjaya ajak Aswad.." Pesan Amir, aku menunjukkan thumbs-up kemudian berjalan pula kearah motor aku.
" Biarlah aku kemas sorang.." Keluh Syakir sambil mengambil cawan-cawan yang digunakan kami.
" Takpelah..biar aku tolong.." Balas Nur, dia membantu Syakir mengelap meja, Syakir mengalihkan pandangannya.
" Aku harap..Aiman dapat jumpa Mairah..dan dapat cakap apa yang dia nak..Supaya dia boleh move on.." Kata Nur, dia kelihatan sedikit sedih, Syakir menoleh semula kearahnya.
" Bila tengok Aiman kejar seseorang yang dia nak..Buatkan aku nak kejar jugak orang yang aku nak.." Balas Syakir, Nur terkejut dan terus memandang Syakir.
" Ada seseorang yang kau suka ke?" Soal Nur.
" Rahsia.." Syakir malu-malu, dia segera masuk ke dalam rumahnya, Nur kelihatan tertanya-tanya.
" Eh….." Nur meletakkan tangannya dipinggang.
***
Selepas melihat semangat Amir membantu aku, aku sedar, aku pun kena mula bertindak..dan akhiri pencarian aku ni…Aku tak mahu menunggu lagi..
" Assalammualaikum…" Tiada yang menyahut salam aku dari tadi, dah pukul 7 petang jugak ni…Esok ke baru aku jumpa dia?
" Apa kau buat depan rumah aku, Aiman?" Tegur Aswad, aku segera menoleh kearahnya, dia memakai jersey dan dibasahi peluh, baru main bolalah tu..
" Ah, lama tak jumpa..Aswad." Kata aku.
" Apa kau nak? Mesti ada sebab kau jumpa aku tiba-tiba sekarang.." Tanya Aswad. Selama ni…aku takut nak jumpa Aswad..dialah orang yang paling rapat dengan Mairah yang juga Mairah tinggalkan..Aku takut jumpa dia sebab..aku tak boleh tengok muka dia..
" Aswad..kau masih terfikirkan pasal Mairah ke?" Soal aku.
" Apa? Dah lama tak jumpa..dan itu soalan kau? Kenapa..masih bercakap pasal dia lagi?" Aswad kelihatan terganggu, nampaknya ini memang isu yang dia tak mahu bincangkan tapi..
" Aku..dan kawan aku..Kami nak pergi cari Mairah..kami dah tahu dimana dia sekarang..jadi kalau kau nak, kau boleh ikut kami.." Ajak aku, Aswad mengeluh kecil.
" Hubungan aku dengan Mairah dah terputus..tak macam kau..Aku dah lupakan dia dan teruskan kehidupan aku.." Balas Aswad.
" Tapi…mesti masih ada benda kau nak cakap pada dia..jadi..inilah peluang kau.." Kata aku lagi, Aswad mengenggam tangannya erat.
" Aku…tak suka dia lagi!" Aswad menaikkan suaranya, aku terdiam, dia tertunduk.
" Kalau kau masih mahukan dia..kejarlah dia, Aiman…Aku tak kisah..Dia yang tinggalkan aku..dan aku tak suka mengejar seseorang yang pergi dulu..Hilang macam tu je..then buat macam semua benda tak pernah berlaku..Aku hampir dibuang sekolah sebab dia dulu..aku tak berniat untuk buat pengorbanan untuk sesiapa lagi.." Terang Aswad, aku faham, aku sendiri pun marah…sebab Mairah pergi macam tu sahaja…aku tak salahkan dia..
" Baiklah…aku takkan paksa kau lagi." Balas aku.
" Aiman..apa kau nak buat..kalau kau jumpa dia sekalipun?" Soal Aswad.
" Aku just..nak beritahu dia benda yang aku tak dapat beritahu sahaja..Aku nak jujur dengan perasaan aku.." Kata aku sambal tersenyum, Aswad tergelak kecil.
" Haih…ikut kaulah..Aku tak suka Mairah, kau boleh ambil dia.." Balas Aswad, aku mengangguk sahaja kemudian berjalan pergi, Aswad memerhati aku pergi dengan perlahan.
" Budak tu.." Monolog Aswad sendiri kemudian menoleh kearah kasut yang dipakainya, ianya ialah kasut yang dihadiahkan Mairah dahulu, hembusan nafas yang panjang dilepaskan, Aswad lama berdiri dan diam..dia memandang sahaja langit yang makin gelap..
***
" Jauhnya kau nak pergi abang?! Dan ayah kasi pergi?!" Iman kaget, aku tergelak melihat reaksi dia, aku sedang mengemas barang aku.
" Ibu tak setuju sangat aku pergi…tapi dia takde cakap apa sangat.." Kata aku, Iman duduk diatas katil aku sambal melihat aku mengemas barang, dia mengeluh kecil.
" Semata-mata nak jumpa Akak Mairah, hah…Kau memang pelik, abang.." Perli Iman.
" Uhm..aku just tak nak menyesal je..tak jumpa dia lagi.." Balas aku.
" Aku tak tahu nak cakap apa dengan kau lagi…" Keluh Iman, aku menoleh kearahnya.
" Kau just kena bagi kata-kata semangat je pada aku…" Kata aku sambal tersenyum, Iman mengalihkan pandangannya.
" Harap kau tak dapat jumpa perempuan tu.." Iman mengembangkan pipinya kemudian berjalan keluar dari bilik aku, eh? Tiba-tiba marah..?
Well, mungkin dia risau aku nak pergi jauh je…Terima kasih Iman, abang belikan kau coklat sedap masa pergi ke sana nanti…
***
" Jersey ni cantik…" Zati sedang melihat jersey Muslimah dengan wajah teruja, aku hanya mengikut dia membeli belah seperti biasa.
" Jomlah beli sekali, Mairah…kita beli jersey yang matching.." Ajak Zati, aku tersenyum pahit.
" Aku…takde duit.." Balas aku.
" Kau ni…Aku belanja…jom-jom kita pilih.." Zati menarik tangan aku, kalau dia belikan…siapa aku untuk tolak, hah…
Sedang aku memerhati jersey yang berada disitu, mata aku tertangkap kepada satu jenis jersey yang pernah aku nampak, aku menarik baju itu dengan perlahan..
Ini..Jersey ni..ialah versi Muslimah jersey yang pernah aku belikan untuk kawan-kawan lelaki aku sebelum aku pindah dahulu…
" Kau suka yang itu ke?" Tanya Zati.
" Takdelah…cumanya..jersey ni mengingatkan aku kepada..kawan-kawan lama aku..sama macam jersey yang aku belikan untuk diorang dulu.." Aku teringat mereka lagi, susah betul, untuk aku lupakan kawan-kawan lama aku…
" Kita belilah yang ini…design pun not bad..Kita beli yang matching ya!" Kata Zati.
" Eh? Boleh jugak..kalau kau nak.." Balas aku, Zati kelihatan sedang mencuba jersey itu, dia menoleh kearah aku.
" Macam mana?" Soal Zati.
" Cantik-cantik.." Aku menunjukkan thumbs-up.
Amir, Syakir..Aswad, Aiman, Nur, Iman..Apalah yang korang buat sekarang ya, aku harap..korang semua dah lupakan aku..dan mulai buku yang baru juga..Kita mungkin pilih jalan yang berbeza kali ni..
Aku mungkin masih ketinggalan jauh daripada korang tapi…aku hanya meneruskan perjalanan aku mengikut pace aku sendiri..sebab aku nak berubah untuk diri sendiri..bukannya orang lain lagi..kehidupan aku..bukannya sebab orang lain lagi..harapnyalah..
Korang…macam mana pulak?
***
" Dah siap Aiman?" Tanya Amir, dia memakai sweater biru dengan membawa beg yang besar, aku berjalan kearahnya sambal membawa beg aku juga, kami berdua sedang berada di stesen bas.
" Esok hari ialah hari yang biasanya Zati pergi berjogging..Kita kena check tiga taman yang aku cakapkan haritu..tapi hari ni bila kita sampai sana kita akan check sekolah diorang..Mana tahu, diorang ada kat situ kan?" Cadang Amir.
" Aku..dah follow Instagram Zati tu..dan kalau dia update mana tempat dia pergi..Kita pergi situ.." Balas aku.
" Bagus…nampaknya kita berdua stalker berjaya, hah…" Kata Amir.
" Kita…takde pilihan lain kau tahu..Tidak macam mana kita nak cari Mairah? Aku pun rasa apa kita buat ni pelik tapi..jadi pelik sahajalah cara nak cari Mairah sekarang.." Terang aku.
" Well betul jugak..Oklah..mari ke bas kita!" Amir berjalan kehadapan, aku mengikut sahaja dia dibelakang.
Angin pergi bertiup perlahan, aku melihat sahaja sekeliling stesen bas ini, kelihatan ramai orang juga masa-masa sebegini..walaupun ini bukannya masa biasanya orang balik bercuti atau dating bercuti…
Harapnya…bila kami sampai..kami dapat selesaikan objektif kami..Cari Mairah..dan cuba..cakap dengan dia..
Amir juga cakap yang dia nak autograf Zati, dia tu..stalker betul..Aku bukan nak defend diri aku tapi aku bukannya nak autograf pun..
" Alright..bas kita yang biru tu..Jom." Amir berjalan kearah bas biru, boleh tahan besar jugak, aku biasanya naik bas sekolah untuk ke lawatan dan semua tu…tak biasa naik bas besar macam ni..
Aku menelan air liur dan melangkah kehadapan….