Sejak pada malam itu Zen telah berubah hati untuk menjadi lebih baik, dia tidak ingin bergaduh, dan dia ingin lebih dekat dengan keluarganya kerana dia telah berjanji dengan erina.
Pada setiap pagi Zen berjogging ke bukit berhampiran dengan Kawasan rumahnya. Digunung dia berlatih menganggkat kayu-kayu balak, dari yang kecil sehingga yang besar, ada Ketika dia berlatih seni bela diri yang diajar ayahnya dahulu dengan menggunakan kayu-kayu.
Sekilas diingatannya membayangkan Gerakan seni bela diri yang diajar ayahnya. Zen menumbuk dan menendang kayu yang di susunnya, walaupun kaki dan tangannya lebam dia tetap meneruskan latihannya setiap hari.
Suatu hari pada musim sejuk Zen berjogging seperti biasa menuju ke bukit, di tengah-tengah kawasan bandar terdengar dari belakang suara wanita meminta tolong kerana diragut. Zen tidak menghiraukan jeritannya dan meneruskan lariannya, sempat peragut itu berlari disebelahnya namun Zen membiarkannya lari.
Di bukit seperti biasa dia akan memulakan latihannya dengan mehendong balak dibelakangnya lalu mendaki bukit, walaupun kesejukan dan sukar untuk bernafas, Zen tetap semangat meneruskan latihannya.
Suatu saat dia sedang berlatih menumbuk pokok tiba-tiba dia terdengar bunyi tembakan, lebih mengejutkan lagi bunyi itu sangat hamper dengannya, terlihat dari jauh seorang lelaki dengan membawa seutas beg tangan wanita berlari kearahnya dan terlihat dua orang polis dan dua ekor anjing polis sedang mengejarnya, tidak salah lagi, orang itu adalah peragut yang sebentar tadi meragut seorang wanita di tengah pekan bandar.
Peragut itu tidak menyedari keadaan Zen, lalu dia berlari menghampiri arah Zen, setelah hampir Zen tanpa menunggu lama lalu menarik tangan peragut itu yang memegang beg tangan wanita, peragut itu terkejut lalu mengambil sebilah pisau dengan tangannya yang satu lagi dan mengacu pisau tersebut sehingga mengakibatkan tangan kiri Zen yang memegang tangannya terluka. Akan tetapi Zen tetap tidak melepaskan tangannya lalu menendang kepala peragut itu dengan tendangan 180 darjah. Peragut itu pun tersungkur dan pensan.
Setelah diberkas, Zen berada di balai untuk menerima rawatan dan diminta memberi keterangan saat kejadian. Datang seorang pegawai polis menghampiri Zen lalu mereka saling bersalaman "tahniah kerana keberanian awak akhirnya peragut itu Berjaya ditahan. Pihak kami telah menyiasat aktivitinya dan suspek telah meragut hampir 100 kali dan pihak kami tidak dapt untuk menangkapnya kerana suspek sangat lincah dan handal bersembunyi" kata pegawai itu lalu menabit hormat pada Zen dengan penuh bangga.
Atas penangkapan peragut itu Zen mendapatkan hadiah wang tunai sebanyak 10k dollar termasuk penghargaan keberanian. Dengan riaksi yang Bahagia Zen dihantar balik dengan kereta polis, saat sampai di rumah Zen menceritakan kesemuanya yang telah berlaku kepada ibunya Aurora yang kebetulan bercuti pada hari itu dan kepada Erina yang baru pulang dari sekolah. Pada mulanya wajah merek berdua agak risau kerana terlihat tangan Zen yang berbalut, namun diganti riaksi terkejut saat mendengar jumlah wang hadiah yang didapatnya.
Dengan wang tersebut mereka berancana untuk menyewa sebuah apartment di luar bandar di tempat Zen dipindahkan tahun hadapan. Hanya Zen dan erin sahaja akan berpindah kerana ibu mereka puan Aurora perlu bekerja di pejabatnya.
"memandangkan besok ibu cuti, apakata kita pergi tengok rumah baru" kata Aurora kepada kedua anaknya. Wajah Zen dan Erina berubah gembira mendengar cadangan ibu mereka. "ehm.." jawab mereka dengan sambil mata mereka terlihat berkilau.
#########################################################################
"papa tak pernah faham!!" "BAM!!" jerit seorang remaja perempuan kepada bapanya sambil menghempaskan pintu bilik" kemudian dia duduk diatas katil sambil memeluk kakinya kemudian meletakkan wajah pada lututnya, beberapa saat kemudian dia melihat kearah tingkap lalu mengelamun seketika, dia bercita-cita untuk menjadi seorang pemain piano yang handal seperti mendiang ibunya.
Awan-awan dilangit pada malam itu tiba-tiba beralih arah sehinggakan terlihat cahaya bulan purnama pada malam itu. Dia membayangkan sedang bermain piano di tepi pantai dibawah sinar bulan purnama bewarna ungu kebiruan sambil dikelilingi makhluk-makhluk kayangan.
Lalu dia mencapai pianonya dan memainkan sebuah lagu kegemaran ibunya yang bertajuk "Clair de Lune", dia memainkan dengan sangat lembut dan berhati-hati, setiap petikan seakan-akan mengeluarkan serpihan-serpihan cahaya bintang yang melayang ke udara.
Dari ruang tamu bapa kepada remaja itu seakan-akan terdengar bunyi petikan piano, dia bergerak kearah bilik anaknya dan membuka sedikit pintu bilik anaknya dan melihat anaknya sedang bermain sebuah lagu kegemaran mendiang isterinya.
Seketika dia membayangkan memori indah Ketika diusia mudanya bersama isterinya yang sedang mengandung sambil bermain piano, wajahnya tersenyum sambil air mata bergelinang disebalik kacamatanya seakan-akan baldi yang penuh dan hampir menumpahkan air. kemudian dia membayangkan saat isterinya yang membuat persembahan piano 4tahun lalu dia sebuah majlis, seperti itu juga ingatan anaknya yang membayangkan persembahan ibunya 4 tahun lalu, Ketika itu dia sedang menghadapi penyakit kanser paru-paru tahap 4. Ketika dia bermain lagu yang sama di pertengahan lagu dia tiba-tiba berhenti bermain sehinggakan membuat semua orang terdiam dan bertanya sesame sendiri apa yang telah berlaku kenapa dia berhenti, lalu kepalanya terhempas pada piano yang dimainnya yang membuat semua orang terkejut dan menangis. Begitu juga remaja perempuan tersebut tiba-tiba berhenti memainkan pianonya pada pertengahan lagu kerana tidak sanggup lagi mengingati pemergian ibunya yang membuat dia troma untuk memainkan lagu tersebut. Kemudian bapanya masuk kedalam biliknya lalu memeluknya sambil kedua anak beranak itu menangis dan saling bermaafan.
Mereka baru sahaja berpindah ke situ seminggu lepas kerana disitu adalah tempat dimana ibunya lahir dan meninggal. Alasannya untuk menghantar anaknya memasuki pertandingan piano pada tahun hadapan