Chereads / PELINDUNG RATNA / Chapter 2 - CHAPTER 2: TANGISAN DARAH

Chapter 2 - CHAPTER 2: TANGISAN DARAH

"kau pasti dengan ni, nk lancarkannya semula?" kata seorang lelaki yang berpakaian kemeja kemas di dalam sebuah ruangan gelap. "hahaha… kau jangan risau encik Walter aku ada rancangan aku sendiri" balas seorang lagi lelaki yang berbadan sasa dan berkemeja kemas kepada encik Walter.

"rancangan? Heh..encik Surugi, kau dah lupa kaa tahun lepas kita dh rugi 1trillion" balas encik Walter kepada encik Surugi. Dengar kata-kata tersebut encik Surugi pun tersenyum kecil dan mengambil sekeping gambar dari kocet bajunya dan meletakkan gambar tersebut diatas meja. "ini harapan kita, 1trillion akan menjadi milik kita dan kau akan dapat 20 persen" kata encik Surugi kepada encil Walter.

"baik, apa plannya?" tanya encik Walter.

Terlihat dari atas meja sekeping gambar padanya seorang budak lelaki yang memakai rantai tetapi wajahnya ditutupi bayang-bayang sesuatu.

######################################################

Zen berlari kearah pasar kecil di Lorong-lorong Kawasan perumahan. Dia dikejar kumpulan botak bermotosikal namun Zen berlari sangat pantas dan memaksa kumpulan botak itu untuk berpisah mengambil jalan yang berbeza.

Zen berlari masuk ke Lorong kecil dia dan dia beranggapan bahawa dia sudah selamat.

Namun tiba-tiba muncul salah seorang lelaki botak diantara kumpulan tersebun menyekat laluan Zen dari arah hadapan. "hahaha budak kau dah tak dapat lari lagi". Kata lelaki tersebut. Tanpa berfikir panjang Zen terus berlari kearah lelaki itu lalu melompat sangat tinggi dan memijak kepala lelaki itu sehingga dia terjatuh melentang kebelakang lalu Zen bergolek dan meneruskan lari dari situ.

Namun apakan daya sebelum sempat Zen keluar dari lorong itu dia disekat oleh 3 orang kumpulan lelaki botak botak itu lalu berkata ketua mereka "berani kau budak, nahas kau!!!" sambil mengayunkan parangnya namun dapat dielak oleh Zen, kemudian Zen menoleh ke belakang dengan niat ingin melarikan diri namun dia dia disekat oleh lelaki botak yang di pijaknya tadi, dia memandang ke kiri dan ke kanan namun tiada jalan keluar lain, mahu tidak mahu dia perlu berhadapan dengan mereka semua.

Zen menerima libasan kayu baseball dari arah kiri namundapat ditangkap oleh Zen lalu menendang kepalanya sehingga berdarah lalu diambil kayu baseball itu, dengan serta merta ketua kumpulan botak itu melibaskan parangnya, Zen dengan cepat mengelak hayunan parang itu tapi pipinya meninggalkan goresan dari hujung bilah parang itu mengakibatkan Zen berundur kebelakang

Sedikit dan sempat memukul tangan ketua mereka sehingga parang itu terpelanting jauh dan terbenam mencacak kedalam dinding.

Dalam keadaan lemah tiba-tiba Zen dipukul dari belakang dengan sebatang buluh, namun Zen tidak menyerah dan membalas serangan demi serangan. Dia dipukul di wajah, rusuk kiri dan di bahu kiri sehingga di akhir perlawanan Zen menjadi sekarat namun dia Berjaya menewaskan kesemua lelaki botak itu, dia berdiri tegak dan berjalan perlahan keluar dari lorong itu.

Sebelum sempat Zen meninggalkan mereka salah seorang diantara lelaki botak itu memanggil. "oii.. budak si..siapa kau sebenarnya?' tanya dia sambil dalam keadaan meniaram dan kepalanya mendongak kehadapan melihat Zen bersama yang lain.

Zen menghentikan pergerakkan perlahannya dan menolehkan mukanya sedikit kearah kiri dan berkata dengan nada yang ter sekat-sekat "B..Blitz… Zenix". "Blitz?!!.. mungkinkah kau…" kata-kata mereka terhenti selepas melihat mata kiri Zen yang berwarna merah terselak sedikit dari rambutnya yang menutupi mata kirinya selama ini.

Mereka melihat mata merah itu seakan-akan bercahaya merah sehingga mereka seakan-akan seperti melihat hantu dengan muka terkejut dan ketakutan mereka tergesa-gesa bangun dari tempat mereka terlentar dan berlari lintang pukang meninggalkan Zen sambil berkata " Akuma!! satu mata!!!, ampuni kami…."

Zen dalam keadaan sekarat lemah berasa hairan dengan perbuatan mereka namun dia tidak menghiraukan mereka dan berjalan berjalan perlahan sambil memegang bahu kirinya yang tercedera.

##########################################################################

"ya ibu… Erin dh siapkan…. Abang?.. Abang belum balik… ya baik ibu, oke bai" seperti itu perbualan singkat diantara seorang ibu dengan anak perempuannya. Erin merupakan putri kepada Aurora dan adik kepada Zen. Dia sedang keseorangan di rumah, hari semakin gelap tapi tanda-tanda kepulangan abangnya masih belum dirasai.

"kedup!!" kedengaran bunyi pintu rumahnya sedang dibuka seseorang. "selamat pulang abang.." ucap erina dengan penuh ceria menyambut kepulangan abangnya sambil berlari turun dari tangga. Seketika itu Zen yang terlihat sekarat dan penuh dengan luka dan lebam pada setiap inci tubuhnya tiba-tiba rebah

Di hadapan pintu rumahnya. "abang!!!" jerit erina sambil berlari menuju kearah abangnya itu. "Ek… Erin"kata Zen sambil didalam keadaan meniarap dan menutup mata. Dalam keadaan tergesa-gesa dan menangis, Erina mengankat abangnya dalam posisi duduk sambil bersandar ke dinding.

"abang… kenapa sampai macam ni? Kenapa?... Abang bergaduh lagi?" bertalu-talu soalan yang ditujukan oleh Erina kepada abangnya sambil menangis dan memeluk abangnya. "auch… Erin, jangan risau abang oke" balas Zen dengan menahan kesakitan. "abang tipu.. abang tipu.. abang tipu.. abang dah tak sayangkan erin, abang dah tak sayangkan ibu" kata-kata Erina semakin kuat tambahan tangisannya juga semakin kuat.

Dengan tergetar-getar Zen mengangkat tangan kanannya lalu meletakkannya keatas kepala Erina yang ada pada dakapannya. Seketika tangisan Erina semakin perlahan lalu dia melihat kearah wajah abangnya. Dengan senyuman yang manis terukir di wajah Zen yang penuh luka dan lebam itu dia berkata "abang sangat sayangkan Erin, abang sangat sayangkan ibu, selagi mana abang masih ada, abang akan tetap bersama Erin"

Lalu Erina melepaskan pelukannya dan tersenyum "abang janji?" tanya Erina sambil mengelap airmatanya. "janji" jawab Zen sambil tersenyum melihat Erina yang Kembali ceria.

Seketika kemudian Erina mengangkat Zen bangun dan membawanya masuk kedalam bilik untuk dirawat. "abang nii makin berat laa, apa yang abang makan" sakat Erina Ketika membawa abangnya masuk kedalam bilik. "hahaha, kau yang bagi abang makan banyak" jawab Zen sambil ketawa. "ughh.. abang jahat".

Seperti itulah rapatnya kedua beradik ini yang tidak boleh dipisahkan hubungan kesaudaraan diantara mereka. Bagi Zen keluarga adalah segala-galanya.

Setelah lukanya dibersihkan, Erina bangun daritempat duduknya dan berkata " abang rehatlah dulu, Erin ada kerja sekolah yang nak kena buat, sup itu jangan lupa makan nanti perut kosong. Selamat malam abang". "ya.. selamat malam" ucap Zen. Perlahan-lahan Erina keluar dari bilik abangnya.

Seketika Zen merenung kearah gambar ayahnya yang sedang memegang sebuah tali pinggang kemenangan, lalu Zen mengalirkan airmata sambil tangan kanannya memegang mata kirinya yang ber iris merah.

"Zen lemah ayah.. Zen tak mampu nak lindungi Erin dan ibu, Zen nak minta maaf sebab gagal mewarisi kekuatan ayah, mata ini adalah mata ayah tapi Zen tak mampu nak jadi kuat macam ayah"

Dalam waktu yang sama Erina sebenarnya berada di luar pintu bilik Zen, pada mulanya dia berniat hendak memerhati abangnya dari jauh tidak sangka dia terdengar kata-kata dari abangnya, dengan serta-merta Erina mengalirkan air mata Ketika itu.

Zen melihat kearah langit melalui tingkap biliknya begitu juga Erin yang terpegun melihat cahaya bulan purnama dari luar pintu bilik abangnya. Mereka berdua terpegun dengan cahaya bulan yang menyinari malam.

#########################################################################

Puan Aurora sedang sibuk melakukan kerja di pejabat, dia kelihatan letih namun tetap semangat dan tekun. Setelah kerjanya sudah selesai, dia merenggangkan tubuhnya sambil menguap lalu memandang kearah tingkap, dia juga terpegun dengan cahaya bulan purnama pada malam itu dan mengingati hari pertama dia bertemu dengan bekas suaminya Ben. Ketika musim sejuk dibawah pokok besar di sebuah taman dia dilamar oleh Ben dengan sebentuk cincin Emas dengan permata biru.