Niat sangat penting. Ia menjadi kayu ukur sama ada apa yang kita buat itu baik atau tidak.
Andai apa yang kita buat niat kerana Allah, nescaya apa yang kita buat dikira ibadah. Baik berjalan, makan, minum, bekerja, tidur ataupun apa saja yang kita buat dalam kehidupan seharian kita.
Termasuk juga dengan yang menulis ini. Andai dia menulis dengan niat kerana Allah, pasti dia akan dikira ibadah. Andai tidak, dia pasti dalam kerugian.
Jadi, jom kita mulakan hari kita dengan betulkan niat kita kerana Allah. Belajar kerana Allah, bekerja kerana Allah dan bercinta kerana Allah.
- Insan yang terleka dengan nikmat dunia