Chereads / Ayat sentap / Chapter 2 - Cinta

Chapter 2 - Cinta

Cinta merupakan fitrah bagi manusia. Namun, apa itu cinta yang sebenar? Apa itu cinta yang hakiki?

Ramai yang mengaitkan cinta bila mana ditunjukkan oleh media dengan perkara-perkara yang berkaitan nafsu syahwat sehingga akhirnya jatuh ke dalam lubang zina.

Romantik yang haram sehingga membawa kepada kelalaian yang akhirnya menjauhkan diri dari Allah SWT. Cinta yang sebenar adalah cinta dan kasih kepada Allah. Mencintai seseorang kerana Allah. Menyayangi seseorang kerana Allah.

Cinta itu ada yang halal, tapi ramai yang mengambil jalan yang haram. Kembalilah ke jalan yang sebenar.

(Cinta bunga pasti akan layu, cinta manusia pasti akan mati, namun cinta Allah kekal selamanya)

- Insan yang dambakan cinta hakiki