DALAM MAJLIS YANG SEDERHANA
Di rumah anak yatim piatu Villiam pernah berada sewaktu dia kehilangan orang tuanya kerana kecelakaan,hari ini dia kembali kerana jemputan dari orang yang pernah menjaganya dengan baik,iaitu puan Anita.Puan Anita sangat mengenali sifat Villiam yang di anggap anak olehnya,puan Anita juga sebatang kara,dia juga menbesar di sini,pernah berkawin tapi jodoh tak panjang kerana suaminya telah tiada di dunia ini.Puan Anita tidak pernah terpikir untuk berkawin lagi menlainkan mengabadikan dirinya kepada anak² yatim yang lain dengan kasih sayang,puan Anita tidak mahu anak yatim dirumah ini terbiar tidak tahu kehidupan di luar serta rasa kasih sayang seseorang yang mengambil berat terhadap mereka.
puan Anita berasa lega melihat Villiam datang bila di jemput,Villiam seorang yang bertanggungjawab dan patuh,Villiam juga banyak menbantu keperluan rumah anak yatim,semua anak² di sini berasa gembira bila melihat Villiam datang,dia juga akan menbawa hadiah bersama untuk semua orang termasuk puan Anita.Lili juga datang sebaik saja puan Anita menberi jemputan kali ini.Lili si manis yang ceria juga berkerja sebagai jurujual di mall,dia sangat menyukai Villiam,tapi semenjak tahu Villiam bercinta dengan kekasih pertamanya Lili menghilangkan diri,kali ini Lili pulang sebaik saja dia tahu Villiam dah putus,puan Anita yang menberitahu kepada Lili,sedangkan sekarang Villiam sudah bercinta lagi,tapi dia tidak memberitahu lagi kepada puan Anita tentang percintaannya dengan Ruth.
"mama,apa khabar?"sapa di Villiam yang biasa memanggil puan Anita sebagai mama.
"baik Villiam,kamu semakin hemsem lah... puji puan Anita.
"takdelah... biasa saja,mama,hari ini majlis apa?"
"majlis makan biasa,rumah anak yatim baru mendapatkan derma dari orang baik hati."jawap puan Anita.
"derma?siapa orang yang baik hati tu?"
"entahlah,tak tahu siapa namanya,mungkin orang kaya,pembantunya yang menberikan wang tunai."
"wang tunai,banyak ke?"tanya Villiam lagi.
"adalah lima puluh ribu ringgit."
"kalau tahu nama dia,saya boleh mengucapkan terima kasih nanti."
"takde Villiam,orang tu memang tak mahu namanya di ketahui,eh!itu Lili lah."puan Anita bersuara sambil tangannya menujuk ke arah Lili.
tenggelam dalam suara anak² yang ramai,Lili menlenggong ke arah puan Anita dan Villiam dengan senyuman manis,mata kuyu berkulit putih.Lili berpeluk dengan puan Anita erat dan mencium pipi mesra,Lili melihat Villiam.
"hei,lama tak jumpa Vil,mama sihat?"sapa Lili.
"mama sihat,baik² saja."jawap puan Anita.
"hei,saya pun sibuk kerja banyak sangat."kata Villiam.
"Lili baru habis kerja ke?"puan Anita menyampuk.
"tak lah,kan hari ini cuti"jawap Lili.
"awak masih kerja di tempat yang sama ke?"tanya Villiam.
"ye...tempat sama lagi,gaji dah naik'sayanglah nak berhenti."jawap Lili.
kedua anak didik kesayangan puan Anita sudah balik,seperti perasaan ibu² yang lain bila melihat anak pulang kepangkuan rasanya tiada apa yang indah selain hubungan kekeluargaan.Villiam dan Lili menbantu puan Anita hari ini menyambut majlis makan sederhana,Villiam menolong memasak bersama Lili.Puan Anita berasa sangat senang melihat kedua insan bertungkus lumus di dapur untuk menberi makan kepada adik kecil,di rumah anak yatim ini tidak terlalu ramai sangat,lebih kurang dua puluh orang anak yang berusia di bawah empat belas tahun,paling kecil masih bayi ada seorang saja,anak yang di tinggalkan di depan pagar rumah anak yatim mereka yang tidak tahu asal usulnya,mungkin di tinggalkan oleh ibunya sendiri,bayi perempuan yang sangat comel,sekarang menjadi buah hati puan Anita.Puan Anita sangat gembira bila bersama anak yang ramai dan meriah,dia di bantu oleh anak remaja yang lain juga menguruskan tempat ini,mereka di ajar untuk berdikari,saling tolong dan menghormati oleh puan Anita,di luar dan di dalam tak sama,hidup di dunia ini terlalu sukar bila kita tidak tahu apa²,puan Anita hanya ingin anak jaganya tahu menbawa diri bila keluar dari tempat jagaannya,agar mereka tidak terjerumus ke dalam masalah.
prakkk... prakkk... bunyi jatuh kuali,tergelaklah semua orang melihat Villiam meloncat terkejut.Lili tak sengaja terlepas dari tangannya selepas mencuci kuali tadi.
"sorry! sorry! sorry! licinlah... kata Lili sambil menangkat semula kuali tadi.
"cepat letak di atas dapur,dah lewat ni,"kata Villiam sambil melihat jam di tangannya.
"takpelah,jangan tergopoh-gapah."kata puan Anita.
"saya takut mereka semua lapar,hampir tengah hari dah ni tak makan lagi."jawap Villiam.
"adik² semua sabar ye,chef kita akan masak dengan cepat."Lili bersuara.
"baiklah kakak.... jawap semua anak².
"nak cepat semua kena bantu buat kerja!"kata villiam,dia juga dah terbiasa menberi arahan seperti seorang ketua.
Villiam menberi pekerjaan sesuai mengikut umur dan team,mereka semua menbuat dengan cepat dan siap,puan Anita tersenyum melihat kesungguhan Villiam dan Lili,dia berpikir kalau Villiam dan Lili boleh bersama dia ingin menyerahkan rumah anak yatim ini kepada mereka berdua,hanya mereka berdua kelihatan iklhas menbantu.Puan Anita sangat menyayangi tempat ini kalau tiada penerusnya nanti,bagaimana dengan tempat ini dan anak² yang memerlukan sebuah kehangatan kekeluargaan.
seharian sibuk tidak sedar hampir malam mereka makan dan bermain,lalu puan Anita memanggil Villiam dan Lili,puan Anita ingin memberitahu hasrat di hatinya tentang tempat ini.
"mama berasa gembira sangat kamu berdua sudah besar dan berjaya,tapi...
"kenapa mama?...tanya Villiam.
"apa akan jadi kat tempat ini, kalau suatu hari nanti mama tiada....
"mama jangan cakap begitu,mama sakit ke?"tanya Lili.
"tidak...hanya saja memikirkan masa depan tempat ini dan anak disini sekarang."jawap puan Anita.
"mama tak perlu risau, akan sampai masanya,tempat ini pasti baik² bergitu juga dengan semua orang."kata Villiam.
"kalau kamu berdua bersama kan bagus,"
"mama...mengapa pula dengan kami?"Lili berasa malu.
"mama jangan bergurau macam ni,nanti pakwe Lili dengar dia marah,habis saya."kata Villiam tertawa.
Lili berdiam diri,dalam hatinya berfikir Villiam salah faham padanya, mungkin mereka dah lama tak berjumpa dan tak berhubung,jadi Villiam fikir dia ada pakwe, sedangkan selama ini dia berkerja keras untuk menlupakan Villiam dari ingatannya,saat tahu Villiam bujang balik dari puan Anita,hati Lili sangat senang dan gembira,adakah Villiam tahu atau tidak tahu perasaan Lili terhadapnya.Oleh kerana terlalu lewat Lili menumpang Villiam untuk pulang ke rumah tempat dia tinggal.Villiam menghantar Lili pulang dengan tergesa-gesa,dalam kereta Lili dan Viliam tak banyak berbual sangat,seolah² mereka berdua adalah orang asing.
"Villiam masih kerja di restoran tu lagi ke?"Lili bersuara.
"ha,dah selesa di situ."jawap Villiam sambil memandu.
mereka diam lagi,Lili berasa tak senang dengan Villiam senyap saja,tanya satu jawap satu,tak seperti dulu mereka banyak bercerita dan menyenangkan sewaktu tinggal bersama. Sehingga sampai di depan rumah Lili tinggal baru Villiam bersuara lagi.
"ok dah sampai,berhati² dah lewat ni."kataVilliam kepada Lili.
"ok,terima kasih,bye...Lili keluar dari kereta.
Villiam pun memandu pergi dengan segera,menyampah Lili kepadanya, apa poyo sangat dah tua ni,tak tanya apa pun,Lili berasa geram kepada Villiam meninggalkan dia macam itu saja,punya cantik awek macam dia sehingga banyak lelaki yang ingin mendekatinya,tapi dia tak heran pun.
"geramnya... Lili mendengus menghentakan kaki dan masuk ke kawasan pagar rumahnya.
RUTH DALAM DELIMA
Ruth berkerja seperti biasa,hanya dia masih terfikirkan kata² Ate,"Quan dah balik."Ruth tidak tahu bagaimana sekiranya Quan ingin bertemu dengannya dan bertanya tentang percintaan dia dan Villiam,apa akan terjadi kalau benar Ruth salah faham kepada Quan sebelum ini,Ruth sendiri melihat Quan curang bersama Diana di kelas pada petang yang hampir gelap itu.
"sial,mengapa aku teringat pasal perempuan tu,sahabat baik konon."bisik hati Ruth.
"Ruth!"sergah si Jessy.
"iss... dia ni."Ruth terkejut.
"mengapa ni,mengelamun semacam je,u gaduh dengan Villiam ke?"
"macam mana nak gaduh,i dah dua hari tak jumpa dia."jawap Ruth.
"jangan² di pasang dua kot...Jessy memanaskan keadaan.
"dia tak berani,i percaya pada dia,he honestly to me."nada Ruth sedikit tinggi.
"hmmm,baguslah bergitu,tapi tak salah berhati² girl,i just nak remember u,man always be man."
"dah lah, tension i bila dekat u,"Kata Ruth.
"wei, wei... apa Ruth, i bukan nak hasut u,sekadar mengingati tau, oklah kalau u percaya pada dia."Jessy seperti merahsiakan sesuatu.
Pada waktu rehat Ruth kembali ke rumahnya,dia tidak tahu Quan pun kembali untuk mengambil barangnya,Quan pun terkejut dan tidak sangka Ruth tetiba balik ke rumah,jadi dia cepat menyorok kat pintu bilik.selepas Ruth tutup pintu, dia mencampak handbag ke meja dan menbuka bajunya.Ruth nak mandi jadi dia hanya bersamping tuala saja di dalam rumah ke sana sini, dia tak sedar kalau ada mata yang memerhatikannya menahan nafas separuh nyawa,selepas minum air sejuk Ruth masuk ke tandas.Lalu dengan cepat Quan keluar dari rumah seperti pencuri.Ruth terdengar bunyi pintu tertutup dia pun keluar untuk melihat,fikirnya mungkin abangnya Ate pulang.Tapi tiada siapa pun di ruang tamu.
"oi... seramnya."fikir Ruth dalam kepalanya.
DI BAWAH
"kenapa kamu ni macam kena kejar hantu?"tanya Ate.
"kamu cakap Ruth kerja,baru tadi dia balik ke rumah!"jawap Quan separuh nafas.
"iya ka?adoi...ini peluang kamu, kenapa lari pula,tak romantik langsung."gelak Ate.
"kamu gila ka,Ruth bersamping tuala dalam rumah,mahu mampus dia marah!"
"iyalah tu...mari kita pergi sekarang, malam nanti saya perlu ambil dia pula."
"kamu mahu ambil dia?"
"iya, biasa malam dia kerja dia bawa ini kereta,sebab tu kita kena cepat."kata Ate.
"beli kereta tidak lama,rumah tunggu siap ubah suai lama sikit."jawap Quan.
"kamu ini Quan,sudah berjaya sekarang, tapi aku tak tahu apa sebenarnya yang kamu mahu buat."
"rahsia kawan,mana boleh kasi tahu kamu."
"ooo,nanti aku kasi tahu Ruth malam ini."
"jangan Ate,kita kawan kan?"
Quan sebenarnya sudah menjadi bisnesman di luar negara,dia juga sudah menjadi rakan kongsi sebuah syarikat,pada mulanya papa Quan ingin menyerah kilang makanan padanya,tapi dia tidak mahu kerana ingin mendekati Ruth,jadi dia menbuat kerjasama dengan kilang papanya untuk menyelesaikan masalah.
pada malamnya Ate menjemput Ruth pulang,Ruth menghidu² bau yang ada dalam keretanya.
"kamu pakai minyak wangi baru?"
"oh itu tadi cuba saja... Ate cepat menjawap.
"baunya sangat mengoda,kamu nak cari perempuan ke?"
"perempuan,sudah cukup kenal kamu sebagai adikku,sudahlah."
"lah Ate ni,saya teruk sangat ke?"
"bukan teruk,cuma manja dan mengada²,ha... ha... ha..
lalu Ruth memukul² bahu Ate,mereka berdua macam anak kecil kalau bergurau,iyalah mereka masih bujang boleh bermesra lagi adik-beradik,nanti dah kawin malulah pasangan nampak dan cemburu.
DI RUMAH
setelah sampai di rumah,mereka masih lagi berbual soal kerja,Ate juga menberi tahu kepada Ruth tidak lama lagi,dia akan pulang ke JB,saja Ate cakap kuat² supaya Quan kat dalam bilik mendengar.Quan hanya mampu mendengar dari dalam bilik berseorangan,dia tidak mahu merosakan mood baik adik-beradik sedang bercerita,kalau dia keluar apa akan jadi.
"boringlah kalau Ate balik."Ruth memuncungkan mulutnya.
"alah...nanti ada orang jaga kamu."
"Ate cakap pasal Villiam ke?kami dah dua hari tak jumpa sejak dia cakap nak pergi ke majlis jemputan."
"dia pergi mana?"
"katanya pergi menemui orang yang pernah menjaga dia kat rumah anak yatim."
"betul ke,Ruth jangan terlalu percaya kepada lelaki seratus peratus,sesiapa pun di dunia ini."
"maksudnya Ate pun tak boleh di percaya?"
"mmm... mungkin juga."
"cakap!abang Ate ada buat sesuatu yang Ruth tak tahu ke?"Ruth menenung ke arah Ate tajam nakal.
"takdelah,saya nak tidur pula,kamu masih tunggu lagi,pergi mandi dan tidur."
"iyalah...orang tanya tak cakap,menyampah...Ruth menuju ke bilik.
Ruth masuk ke bilik tidurnya, manakala Ate pun sama masuk ke bilik tidurnya,dia berasa penat nak layan adiknya yang kuat bercakap.
"ahh... dapat juga rehat."kata Ate sambil berbaring.
"sedap mulut,tadi saya dengar kamu cakap kepada Ruth,jangan percaya sesiapa di dunia ini."Quan bersuara.
"betul lah,saya sayang adik sayang, apa boleh buat, jangan terasa ok."jawap Ate.
"besok kamu nak balik ke JB?"
"ye,dah lama kat sini,papa aku seorang kat sana."
"jadi saya kena bersembunyi kat sini lagi ke?"
"Quan,ini peluang kamu,aku percaya kamu akan menjaga adik aku dengan baik,tolong jaga dia ok."
Ate mengambil selimut dan menyelimuti tubuhnya,Quan melihat Ate terbaring memejamkan matanya tanda nak tidur, jadi Quan menutup lampu bilik.Quan rasa bersalah pada Ate dan Ruth, sebab dia rasa dah mengecewakan mereka berdua kerana dia pentingkan diri,kalau dia berterus terang dulu dan tidak menbuat salahfaham,pasti mereka baik² saja.Quan teringat sangat Ate marah kepadanya dan bertanya mengapa Quan menyakiti hati Ruth dan curang dengan Diana.Mengalir air mata Ate semasa itu dia sedih sangat melihat adiknya kecewa terhadap Quan.
KEJADIAN LEPAS
"Ruth,mengapa menangis?"
"Ate,saya nampak Quan dan Diana berpelukan di bilik sains."
"betul ke atau kamu salah orang, tak mungkin Quan buat macam itu pada kamu."kata Ate.
"Ate,fikir Ruth bohong ke? Ruth nampak dengan mata sendiri."
Ruth menangis sambil menjelaskan kejadian yang dia nampak itu,kemudian Aboy dan papa Ruth juga mengetahui perkara itu,tapi mereka tidak percaya dan cuba untuk bertenang,Ate tidak mahu berdiam diri bila adiknya di sakiti,dia pergi menemui Quan,semasa itu Quan dah bersiap untuk pergi keluar negara,kerana dia dapat menlanjut pelajaran ke tempat pilihannya.
"Quan!kamu mahu kemana?"
"Ate,saya...
"Ruth nampak apa yang kamu buat dengan Diana,apa hal sebenarnya?"tanya Ate.
"Ate,mengapa kamu nampak marah²"tanya papa Quan.
"tidak apa² papa,biar Ate saja hantar saya."
"kamu tak mahu kami teman?"tanya papa Quan.
"tak mahulah, nanti mamy sibuk mahu nangis."jawap Quan.
"mari Ate hantar aku, kita cerita dalam perjalanan."kata Quan.
Quan berterus terang terhadap Ate, mengapa dia menbuat semua ini,jadi semua masalah ini adalah kesilapan yang Quan sendiri buat,sekarang Quan ingin menyelesaikan kembali apa yang terjadi.