Chereads / MR Q DAN MR V / Chapter 3 - Chapter 2

Chapter 3 - Chapter 2

Pada pukul tujuh setengah pagi Ruth telah tiba di tempat dia berkerja,di sebuah restoran mewah di tengah bandaraya,dia berkerja sebagai pelayan biasa yang menghantar makanan ke meja pelanggan,di ruangan besar di tengah restoran yang luas mempunyai hampir lima puluh buah meja bersamaan enam tempat duduk,di tambah lagi bilik khas vip yang istimewa,sudah pasti harga berbeza dengan meja yang berada di bahagian luar bilik vip,bahagian luar di jaga oleh lebih dua puluh orang waitress untuk lima puluh buah meja makan,di dalam bilik vip di jaga oleh seseorang yang berpengalaman dan sudah pasti nampak cantik,bahagian vip akan di bantu oleh seorang yang di panggil kapten ketua waiters,seseorang yang telah lama berkerja dan mempunyai banyak pegalaman dalam urusan yang berkaitan dengan

makanan,pelanggan dan perancang majlis

di restoran besar dan mewah ini,bukan saja boleh di tempah untuk menjamu bersama ahli keluarga,tapi juga boleh mengadakan upacara hari jadi,meting dan majlis perkawinan,orang cina biasa suka mengadakan majlis besar di restoran mewah,apalagi yang mempunyai saudara dan sahabat handai yang ramai,semakin banyak saudara dan teman semakin bagus,biasanya majlis perkawinan mereka akan mendapat pulangan balik,biasa bajet untuk mereka berkawin sangat mahal dan bergaya,kalau ringkas pun paling kurang tetap puluhan ribu,apalagi orang atasan

tapi kebanyakan yang tidak mampu,mereka pergi mendaftar di JPN dan makan bersama ahli keluarga kedua belah pihak sudah memadai.

"hei Ruth,you sudah ada boyfriend ya?

itu liang zai banyak hen shuai,mana you dapat itu oppa?"tanya kapten.

Ruth malu² nak jawab,muka dia kelihatan merah² kepanasan,iyalah semalam pergi makan dan tengok wayang berdua,cepat juga tindakan si Villiam ambil,tidak sempat nak tolak.Villiam dah rancang dulu,baru tanya...

"dia kawan saja,baru kenal."Ruth jawab tersenggih.

"oh,belum ada girlfriend lagi ke?kalau you tidak mahu,i mahu lah!hemsem ooo....

fikir Ruth,nak bagi dia,dahlah buaya betina,jangan haraplah...

"i pergi simpan barang dulu,sekejap lagi customer mesti ramaikan,kita patut siap dulu."kata Ruth.

ok²,you jaga macam biasa ya,"kata Lucy.

Lucy ialah kapten pelayan,seorang amoi cantik yang tinggi lampai,putih bersih dan berambut panjang menyentuh punggung berwarna kekuningan,pengoda orangnya.

semua pelayan telah tiba,menanti tugas masing²,dua pelayan yang manis di tugaskan menjaga pintu,sebaik saja terlihat pelanggan tetap,pintu sedia di bukakan kepada mereka,di sambut seperti orang kenamaan kepada setiap semua pelanggan restoran C

di tambah lagi senyuman gadis yang comel dan manis,hati siapa tak cair dan senang,setiap kali datang makan mereka di layan macam raja,teknik menarik hati pelanggan seperti ini,memang berkesan,kadang² boleh di kira seminggu berapa kali pelanggan setia datang menjamu selera bersama ahli keluarga mereka,kadang itu ada pelanggan yang nakal datang seorang diri mencuci mata dan yang berteman datang mencari mangsa siapa,jangan ingat tak glomur kerja sebagai waiterss ni,ada mata-mata nakal yang suka kepada waiterss sebab nampak comel,kerja pun cekap dan pantas.

"Ruth,you semalam dah dapat ke?"tanya Jessy kepada Ruth,biasalah geng nak tahu juga pasal kawan,ada cerita baik ke,perempuan kalau bab bergosip teruk gila,barang dalam seluar pun boleh cerita a to z.

"apa maksud U,i dapat apa?"kuralah/pura² si Ruth.

"lah...malu kucing ke,pasal pakwe hemsem tu lah,siapa nama dia?nak tahulah juga...pls!rayu si Jessy.

"kita sekarang tengah kerja ni,nanti bos marah,nanti waktu rehat,i ceritakan."kata Ruth.

"ok,jangan lupa tahu."balas Jessy memperingati Ruth.

pening kepala Ruth,kawannya yang satu ini,dia memang baik.Tapi kuat gosip dan sawan,kalau dia dah bertanya tu,tandanya...faham saja lah.Jessy cantik dan seksi,siapa tak tergoda melihat dia,apa lagi bila dia berjoget,goyangan maut tu yang buat lelaki tidur tak lena.

Ruth melihat sekeliling dalam keadaan berjaga²,manalah tahu pelanggan meminta sesuatu,kadang ada saja yang di minta oleh pelanggan,tambah nasilah,nak buahlah,nak tukar piring kecillah,tambah airlah,nak tisulah,nak sudu...macam²lah,kadang² boleh naik darah juga bila berjumpa pelanggan cerewet tak masuk akal.

tapi jadi waiters ni seronok juga,ada suka dukanya,gaji pun boleh tahan banyak juga,nak kata susah tak juga,yang penting kerja kena cepat dan pantas tak boleh terhegeh²,apa lagi bos cina,bab makanan lagilah semua kena cepat dan teratur.

masak pun cepat,hidang pun kena cepat,tapi yang rasa benggang dengan pelanggan yang suka makan berlama²,sampai pelanggan lain nak makan pun kena tunggu mereka,jenis pelanggan macam inilah yang biasa tak di sukai sangat.Tapi kena layan juga sebab mereka pelanggan,sebab mereka waiters di bayar gaji,siap ada tips lagi,itu pun kalau pelanggan tidak kedekut nak bagi tips,biar pun seringgit,itu sudah berbaloi bagi waiters.

kadang tu ada pelanggan yang murah hati,mereka boleh saja beri tips terus kepada waiters kesukaan mereka,biasa ada waiters yang mereka gemar,karena ramah dan pandai melayan mereka membuat mereka rasa selesa setiap kali mereka datang.

kerja akan jadi semakin banyak di waktu hampir tengah hari dan pada waktu makan malam,malam memang banyak pelanggan,kalau ada jamuan,restoren tidak terbuka kepada pelanggan biasa,sebab restoren menumpukan sepenuhnya kepada acara jamuan saja,terutama majlis perkawinan....

PADA WAKTU REHAT

Ruth dan semua temannya mula berkemas tanda dah masuk waktu berehat,biasa setelah selesai makan mereka akan pulang istirehat sebentar,mereka boleh tidur seketika,memilih untuk keluar dengan pasangan atau rehat saja di rumah,terpulang asalkan jangan malas masuk kerja balik.Ruth biasa akan tidur,tapi temannya lain sempat lagi pusing satu kuala Lumpur.

kali ini,Jessy mengikuti pulang ke apartment Ruth,ialah Jessy nak tahu tentang cerita Ruth dengan oppa yang hemsem tu,Jessy heran macam mana lah Ruth boleh dapat yang hemsem dengan cuma duduk minum saja tampa masuk gelanggang kelab.

DI RUMAH RUTH

sampai di rumah,mereka berdua duduk dulu bergosip banyak hal yang terjadi,hati Jessy dah tak sabar nak dengar cerita dari Ruth,tapi Ruth nampak macam berahsia² gitu.Ruth pun tak tahu bagaimana nak mula,sebab baru kenal.

"Ruth,ceritalah macam mana boleh sangkut dengan oppa tu?aku nak cari yang macam tu tak dapat lah."kata Jessy.

"Jessy,aku pun tak tahu sangat,betul tak ingat,malam tu aku minum banyak sangat."jawap si Ruth.

"habis tu macam mana you boleh bergambar dengan dia?"

"mungkin,sebab dia hantar i balik kot,itu pun i tak ingat sangat,yang i ada gambar dengan dia saja,lepas tu i tak ingat semuanya."

"you ni...mesti rahsiakan,ada cium tak?"

"gila,mana ada!!baru kenal la..."tegas Ruth.

"mmm...biasa kalau dah high sangat,mesti ada punya"Jessy tak percaya.

"no.....i rasa i tak buat benda gitu"

"habis tu,dia ada call you lagi tak?you suka dia?"

"mmm....ok,semalam tibe² je dia jemput i keluar makan dan tengok wayang...he.. he...

"what!?you...cepatnya?"

"you sendiri tahukan i macam mana,i nervous gila you tahu tak,i dah macam anak patung,i betul² tak tahu nak buat apa,i rasa nak menghilangkan diri macam tu saja,sampai ke dalam perut i punya rasa kecut semacam semasa keluar dengan dia."

"maksudnya mesti dia hemsem gilakan,dia..dia..dia...kerja apa?"

"ops... i tak tahu pulak dia kerja apa,tapi dia pakai honda city...

"ok lah tu,ada kenderaan juga,nak dating pergi mana² mudah,best lah you... tak lama lagi ada boyfriend."kata Jessy.

"nak dating bawa kereta masing-masinglah baru seronok,boleh berlumba...ha..ha..

"apa yang seronoknya,kalau guna kereta masing-masing,you ni tak romantik lansung."Jessy buat muka muncung itik,cemburu sikit kot.

petang tu,mereka berbual sampai tertidur,tepat jam empat setengah,bunyi jam henset menandakan mereka kena bersiap untuk mandi manda pergi menyambung kerja,maka tergesa-gesa lah mereka berdua nak bersiap,seperti mandi kerbau,tapi make up glomur habis,senjata utama pada waktu kerja malam.

biasa waktu ini lah pelangan ramai gila,sudah pasti banyak yang kacak juga,bolehlah waiters cuci mata,sambil cari kenalan baru,itu pun kalau ada yang berkenan,biasa lelaki yang makan kat restoren mewah ini,latar belakang boleh tahan juga terutama dari segi kerjaya,kalau dah tuah badan tu,pucuk di pinta ulam mendatang untunglah..

Ruth dan Jessy tergesa-gesa bergegas ke lif,untung Ruth ada kenderaan,biasa pagi dia suka berjalan kaki atau naik bas,cuma bila dah masuk shif malam,dia bawa kenderaan sendiri,bahayakan seorang perempuan jalan kaki seorang diri.

Ruth tinggal sendiri di apartment itu selepas abangnya pergi berkerja di singapura.Jessy tinggal bersama teman mereka yang lain di asrama yang di sediakan oleh pihak restoren,tidak sampai berapa puluh minit dari tempat kerja mereka untuk pergi balik antara asrama dan tempat kerja.

tapi Ruth lebih selesa tinggal di rumah itu sendiri dari bersama banyak orang,apalagi temannya,teman-temannya terlalu sosial darinya,dia merasa kurang selesa,apa lagi papanya seorang lelaki tua yang berfikir terlalu kolot,bab-bab kalau tahu lelaki keluar masuk asrama,teruk Ruth kena marah,kawasan tempat Ruth tinggal ada juga mata-mata papanya,sebab papanya pernah tinggal di apartment tu sebelum ini dan bertemanlah dengan berapa membe orang tua kaki bawang,bukan perempuan saja ada geng gosip,lelaki pun apa kurang bab gosip,lagi parah rasanya dari perempuan sendiri.

DI RESTOREN

"ye...sampai juga awal,ingat kita dah lewat tadi."

kata Jessy sambil keluar dari kereta yang di paking di tepi restoran tempat mereka berkerja,mereka terus menuju masuk ke tempat letak barang,seperti biasa mereka akan mengeringkan pinggan,mangkuk,sudu,garpu dan chopstick dulu dengan towel yang bersih khas di sediakan untuk mengelapkan semua peralatan tadi,towel yang sudah siap di gunakan akan di cuci oleh kakitangan restoren,tidak termasuk kain alas meja yang akan di ambil oleh pihak pekerja dobi pada setiap pagi,mereka juga akan menbawa alas meja yang telah di cuci sebelumnya di hantar balik dan bergitulah setiap hari.

"sibuk lah,tak sangka malam ini,awal-awal pukul lapan pun orang dah ramai."Jessy merunggut.

"iyalah,dah memang waktu makan,mestilah ramai."jawab Ruth yang sedang mengemas meja dengan cepat.

mereka harus cepat mengemaskan meja terutama pelanggan semakin ramai,pelanggan yang siap makan baru keluar,pelanggan yang baru masuk pula akan duduk,kerja tidak berhenti-henti sampai masa habis pun masih ada lagi yang datang,biar pun cakap dah habis masa,kalau chef di dapur masih larat nak masak,pihak restoran akan menerima,kalau tak kepunanlah ke esok datang semula.

"penat!!...aku penat dan mengantuk ni."keluh si Jessy.

Ruth memicit-micit bahu yang lenguh, kaki tak perlu di cerita lah,malam-malam nak tidur kejang tak tentu pasal,masa itu lah kepala otak berfikir nak berhenti kerja,tidak tahan sangat,rasa nak berputus asa,tapi bila sampai masa gaji,segala keluhan di lupakan happy gaji punya pasal.

"aku balik dulu ya."Ruth bersiap untuk balik.

"Ruth,berhati-hati tahu,tolong memandu pelahan,biar lambat asal selamat."kata temannya.

"ok ok, aku balik dulu, jumpa besok ladies."

Ruth melambaikan tangan kepada rakan sekerjanya,dia memandu pulang ke apartment sambil mendengar musik,Ruth suka mendengar musik,apa saja jenis musik di dunia ini yang rancak,klasik dan rock,dia layan saja ikut moodnya.

DI RUMAH

sampai di rumahnya,dia mendapat satu mesej whatsapp dari Villiam,berdebar jantungnya melihat nama Villiam tertera di screen phone,kalau dia cepat menbuka whatsapp tu, fikirnya gelojoh pula, jadi dia tahankan diri,bertenang...Ruth pergi mandi dulu,buka radio hits fm dulu sambil menepuk-nepuk pelembab muka di wajah,lepas tu baru dia menbuka whatsapp yang di hantar oleh Villiam tadi.

sedangkan Villiam menunggu Ruth menbuka mesejnya seperti cacing kepanasan,serba salah...apa lah yang di buat oleh Ruth,lamanya nak tengok phone,sibuk lagi ke?atau entah dating kot... jauh betul khayalan Villiam tentang Ruth,bila tengok ada bluetick,hati Villiam rasa dug dag dug dag,seperti seorang pemenang olimpik dah, lalu Villiam menbuat video call kepada Ruth.Ruth menjawab,tapi wajahnya tak kelihatan.

"Ruth,you buat apa sekarang,you ni kat mana?i tak nampak you lah."kata Villiam.

"why you call me this time,it's to late lah,esok ada kerja."

"you tak suka i call ka?oke,orang tak suka kita i rasa rindu kat you,i call ingat nak borak² jap."

.....Ruth diam je,dia lagi pakai mask kat mukanya.

"Ruth...tidor ke,good night,i say good night honey...are you there?"

"Villiam,sejak bila i jadi honey you,you jangan buat i rasa malu tau."

"sejak you tak tengok muka i,you be my honey"

"you nak tengok sangat muka i,ok, lihat lah...i pakai mask sekarang,sebab tu taknak tunjuk kat you."

Villiam ketawa besar saat terlihat wajah Ruth,dia memakai mask tanah liat yang tebal di mukanya.

"ketawa la,ketawa lah puas²,asal you gembira sangat tengok i begini?"

"ha.. ha..sorry²,i tidak sengaja mahu ketawa kan you,tapi lucu lah,mana ada orang pakai mask tebal begitu,sapu lah nipis²,i just ha.. ha...i fikir you langgar lori minyak hitam kot."

"you...ni!!!you happy ketawakan i,lepas tu,you cakap i langgar lori minyak hitam!!good night!!!"

lalu phone di matikan,Ruth tiba² rasa marah, badan dia berasa panas sebab terlalu geram.Ruth pergi ke dapur mengambil minuman sejuk,meneguk air seperti kehausan,phone Ruth berdering lagi,tapi dia tak mahu melayan dah,dia marah dan nak tidur...

Villiam pula tak sangka niatnya nak bergurau,tapi dia dah menbuat Ruth marah,dia fikir Ruth humor seperti malam tu,saat mereka mula kenal,boleh berjenaka.Villiam menghantar mesej"SORRY"bukan satu,tapi sembilan puluh sembilan kali,jadi phone Ruth berbunyi sendiri di luar biliknya.

paginya,Ruth mendapat mesej good morning dari Villiam,tapi Ruth tidak melihat whatsapp yang di hantar oleh Villiam.Ruth melihat di notification,hatinya sedikit tenang,tapi ego di buat-buat,biasalah perempuan datang bulan.

kali ini sekumpulan lelaki berbaju putih datang makan di restoren mereka,semua waitress bersemangat melihat pakwe hemsem baju putih dengan butang yang penuh di tengah,siapa lagi kalau bukan chef muda baru belajar atau dah jadi chef,biasa mereka akan pergi ke setiap restoren lain untuk mencuba sendiri masakkan chef yang hebat sebagai pengalaman.

sekumpulan lelaki tadi masuk dan duduk di ruang khas untuk mereka yang sudah di sediakan oleh manejar restoran,jadi Zoey dan Lucy melayan mereka menuangkan minuman teh cina panas dan ais.Ruth baru keluar menyertai rakan sekerja yang lain,seseorang dah menyedari kehadiran Ruth,tapi Ruth tidak sedar,dia lagi fokus kepada ke bahagian pintu melihat kalau pelanggan lain masuk.

saat terdengar bunyi loceng,waitress akan mengambil hidangan di bawa ke meja pelanggan,sementara tiada pelanggan lain lagi,kesemua waitress tertumpu kepada meja sekumpulan lelaki tadi,saat Ruth menbawa hidangan ke meja tersebut,baru dia menyedari mata yang sedang memerhatikannya...wow!!!

"banyak awek cantik kat sini,Villiam suka mana satu?"tanya si kawan Villiam.

mata Villiam tak lepas dari gadis yang dia suka,jodoh tak sangka terjumpa di restoren C,untung teman Villiam mendesaknya tadi,kalau tak dia memang tak pergi bersama perlatih chef yang baru merasa masak di restoran ini.