Chereads / suamiku Mr.Playboy / Chapter 25 - bab 25

Chapter 25 - bab 25

Malam itu, ~kring kring kring~. "hello, yeah?". "hello Rizz, boss ni". "ha tau erm boss nak apa?". "kamu boleh tak datang ke pejabat ni sekejap". "ha? sekarang ka, boss n-ni dah malam". "haih taula tapi ni urgent, stok kita tetiba tak cukup ni". "erm ye la Rizz datang". Rizzuan menamatkan panggilan itu dan terus keluar untuk pergi berjumpa bossnya di tempat kerja. Sesampainya di tempat kerja, lot parking. "haih malasnya lah aku nak datang sini, hm nasib baik tu boss kalau tak ee dah lama aku hentak". Bebel - bebel si Rizzuan sambil membuka pintu kereta untuk keluar. Dalam perjalanan Rizzuan pergi ke lif, dia terlangar seorang perempuan. "eh so-sorry i tak perasan". "oh sokay tak pa, i yang patut minta maaf i yang tak nampak".

Ha kalau korang nak tahu siapa gerangan si orang yang Rizzuan langar ha sebenarnya perempuan tu adalah anak boss dia. Rizzuan tidak pernah tahu pun kalau bossnya itu mempunyai anak perempuan. Mesti korang tertanya - tanya kan apa anak perempuannya buat di situ? ha dah sah sah lah anak perempuannya itu ada di dalam rancangan si Razin itu tadi. Rizzuan tersenyum kecil apabila melihat perempuan itu, baginya perempuan itu sungguh lawa sampai boleh mengalahkan si wife Fattah Aman. Rizzuan pandang perempuan itu dari atas sampai lah bawah, dalam hatinya berkata dia tidak pernah melihat bidadari sebelum ni. Hahaha amboi Rizzuan, perangai gatal tu masih ada eh.

"erm hello? you okk tak ni, dari tadi asyik pandang i ja. Ka ada apa - apa kat muka or seluruh badan i ni?". "oh takda apa - apa pun i just, tak pernah nampak perempuan selawa ni sebelum ni". "hahaha ish apa lah you ni, i tak lawa pun biasa - biasa ja".

Dalam gelak ketawa mereka itu Rizzuan tidak perasan langsung, kalau Razin ada di situ. Razin senyap - senyap mengambil gambar si Rizzuan dan si anak perempuan boss Rizzuan. "heh ni belum cukup lagi, kau tunggu ja Rizz. Kalau setakat gambar ni, Laila tak akan pandang betul tak? heh sebab dia memang tahu kau kaki perempuan erm apa kata kita buat kau ni kembali zaman kau dulu balik hehehe apa lagi kalau bukan zaman nakal kau kan?". Razin tertawa kecil karena takut akan Rizzuan mendengar suaranya. Razin terus mesej anak boss Rizzuan.

-Marsha dah jom bla, tugas you dah selesai

~ting~. Bunyi mesej datang. Marsha membuka telefon bimbitnya dan membaca akan isi mesej tersebut. "oh erm okk lah you i pergi dulu, kalau ada rezeki kita jumpa lagi tau". Marsha terus mengkenyit matanya kearah Rizzuan dan mengbagi flying kiss kepadanya sebelum pergi dari situ. "ma Rizz rasa Rizz da jatuh cinta!" jerit Rizzuan. Hm baru jumpa beberapa minit lalu terus jatuh cinta eh?, patutlah si Rizzuan ni di gelar kaki perempuan dulu tak kaki perempuan buaya. Yelah dulu selalu main perempuan 24 jam tak habis - habis. "ni kalau aku dapat aduh janji tak lepas, malam - malam boleh buat kan aku hilang stress hahahaha". Tinggi naw hayalan si Rizzuan ni haih. Lepas di sedar dari khayalan nya itu, dia baru teringat akan bossnya. "alamak boss". Rizzuan terus berlari pergi ke lif dan cepat - cepat menekan butang lif itu untuk menaik ketingkat lima. Sesampainya di pejabat bossnya itu, dia terus berlari masuk ke dalam bilik bossnya. "BOSS". "Ha Rizz, lambat betul sampai". "owh so-sorry boss tadi jalan jem sikit". Bossnya tetiba pelik, ada kah patut malam - malam yang dingin seram macam ni dia kata jalan jem. "haih apa - apa ja la Rizz. Ni lagi satu, kalau nak bagi alasan pun bagi la yang boleh buat saya percaya sikit kat kamu ni, ni alasan jalan jem". Rizzuan tersengih kecil apabila mendengar kata - kata bossnya itu. "erm ok boss, berbalik pada topik kita dalam panggilan tadi. Stok tak cukup? serious la, saya rasa saya dah bawa cukup - cukup stok hari tu". "oh yah about that, kamu tertinggal satu lagi stok maybe kamu tak perasan". Rizzuan mengaru kepalanya. Dia pasti dia sudah membawa habis stok itu pada hari itu, takkan lah dia tidak perasan padahal dia sudah check bebetul sebelum bereda dari kilang itu. Rizzuan tidak fikir panjang dia malas nak serabut kan kepala dia. "ok lah boss saya pergi kilang lah pergi ambik stok baru". "Eh Rizz, takpayah lah dah malam ni pi balik rumah tidoq". Mata Rizzuan membulat besar apabila mendengar kata - kata bossnya. Tadi beria ria suruh orang datang, la ni suruh orng balik pulak haih tak faham betui la. Bebel Rizz di dalam hati. "hm k". Rizzuan terus berpaling dan membuka pintu untuk keluar.

Mesti korang tertanyakan si Rizzuan ni kerja apa. Ha dulu dia kerja dekat sebuah club malam ni, dan di situ lah dia menjadi boss besar dan di situlah dia dapat gelaran kaki perempuannya. Tapi sekarang dia sudah berhenti sebab baginya kerjanya itu membosankan sekarang. Walaupun duit banyak masuk baginya tetap sama sahaja. Sekarang ni dia kerja di pejabat sahaja, pejabat pembekalan stok makanan dan minuman. At least kerja dia sudah halal not haram lagi.

Tiba - tiba Rizzuan dapat satu panggilan daripada unknown nomber. ~kring kring~. "eh sapa pulak call ni aduh. Hello?". "erm hello, ni no Rizzuan Wafa kan?". "ah ya saya, kenapa ya?". "ok erm betul ka dulu Rizz berkerja di sebuah club malam?". "huh ya betul, kenapa ya oh and satu lagi camna kau tahu?". "oh erm macam mana saya tau ke tak tu biarlah jadi rahsia, saya just nak tahu yang club malam tempat awak kerja dulu club malam vip private betul tak?". Rizzuan tergamam sebentar. Setahu dia, dia tidak pernah cerita kepada sesiapa pun pasal club malam tersebut kecuali ayah dan ibunya itu pun sudah terkantoi dengan sendirinya.

"hello, Rizz hello?". "y-ya". "dengar tak apa saya cakap ni?". "h-ha? de-dengar eh apa apa call aku balik nanti aku busy". Rizzuan terus menamatkan panggilan itu. Rizzuan berfikir dan terus berfikir. Siapa saja pun orang yang call dia tadi, dia kena make sure Laila tidak akan pernah tahu pun aib nya kerja di club malam itu. "a-aku tak boleh biarkan Laila tahu benda ni, err ni mesti kerja si Razin". Kata Rizzuan dalam nada yang marah. Yalah sapa lagi yang nak berdengki dengan dia selain Razin, takpun si Raziq karena setahu dia mereka bertiga saja yang tergila - gilakan si Laila itu, bahkan Razin sanggup bermusuhan dengan dia hanya karena seorang wanita yang baru dia kenal.

Kalau si Raziq itu tidak usah di cerita lagi, dia memang sudah tau kalau Raziq itu memang tidak suka padanya.

Keesokan harinya, bunyi jam loceng berdering kencang di atas meja kecil Laila, yang membuatkan dia terjaga. "hm huaf. Pukul berapa dah ni". Laila mengambil jam lonceng itu dan melihat kearah jarumnya. Mata dia terbeliak besar. "ALAMAK AKU DAH LAMBAT, HA DAH LAMBAT DAH LAMBAT". Laila cepat - cepat bangkit dari katilnya itu dan mengambil tuala lalu bergegas masuk ke bilik air. Selepas habis mandi Laila terus memakai baju kebaya yang berada di dalam almarinya. "hehe cantik juga aku ni" puji Laila pada dirinya sendiri. Laila memaki make up dan aksesori aksesori yang berada di atas meja soleknya seperti cincin, gelang dan rantai. Seumur hidupnya dia tidak pernah memaki akan barang - barang itu semua tetapi hari ini dia pakai karena ada majlis besar yang akan di adakan dirumah aunty dan uncle iaitu rumah papa dan mama Rizzuan, Raziq dan Razin.

Sesampainya dirumah uncle dan aunty, "uwih banyak nya kereta erm aku nak parking kat mana ni" kata Laila sambil melihat lihat sekeliling kawasan rumah itu. "ha parking kat situ la". Laila terus menarik staring keretanya dan lalu mengparkingkan keretanya. Sehabis saja mengparking keretanya Laila masuk kedalam rumah aunty dan uncle dengan beradab dan sopan.

Mesti korang nak tahu kan sebenarnya ni majlis apa? ha ni sebenarnya majlis untuk datuk datuk datin datin gituw, aunty sengaja jemput Laila kemari karena dia lama sudah tidak melihat Laila.

(uih banyak nye orng hm) kata Laila dalam hatinya.

Laila ternampak aunty di dapur lalu dia berjalan menuju kearah dapur dan menyapa aunty. "hey aunty!". "eh Laila". Dan teruslah mereka berdua borak sakan di dapur, tiba - tiba "heyy Laila". Laila terperanjat lalu dia memusingkan dirinya. "Ri-Rizz".