Dah masuk chapter 2 dah kan. Lupa pula aku nak kenalkan diri. Assalammualaikum dan annyeonghaseyo, nama aku Hakim. Kawan2 panggil akim. Kim pun boleh. Mesti kalian tak boleh bayang kekacakan wajah aku macam mane kan? Anggap saja macam Cha Eun Woo. Tapi aku sendiri rasa mata aku macam dia. Andy pernah cakap yang mata aku hensem dan bibir aku cantik. Jadinya adalah gabungan tu. Dah2, jom sambung kisah "seram" aku yang tak seram ni.
...
Aku berjaya masuk ke salah sebuah SMKA di Selangor.
p/s: mungkin dari kisah ini ada yang akan tahu SMKA mane…🫣diam2 saja
Sebelum hari daftar masuk, aku ajak ibu dan ayah pergi melawat kawasan. Cantik sekolah yang bakal aku masuk ini. Padangnya luas. Bangunannya nampak gah. Bangunan asrama dan sekolah tidak lah jauh sangat. Standard saja rasanya. Asrama lelaki dan perempuannya terpisah dengan bangunan dewan makan. Susunan landskap sekolah sangat mendamaikan mata yang memandang. Pokok ru yang tersusun sepanjang jalan utama sangat cantik. Pokok2 bunga exora, kemboja, bunga raya dan kertas sangat indah. Terbayang diri aku berjalan petang2 sambil menikmati pemandangan dan menghirup udara segar. "Hahhhhhh, bestnye", gumam aku perlahan sambil memejamkan mata membayangkan situasi itu nanti. Ibu dan ayah aku pesan agar betulkan niat untuk belajar. Dan jika ada apa2 masalah, terus hubungi mereka. Aku hanya mengiakan saja tanpa membantah.
...
Hari pendaftaran dan permulaan aku sebagai Tingkatan 1 pun bermula. Seperti yang dijangka, aku menjadi perhatian ramai semasa mendaftar. Aku terdengar bisikan halus seperti "wuishh hensem doh dia", "Cina boleh masuk SMKA ke wei", "Cantik mata budak tu kan bang", "wehhh comel la junior baru tu" dan macam2 lagi. Ayah tidak dapat menghantar kerana outstation seperti biasa. Hanya aku dan ibu saja yang datang pada hari bersejarah itu. Kebetulan juga ibu ada kenalannya di situ. Rakan semasa di universiti dan kini merupakan seorang guru Bahasa Melayu. Pendaftaran kemasukan berlangsung di dewan besar utama.
"Putihnya anak awak ni Chan. Memang betul2 ikut awak. Maknya cantik, anaknya pula hensem", puji Cikgu Saliza pada aku dan ibu.
p/s: Chan merupakan panggilan kawan2 ibu aku. Nama Islam nya adalah Aisyah. Ibu kata boleh saja kawan2 dia panggil Cah, tapi disebabkan ibu Chinese, mereka tukar jadi Chan. Manja2 katanya.
"Haza min fadhli rabbi", balas ibuku sambil tersenyum dan tertawa sedikit. Ibu memegang dan menepuk-nepuk bahuku secara spontan.
"Tak sangka awak dah masuk Islam chan. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat. Awak nampak sangat cantik mengenakan jilbab ini", puji Cikgu Saliza lagi sambil berdiri melihat aku dan ibu.
"Alhamdulillah Liza. Terima kasih juga buat awak sebab bimbing saya tanpa jemu semasa di Universiti dulu. Kalau tidak siapalah saya", balas ibu sambil mengimbau kenangan mereka dahulu. "Nanti saya mohon jasa baik awak untuk tengok tengokkan anak saya seorang ini ya. Hakim namanya. Kalau ada apa2 atau masalah yang dia lakukan, awak hubungi saya terus tau", pesan ibu pada sahabatnya Liza dengan penuh keseriusan sambil tersenyum.
"In shaa Allah Chan. Boleh saja", balas cikgu Saliza.
"Ingat ye, Akim jangan nakal2 kat sekolah", pesan ibu padaku dengan jelingan tajam bersama senyuman.
Aku hanya mengiyakan saja. Mataku memandang ke sekeliling dewan. Ramai juga yang mendaftar kemasukan baharu hari ini. Selesai saja sesi taklimat, aku perlu ke asrama. Ibu kata tak boleh nak ikut sama. Ada urusan lain yang perlu segera diselesaikan. Aku hanya mengangguk faham kerana sudah terbiasa dengan kesibukan ibu dan juga ayah. Aku mengeluarkan sebuah beg berisi pakaian dan sebuah beg galas utk ke sekolah dari but kereta. Kemudian salam dan mencium pipi ibuku yang seorang ini dengan penuh kasih sayang.
"Sa…..yang ibu. Hati2 drive nanti. Apa2 nanti Akim call ye.", kata aku kepada ibu yang sudah berada di dalam kereta.
Ibu mengundurkan kereta perlahan-lahan. Tingkap bahagian pemandu dibuka sedikit dan lambaian diberikan. Setelah kelibat kenderaan ibu sudah tidak kelihatan. Aku memalingkan wajah memandang ke arah prasarana sekolah yang cukup indah. Sambil menghela nafas panjang dan penuh keterujaan, aku berjalan menuju ke asrama bagi memulakan hidup yang baru.
Bersambung...