Chereads / Tundukkan B*D*R itu / Chapter 4 - Chapter 3 (Indah Pada Awal 2)

Chapter 4 - Chapter 3 (Indah Pada Awal 2)

Bunyi siren dari healer speaker membingitkan suasana pagi yang tenang. "Perhatian kepada pelajar Tingkatan 1, sila berkumpul di Dewan Bestari sebelum jam 7.30 pagi… Kalian ada masa 15 minit sahaja lagi untuk kosongkan asrama… Terima kasih", kata seorang fasilitator F4 yang bertanggungjawab menguruskan disiplin pelajar. Bila lihat kembali wajah fasi itu seperti Asad Moktah. Bezanya kulit dia gelap sikit. Lihat dari gaya seperti seorang yang aktif bersukan. "Mungkin dia aktif bola sepak kot.", gumamku dalam hati. Aku berselisih dengan fasi itu semasa menuruni tangga. Tiada apa yang istimewa pun. Cuma dia memandang aku dan aku pun memandang dia. Aku tunduk sikit sebagai tanda hormat dan teruskan langkah menuju ke tempat berkumpul. Fasilitator telah memulakan gerak kerja nya. Jadual perjalanan program bagi pelajar baru telah pun diedarkan pada hari pendaftaran.

"Banyak jugak program minggu ni.", keluh ku dalam hati. Tetapi aku cuba positifkan diri kerana ini jalan dan sekolah yang aku pilih.

Semua pelajar baru telah berkumpul di dewan. Aku baru perasan yang rupa-rupanya kemasukan pelajar baru tingkatan 1 adalah serentak dengan pelajar tingkatan 4 yang baru juga. Tapi mereka tidak lah terlalu ramai. Anggaran dalam 25 orang saja mungkin. Aku duduk di bahagian belakang sekali seperti kebiasaannya dalam mana-mana program yang aku hadiri. Memang sudah menjadi tabiat. Tiba-tiba…

"Hai, nama aku Hadi. Form 4 baru. Kau form 1 baru an?", soal seseorang yang tiba2 sahaja muncul di sebelah aku. Aku tergamam seketika. Dia mengayunkan telapak tangannya pada wajahku beberapa kali. Kemudian baru aku tersedar dari lamunan.

"Ye. Aah F1 baru. Nama aku Hakim. Boleh panggil Akim. Haaaadi…okay2.., salam kenal.", jawabku sedikit tergagap. Wajah Hadi sebiji macam Bright dalam cerita BL yang aku tengok. Itu yang menyebabkan aku tergamam.

"Wuishh kau ni akim. Panggil abang Hadi lah. Aku ni kan senior kau.", kata Hadi sambil mengetuk kepala aku dengan tangannya.

"Aduh, sakit lah", kataku sambil mengusap kepala sendiri. "Memang kena panggil abang ke. Aku tak biasa lah."balasku dengan muka tak puas hati sambil memuncungkan bibir dan berfikir tentang sebab kenapa aku kena panggil dia abang. Aku melihat wajah Hadi sedikit kemerahan. Aku dah mula rasa cuak kerana beranggapan dia akan marah.

Tiba2, guru kaunseling yang sedang memberi ceramah di hadapan berkata, "sebagai pelajar yang lebih muda, kamu perlu menghormati pelajar yang lebih tua. Jangan panggil nama saja. Pastikan kamu panggil dengan panggilan abang dan juga kakak. Faham ye semua?".

Aku pandang Hadi dan Hadi pandang aku dengan senyuman bangga sambil mengangkat kening sebelah. "Haa, kan aku dah cakap. Hahaha. So kau kene panggil aku abang Hadi." katanya lagi.

"Ye ye. Akim faham. Terima kasih maklumkan kat Akim ye A.B.A.N.G Hadi." kataku padanya dengan menekan perkataan abang dan membahasakan diri aku menggunakan nama. "Tapi kan bang, kenapa muka abang merah. Abang marah Akim ke? Akim minta maaf ye kalau Akim buat salah. Dan Akim memang tak biasa panggil orang lain dengan panggilan abang. Abang Hadi are the first one. Lagipun Akim anak tunggal.", jelasku kepada dia dengan panjang.

Hadi hanya tergelak dengan penjelasan panjang aku itu. "Mana ada marah. Mungkin sebab panas kot kat dewan ni. Tu yang muka aku merah sikit," jelasnya pada aku tetapi mata dia ke arah lain seolah-olah mengelak dari memandang aku. Dari gayanya macam orang yg sedang malu2. Aku hanya tersenyum dengan gelagat dia.

"Dewan ni aku rasa sejuk je. Aircond penuh keliling dewan. Celah mana pulak yang panas?", gumamku dalam hati sambil pandang wajah Hadi. Kemudian kami fokus semula dengan program di hadapan.

PoV Hadi:

"Cute gak si Akim ni…boleh pulak dia tegur muka aku merah…nampak sangat ke?", gumamnya dalam hati sambil betulkan posisi dan menghadap ke hadapan dewan. Sesekali, Hadi cuba memandang ke arah Akim tanpa menggerakkan kepalanya. Hatinya rasa berdebar2.

Akan bersambung…