Chereads / All Roses Has It's Torn / Chapter 3 - Bab 2

Chapter 3 - Bab 2

Jam dinding dipandang dengan malas oleh Aaisyah. "10.05 pagi..." bisik hati Aaisyah. Aaisyah bangun dan mengemas tempat tidurnya. Aaisyah terus ke bilik air untuk mandi. Aaisyah memang peminat tegar product Victoria Secret, Lush, Mandara Spa dan the body Shop. Hari ini Aaisyah guna body wash dari The Body Shop berbau peach. Aaisyah tidak pernah lokek dengan barang yang dimilikinya. Berapa kali Aaisyah selalu menyuruh pembantu rumah mereka Mia untuk menumpang di biliknya untuk mandi dan menukar pakaian.

Mia. Mia seorang gadis berumur 22 tahun. Sebaya dengan Aaisyah. Sudah empat tahun Mia berkerja dengan keluarga Tan Sri Hamdi Khan. Gadis itu sangat baik dan cantik, walaupun Mia berkerja dengan mereka, Mia tidak pernah lupa cita-citanya. Oleh itu Mia menyambung pelajarannya secara Pengajian Jarak Jauh di Open University Malaysia. Aaisyah selalu cuba mendekati Mia, namun Mia selalu menjaga batas antara mereka kerana bagi Mia Aaisyah adalah majikannya walaupun Aaisyah dilayan teruk dalam rumah ini.

Selesai mandi Aaisyah rasa begitu segar. Lotion Peach dari The Body Shop dikenakan Aaisyah pada badannya. Aaisyah mengunakan set baju dalam berwarna maroon, baju sleeveless dan seluar jeans pendek. Rambutnya yang basah dikeringkan mengunakan pengering rambut. Sebaik sahaja Aaisyah keluar dari bikik Aaisyah terserempak dengan Nora. "Selamat pagi mama..." Aaisyah berkata lembut walaupun dia tahu akhirnya Nora akan jeling atau melenting. " Mia!!!! Send my breakfast to My room!!!! " Laung Nora dari tingkat atas. Mia tidak menyahut. Dengan muka yang masam Nora turun ke ruang makan. Aaisyah malas menghirau angin meroyan Nora terus turun ke ruang makan. Kelihatan Tan Sri Hamdi, Mark, Carter dan Bryan sedan khusuk menikmati sarapan di meja makan.

Aaisyah: Wafin nanti I lambat sikit datang tau...

Wafin: Alaaa.... Lapar dah ni... Nak breakfast di luarlah...

Aaisyah: Baru bangun...

Wafin: Alright... I sarapan dulu lah... Eh... You pakai apa hari ni??

Aaisyah: T-shirt Yellow spaghetti strap dengan seluar jeans putih...

Wafin: ok. Set.

Aaisyah terkedu apabila sampai diruang makan. Kekok. 'mana nenek ni' bisik hati Aaisyah. Meja makan agak riuh dengan suara Bryan dan Carter. Muka Tan Sri Hamdi agak muram sebaik sahaja Aaisyah melabuhkan punggung di meja makan. " Semalam... Tiara jatuh kolam?" Tan Sri Hamdi bersuara. Aaisyah menelan air liur pahit. Aaisyah hanya membatukan diri. Menjawap hanya akan menambah kemarahan Datuknya. " Nora rasa sebab Aaisyah iri hati dengan Tiara ayah. Tiara tak kacau Aaisyah pun entah kenapa hendak ditolak Tiara ke dalam kolam. Bernanah hati Aaisyah mendengar apa yang Nora cakap.

Aaisyah terus angkat hatinya sakit. " Aaisyah duduk..." Puan Sri Faridah berkata sebaik sahaja dia masuk ke ruang makan. " Biar saja dia pergi. Kalau dia duduk sini hilamg selera makan saya." sinis sekali sindiran Tan Sri Hamdi. " Hamdi... Sampai hati... You cakap macam tu." Puan Sri Faridah. Aaisyah mula mengatur langkah. "Aaisyah... Duduk sayang... Mari sarapan sama-sama. " pujuk Puan Sri Faridah. " Tak apa nenek. Kejap lagi Aaisyah keluar dengan Mawar dan Wafin. Aaisyah makan di luar." Aaisyah berkata sambil menaham sebak di dada. " Aaisyah... Janganlah macam ni..." pujuk Puan Sri Faridah lagi.

Aaisyah memusingkan badannya dan memandang kearah Tan Sri Hamdi. " Atuk... Nenek.. Mama... Aaisyah minta maaf sangat-sangat apa yang terjadi semalam. Aaisyah tahu. Aaisyah salah. Nanti bila jumpa Tiara di college. Aaisyah akan minta maaf. Aaisyah memang anak dan cucu yang menyusahkan... Aaisyah naik ke bilik dulu..." Aaisyah berkata dengan air mata jernih yang mengalir dipipi perlahan-lahan. Aaisyah terus meninggalkan ruang makan dan masuk ke biliknya. Aaisyah mengelap air matanya. 'Aaisyah kena kuat... ' bisik hati Aaisyah.

Puan Sri Faridah terus angkat seleranya juga hilang. "Mama... Kenapa ni..." Nora berkata. " Mama tak ada selera nak makan. Nora... Aaisyah itu anak Nora bukan Tiara. Tiara hina Aaisyah. Bila Tiara hina Aaisyah bermakna dia hina Nora sekali. Bila Nora hendak buka mata Nora luas-luas. Berapa ramai wanita diluar sana melahirkan anak luar nikah tapi mereka masih mampu sayangkan anak mereka. Nora. Mama tak tahu apa nak cakap lagi. Mama harap Nora akan sedar." tegas suara Puan Sri Faridah sebelum mengatur langkahnya. Nora berdiri dan mengejar langkah Puan Sri Faridah. " Nora dah cakap dulu kan... Nora tak nak simpan kandungan Nora. Habis tu mama paksa. Mama memang tak sayangkan Nora?"

Puan Sri Faridah memandang Nora. Nora anaknya yang cantik dan sekarang hamil anak keempat. " Nora... Mama malas sudah nak nasihat Nora. Sebab mama sayang Nora... Mama paksa Nora simpan kandungan Nora. Kalau tidak yang dalam perut tu, Bryan dan Carter mungkin tidak wujud. Nora masa tu pregnant empat bulan. Nora memang tidak boleh gugurkan kandungan Nora lagi. Mama happy Nora tak gugurkan kandung Nora lihatlah, bertapa cantik dan bijak sekali anak Nora. Sampai hati Nora nak abaikan dia. Mama naik atas dulu. " Nora mengatur langkah kembali ke dapur. Alasan Puan Sri Faridah dari dulu sama sahaja. " Ayah...." Nora berkata dengan manja. " Ayah tak mampu melawan kehendak mama kamu...." Tan Sri Hamdi berkata dengan rasa serba salah. Bagi Tan Sri Hamdi Aaisyah hanya budak yang menyusahkan kerana Aaisyah telah merosakkan masa depan Nora.

Irfan: Assalamwalaikum... Aaisyah...

Irfan: Aaisyah... Sekali lagi Irfan nak tanya... Sudi tak Aaisyah keluar dengan Irfan petang ini??

Aaisyah: Tak.

Irfan: Ok. Maybe next time...

Aaisyah mengambil kunci keretanya dan disimpan kedalam beg tangan begitu juga dengan Iphonenya. Puan Sri Faridah sudah lama ke butik pakaiannya. " Aaisyah nak kemana tu... " tegur Mark. Aaisyah memandang ayah tirinya sekilas. "Keluar." Aaisyah menjawap sepatah. Malas hendak berborak dengan lelaki itu kerana dia lansung tak minat pun sebenarnya. Aaisyah terus masuk ke dalam kereta dan memandu menujubke rumah Marwaddah dan Shawafinaz.

Marwaddah membuka pintu kereta Aaisyah dan mengambil tempat duduk disebelah Aaisyah. Shawafinaz membuka pintu kereta dibahagian penumpang belakang dengan wajah yang masam mencuka. " Wafin!!! Pasal muka monyok tu?" Aaisyah berkata. Shawafinaz mencapak beg tangan ke tepi dan merengus kasar. " Susah nak contact Khai... Bukannya di kampung tak ada line..." luah Shawafinaz. Aaisyah tersenyum. "Khai sibuk lah tu... Wafin call lah dia malam nanti.... Masa dia dah balik..." Shawafinaz masih membatukan diri. " Ecah.. Tak payah layan Wafin tu... Drama jer lebih. Nanti pandailah Khai nak call dia." Marwaddah menyampuk membuat Shawafinaz merengus geram sekali lagi. Aaisyah memandu perlahan sehingga sampai di restoren mewah yang mereka bertiga selalu pergi untuk makan tengahari. Pelayan di restoren tersebut sudah kenal sangat dengan Aaisyah, Marwaddah dan Shawafinaz.