Aaisyah memandang cermin besar dihadapannya. Aaisyah puas hati dengan penampilannya. Cuma Aaisyah liat sedikit untuk pergi ke rumah Datuk Kamil dan Datin Maryam. Dress lace paras lutut memang amat sesuai dengan badan Aaisyah yang agak lansing itu. Rambut Aaisyah yang berwarna cokelat-blonde itu disanggul tinggi dan dihias reben bunga warna putih. Aaisyah turun ke ruang tamu dan memberikan senyuman manis kepada Raziq pemandu peribadi Tan Sri Hamdi dan Puan Sri Faridah. Aaisyah duduk di sofa sambil bermain dengan Iphone 6 plus berwarna rose gold. Bryan dan Carter sedang khusyuk berlari-lari di ruang tamu yang agak luas itu.
" Hey!!! Boleh tak jangan pandang I macam tu!! Rimaslah!!!" Suara lantang Nora Husna apabila dia perasan yang Aaisyah sedang memandangnya dengan mata tidak berkalih. Mark hanya memandang Aaisyah dengan perasaan kosong. "Hey, babe.. You look so beautiful." Mark berkata sambil mencium bibir Nora. "Thanks Mark..." Nora berkata dan membalas ciuman Mark tadi. Aaisyah menundukkan wajahnya melihat adegen mesra antara Nora dan Mark. Nora walaupun hamil tujuh bulan, namum wajahnya terselah seri ibu mengandung. Puan Sri Faridah dan Tan Sri Hamdi sudah turun dan mereka terus masuk kedalam van untuk ke rumah Datuk Kamil dan Datin Maryam.
"Hi, Aunty Nora.... Rindu dengan Aunty Nora..." tegur seorang gadis genit berbaju dress berwarna merah menyala. "Aunty Nora juga rindu dengan Princess Tiara ni. By the way... Happy Birthday..." Tiara tersenyum malu-malu sambil menyambut hadiah dari Nora yang dibalut cantik. Puteri Tiara Elfieza binti Datuk Taufiq merupakan cucu kepada Datuk kamil dan Datin Maryam. "Aunty Nora nak jumpa Mammy Tiara... Mana mammy Tiara??" Tiara tersenyum "Mammy ada dekat dalam tengah layan tetamu.
Dari jauh Aaisyah memandang kemesraan antara Nora dan Tiara. Sungguh Aaisyah terlalu iri hati dengan Tiara. Tiara memang tidak pernah sebulu dengan Aaisyah, malah kalau Tiara nampak Nora, mulalah perangai manja dan gedik Tiara keluar. "Tak ada hadiah ke untuk Tiara." Tiara menegur Aaisyah yang sedang duduk tepi kolam ikan. Aaisyah memandang Tiara dengan muka menyampah. "Mak saya dah bagi tadi kan? Tak payah minta lebih-lebih." Aaisyah menyindir Tiara. Hati Tiara mendidih saat ini. " Mak Aaisyah ke tu??? Bukan Aaisyah ni anak luar nikah ke?" Tiara berkata dengan lagak. Aaisyah yang geram dengan Tiara tidak berfikir panjang lagi. Aaisyah menolak Tiara ke dalam kolam ikan. "What the heck Aaisyah!!! You ni setan betul. Habis rosak make I tau. Dress I ni dah lah mahal!!" Tiara sudah terjerit-jerit apabila baju, muka dan rambutnya habis basah kena air dalam kolan.
Aaisyah tersenyum puas sambil meninggalkan Tiara disitu dan menuju ke dalam rumah. Ada beberapa orang yang berada dekat dengan kolam tersebut membantu 'birthday girl' keluar dari kolam ikan tersebut. Aaisyah mengambil tempat duduk diantara Bryan dan Carter, di meja yang disediakan khas untuk mereka. Lama juga semua tetamu menunggu Tiara keluar ke pentas bagi memulakan acara hari jadinya.
Tiara sudah naik ke pentas. Rambutnya disangul tetapi nampak sedikit basah. Bajunya sudah bertukar kepada dress singkat Berwarna silver. Sebaik sahaja Tiara naik ke pentas, Tiara berdiri disebelah kek tiga tingkat sambil tersenyum manis kepada semua tetamu yang hadir. Ada yang hairan melihat dress Tiara sudah bertukar. Semua tetamu menyanyikan lagu hari jadi. Selepas itu, secara bergilir setiap tetamu menghantar hadiah ke pentas untuk diberikan kepada Tiara. Selepas sesi memberi hadiah kepada Tiara, Tiara mengambil mircrofon dari jurucakap majlis.
"Hari ini Tiara... Dan kawan-kawan Tiara ingin membuat persembahan menari bagi anda semua yang sudi menghadiri majlis hari jadi Tiara." Semua tetamu memberi tepukan gemuruh. Najjah, Lilianne, Zahirah dan Izati naik ke pentas bersama dengan Tiara dan mengambil tempat masing-masing. Lagu No body nyanyian wonder girls berkumandang. Aaisyah menunjukkan wajah bosan dengan gadis-gadis diatas pentas tersebut yang acah-acah jadi gadis k-pop. Semua penonton bersorak memandang gadis seksi di pentas membuat tarian k-pop.
Aaisyah mengambil cocktail singapore Sling dan meminum cocktail tersebut dengan perlahan. Aaisyah sudah rimas menunggu majlis tersebut habis. Sejak kecil lagi Aaisyah tidak tahu satu benda tentang agama. Masa sekolah dahulu, subjek agama islam pun diambik kerana terpaksa. Masa SPM agama Islam dapat A+ tetapi kalau secara realiti boleh dikatakan F+++++. "Aaisyah Amanda... A beautiful name for a beautiful girl..." Aaisyah menoleh kearah suara itu. "Irfan...." Irfan sudah tersenyum nakal. Sudah lama Irfan cuba memikat Aaisyah tetapi Aaisyah memang jual mahal. "Aaisyah memang minum cocktail??" Irfan berkata sambil melabuhkan punggung disebelah Aaisyah. "I'm not a beer person... Let me guess you like Guiness? Carlsberg? Corona? Heineken? " Irfan ketawa sambil menggeleng. " I don't take alcohol.." Mulut Aaisyah ternganga melihat Irfan. "What!!!" Irfan menghadiahkan senyuman nakalnya. "Berapa gelas Aaisyah dah minum ni?" Aaisyah lebih banyak bercakap dari biasa. "Six..." mata Irfan terbeliak. 'Gila betul... ' bisik hati Irfan. "Aaisyah!!!! Mari!!! Balik!!!" belum sempat Aaisyah bercerita panjang Nora Husna sudah menjerit namanya. "Bye Irfan gotta go..." Aaisyah berdiri tetapi tidak lama lepas itu, Aaisyah hampir terjatuh. Mujur Irfan ada disitu, Irfan terus menyambut Aaisyah. "Aaisyah.... Aaisyah mabuk ni..." Aaisyah ketawa. "sikitlah..." Aaisyah terus berjalan menunju ke van Tan Sri Hamdi.
Sebaik sahaja sampai di banglo besar Damansara Heights milik Tan Sri Hamdi. Nora Husna mengheret Aaisyah ke ruang tamu kedua. Pang!!!! Satu tamparan hinggap di pipi Aaisyah. Aaisyah memegang pipinya yang rasa pedih. "Mama... Kenapa mama..." belum sempat Aaisyah menghabiskan ayatnya satu lagi tamparan hinggap di pipi sebelahnya lagi. "Aaisyah kenapa malukan aku!!! Aku malu tahu!!! Sempat pula Aaisyah tolak Tiara ke dalam kolam ikan!" Aaisyah memandang Nora Husna dengan wajah sayu. " Mama tau Tiara kata Aaisyah anak luar nikah. Mama tak rasa malu bila Tiara kata mama lahirkan anak luar nikah?" Hati Nora makin mendidih. "Memang kau tu anak luar nikah. Bapa kau tu perogol yang dah musnahkan hidup aku." Nora berkata dengan angkuh sekali. "Nora!! Sudah lah tu... Pergilah masuk tidur." Puan Sri Faridah menegur Nora Husna. Aaisyah terus meninggalkan Puan Sri Faridah dan Nora disitu.
12.30a.m
Irfan: Hi, Aaisyah...
Irfan: Just wanna check are you okey?
Irfan: Aaisyah...
Irfan: Ibu Aaisyah ke tu tadi???
1.00 a.m
Aaisyah: I'm ok. Goodnight.
1.01 a.m
Irfan: Sweet dreams Princess Aaisyah... ππππππ
'Isyhh... gatal punya orang.' Aaisyah merengus di dalam hati. Aaisyah mengusap pipinya yang kena tampar Nora. 'Mamy.. What did I do to hurt you... Why do you hate me...' bisik hati Aaisyah. Akhirnya air matanya gugur. Bunyi ketukan pintu mengejutkan Aaisyah. Aaisyah cepat-cepat mengelap air matanya. "Aaisyah... Are you ok.... " Puan Sri Faridah membuka pintu bilik Aaisyah. Puan Sri Faridah terus memeluk cucu kesayangannya. " Nenek... Aaisyah... Tak sengaja tolak Tiara. Tiara kata Aaisyah anak luar nikah. Aaisyah malu. Aaisyah juga tak mau mammy dan nenek malu." Puan Sri Faridah tersenyum sambil mengusap pipi Aaisyah. "Aaisyah.. Tak salah sayang. Memang patut pun perempuan mulut puaka tu kena tolak dalam kolam. Nenek pun malas pergi majlis tu tadi. Kalah bukan nak jaga hati Atuk Aaisyah... Nenek tak nak pergi lansung." Aaisyah ketawa dan Puan Sri Faridah makin senang hati.
08.03 a.m
Wafin: ecah... Jom kita lepak ari ni.. Tengok wayang nak... Dekat sunway...
Aaisyah: Okey... Dlm pukul 11 ye... Masih ngantuk ni...
Wafin: Alright... Mawar pun ikut sekali... Nanti ecah tumpang kami atau ecah datang ambik...
Aaisyah: Nanti ecah ambik.... See u later...
Wafin: Thanks love you...
***************
07.58 a.m
Irfan: Assalamwalaikum.... Morning Princess dah bangun???
'Iyhh pagi-pagi buta kacau orang' Aaisyah berkata dalam hati.
Aaisyah: lama dah bangun sejak pukul 1 pagi tadi. Pehal???
Irfan: Huisyhh... Garangnya... Salam Irfan pun tak jawap. Dah solat subuh ke tadi?
Aaisyah: Dah. Solat maghrib dan asar pun dah. I nak sambung tidur tau. Please jangan ganggu I.
Irfan: Jangan tidur lama-lama. Nanti Irfan rindu...
Aaisyah: Gatal!
Irfan: Memang I gatal. Kenapa nak tolong garu ke???
Irfan: Aaisyah...
Irfan: Amanda....
Irfan: Aaisyah Amanda...
Aaisyah: Ape dia? I nak tidur ni.
Irfan: I nak ajak you wayang malam ni... Please...
Aaisyah: Seriously... Is that all the cards you have? My answer is no. Please don't disturb me!
Irfan: it's ok... Mungkin belum rezeki Irfan nak bawa Aaisyah jalan-jalan.
Irfan: Aaisyah.. I am only asking for a chance to get to know you.
Irfan: Irfan minta maaf sebab ganggu Aaisyah... Aaisyah sambung lah tidur... Mesti Aaisyah penat... Assalamwalaikum...
Aaisyah terus mencampak telefonnya diatas katil. Malas hendak melayan Irfan. Bantalnya diambil dan menekup muka sambil menyambung tidur. Irfan sejak semester pertama sudah cuba mendekati Aaisyah. Bukan Irfan seorang sahaja tetapi ada juga beberapa orang lagi. Aaisyah bukan jual mahal, tetapi Aaisyah rasa terlalu rendah diri. Tambahan pula ada seekor 'hantu kacang' iaitu Tiara yang tidak habis menyusahkan hidup Aaisyah. Masih Aaisyah ingat lagi semasa tingkatan 5 dahulu, ada satu senior di sekolah Aaisyah dahulu, minat gila dekat Aaisyah. Tiara pula minat lelaki itu, dan Tiara memberitahu lelaki itu tentang diri Aaisyah. Aaisyah dan lelaki itu baru sahaja seminggu sudah bercinta tetapi akhirnya lelaki itu minta putus kerana malu dengan status Aaisyah yang digelar sebagai 'anak luar nikah'.
Klw suka tu, jgn lupa vote tauπ
Don't be just a silent reader,
Dgn vote saja sy feel my work sudah dihargai...
Klw tak suka mesti x continue baca kan?
Yg vote sblum ini...
Thanks you so much... Love youπππ