"Laila!" panggil seorang gadis menuju ke arahnya.
"Apa kau ni? Terkejut orang." marah Laila berada di depan pintu kelas tingkatan 4.
"Eleh.. kau tu suka usik aku tak apa pula" perli Lisa.
"Aku usik? Betul ke?" kata Laila tersenyum sumbing.
"Errr kau ni!" Lisa mendengus geram lalu mengejar Laila seluruh kelas.
Laila seorang gadis miskin, peribadinya baik hati, selalu menghormati orang sekeliling dan sentiasa memcuba memahami masalah kewangan keluarganya yang miskin namun hatinya terlalu cemburu dengan kawan-kawan kerana memiliki barangan mahal.
Waktu kelas Cikgu Rina bakal bermula namun Cikgu Rina masih tak datang sedangkan 15 minit telah berlalu.
"Weii ketua kelas! Kenapa Cikgu Rina tak masuk lagi" tanya Lisa dengan tegas. Lisa garang orangnya, 1 kelas takut dengan dia tapi sebenarnya dia sangat baik hati dan lemah lembut orangnya.
"Ntahlah... nak suruh aku pergi periksa ke?" kata Zikri, tangannya masih menulis sesuatu di dalam buku notanya.
"Kenapa tanya aku? Tanya diri sendiri sebab kau tu ketua kelas okay?" ujar Lisa selamba.
Hati Zikri seolah-olah dipanah kerana terlupa dirinya adalah ketua kelas dan harus menunaikan tanggungjawab sebagai ketua kelas.
"Sorry... fikiran aku serabut sikit tulis ni" jawab Zikri menutup buku notanya, lalu melangkah keluar dari kelas untuk menjemput Cikgu Rina.
"Lisa... aku rasa macam curiga je dengan buku nota Zikri tu" fikir Laila.
"Jangan dok berprasangka buruk, Laila... fikir baik-baik"
"Yalah... kau ni, tu pun nak marah".
"Hey... Kau ada masa tak datang rumah aku?" tanya Lisa tiba-tiba mengajaknya.
"Buat apa pula? Jangan cakap kau nak ajak aku mengulang kaji?"
"Yes!.. you don't ask much!"
Lisa menutup telinga agar tidak mendengar bebelan Laila yang malas belajar, lagipun Lisa sengaja memaksa Laila agar dapat membantu kawan baiknya berjaya mencapai kegemilangan yang Laila impikan untuk masa depan.
"Kau ni! geram betul aku dengan dia ni!" Laila mengeluh kasar, tangannya mengeluarkan buku teks dari beg berwarna pink.
Di Pondok Menunggu.
"Laila... kau datang ke rumah aku okay?" tanya Lisa duduk sebelah Laila menunggu ayahnya datang.
"Entahlah... lagipun aku ada hal. kalau jadi, nanti aku call kau" jawab Laila mengalas beg dengan betul.
PON! PON!
"Tu ayah aku datang dah... babai my bestfriend!" Lisa mencubit pipi Laila dengan mesra.
"Erg sakitlah!".
Melihat Lisa membuka pintu kereta berjenama mewah.
Hatinya sentiasa berbisik setiap kali melihat kereta kawan baiknya.
"Kalau lah keluarga aku dari keluarga yang berada, sudah pasti taklah miskin sangat. Entah-entah sekejap lagi ayah datang naik motor yang usang dan kecil, tu yang aku benci tengok."
"Laila! Sini!".
Suara tak asing lagi dapat didengar dengan jelas, membuat Laila rasa tak mahu menoleh. Stress dibuatnya
"Laila! Ayah dah datang ni.." panggil Encik Amir
Laila merasa geram, menuju ke arah ayahnya.
"Ayah ni kenapa naik motor ni lagi! Ayah tahu kan Laila tak suka motor macam ni... belilah motor baru. Tak pun kereta jenama Myvi dah cukup!." kata-katanya kasar sekali.
Mendengar luahan anaknya, Encik Amir tersentak, serba salah kerana tak mampu memberi wang yang cukup untuk kebahagiaan isteri dan anak-anaknya.
"Nanti ayah beli lah.." jawab Encik Amir.
"Ayah cakap nanti ayah beli? Ayah tipu! Dah lama kakak suruh beli sejak darjah 6 lagi. Dah la malas nak layan ayah." Laila memaling muka dari ayahnya, melabuh punggungnya atas motor yang usang itu. Kelihatan kusyennya dah mengelupas dan hitam
Di Rumah Laila
"Ibu! Kakak dah balik" kata Amina, adik bongsu Laila. Amina sangat memahami dan matang daripada kakaknya walaupun usianya lebih muda 5 tahun dari Laila, hari ini Amina tidak dapat ke sekolah kerana mengalami sakit perut yang teruk.
Sejak kebelakangan ini dia sering ponteng sekolah kerana rasa sakit itu, tapi akibat kekangan keuwangan Encik Amir tidak dapat membawa Amina menjalani rawatan yang sewajarnya.
Laila tergesa-gesa melangkah memasuk rumah ke bilik lalu menutup pintu dengan kuat.
BAMM!
"Astagfirullahazim..." terkejut Puan Wany sambil mengurut dadanya.
"Maafkan abang... abang buat dia jadi macam ni lagi" Encik Amir serba salah.
"Jangan cakap macam ni abang. Dah ketentuan Allah... mungkin dia nak tenangkan diri sebab dia banyak sibuk hal sekolah." Puan Wany menganguk-angguk supaya suaminya tenang.
"Banyakkan bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, InsyaAllah di masa depan nanti dapat kemampuan." Puan Wany turut memberi nasihat agar redha atas ketentuan Allah.
Laila menghempas badannya di atas katil, air mata si gadis itu mengalir perlahan.
"Aku benci! Aku benci!!!!"
Laila melepaskan rasa geram akibat keadaan hidupnya semakin merosot. Mulutnya tak terbuka untuk beristighfar macam dulunya dia adalah seorang yang memahami atas takdir Allah dan kini dia merasa dirinya tak mampu lagi. Allah... bertahanlah... ingat.. dunia bukan kekal selamanya, dunia ini hanya persinggahan sementara. Semakin besar ujian itu semakin kuat kasih sayang Allah pada kita.
TOK! TOK! TOK!
"Kakak!..." panggil Amina dengan mengharapkan kakaknya membuka pintu.
Laila tidak menghiraukan panggilan adik bongsunya, menutup telinganya menggunakan bantal.
Amina yang terasa hati apabila panggilannya tak dijawab oleh kakak kesayangannya.
"Kakak... di mana diri kakak yang selalu memahami? Di mana kasih sayang kakak yang selalu dicurahkan padaku?" hati Amina membisik.
Keesokan harinya, di dapur...
Keadaan penuh kesibukan menguruskan pelbagai kerja rumah, Puan Wany sedang memasak hidangan sarapan pagi dan Amina menolong memotong sayur-sayuran yang diarah ibunya dan Encik Amir pula memotong rumput di kawasan rumah.
Laila masih lagi nyenyak tidur selepas subuh, walaupun digalakkan untuk tidak tidur selepas subuh kerana salah satu menjadi penghalang rezeki untuk datang.
"Amina... bangunkan kakak kamu makan sarapan ya" Puan Wany tersenyum. Ya Allah... cantiknya senyum seorang ibu.
"Baik Ibu!" balas Amina menegakkan badan memberi tabik hormat seperti polis. Menggangap ibu seorang ratu dihatinya
"Bismillah..." Laila sudah terjaga dari tidurnya, ,mengosok mata perlahan-lahan melihat jam di tepi katilnya menunjukkan pukul 8:32 pagi.
TOK! TOK! TOK!
"Kak Laila! Bangun!" jerit Amina mengetuk pintu berkali-kali sehingga dijawab.
"Ya saya dah bangun!" jawabnya dengan tegas. Masih lagi perlakuan tak baik sejak semalam. Biasanya dia juga rajin menolong keluarga di pagi hari tetapi hari ni tak... kali pertama...
"Nanti terus ke dapur untuk sarapan ya" suara adiknya sungguh lembut, sejak kecil dia dididik untuk bercakap dengan lembut walaupun apa pun terjadi kecuali marah tapi marahnya tidak melebihi had. Masih mengaku dirinya tak berhak menghukum siapa-siapa kecuali Allah.
Di Meja Makan...
Mereka sekeluarga berselera dijamu dengan masakan sedap air tangan seorang ibu.
"Sayang okay tak? Maafkanlah ayah ya" Puan Wany cuba bercakap pasal semalam dengan berhati-hati agar tidak terjadi pertengkaran. Mengharapkan anaknya sedar kesalahan terhadap suami kesayangannya.
"Kenapa? Bukankah ia memang betul?" Laila mula mengeluh berat. Dah serik hidup susah.
"Sayang...tak baik ca...". percakapan lembut Puan Wany akhirnya dijadikan sia-sia.
"Sudah! Laila tak nak dengar hal tu lagi!" Laila terus memberontak.
Puan Wany dan Encik Amir terkejut dengan perubahan perlakuan Laila. Tak pernah dia perlakuan sebegitu sebelum ini. Entah apa yang merasuki Laila sampai macam ni.
"Ya Allah! Anakku! Beristighfar nakk.."Puan Wany ketakutan dan mendoakan anaknya sentiasa dibawah lindungan Allah.
"Laila nak bersendirian, jangan cuba ganggu saya!" marah gadis itu terus pergi dari situ.
"Ya Tuhanku... ampunilah hamba yang gagal menjadi ayah yang berkemampuan. Astagfurllahazim..." Encik Amir menepuk-nepuk dada.
"Ibu... kenapa kak Laila jadi macam tu? Apa yang dia alami?"
"Nak... doakan yang baik-baik yaa."Ā
Hatim Al-Asham berkata,
"Janganlah kamu takut dengan kemiskinan, Sesungguhnya ļ·² menakut-nakutkan kamu
dengan neraka, bukan dengan kemiskinan."
4 PERKARA YANG MENGHALANG DATANGNYA REZEKI ADALAH:
1. MALAS
2. TINGGAL SOLAT
3. TIDUR SELEPAS SUBUH
4. SUKA KHIANAT
( IBNU QAYYIM DALAM KITABNYA ZAADUL MA'AD, 4/378 )
ISTIGHFAR KUNCI SEGALA MASALAH
"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah SWT, nescaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
( Surah an-Nisa ayat 10 )