Chereads / Hidayah Dari Tuhan & Persahabatan Yang Terpisah / Chapter 2 - Bab 2 - Tenggelam Dalam Hasutan

Chapter 2 - Bab 2 - Tenggelam Dalam Hasutan

"Kamu mau pergi mana?" tanya Puan Wany berada di depan pintu rumah, anaknya tergesa-gesa memakai kasut sukan lalu merentap beg dengan kuat.

"Rumah Lisa... semalam letih nak pergi" jawab Laila dengan suara yang keras.

"Baiklah... jangan balik lewat, bahaya.." Puan wany menghulur tangan untuk disalam namun anaknya pergi begitu saja selepas menolak basikalnya tanpa menoleh.

"Ya Allah..."

Dalam Perjalanan...

Kaki si gadis mengayuh-gayuh dengan tenang agar sampai denitasi yang dituju itu dengan selamat kerana perjalanan ke rumah Lisa sangat bahaya, perjalanan itu sangat sibuk dengan penuh kenderaan laju. Tiba-tiba kayuhan basikal terhenti seketika, matanya tertangkap pada seseorang yang dia kenal di warung Puan Idah.

"Tu Aisar! Crush aku... tapi kenapa dia melepak dengan geng motor tu?" kata Laila memfokuskan mata untuk melihat lebih jelas.

"Biar jela, buat apa aku nak masuk campur, lagipun dia bukan jodoh aku pun walaupun dia anak orang kaya, Crush berangan aku je pun" dia cuba berhenti memikirkan orang yang bukan miliknya adalah perbuatan sia- sia baginya.

"Assalamualaikum Lisa! Saya ni!" ucap Laila, menunggu jawapan, namun semakin lama menunggu Lisa masih tak menyahut.

"Lisa ada kah ni? Lama dah aku tunggu... aku malas dah tunggu ni." Laila masih gagah menunggu kawan baiknya.

"Kalau bukan sebab ibu dan ayah tak kekurangan duit tentu aku dah ada telefon pintar mahal-mahal pun. Telefon yang ada pun line tak ok, tak nak kena tunggu kawan kat depan rumah lagi... memalukan betul!" detak hati Laila, kena luluk kandang kering ( Dapat kesusahan tidak pada tempatnya ).

"Adik!"

Telinga Laila dapat menangkap suara itu seperti sedang memanggilnya lalu menoleh ke arah suara itu.

"Adik ni kawan Lisa ya?" tanya jiran sebelah rumah Lisa, Puan Ina.

"Ya makcik..." gadis itu mengangguk-angguk.

"Sebelum Keluarga Lisa keluar tadi, Lisa ada bagitau kat makcik yang dia ada urusan di luar bandar." Kata Puan Ina tersenyum.

"Ouh yaka... baiklah.." Laila langsung menaik basikal tanpa menoleh untuk mengucapkan berterima kasih pada Puan Ina dengan perasaan marah pendam.

"Erggg Lisa ni... dah 20 minit aku bazir tunggu kau. Ni pula yang aku dapat balasan untuk 20 minit tu." hatinya tidak lagi memahami situasi dan merasa dirinya dianiaya oleh kawan sendiri. Padahal pagi tadi Lisa ada call ada jemput ke rumah ulang kaji untuk exam pertengahan tahun yang akan datang.

Hari Ahad, Di kelas.

"Laila! Maafkan aku!" rayu Lisa serba salah, Laila tetap tidak mengendahkan pujukan rayu Lisa.

"Aku mengaku salah, Laila... aku salah." pujuk lagi.

"Kau tahu tak berapa lama aku tunggu?" tanya Laila menyilangkan tangan ke dada dengan suara sedikit marah.

"Ehm... maybe 10 minit" Lisa perlahan-lahan cuba berteka-teki.

"Lebih daripada tu! 20 minit!" marah Laila mengeluh kasar tanpa menghiraukan orang sekeliling. Yelah kaki asyik berdiri lama sambil menunggu tu tak sakit kah?.

"Laila? Kenapa kau jadi macam ni? Selalu nya kau tak apa-apa" Lisa rasa curiga dengan perangai Laila tak seperti sebelumnya.

"Kau tertekan ke Laila?" Zikri muncul dari belakang Laila dengan perasaan terkejut melihat kelakuannya.

Laila rasa terdesak lalu bangun dari kerusinya, mengetuk meja membuatkan Lisa dan Zikri terkejut, tak rasa bersalah langsung layan kawan macam tu!

"Kau berdua tak payah sibuk lah! Aku malas nak layan!" kelihatan kelakuan Laila semakin menjadi-jadi, bagaikan bukan Laila tapi orang lain.

"Tenang dulu... apa masalah kau? Kami mungkin boleh bantu kalau kau beritahu masalah kau" Zikri cuba memberi ketenangan kepadanya.

"Masalah aku?" Laila menuding jari pada wajahnya sendiri.

Zikri dan Lisa hanya terdiam seketika, takut kata-kata mereka mengguris hatinya.

"Buat apa aku nak beritahu? kau berdua tak layak bantu orang seperti aku! Ya, aku memang miskin...!"

"Laila! Beristighfar! Ingat Allah!" Lisa cuba menyedarkan Laila dari hasutan!.

"Bukan kau miskin tapi Allah takutkan kamu dengan api neraka!" sergah Zikri menambah.

"Sudah!"

"Hey! Apa yang kamu buat tu?! cepat duduk!" masa kelas Cikgu Rina sudah tiba.

Semua kelas menjadi senyap, duduk di posisi masing-masing dan Cikgu Rina, guru kelas mereka yang garang.

Zikri yang bersebelahan Laila turut terkesan dengan kelakuannya dan Lisa duduk sebelah tingkap di posisi yang sama dengan Laila membalas pandangan Zikri kerisauan.

Di Kantin

"Lisa? Kenapa lain semacam je dengan Laila.."Tanya Zikri menghairankan, dia juga sangat kenal kelakuan Laila sejak berkawan dengannya.

"Kan.. lain dari sebelumnya dia seorang yang sangat memahami ketentuan Allah tapi mungkin dia tertekan" kata Lisa.

"Apa kata kita luangkan sikit masa untuk dia hilangkan tekanan dia tu?" Zikri bercadang, membantu orang tengah susah juga bagus.

"Bagus juga idea tu!" setuju Laila.

Laila berjalan-jalan sekeliling kawasan sekolah untuk tenangkan hatinya yang masih tenggelam dalam emosi, langkah kakinya mula perlahan selepas terserempak seseorang di depannya.

"Hai! Laila! Akhirnya kita berjumpa lagi" Mira tersenyum jahat, seorang pembuli. Dia suka mencampuri masalah dan mengusik orang lalu-lalang di depan kelasnya. Laila cuba beredar dari Mira tetapi 2 kawan Mira menghalang dari belakang.

"Kau nak lari? Kesian kau tau tak?" wajah Mira berpura-pura kesian dan kawan-kawan hanya tertawa kecil.

"Apa yang kau nak?" hatinya mula berdebar.

Mira mendekatkan wajahnya ke wajah Laila.

"Apa yang aku nak?" Mira memandang kawan-kawanya dengan riak muka yang sinis.

"Ok.. Aku tak mahu apa-apa tapi aku rasa kau mungkin nak sesuatu kan?" senyum Mira.

"Apa yang aku nak? Maksud kau?" Laila kehairanan.

"Aisar..." Mira membisik di telinga Laila, jelas didengari.

Laila mendiamkan diri dan memikirkan maksud sebenar Mira.

"Kenapa dengan Aisar?" dia gagal memahami maksud Mira.

"Kau suka Aisar kan? Nak jadi girlfriend dia? Dia tak ada girlfriend lagi tu... tak rugi kau yang pertama jadi girlfriend dia" Mira cuba menghasutkan kerana Aisar adalah sepupu rapatnya, malah dia ada niat untuk pergunakan Laila.

"Betul?" Laila mula rasa teruja, tak mahu lepaskan peluang ini, dia menyukai Aisar selama setahun sejak from 3.

"Betul tapi kau kena ikut arahan aku.. ok boleh?"

Tanpa ragu-ragu, Laila terus menyetujui cadangan Mira, memang pembuli pun, pembuli yang membawa ke arah kemaksiatan yang baru. Hati-hati dengan orang macamni ya.

"Eh? Laila! Kau pergi mana tadi? Aku cari kau tadi." kata Lisa memaut bahunya. Laila masih berangan-angan memegang sekeping kertas memo kuning.

"Apa ni Laila? Nak tengok..."

Laila terus memasukkan kertas itu dalam poket bajunya agar rahsianya tak terbongkar.

"Kenapa? Apa yang tertulis? Siap senyum-senyum bagai"

RINGGGG!

Loceng sudah berbunyi, waktu rehat sudah tamat, Laila tidak mengendahkan pertanyaan Lisa kerana mula tidak menyukai orang sekeliling mencampuri hal yang dia sembunyikan. Dia melangkah masuk kawasan kelas mereka.

"Laila! Tunggu!"

"Kau... ok tak? Aku risau ni" kerisauannya sangat jelas terpancar dari wajahnya, Lisa.

"Hmm... oklah.. aku maafkan kau tapi jangan kau ulangi lagi" jawapan itu membuatkan Lisa gembira mendengarnya dan Zikri yang ada sebelah Lisa pun merasa lega.

"Terima kasih my bestfriend!"

"Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang tersimpan dalam (dada)mu."

( Surah Az-Zumar : 7 )

Orang yang mengingat ﷲ

Imam Ibnul Jauzi rahimhullah berkata,

"Bukanlah termasuk orang mengingat ﷲ, dia yang mengucapkan tasbih, tahlil akan tetapi hatinya tetap melakukan dosa-dosa.

Sesungguhnya orang yang mengingat ﷲ ialah dia yang ketika hendak melakukan kemaksiatan, dia mengingat kebesaran-Nya di hadapan Zat yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib."

( At Tadzkiroh, hlm. 187 )