Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Aku atau Dia

Fiz_Haron
--
chs / week
--
NOT RATINGS
4.5k
Views
Synopsis
Di saat cinta mula berputik antara Aiman Farish dan Isma Nur setelah bergelar suami isteri, kehadiran Natasya telah mengundang seribu satu tanda tanya di dalam diri Aiman. Dia harus memilih antara isteri dan kekasih hati. Mampukah Isma mengharungi badai ini setelah hatinya terbuka untuk menerima lelaki itu sebagai suaminya. Pilihan harus dibuat agar tiada yang menderita. Antara aku atau dia, kau harus memilih..
VIEW MORE

Chapter 1 - Kenapa mesti aku?

'panggg!!'

Seisi rumah terdiam. Aku tergamam tak mampu berkata apa - apa. Aku mula merasa pipi kanan ku panas, pedih, dan sakit. Air mata yang aku tahan sejak dari tadi kini berjurai laju. Hati aku sakit diperlakukan seperti ini.

"Jangan mencabar kesabaran aku!" ujar Abah. Ibu hanya menangis dari tadi. "Sudah la abang, kalau dia tak mau jangan di paksa lagi" Ibu mula bersuara. Suara Ibu perlahan memujuk Abah.

"Kau diam!"

"Ini semua salah kau sebab kau manjakan sangat budak ni. Aku tak kira, apa jadi pun dia tetap kena kahwin dengan Aiman".

"Keputusan aku mukhtamad!" tegas Abah sambil berlalu pergi. Abah sememangnya seorang yang tegas dan garang tapi aku tahu di dalam garangnya dia seorang bapa yang sangat baik, bertanggungjawab, dan sangat menghormati ibu. Tetapi segala - galanya berubah selepas Haji Kassim dan Hajah Salmah datang minggu lepas bersama rombongan meminang.

"Ibu..kenapa mesti adik kahwin dengan Aiman? Adik tak suka dia pun, tak pernah jumpa dia dan kenapa tiba - tiba adik kena kahwin dengan dia?" Aku mula menyoal ibu. Sejak dari rombongan meminang datang aku bingung. Kenapa mesti aku? Aku tak pernah kenal Aiman dan bagaimana aku hendak berkahwin dengan orang yang aku tak kenal?

"Adik..ikut saja cakap abah. Terima saja Aiman sebagai tunang adik. Ibu tak mau abah marah adik lagi pasal ni" pujuk ibu.

"Tapi ibu..."

"Sudah!" tegas ibu.

Dari sudut hati, ibu mana yang sanggup melihat satu-satunya anak perempuan yang dia sayang diperlakukan sebegitu. Dipaksa berkahwin dengan lelaki yang dia tidak kenal malah tidak cintai. Tapi apakan daya, dia hanya mampu menurut sahaja. Tidak pernah dia melihat suaminya begitu marah sehingga sanggup naik tangan kepada anak mereka.

Sejak dari peristiwa aku ditampar abah, hubungan aku dengan abah menjadi renggang. Aku banyak mengelak dari bertembung dengan abah dan abah pula banyak berdiam dari sebelumnya. Oh tuhan, berdosakah aku? anak derhaka kah aku ini?.

"Nak ke mana?" soal abah sambil tangannya sibuk menyelak helaian buku di tangannya. Aku yang terkejut dengan sapaan abah terus menjawab "err..nak ke kedai..ha ke kedai jap". Gugup rasanya seperti hendak luruh jantung aku.

"em, pergi elok-elok. Habis beli barang blik cepat!" ujar abah yang masih lagi dengan bukunya.

"okey bos" jawabku selamba tetapi dalam hati...

....................

"Kau biar betik?" jerit Mika.

"betik tak betik, betul la..apa kau ingat aku ada masa ke nak temberang kau bab-bab macam ni?" balasku kepada Mika. Gadis bertudung litup tetapi kasar ini adalah sahabat baikku dari kecil. Tiada rahsia antara kami, bahkan kami sering di gelar belangkas kerana kemana sahaja aku pergi pasti Mika ada dan setia di sisiku.

"Dah tu kau terima la ni?"soal Mika lagi, kali ni dia seperti tidak sabar menunggu jawapan dariku. "Dah kena lempang sekali dengan abah aku, kau ingat aku berani ke lagi nk cakap tak terima?"jawabku sambil menahan air mata. Sedih dan sakitnya hati ini apabila teringat aku di lempang abah kerana protes dengan pertunangan aku dengan Aiman!

"Sabar la beb..aku tau kau kuat. Apa pun yang jadi aku tetap dengan kau, okey?"pujuk Mika dengan senyuman manisnya. Aku bersyukur kerana di saat-saat aku perlukan seseorang, Mika sentiasa ada bersama aku.

"Thanks Mika, kau la sahabat aku dunia akhirat" ujarku sambil memeluk Mika. Tenang seketika hati ini.