Aku hanya memandang sepi cincin pertunangan yang diletakkan di atas meja solek itu. 'Siapa kau Aiman?' itu lah persoalan yang sering berlegar di fikiranku. Lelaki yang aku tidak pernah kenali kini menjadi tunang aku. 'ah, ni keja gila Isma!' bentak hatiku. Ya memang gila kerana dengan sekelip mata status ku bertukar menjadi tunangan orang.
"Mama dah bincang dengan Pak Long, lagi dua minggu majlis akad nikah. Sempat la mama buat persiapan, pihak sana nak buat yang simple saja" ujar Datin Rohani kepada anaknya.
"Ikut mama lah, asalkan mama happy dengan rancangan ni. Aiman ikut saja" jawab Aiman Farish kepada mamanya. Sebenarnya dia tidak bersetuju untuk dijodohkan dengan gadis pilihan pak long. Tetapi apabila mamanya sudah mendesak lalu dia pun akur walaupun hatinya memberontak.
"Aiman betul-betul setuju nak kahwin dengan Isma Nur?" soal Datin Rohani lagi.
"Iya ma.." jawab Aiman.
"Thank you so much sayang. I know its hard for you but please, try to accept her. She is a nice girl" Datin Rohani cuba meyakinkan anak terunanya bahawa pilihannya adalah tepat dan Isma Nur adalah gadis yang terbaik untuk dia jadikan menantunya.
Aiman hanya tersenyum melihat gelagat mamanya. Begitu teruja untuk menerima menantu pilihannya. Bagi Aiman, kebahagiaan mama adalah priority baginya. 'Asalkan mama bahagia, Aiman sanggup korbankan semuanya termasuklah hati ini'.
..........................................
oh, mengapa semua ini terjadi
sedangkan aku sedikit pun tak pernah
curang
terhadapmu...
"Mikaaaaaa!!!"
"oiiii mak kau" latah Mika apabila namanya di panggil dengan begitu kuat. 'potong lah, baru nak layan lagu jiwang' bentak Mika di daam hati.
"kau....kemain eh, dengar lagu ella sembilu bagai" ujarku kepada Mika.
"Lah..kau rupanya..asal kau jerit-jerit panggil aku hah? tau tak kau tu tengah darah manis..tolong jaga kesopanan dan kesusilaan tu sikit" marah Mika kepadaku.
"kau...berani kau marah-marah aku sekarang..esok aku dah kahwin dengan mamat apa nama entah tu, kau jangan nak rindu-rindu aku eh" balasku dengan nada merajuk.
"Ala...ampun Isma..aku terkejut je tadi, mana aku marah kau. Sorry eh" pujuk Mika cemas.
Aku hanya ketawa melihat reaksi cemas dari sahabatku ini.
"hahaha tau takut.. okey sebab kau the one and only my bff, beta ampun kan kau wahai Nur Mikaela Arshad!" jawabku sambil berdiri seperti seorang raja.
Akhirnya kami ketawa bersama.
"Mika.." panggilku.
"emm.." jawab Mika yang sedang asyik melihat sawah padi yang sedang menguning.
"Lagi dua minggu majlis aku" perlahan suaraku memberitahu Mika.
"Kau okey?"tanya Mika sambil menoleh pandangannya kepadaku.
"Entah la..aku runsing sekarang. Aku tak tahu nak buat apa. Aku ada terfikir nak lari tapi aku nak ke mana? Aku tak nak jadi anak derhaka" kini suaraku mula bergetar menahan sebak di dada.
"Istiqarah Isma. Minta petunjuk dari Allah. Aku faham apa kau rasa tapi jangan bertindak bodoh Isma. Kau kena fikirkan ibu dan abah kau. Dia orang buat semua ni untuk kebaikan kau. Untuk masa depan kau" pujuk Mika, cuba menenangkan aku.
Oh, Tuhanku..jodoh pertemuan adalah rahsiaMU. Aku memohon kepadamu agar KAU bimbinglah aku, tunjukkanlah aku jalan yang benar. Jika dia benar jodohku, KAU dekatkanlah kami, pautkanlah hati kami. Dan jika dia bukan jodohku, KAU bantulah aku untuk menolak pernikahan ini agar aku tidak melukakan hati kedua ibu bapaku. Amin ya rab