Chereads / Actually...Yours / Chapter 2 - 02

Chapter 2 - 02

'Dulu,

cinta ku disia-siakan , penat berharap tapi rupanya diduakan ... Penat beralah tapi tak pernah dihargai ...

Akhirnya ditinggalkan dan terluka

Kini,

Untuk mencintai kembali jauh sekali,

Mencuba untuk berhenti mengharap walaupun sakit,

Mencuba untuk menanti sesuatu yang pasti...

Yang tak pasti bila tiba '

Ian✨💚

12 April 2019

Diari ditutup , Rayyan mengeluh lagi..

Kenangan lalu yang masih hangat dalam ingatannya membuatkan dia berubah .. Ya , berubah ..berubah 360° darjah dari dirinya yang dahulu..Kenangan yang buat dia tersiksa kerana mencintai , tapi akhirnya terluka sendiri ..

Kalau dulu,dia seringkali menjadi bahan ejekan,lain lagi dibuli dan sipulaukan kerana dirinya yang selekeh,bercermin mata berkanta tebal, dan langsung tidak mempunyai teman..Ada pun , sekadar menumpang senang atas kekayaan Rayyan atau sekadar mengambil hati kakak Rayyan, Raysha .

Kini ,hidup Rayyan semakin membaik ,tiada lagi bulian,ejekan dan tidak lagi dipulaukan oleh teman sekelas..terutama bestfriend forevernya Firash dan Alif ..biarpun sedikit- sebanyak memeningkan kepalanya kerana tingkah dua sahabatnya itu,tapi itu lebih baik daripada dia dipinggirkan .

Untuk bercinta pulak , biarlah masa yang menentukan lagi pulak dia belum menemukan orang yang sesuai . Kata kakak kembarnya ,mungkin kerana dia terlalu memilih.Sebenarnya bukan memilih tetapi lebih kepada berhati-hati.Lebih baik dia fokus kepada pelajaran dan fokus berlatih menari..

Teringat pasal menari,tangan kecilnya terus menggapai telefon bimbitnya di sebelah buku diarinya tadi ..mencari nama sahabatnya.

"Wehh..korang taknak berlatih ke ? " Tanya Rayyan terus.

"Ha'ah lah ..hampir lupa..lagipun takda kerja nak buat jugak..semua homework dah siap ..ada baiknya kita practice dulu." Balas Firash ,bersemangat . Maklumlah dah lama dia tak melawat studio ,rindu pulak rasanya

"Hah ..nanti kau singgah kat rumah Alif erk..bawak dia terus..kalau tunggu dia ,esok pun tak sampai " Kata Rayyan pulak,mengingati eakan mereka yang satu itu asyik kata otw saja tapi sampainya tak tahu bila..

'Nasiblah kawan kalau tak hmmm...' Fikir Firash pulak..

"Okay..okay..aku gerak sekarang ..kau tunggu kat studio erk ..okay byee" sambut Firash , terus mencapai topi dan kunci keretanya.Kemudian singgah ke rumah Alif dan seterusnya menuju ke studio tarian Rayyan , ( sebenarnya studio mak Rayyan tapi oleh kerana Rayyan suka cover dance dengan kawan-kawan dia so mak Rayyan izinkan lah diorang practice kat situ ).

Rayyan terus bergegas ke studio , mensettingkan segala peralatan , kamera, speaker, dan lagu yang akan mereka cover nanti.Sambil menunggu , dia memanaskan badannya supaya takde lah sakit badan nanti.Kemudian memasang dua-tiga lagu dan dia menari mengikut rentak lagu tersebut.

Asyik menari dia tidak menyedari rakan-rakannya sudah sampai.Mereka pulak sengaja tidak memanggil Rayyan kerana terpesona dengan kelembutan tarian Rayyan.Setelah habis lagu tersebut baru mereka berdua bertepuk tangan tanda bangga dan terpukau .

"Eh, bila korang sampai ? Kenapa tak panggil je ? " Tanya Rayyan , sambil menyambut huluran Firash ..Bungkusan makanan tersebut diletakkan di meja .

"Dah kau asyik sangat menari..taknak lah kitorang nie kacau..dah lah cantek k tarian kau tadi..kalau kau upload nanti video kau menari lagu tue comfirm banyak melet0p kawan" Kata Alif sambil menunjukkan ibu jarinya tanda bagus .. ( 🤔 )

"Hahaaa..kau nie Alif,kita berlatih dulu satu lagu baru lagu lain..nantilah aku record , kalau tak malas🤭😅" sambut Rayyan sambil menggelengkan kepalanya ...

"Okay ..sekarang semua dah sedia ke ? Kalau dah , mari kita mulakan .." sambung Rayyan lagi.Firash dan Alif mengangguk kepala serentak tanda sudah bersedia .Kamera siap disettingkan, posisi diambil dan lagu dipasangkan dan bermulalah tarian mereka.Lagu yang dicover dancenya pun boleh tahan gempaknya.Habis basah baju dek kerana berpeluh.

(Okay time nie, diorang cover lagu BTS Dionysus..penat wehh😯😅 aku pun basah baju berpeluh sedangkan tak cover keseluruhan dance dia)

Setelah selesai lagu tue , mereka berhenti seketika berehat ..sambil melihat hasil rakaman tadi.Setelah semua setuju akhirnya rakaman tadi tinggal disunting dan diupload di channel youtube Rayyan.

"Fuhh..gempak weh lagu tadi..habis basah baju aku" Ujar Alif sambil membuka bajunya yang basah lencun oleh peluhnya sendiri.Firash dan Rayyan hanya mengangguk,mengiyakan kata Alif tadi.Sememangnya lagu-lagu Kpop semua gempak ..Mantapp!!👍

*Maaf ya ,sis minat 🙈

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Farell Pov

Bila teringat balik kejadian kat depan tandas sekolah tue rasa nak ketawa pulak.Lucu sangat reaksi juniornya itu.Dia tersengih-sengih sorang diri,mengkhayal muka juniornya itu yang baginya sangat cute..tapi oleh kerana ego, sengaja dia memarahinya.Biar nampak cool dan tegas ,..lagi pula dia sengaja menyakat ..

'Cute pulak budak tue aku tengok..hmmm rasanya dia form berapa erk ? Ahh...nantilah aku cari ' fikirnya sambil menutup mata.Hendak tidur barangkali atau ingin bertemu dengan juniornya itu didalam mimpi.Malam itu , hatinya tenang ,aman damai tidak seperti selalu asyik terganggu kerana tugasan yang banyak..kan budak form 6 ,dah tentu lah banyak ..Asyik berfikir tentang juniornya itu akhirnya dia terlelap ...

9:00 AM

Lenanya terganggu kerana bunyi panggilan masuk ditelefonnya yang membingitkan telinga.

'Hishhh...Siapa pulak kacau aku tidur nie..' bebelnya sambil tangannya menggapai telefon dimeja disebelah katilnya .Punat hijau terus ditekan dan..

"Hah..nak apa ? Kacau lah orang nak tidur " Rungutnya kepada si pemanggil, tidak berpuas hati kerana tidur lenanya terganggu

"Hello, Mr.Cool..kau bangun sekarang..dah pukul berapa nie ? Janji datang pukul 9 nie pukul 9 baru bangun..Wehhh, kau jangan nak pura-pura lupa pulak erk ..Awas kau " Kata Qhalish sengaja mengingatkan Farell yang mereka ada janji di hari itu.

"Alamakk..sorry ..sorry..tak sengaja ..Alaaa..tunggu aku..kejap lagi aku datang..korang tunggu tempat biasa okay ?" Kelam-kabut Farell bangun ,baru teringat janji mereka kemarin..'Tue lah kau Farell usha sangat budak tue kan dah bangun lewat'keluh Farell seorang diri, menyesali keterlambatannya di pagi itu.Bergegas dia mandi, kemudian mengambil buku-buku yang diperlukan dan dimasukkan ke begnya.Kemudian terus berlari menuruni tangga,memecut ke keretanya.Pintu rumah ditutup ,dan dengan bismillah ,berjalan lah dia ke tempat rakan-rakannya.

"Farell nie tak pernah-pernah lewat tup-tup hari nie lewat ..haiii...apalah budak tue buat sampai bangun lewat" keluh Qhalief Ikhwan , kepelikan sebab selama nie Farell lah paling awal sampai kalau mereka nak ulangkaji sama-sama.

"Entah...nanti kau tanya dia sendiri.." Jawap Qhalish Amsyar pulak ..

( jangan pelik yea..nama diorang hampir sama tapi bukan adik beradik pun ..kembar pun bukan..kalau susah nak bezakan panggil Ikhwan ngan Amsyar je senang😊✌️).

Qhalief Ikhwan hanya menggeleng mendengar jawapan dari Qhalish Amsyar tadi.Memang dia bertanya jugak nie nanti bila Farell sampai.

"Huhh..sorry ..TERlewat sikit bangun..sebab mimpi indah malam tadi hehee.." Ujar Farell setelah dia melabuhkan punggungnya dibangku di sebelah Qhalief Ikhwan.Kedua sahabatnya hanya memandangnya pelik kemudian tersengih-sengih macam kerang busuk.Tak jadi nak marah😅

"Kau mimpi apa ? Jangan mimpi basah sudah erk...tapi nak tau jugak ngan dia kau main apa hhahaaa " seloroh Qhalief Ikhwan, pecah tawa mereka bertiga dengan gurauan Qhalief Ikhwan tadi. 'Dasar penyebok'

"Engkau nie Ikhwan..takde lah..bukan mimpi basah tapi mimpi jumpa hantu cantik " Sengaja Farell berkata begitu .

"Eh.,mimpi hantu kau kata mimpi indah ? Memang tak lah..sanggup aku tak tidur terus.." bidas Qhalief Ikhwan , tau takut hahahaa

"Hahaa..kau nie ..tue pun nak takut ..takde lah ..saja ..penat sangat kot " Farell memperbetulkan statementnya ..puas hatinya melihat muka merah Qhalief Ikhwan menahan marah..'Padan muka siapa suruh gatal sangat ..kan dah kena ' fikir Farell ..Qhalish Amsyar hanya ketawa melihat perubahan muka Ikhwan..

"Dah..dah ...kalau nak sembang ,bergurau macam lepas buat assignment nie okay..Hari isnin nanti nak kena hantar , teruk kita kena dengan Madam Wanie nanti.Dah lah garang " sampuk Qhalish Amsyar pulak , Qhalief Ikhwan dan Farell terus mengeluarkan buku masing-masing.

'Tau takut ..ingatkan tak...'

Setelah berjam-jam menyelesaikan tugasan mereka yang berlambak, akhirnya siap jugak..dan boleh lah mereka menarik nafas lega..dah tak bimbang sangat ..

"Sebelum balik ,kita singgah kedai mamak tue kejap erk ? Nak hilangkan dahaga jap " cadang Ikhwan sambil menunjuk ke sebuah restoren di seberang jalan.Farell dan Amsyar mengangguk setuju.Dan mereka berjalan kesana .

Selesai memesan order, mereka kembali fokus dengan telefon mereka.

Tidak lama kemudian , order mereka sampai dan terus menikmati order mereka selepas membaca doa makan.

"Ehh..tue bukan budak Alif ke ? Yang terhumban pen dekat kau tue Syar ? " Kata Qhalief Ikhwan sambil menuding jarinya kesatu arah.Qhalish Amsyar melihat kearah tudingan jari Qhalief Ikhwan tadi..kemudian dia mengangguk kepalanya .

"Ha'ah ..dia lah tue ..dengan Firash ngan Rayyan .." Sambut Amsyar mengiyakan soalan Ikhwan.Farell dan Ikhwan hanya meng'o'kan saja.

"Macammana kau tau nama kawan dia pulak nie ? " Tanya Ikhwan sambil dahinya sengaja dikerutkan.

"Aku tak sengaja dengar dia panggil haritu." Jawap Amsyar acuh tak acuh.

Farell buat tak endah perbualan rakan-rakannya,malas ambil tahu ..kecuali seseorang itu...yang membuat dia tidur lena semalam sampai terlewat bangun tadi pagi.Sedang dia memandang kekiri, kearah tudingan Ikhwan tadi,terkesima dia melihat junior yang melanggarnya waktu dihadapan tandas ..Terkejut , tak menyangka akan melihatnya diluar sekolah😅

"Eh,Syar..mana satu budak Rayyan tue ? " Tanyanya kepada Amsyar ..Amsyar kepelikan mendengar pertanyaan Farell tadi.Setahunya Farell tidak pernah ingin berkenalan atau menegur orang lain selain cikgu dan mereka berdua ..

"Tue yang pakai cermin mata tue ..cute kan ? " Jawap Amsyar ,sengaja memancing reaksi kawannya ,manatau dah tangkap cintan kat budak junior tue..kalau dah , senanglah dia nak berjumpa dengan Alif pulak nanti..

"Ooo..yang tue.." sambil menganggukkan kepalanya 'hehee dah tahu nama dia'

"Hmmm..cute ? Boleh jugak ..." Jawap Farell tanpa sedar.Amsyar dan Ikhwan yang mendengar jawapan Farell tersebut hanya senyum sumbing .

"Haiihh..dah tangkap cintan ke ? Tau lah orang cute tapi cover sikit lah senyuman tue..creepy tau tak !. " Sakat Ikhwan sambil berbisik-bisik dengan Amsyar . Farell yang baru tersedar berdehem beberapa kali.Menutup malu🤭

"Tak lama lagi lah nie kawan kita sorang , Wan .. Boleh jugak makan nasi minyak .. dah lama tak makan tau " tambah Amsyar pulak ,sambil melirik Farell di sebelahnya.Ikhwan hanyak ketawa kecil.

"Ehermmm..korang jangan erk..kang ada yang biru dahi dia nie " Ujar Farell menunjukkan penumbuknya kearah kedua sahabatnya.Amsyar dan Ikhwan hanya ketawa geli hati.Pandai malu dah Farell nie..fikir mereka berdua.

"Alahh..sorry..sorry.." kedua-dua mereka mengangkat tangan tanda mengalah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Rayyan Pov

'Eh,tue bukan geng Mr.Cool tue ke ? Aduhh matilah kalau dia nampak aku..' fikirnya sambil berdiri di belakang Firash , melindungi diri dari dilihat.

Setelah selesai mereka bertiga minum menghilangkan dahaga selepas penat menari tadi ,mereka beransur pulang..Hari pun dah maghrib jadi sebaik mungkin pulang sebelum ibunya naik hantu..

"Okay guys..jumpa esok tau..kita cover lagu lain pulak.Video tue nanti aku upload.." Kata Rayyan berpamitan mau pulang ..Firash dan Alif hanya mengangguk dan melambaikan tangan tanda berpisah sebelum masuk ke dalam kereta Firash sebelum bergerak pulang ke rumah masing-masing..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maafkan kalau hambar✌️😊

Selamat membaca guys..jangan lupa vote ya ..terima kasih