"Dah 5 tahun kot benda tue berlalu ,kenapa masih nak fikir lagi ..Kau sendiri pun salah jugak ..bukan Farell sorang je..cuba lah kau pakai baju terus dan tak tergoda dengan rayuan dia tue ..takdelah kononnya kau bawak diri jauh-jauh dari dia.." Monolog Rayyan seorang diri,menyesali dan malu yang amat dengan apa yang terjadi antara dia dan Farell.Dia kembali teringat apa yang berlaku paginya ,
Flashback🍃
"Morning baby .." Tegur Farell sambil mencium dahi Rayyan yang baru mencelikkan matanya.Terbuntang mata Rayyan apabila Farell mencium kejap dahinya tadi.Terbayang dimatanya kejadian semalam.Mukanya panas bila tangan Farell masih setia dipinggangnya sejak semalam.Semakin memerah mukanya apabila menyedari yang mereka berdua tidak berpakaian .Rayyan terus bangun mencapai tuala mandi dan berlari masuk kedalam bilik air.Farell yang tersengih-sengih melihat tingkah Rayyan tersebut.Farell termenung sambil berfikir tentang hal semalam.Menyesali kenapa dia tidak menahan nafsunya.Ya memang Rayyan miliknya sudah ,tapi belum sah.Walaupun hubungan mereka dah naik satu stage,tue bukanlah cara untuk mereka melakukan hal yang macam semalam.Kalau ayahnya tau komfirm habis dia diceramah free.Belum lagi ayah dan ibu Rayyan .Dan yang menakutkannya sekarang , dia sudah berjanji dengan Raysha untuk tidak melebih-lebih dengan Rayyan .Dan kini , baru semalaman mereka berdua ,Farell dah langgar janjinya.
Sejam kemudian baru Rayyan memunculkan diri dari bilik air .Farell memberikan senyuman walaupun Rayyan tidak melihatnya.Dia melihat badan Rayyan yang penuh dengan tanda-tanda merah hasil karya dirinya semalam.'Mampus aku ' bisik hatinya.
Melihat Rayyan sudah lengkap berpakaian , Farell menarik Rayyan duduk didepannya.Kemudian memegang kedua belah bahu Rayyan , supaya tidak lari .
"Babe, saya minta maaf pasal semalam ..." Farell memulakan percakapan setelah lama mendiamkan diri. Tangannya masih setia dibahu Rayyan.Dia memandang Rayyan yang seperti ingin berkata tapi satupun ayat tidak keluar dari bibir merah Rayyan.Rayyan kelihatan gelisah , dan tidak senang duduk .Kepalanya masih setia nenunduk.Dia menghela nafas perlahan , kemudian melarikan tangan Farell dari bahunya.Dan memandang Farell yang dihadapannya lama.
"Sokay takpe ..saya pun salah jugak ..sebab tak pakai elok-elok semalam.." Balas Rayyan perlahan.Masih menyesali dirinya semalam.Farell tersenyum menggelengkan kepalanya laju.Tidak setuju dengan jawapan Rayyan.
"Tak ..awak tak salah .Saya yang salah sebab tak pandai jaga nafsu . Saya minta maaf erk..Jangan risau , saya takkan lari . Saya akan bertanggungjawap." Kata Farell bersungguh-sungguh.Rayyan hanya mengangguk perlahan mendengar balasan Farell tersebut.Walaupun begitu , dia masih risau dan takut apalagi setelah kejadian semalam.
Sesudah Farell pulang ke rumah , Rayyan terus memberitahu ibu dan ayahnya tentang dia ingin bersekolah di luar negara.Sambil menjaga cawangan syarikat ayahnya disana.Tengku Khuzairi yang memang sudah lama ingin Rayyan mengambil-alih syarikatnya disana terus bersetuju . Dia yakin dengan kebijaksanaan Rayyan dalam hal syarikat.Dia sudah mendedahkan kedua anaknya dengan hal-hal syarikat sejak kecil.Mereka bebas memberikan cadangan-cadangan dalam projek-projek yang dia selenggarakan.Dia sangat berpuas hati apabila Raysha dan Rayyan sangat meminati dunia bisness malahan kebanyakan cadangan-cadangan yang mereka berikan sentiasa menjadi dengan lancar.Jadi tiada masalah untuknya memberikan jawatan besar dalam syarikatnya kepada anak-anaknya.
"Tapi Yah,Ian minta jangan bagitau Farell . Ian taknak dia susahkan diri dia semata-mata nak kejar Ian kat sana.Kalau dia berdegil jugak,cakap kat dia yang Ian akan putuskan pertunangan nie serta-merta.." Kata Rayyan memandang ibubapa serta kakak kembarnya.Mereka sekadar tersenyum mendengar kata-kata Rayyan.Tahu sangat kalau Rayyan tidak suka menyusahkan sesiapa.Kalau boleh ,dia tidak ingin sesiapa tahu yang dia tengah susah.Ada saja jawapannya kalau ada bertanya.
"Ayah okay je Ian.Yang penting Ian pandai jaga diri kat sana.Sana bukan Malaysia ,lagi-lagi Ian jauh dari kami.." Balas ayah Rayyan,Tengku Khuzairi sedikit risau .Rayyan tersenyum melihat ayahnya.Dia tahu ayahnya risau .Lagi-lagi dia anak bongsu mereka .
"Alahh ..Ayahh nie Aqill kan ada ..Buat apa Ayah ambil Aqill kalau tak boleh harap jagakan adik Ecah nie yah .." Sampuk Raysha pulak..Tangan kanannya mengusap-usap kepala Rayyan lembut , macam budak kecil dibuatnya 🤭
"Ya..Ayah tahu . Tapi jangan berharap sangat kat orang .Berdikari sendiri.Jaga diri sendiri ..Aqill bukannya setiap saat boleh melekat dengan Ian, kan ? " Balas Tengku Khuzairi , disambut tawa kecil Puan Ria.
"Yaalahh Ayah..Ian tau ..InsyaAllah , macammana pergi sana macamtue jugak balik sini hendaknya.Doakan ja Ian...takut nanti tak ingat jalan balik hehehee..." Sambut Rayyan ,berseloroh ..Pantas saja tangan Raysha mencubit paha Rayyan.
"Awww..kakak nie ..orang gurau lah.." Adu Rayyan , sambil mengusap bekas cubitan Raysha dipahanya..
"Cubalah lupa jalan balik sini ..Kalau kau nak aku kejar dengan spender busuk kau kat dalam bilik tue..." Ugut Raysha , sambil tersenyum jahat.Merah muka Rayyan apabila teringat dengan seluar dalamnya yang disimpan Raysha dari kecil.Katanya sebagai kenangan.
"Alahh..kakak nie gurau sikit pun tak boleh.." Rayyan memuncungkan bibirnya kehadapan.Ayah dan Ibu mereka tergelak dengan perangai kedua-dua anak mereka itu ..Bahagia terasa..
Alangkah bagusnya kalau aku pun macam tue huhuhuu💔
End Flashback
Hari-harinya kini hanya diisi dengan urusan pejabat dan pembelajaran yang dia belajar disekolah barunya.
Hidupnya sunyi tanpa kedua rakannya.Hendak saja dia membawa mereka tetapi ibubapa kedua-dua rakannya keberatan hendak melepaskan mereka ,jadi dia tidak memaksa.Disekolah dia hanya ditemani oleh Aqill selaku bodyguard dan seniornya.Takdelah sepi sangat walaupun kadang-kadang sikap cool memanjang Aqill mengingatkan dia pada seseorang.Seseorang semakin hari semakin dirindui dan dicintainya.Tipulah kalau tak rindu ,kadang semalaman dia menangis .Rindu sangat dengan Farell.
Walaupun begitu ,sengaja dia tidak menampakkan perasaannya itu kepada Farell.Dia langsung tidak menghubungi Farell.Bila Farell menghubunginya sengaja dia tidak melayan atau membalas pesanan-pesanan dari Farell.Dibiarkan begitu saja.
Kerja-kerja di pejabatnya pula semakin hari semakin menimbun.Semakin bertambah kusut dikepalanya.Tapi , dia menyiapkannya perlahan-lahan walaupun pada mulanya , anak-anak buah ayahnya disyarikat itu tidak mempercayai kebolehannya.Setelah menyelesaikan satu projek yang boleh dikatakan lumayan,barulah mereka percaya.
'Apa ingat aku masih sekolah tak pandai nak uruskan syarikat nie..huhh..Nie Tengku Rayyan lah..nie makanan aku dari kecik..' Fikir Rayyan dalam hati ,tersengih .
"Maafkan saya Tuan , Tuan tak turun rehat ke ? " Tanya Aqill . Walaupun wajahnya kelihatan cool dan lebih tua sedikit dari Rayyan , tapi dia tetap hormatkan anak bekas bossnya itu.Kalau bukan kerana Tengku Khuzairi mengambilnya dulu semasa dia masih di rumah anak yatim dahulu.Bersyukur dia berjumpa dengan Tengku Khuzairi .Walaupun orang tua tersebut tidak meminta balasan tetapi dia dengan rela hati bekerja dengan Tengku Khuzairi .Alasannya ingin membalas budi.
"Kejap lagi lah..Kalau awak nak rehat ..Turunlah ..nanti saya menyusul.Saya nak siapkan dulu nie " Jawap Rayyan tersenyum memandang Aqill.Dia senang dengan Aqill.Selama hampir 4 bulan disini, Aqill yang menjadi keluarga dan temannya disini.Keperibadian Aqill yang sempurna itu hampir membuatkan dia terjatuh hati tapi takut berdosa nanti , sebab dia dah ada tunang so jangan nak menggatal pesan kakaknya dulu sebelum naik ke pesawat..
Dan sepertinya kalau betul dugaannya , Aqill seperti menyimpan perasaan terhadap kakaknya.Bukan dia tidak nampak ,kalau dia tengah bervideo-call dengan kakaknya .Mata Aqill tidak lari dari asyik-asyik memerhati Raysha . Terdetik jugak dihatinya ingin memasangkan kakaknya Raysha dengan Aqill , bodyguardnya yang boleh tahan handsome itu .
'Rayyan ..kenapa kau tinggalkan aku ?? Kalau kau masih marah pasal haritue , aku minta maaf ..' Keluh Farell , sambil menghayunkan kakinya perlahan.Sambil melihat mentari senja turun menggantikan siang dengan malam yang sunyi.
Setiap hari rindunya makin berat . Berat sangat. 'Adakah Rayyan rasa yang sama dengan aku ? ' Fikir Farell lagi..Malam-malamnya sentiasa diisi dengan kata rindu kepada Rayyan , dalam doanya juga sama.Hanya nama Rayyan terpaku semat dalam hatinya .Walaupun berjauhan , dia berharap Rayyan setia dengannya . Selalu jugak dia menjenguk ibubapa Rayyan ,kadang tidur disana beberapa malam , dan pastinya dia dibilik Rayyan. Memeluk baju Rayyan , menghilangkan rindunya yang berat .
"Ibu , Ian ada call ibu atau ayah ke ? " Tanya Farell kepada ibu Rayyan.Puan Ria tersenyum memandang Farell.Dia tau Farell rindukan Rayyan.Sejujurnya dia tidak tahu kenapa Rayyan tidak ingin menghubungi Farell sedangkan Farell tunangnya.Dia mengusap pipi Farell lembut .
"Arell rindu ya ? " Tanyanya pula sambil tersenyum manis.Farell hanya mengangguk kemudian tertunduk memandang lantai.
"Ada semalam..Dia ada hal nak bincang dengan Ayah.Pasal projek baru kat sana.Makin naik syarikat kat sana semenjak Rayyan jaga." Kata Puan Ria ,menjawap pertanyaan Farell .
"Dia ada kirim salam kat Arell..Rindu katanya.Tapi malu pulak dia nak bagitau sendiri "Sambung Puan Ria.Terus cerah wajah Farell yang tadi mendung bagai nak hujan .Senang hatinya tak terkata.Laju mulutnya menjawap salam Rayyan tersebut .
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maafkan kalau banyak typo disitu..
Harinie idea kurang sikit jadi ,buat mana yang ada ...Chap. nie kemungkinan akan ada sambungan sebab sekarang tengah cari idea ..