Chereads / Cinta Dari Buku Teks Sains / Chapter 2 - Bab 1

Chapter 2 - Bab 1

" Ana, harini ada sains kan?" Tanyaku selepas turun dari bas sekolah bersama Ana

" Ada lah, kenapa?" Balas Ana sambil bertanya kembali.

" Tak de pape"

" Ouh okey...."

Tidak sampai Lima minit berdiam diri, aku memanggil nama Ana sekali lagi.

" Ana....." Panggil ku .

" Apa Amirah? Dari tadi dok

Ana Ana... Kita ni dah lah tengah sedih sebab Arif tak datang sekolah.. Baru nak usya dia kat depan kelas hmmm. " Adu Ana.

" Halahhhhhaiiii, malam tadi dah on call, video call bagai tak kan tak habis rindu kot." Balasku sambil menjeling Ana.

" Tu malam tadi, ni sekarang

pukul 12.28 p.m. Jauh beza hang tau? " Jawab Ana

" Kepala hotak awak! Malam tadi dengan sekarang, tak sampai 24 jam lagi tau! 20 jam pun tak sampai lagi. " Marahku

" Ehehehehehehe, dah nama pun rindu.. Nak buat macam mana? " Tanya Ana

" Buat macam ni, tak payah couple... Nanti kang nangis tepi bucu katil kalau putus, tak pun kalau gaduh or Arif tu cur.... "

Tidak habis lagi ayat yang aku ingin sampaikan, mulutku sudah ditutup oleh tapak tangan Ana.

" Apa awak ni! Mulut celopar betullah! Nanti kang buatnya kata - kata awak tu betul - betul jadi.. Tak ke naya kita menangis air mata darah. " Marah Ana.

" Siapa suruh awak menangis sampai keluar air mata darah? Kita tak suruh pun. " Kataku sambil kening kirinya terangkat.

" Ishh, dahlah. Malas nak cakap dengan awak! " Balas Ana kemudian dia mempercepatkan langkah kakinya pergi ke dewan besar.

Aku hanya menghiraukan Ana yang sudah jauh ke hadapan. Bagiku tiada masa untuk aku mengejar atau memekik terlolong dengan memanggil nama " Ana ".

Lagipun kami satu kelas, buat apa nak terpekik terlolong panggil nama Ana tu kan?

" Haihh budak ni, perangai macam budak sekolah rendah. Kesian Arif dapat girlfriend macam Ana tu. Nasib baru bercinta.. Tu buatnya dah besar betul - betul kahwin berdua... Fuhh tak terbayang aku nasib Arif tu." Bebelku sambil berjalan menuju ke dewan besar.

Sedang aku membebel sambil berjalan menuju ke dewan besar, adalah juga murid - murid yang lain ketawakan, mengata dan mengumpat tentang diriku.

Elehh fikir aku kisah ke kalau korang nak mengata aku? Pigilahh

Entah aku buat salah apentah sampai diorang sibuk gossip pasal aku.

............

" Baik kelas, hari ini macam biasa ikut jadual kita akan belajar menulis karangan. Ada yang tak bawa buku tulis karangan ke?" Ujar Cikgu Sofia.

1 kelas aku hanya berdiam diri sahaja. Yelah, dah semua bawa buku tulis karangan. Takkan nak mengaku tak bawa pula kan?

" Okayy, kalau semua bawa buku tulis karangan. Kita mulakan pembelajaran kita pada hari ini. " Kata Cikgu Sofia lagi.

Sedang kami sekelas membuat latihan karangan, tiba - tiba terdapat sekumpulan lelaki dan perempuan berdiri di hadapan pintu kelas kami.

Salah seorang lelaki daripada kumpulan itu mara ke hadapan dan mengetuk pintu.

Tok Tok Tok..

" Assalammualaikum, cikgu. Saya dan kawan - kawan nak pinjam buku Teks Sains boleh?" Tanya lelaki yang mengetuk pintu itu.

" Waalaikumsalam , sekejap. Awak semua ni daripada kelas apa?" Ujar Cikgu Sofia.

" Kelas 1 Bendahara cikgu. " Balas lelaki itu.

' Bilik SPBT ada, tu pun sibuk nak pinjam buku teks sains orang.' Omelku

" Apa Amirah? Saya tak dengar" Tanya Cikgu Sofia yang mendengar omelku.

' Aduhaiii, aku cakap seluh pun cikgu dengar ke? Cikgu ni memang setiap hari korek telinga ke macam mana?' Kataku di dalam hati.

" Amirah? " Panggil Cikgu Sofia.

" Ha ye apa cikgu? Sekejap cikgu, tinggal lagi satu perenggan je. Lepas tu dah siap dah. " Sahut ku.

Aku dengar je apa yang cikgu tanya tadi, tapi aku saja lari dari soalan.

" Saya tanya, awak cakap apa tadi?" Tanya Cikgu Sofia sedikit tegas.

" Saya tak cakap apa - apa lah cikgu.. Saya tengah nyanyi kecil je tadi. " Bohongku. Haihh kan tak pasal - pasal dah buat dosa kering hmm.

" Iyeke?" Tanya Cikgu Sofia lagi bagi mengetahui kepastian.

" Iyelah cikgu. Kalau cikgu tak percaya cuba cikgu tanya Afiq.. Kan Afiq kan? Aku nyanyi kecil je kan tadi? " Kataku kepada Cikgu Sofia kemudian membuat isyarat mata supaya Afiq meng ' Iya ' kan kata - kataku.

" Haah cikgu. Tadi Amirah nyanyi lagu Justin Bieber penyanyi yang dia minat sangat tu. " Balas Afiq yang terpaksa membohong Cikgu Sofia gara - gara aku.

Ya Allah, untungnya aku dapat classmate macam kau Fiq.. Sayang kau lah cenni! Tapi sebagai kawan sekelas je!

" Ha yelah..."

" Haa tadi awak kata nak pinjam buku teks sains kan?" Tanya Cikgu Sofia pada budak lelaki di luar kelas tu.

" Ehh, bukan saya seorang.. Diorang pun nak pinjam sekali. " Kata budak lelaki di luar kelas itu.

' Alahaiiii, lembab lah budak ni. Apa kata kau angguk je kepala tu.. Banyak cakap lah. ' Omelku di dalam hati geram.

" Okay, ni siapa nak bagi diorang pinjam buku teks sains boleh bagi sekarang. " Arah Cikgu Sofia.

Aku lihat Afiq disebelah mejaku sudah mengeluarkan buku teks sains.

' Aikk, baik pula budak ni hari ni? Sebelum ni bukan main kedekut, aku nak pinjam correction tape pun tak bagi. ' Kataku lagi di dalam hati sambil menggaru kepala ku yang tidak gatal.

" Weyh Amirah. " Panggil Afiq

" Apa?" Tanyaku

" berhenti lah garu tudung kau tu, yang gatal kepala bukan tudung. " Kata Afiq.

Eh dia ni, sibuk pula.. Dia tak tau ke aku garu kepala pun sebab pelik tengok dia.. Kalau tengok Ana kat sebelah Afiq tu aku tak hairan lah.

Sebab si Ana tu memang terlampau baik hati. Sampai orang lain tak makan waktu rehat pun dia tolong bagi duit.

" Ye, aku tau kau pelik tengok aku. Tapi yang aku nak tolong ni kawan aku. Bak sini buku teks sains kau, aku nak bagi dekat Aqif. " Ujar Afiq sambil menghulurkan tangannya.

" Aik, apahal nak bagi buku teks sains aku dekat Aqif? Aqif tu siapa?" Tanyaku hairan.

" Budak yang kau mengumpat dalam hati tu. Nama dia Aqif, Muhammad Aqif Luqman.. Best friend aku. " Balas Afiq.

" Tak tanya pun nama panjang dia and hubungan dia dengan kau. Aku cuma nak tanya kenapa nak bagi buku aku dekat dia? Buku kau kan nak bagi dekat dia?" Tanyaku lagi.

" Afiq, Amirah. Cepat lah, tak baik buat kawan awak dekat luar ni tunggu lama - lama. " Arah Cikgu Sofia yang dari tadi melihat kami berdua.

" Haihh, buku aku ni nak bagi dekat Amar. Jadi buku kau tu bagi lah Aqif pinjam sekejap.. Bukannya Aqif tu ada Covid-19 pun. " Kata Afiq lantas merampas buku teks sains yang aku pegang dari tadi.

' Ishh, mamat ni. Hilang buku teks sains aku, memang hilang kepala kau harini juga Afiq. ' Marahku di dalam hati.

TO BE CONTINUED!

Guys! Support lah novel kedua Zety ni please 😞❤️vote and comment korang juga amat berharga buat Zety.. Kalau ada typo ke apa, tegur lah ye☺️💗