" Aqif, nah.. Aku rasa dekat belakang sekali ada nama penuh dia. Mana tau kau nak hafal untuk akad nikah ke apa. " Kata Afiq sambil menghulurkan buku teks sains aku.
Baru 13 tahun dah gatal nak kata pasal akad nikah bagai.
" 10 tahun akan datang Insya-Allah. BTW thanks ah tolong aku" balas Aqif
" You're welcome. Nasib baik lah crush kau tu satu kelas dengan aku. Senanglah aku nak tolong" Ujar Afiq
" Eh korang ni. Nak pinjam buku ke nak berbual? Kalau nak berbual tunggu waktu balik sekolah nanti. Dah Afiq duduk tempat awak. Budak yang pinjam buku pergi balik kelas sekarang!" Arah Cikgu Sofia geram.
Duduk sahaja Afiq ditempatnya lantas aku bertanya.
" Weyh Afiq, kau cakap apa ha dekat kawan kau tu? Tadi aku perasan yang kawan kau tu tengok arah aku. " Tanyaku, tak tahu lah kalau aku ni perasan. Yelah mana tau budak tu tengok Anis dekat belakang aku.
" Adalah, lagipun memang dia tengok kau. " Balas Afiq sambil menyambung latihan karangannya.
" Aik, kenapa dia nak tengok aku pula? " Tanyaku lagi.
" Ishh, mana lah aku tau kenapa. Dah lah pergi sambung latihan karangan kau tu, sibuk je ganggu aku" Marah Afiq
" Eh, aku dah siap okay! Kau tu yang lembab" Balasku geram.
Yelah siapa je tak geram kalau tiba - tiba kena marah dengan lelaki. Perempuan kan hati tisu sikit.
" dah siap? Really ah? Nak tiru weyh, aloooo Mira kita kan dah lama kenal. Dari Sekolah Agama sampai Sekolah Menengah" Rayu Afiq.
" Banyak lah kau punya lama kenal. Buat sendiri ah, benda senang pun tak kan tak boleh fikir? Kau kan budak pandai.. Sikit" Kataku lalu menjeling Afiq.
" Ehh kau.. Aku pandai banyak tau!" Balas Afiq geram.
" So, 4 × 5 berapa? 1,2,3,4,5.. Lambat!" kira ku.
" siot lah kau, bagi lah aku fikir sekejap" Marah Afiq.
" Elehhh sifir 5 pun lambat tangkap, pigilahh ." Kataku.
" Ha Afiq! Tak cukup berbual dengan budak tadi, sekarang dengan Amira pula?" Tanya Cikgu Sofia.
Eh tanya ke? Aku rasa macam marah je. Tak pelah, lupakan jelah.
" Sorry cikgu." Ucap Afiq ringkas.
¬°°°°¬°°°°¬°°°°¬
Baru sahaja aku dan Ana hendak keluar kelas untuk membasuh tangan di hadapan kelas 1 Bendahara .
Tiba - tiba budak ketuk pintu tu datang ke arah kami.
" Alahaiii, budak ketuk pintu ni lagi " Rungutku.
" Ha? Siapa budak ketuk pintu?" Tanya Ana.
" Allah, apa yang bengap sangat ni Ana oiii. Tu lah, budak yang datang kelas kita tadi tu." Kataku.
Ana hanya meng " o " kan sahaja.
" Ermm Amira kan? " Tanya budak lelaki yang ketuk pintu kelas aku tu.
" Haah, kenapa? " Tanyaku pula.
" Aku sebenarnya nak pulangkan buku teks sains kau. Thanks ah sebab bagi pinjam " Kata budak ketuk pintu itu.
" Hmm you're welcome budak ketuk pintu. " Balasku.
Aku pun tak tahu kenapa aku panggil dia " budak ketuk pintu ". Tadi Afiq ada bagitahu aku tapi aku dah lupa.
Elehh bukannya penting pun nak ingat nama" budak ketuk pintu " tu. Dia siapa? Aku kenal dia ke? Tak kan? Jadi tak penting untuk aku tau siapa dia.
Eh tapi, aku rasa tengahari tadi aku macam nampak dia dekat depan dewan besar dengan kawan dia. Aku perasan kawan dia ada tunjuk aku lepas tu" budak ketuk pintu " tu tarik tangan kawan dia masuk dewan besar.
Pelik tapi tak mengapa.
" BTW nama aku bukan ' budak ketuk pintu'. Nama aku Aqif, Muhammad Aqif Luqman. " Ujar Aqif.
Oh I see.
' Aqif... Muhammad Aqif Luqman, cantik nama tu. Kena dengan diri dia, tinggi, kurus, tak hitam tak putih.' kataku di dalam hati. Eh aku puji dia ke tadi? Hmm biar lah, ciptaan Allah semua cantik - cantik, hensem - hensem.
" Amira? Amira? Ehemm Mira! " Kejut Ana daripada lamunanku. Eleh bukannya dia jerit kuat - kuat, dia cuma cubit sikit je tangan aku. Sikit pun rasa dia bagaikan... DI LANGIT!
( ytjt )
" Haa apa dia? " Tanyaku bingung.
" Tu, Aqif pulangkan buku teks sains awak. Cepatlah ambil, dah ambil nanti boleh basuh tangan then makan. Kita dah lapar ni" Arah Ana.
Ana ni memang kerja dia nak makan je eh? Dia makan banyak - Banyak pun tak gemuk - gemuk. Aku ni? Baru makan sepinggan nasi dah gemuk. Huhuhuhuhu kasihani lah saya.
" Nah Amira" Kata Aqif lagi sambil menghulurkan buku teks sains aku lagi.
Aku terus ambil buku teks sains aku dan masuk kembali dalam kelas untuk diletakkan dalam laci meja.
" Ehh eh Amira!" Panggil Aqif dari luar kelas semasa aku nak simpan buku teks sains.
" Haihh apa lagi yang dia ni nak? Nak pinjam lagi? Baik tak payah pulang, aduhhaiiii" Kataku sendirian.
" Sekejap!" Ujarku sedikit kuat. Orang nak letak buku bawah meja pun dia sibuk nak panggil - panggil. Ada yang makan penampar waktu rehat ni.
Selesai sahaja aku meletakkan buku di laci meja, aku terus keluar.
" Terima kasih tau bagi pinjam. Kejap lagi kau waktu sains kan? Buka helaian buku tu hati - hati." Kata Aqif kepadaku.
Ada lipas ke sampai aku nak kena hati - hati bagai? Kau fikir aku kesah dengan lipas?
" Okey, dahlah pergi balik kelas kau sana. Aku dengan Ana nak basuh tangan " Ujarku lalu berjalan melepasi Aqif.
Sampai sahaja di hadapan kelas 1 Bendahara, Ana mencuit tanganku.
" Ya Allah, awak dah kenapa? Orang nak cuci tangan pun tak senang" Ujarku. Dah tong air basuh tangan dekat depan kelas 1 Bendahara, nak buat macam mana? Kena lah juga lalu depan kelas ' Budak ketuk pintu' ni .
' Ehh tak tak nama dia Aqif! Tak baiklah kau ni Amira. ' Omelku di dalam hati.
" Kenapa Aqif tu ikut kita?" Tanya Ana.
" Lahh, kan depan ni kelas dia. " Balasku.
" Ye , yang tu kita tau. Tapi masalahnya dia berkumpul dengan kawan - kawan dia and ada yang hala jari kat awak lepas tu Aqif angguk - angguk." Kata Ana.
Hala jari? Angguk - angguk? Ehh tu dah pelik tu. Entah - entah Aqif tunjuk Ana, yelah orang cantik, kurus, tinggi, putih. Siapa je tak suka kan?
" Elehh, dia tunjuk awak tu. Dahlah cepat basuh tangan then masuk kelas makan. " Balasku.
Selesai sahaja Ana mencuci tangan, kami terus balik ke kelas.
Sedang aku dan Ana lalu disebelah Aqif dan kawan - kawan dia. Aku terdengar ada salah seorang kawan Aqif berkata...
" Yang tinggi - tinggi tu ke? "
" Bukan, yang pendek - pendek tu" Balas Aqif.
" Aik, sejak bila kau suka perempuan pendek?"
" Sejak aku nampak dia dekat depan dewan besar. Dahlah pendek, cute siap ada pipi tembam lagi." Kata Aqif.
" Ouhh. Dahlah jom masuk kelas, dia tu pun dah nak masuk kelas"
Itu jelah yang sempat aku dengar, lepas tu dah masuk dalam kelas.
Masa aku duduk dekat kerusi aku, aku perasan yang Afiq tengok - tengok aku.
Apa masalah diaorang ni? Tadi Aqif dengan kawan - kawan dia. Sekarang Afiq pula.
Pelik...
TO BE CONTINUED!
Okey agak tak menarik tapi tak mengapa, saya mencuba ☺️✨