Chereads / You and Me Never / Chapter 85 - 85.

Chapter 85 - 85.

"Hello..."suara Fiena dekat dalam telefon kedengaran.

"Hai...kau sibuk ke?"tanya Aster semasa tunduk memandang langkah dia, takut terpelecok gara-gara tumit tinggi yang dipakainya.

"Tak ada la...aku tengah baring tunggu mask aku settle....ada apa ni?"tanya Fiena.

"Boleh tolong aku?"tanya dia sewaktu berjalan keluar melalui slidding door dekat situ sebelum tembus ke taman bunga rumah tu. Tempat dia dengan Elisson duduk kalau bosan belajar dalam bilik.

"Sure...apa dia..?"

Aster berhenti dekat depan pintu slidding door tu sekejap."Apa maksud mon amour tu?"

"Hah? Mon Amour?"tanya Fiena.

"Ha'ah..."

"Asal?Kau nak panggil aku macam tu ke?"ketawa Fiena dalam panggilan.

Sambil tunduk memandang jalan berjubin di bawah kaki, Aster termenung sekejap. "Apa maksudnya?"soal dia sambil tu.

"My Love..."jawab Fiena dengan sisa ketawa ceria dia.

Aster terus berhenti berjalan lepas dengar jawapan itu. Kepalanya tersentak memandang ke depan dengan wajah bungkam. My love?

"Kau serius ke?"

"Yalah...buat aku main-main. Lagipun sejak bila kau minat bahasa perancis ni?"

So itu adalah bahasa perancis?

"Tak...saja. Aku ada terdengar.. tapi aku tak tahu itu bahasa apa..sebab tu aku tanya

kau.."

"Okay..."

"Tak apa la kalau macam tu..terima kasih ya."

"No problem..."

Sejurus itu Aster putuskan panggilan itu dan berdiri tegak di situ menghadap pemandangan malam berlampu di taman itu.

"Apa kau buat tu!"tegur suara tu dari belakang dengan mengejut.

Melompat terkejut Aster sambil buat silang pangkah dekat dada masa pandang ke belakang dengan takut. Kepala otak dia! Terkejut la orang!

"Apa awak ni! Terkejut la saya!"marah Aster dengan dada naik turun ketakutan. Keningnya berkerut tak puas hati masa pandang Azriel berdiri dekat situ dengan kedua-dua tangan berada dalam poket seluar.

Azriel jalan dekati Aster dengan renungan ingin tahu sewaktu mematai Aster dari atas kebawah dengan minat. "Kenapa kau dekat sini?"

Mata Aster terarah pada langkah Azriel yang perlahan-lahan mendekati dia. Jantung dia yang sedia berdegup kencang itu semakin laju berdegup. "Saja ambik angin.."jawabnya semasa berdiri tegak dengan kedua-dua tangan di sisi, tapi sembunyi-sembunyi jarakkan sikit diri.

My Love.

Kalau itu yang disebut Azriel, maknanya selama ni Azriel suka dekat dia?Ke lelaki ni cuma bergurau?Dia tak faham la! Azriel ni bukannya boleh dijangka pun.

"Semua orang dekat dalam..kau seorang je dekat sini.."Azriel mendekat lagi.

Aster pandang kanan dan kiri dia dengan cemas tak berani nak bertentang mata dengan Azriel. "Sekejap je pun...apa kata kita masuk dalam kalau macam tu.."ajak dia yang cuba hendak larikan diri ke tempat yang ada orang ramai.Bukan hanya mereka berdua saja.

Lintas saja Aster dekat depan dia, Azriel pegang lengan Aster dengan lembut menghalang Aster dari pergi. "Tak apa la kalau kau nak dekat sini...aku temankan."

Fuh! Macam kena renjat rasanya bila tangan tu cengkam lengannya. Sampaikan meremang bulu roma dia. "Tak apa ke...nanti orang cari awak pulak...jom la kita masuk."dia cuba tarik tangan dia dengan perlahan untuk lepas dari cengkaman tu.

Azriel tarik lengan Aster supaya gadis itu dekat pada dia lepas dia kesan Aster sepertinya cuba elakkan diri dari dia. "Dia orang tak peduli..lagipun dia orang datang bukan nak jumpa aku...tapi parents aku..".katanya sambil tarik Aster ke satu arah di taman itu.

Nak tak nak Aster terpaksa ikut. Takut nanti lelaki ni naik angin ke apa,kan rosak hari lahir lelaki ni tak pasal-pasal. Sepanjang perjalanan tu Aster hanya diamkan diri tak berkata apa-apa sebab dalam kepala dia tengah penuh memikirkan sesuatu.

My Love wei!

Serius la!

Takkan la Azriel sukakan dia jugak?!

Tak lama mereka jalan, Azriel berhentikan mereka berdua di depan sebuah bangku putih menghadap pohon renek di taman tersebut. "Duduk la."pelawa dia bila Aster berdiri je dekat situ lepas dia duduk.

Dengan muka blank terkejut, Aster pandang bangku di depannya beberapa saat sebelum duduk satu depa jarak dari Azriel. Dengan cemas dia terkutil-kutil telefon dan hadiah yang dipegangnya saat itu. Matanya terarah ke depan sebab malu nak pandang ke sebelahnya.

Azriel yang perasan tingkah aneh Aster terpaksa ngesot mendekati Aster. Sesuatu berlaku ke? Siapa pulak yang berani cari pasal dengan Aster lagi ni. "Kau okay tak ni?"

Aster tersentak, terus dia palingkan kepala ke sisi bila suara tu dekat sangat dengan dia. Dan sememangnya betul. Azriel dah duduk dekat dengan dia. Wow! Hold up! Jangan rapat dengan dia tiba-tiba macam ni.

"Tak ada...saya okay je..Oh ini..hadiah."lalut Aster yang sedang bingung masa tu. "Maaf la itu je saya sempat dapatkan.."sua dia pada Azriel kotak hadiah tu.

Azriel pandang kotak hadiah tu lalu dicapainya. "Apa ni?"tanya dia.

"Bukak la kalau nak tahu.."Aster anjak sikit ke belakang nak tinggalkan jarak dari Azriel memandangkan kaki lelaki tu dah bergesel dengan tepi betis dia.

Azriel tersenyum sikit masa tunduk membuka penutup kotak panjang berwarna putih yang diikat reben kecil di penjurunya. Setelah penutup itu terbuka, dia melihat satu batang pen warna silver dengan emas di dalamnya.

"Papa kata, pen ni tahan lama...boleh digunakan untuk tandatangan atau something...saya tak tahu apa yang awak suka...jadi itu la..."kata Aster lagi dengan perasaan malu.

"Cantik...kau pilih sendiri ke?"Azriel angkat kepala memandang Aster. Dan bila dia pandang, tiba-tiba je ada jarak di antara mereka. Pelik dia?Bila masanya Aster ni bergerak.

"Ha'ah..."angguk Aster.

"Kalau macam tu giliran aku pulak nak bagi hadiah.."Azriel seluk tangan dalam poket kot dia.

Aster pandang terkejut ke Azriel. "Huh?Hadiah?Kenapa nak bagi hadiah?"

"Kau datang sini atau aku datang dekat kau?"tanya Azriel yang tak pedulikan soalan Aster.

Ala...mula la tu nak mengugut orang. Aster buat muka lepas dengar. Dia pandang teragak-agak ke Azriel. Nak meletup rasanya dada dia sekarang ni sebab takut. "Hadiah betul ke tipu-tipu?"tanya dia. Entah cicak ke lipas ke yang di lemparkan keluar dari kot tu mana tahu! Kalau betul, memang tak bercakap langsung dia dengan Azriel nanti.

Azriel pandang Aster sambil tangan masih berada di balik kotnya. "Okay...aku yang datang dekat kau."ugut Azriel.

"Fine...saya datang dekat awak.."dengan kalut Aster anjak rapat semula ke Azriel. Hish!geram betul.

Azriel tunggu dengan sabar sehinggala Aster berada di sisi dia semula. "Angkat tangan kiri kau.."minta dia sejurus Aster sudah berada dekat dengan dia.

Tanpa berkata apa-apa, Aster angkat tangan kiri dia ke Azriel.

Setelah itu, baru la Azriel keluarkan tangan dia dari poket. Seutas gelang tangan yang ditarah dengan nama dia sendiri dipakaikan ke pergelangan tangan Aster. "Make sure kau selalu gelang tangan ni."pesan dia semasa memakaikannya pada Aster.

Aster pandang kagum ke gelang tangan itu. "Untuk apa ni?"tanya dia.

Azriel kemudiannya selak lengan kot kiri dia lantas mendedahkan gelang tangan yang sama jenis di tangannya cuma nama Aster yang di tarah pada permukaan besi tersebut. "Saja." jawab Azriel masa pandang Aster.

Aster sentuh permukaan besi yang tertera nama Azriel padanya dengan kening berkerut. "Kenapa nama awak?Bukan nama saya?"dia angkat kepala memandang Azriel.

Tersenyum Azriel lepas dengar. "Well..itu beritahu kau untuk ingat dekat aku, yang kau tu aku yang punya..."jawab dia dengan sengih meleret.

Aster hanya buat muka dengan kenyataan itu. Suka hati je. Nasib baik dia suka dekat Azriel.

"Dan ada satu lagi hadiah..."

"Ada lagi?"Aster jungkitkan kening sebelah. Lelaki ni yang sambut birthday dia yang diberi hadiah.

"Ha'ah....dan hadiah ni cuma ada satu je dekat dunia."Azriel angguk.

Mata Aster naik turun meneliti Azriel. Tak ada apa-apa pun yang dibawa Azriel. "Apa bendanya tu?"

"Pejam mata dulu."arah Azriel dengan sengih jahat di bibir.

"Perlu ke pejam mata ni?"soal Aster dengan nada tak pasti.

"Pejam je la."gesa Azriel yang sudah tidak sabar.

Sambil buat muka tak puas hati, Aster pun memejamkan matanya. "Dah."

Azriel pandang sekejap muka Aster masa gadis itu memejam mata. Cantik la Aster ni. Makin geram dia tengok!"Ini hadiahnya.."kedua-dua belah kepala Aster di pegang sebelum dia berikan kucupan pada bibir itu.

Terbuka terus mata Aster lepas tu, tanpa berlengah dada Azriel di tolak jauh darinya dan cepat-cepat dia bawa tangan dia naik menutup bibirnya. "Apa awak buat ni Azriel?"tanya dia lepas jauhkan diri masa pandang terkejut ke Azriel.

Azriel pegang belakang leher Aster dan tarik supaya mendekat pada dia. "Tak apa...tak ada orang nampak pun."kata dia sebelum memeluk Aster rapat ke dada dia lalu memberi deep kiss pada bibir itu sekali lagi.

Aster pejam mata dia sesaat selepas itu sambil pegang tangan Azriel yang sedang memegang kepala dia waktu itu.

Tersenyum senang Azriel di balik kucupan itu.

Ini adalah hadiah hari lahir terbaik dia!