Chereads / You and Me Never / Chapter 65 - 65.

Chapter 65 - 65.

Pemanduan selama tiga jam lebih itu berakhir apabila wagon lama Mama Aster terparkir di laman berumput rumah datuknya.

Satu persatu pintu kereta itu terbuka, dan para penumpangnya mula turun.

"Aunt Aster!"suara riang ria kanak-kanak kecil menyambut kehadiran mereka.

Aster yang sedang menggeliat hilangkan letih diterpa anak-anak buahnya yang terus mengelilingi dia macam serangga.

"Urgh...jauhkan diri kau tu...melekit!"ngerang Aster yang cuba tolak mereka yang berpeluh dan comot macam apa dari dia.

"Uuuh...siapa tu?"soal mereka semasa jauhkan diri dari Aster lalu mematai Elisson yang turun dari kereta dan berdiri di depan mereka semua.

Elisson yang baru di situ terpinga bingung.

"Hei budak..dengar semua. Ini adalah kawan aunt..jadi kamu...kamu...dan kamu si bulat...kawan baik-baik dengan dia. Namanya Elisson. Dan kawan kita ni dia sakit tekak jadi dia tak boleh bercakap. So jangan sakitkan dia atau ejek dia...siapa aunt dengar buat semua tu..aunt ikat gantung dekat pokok epal belakang rumah tu..."pesan Aster pada mereka semua di situ.

"Wah kawan baru la!!"

"Handsomenya abang ni!"

"Nina nak abang!"

"Hei...aku ni siapa pulak..bukan abang kau?"

"Ahahaha..mari la Elisson..kita main dekat sana. Ada kambing dengan anak kuda..."

Riuh mereka dekat situ masa tarik Elisson bersama ke kandang tak jauh dari situ.

Aster yang tengok hanya tersenyum senang. Dia kemudiannya pandang ke pangkin dimana neneknya selalu duduk lepak pada waktu tengah hari macam ni.

"Nenek!"panggil Aster dengan gembira sewaktu berjoging ke arah rumah sebelum melutut depan kaki neneknya yang sedang duduk di kerusi goyang.

"Kamu datang..."nenek Aster usap kepala cucunya dengan senyuman lebar di bibir.

"Hai ibu.."sapa Mama Aster dekat belakang sambil pegang beg barangan dapur di tangan.

Aster rehatkan kepalanya di lutut itu dengan menghalakan kepala dia ke arah kereta. Dan bila dia tengok Azriel sandar di kereta memandang ke arahnya, kepala dia tersentak tegak.

"Kenapa tak beritahu nak datang?"tanya nenek Aster masa mama Aster tunduk kucup dahi tu.

"Tak rancang...mana ayah?"soal mama Aster.

"Ada dalam bilik tengah tidur. Ibu baru je selesai bagi makan. Ni yang rehat sekejap." jelas nenek Aster.

"Yalah...saya masuk dulu kalau macam tu.." pamit mama Aster kemudiannya.

"Oh ya...nenek...lupa Aster kejap ya.."Aster jalan dekati Azriel dengan lekas. "Awak..sini sapa nenek saya dulu."ajak Aster masa dia jalan dekat.

Azriel tanggalkan kaca mata hitam dia lalu digantung ke kolar t-shirt masa tolak diri dia dari kereta tu.

"Jom.." Aster sambil lambai tangan ke Azriel supaya mendekat.

"Do not bossing me around.."gerutunya semasa berada dekat dengan Aster.

"Saya mana ada suruh-suruh awak...saya panggil awak.."sungut Aster pula.

Nenek Aster tersenyum bila melihatkan dua orang itu dari jauh. Sekali pandang dia dah tahu dua orang itu sepadan. Tak la macam yang datang hari tu. Pelik semacam dia perhatikannya.

"Siapa pula yang kamu bawa kali ni Aster?"seloroh Nenek Aster lepas Aster dan Azriel berdiri di depan dia.

"Nek..kenalkan. ini Azriel. Abang kepada Elisson. Anak tutor yang Aster ceritakan dekat nenek hari tu.."aju Aster.

Dengan keterpaksaan Azriel beri tunduk hormat sedikit. "Apa khabar...nama saya Azriel Noah. Terima kasih sebab sudi terima kami di sini..."

"Ahh...iya-iya. Nenek ingat. Jadi yang kecik tadi tu Elisson la..."Nenek Aster tilik wajah handsome Azriel dengan lama. Mengikut pengalamannnya selama 70 tahun hidup, anak muda di depannya ini mempunyai masa depan yang baik berdasarkan dahi dan kening itu.

"Selamat datang ya."

Aster mengangguk kepala "Ya...saya bawa Elisson untuk tengok-tengok kawasan kampung kita ni sebagai proses pembelajaran dia...nenek tak kisahkan mereka bermalam di sini?"

"Apa salahnya...rumah kita pun banyak biliknya. Apa kata kamu pelawa Azriel masuk ke dalam untuk berehat. Dia pasti penat.." pelawa Nenek Aster.

"Okay.."angguknya.

Aster gerak semula ke kereta. Nak keluarkan bagasi dia dan Elisson dari situ dan letakkan ke dalam bilik. Lepas tu baru dia sertai Elisson jelajah ladang milik datuknya ini.

Sedang Aster buka bonet kereta, Azriel dekat belakang bersuara. "Tidur sini?Tak ada hotel ke?"tanya dia masa berdiri sebelah Aster.

Aster pandang tak percaya ke Azriel. "Tang mana awak nak cari hotel dekat kawasan kampung macam ni...homestay adalah..tapi dekat pekan sana...itupun kalau awak sanggup drive setengah jam ke sana."Aster pegang bagasi dia lalu diturunkan dari bonet tu dengan susah payah.

Azriel berkerut kening tak suka. "Ada water heater tak dekat sini?"tanya dia lagi.

Aster keluarkan bagasi Elisson pula."Tak ada..kalau awak nak mandi air panas. Jerang sendiri kemudian campurkan sendiri dengan air mandian awak tu.."

"What?!Are trying to killing me?"desis Azriel dengan keras. "I'm gonna freaking frozen here then.."

Dengan kasar Aster keluarkan bagasi mama dia pula. Renungan tak puas hati ke Azriel. Rimas pulak dia lama-lama macam ni. Demand je lebih.

"Haih...badan berketak-ketak, mandi air sejuk takkan tak tahan?"seloroh Aster masa angkat dua bagasi dengan dua tangan lalu gerak hendak pergi dari situ.

Azriel pegang tangan Aster yang tengah pegang bagasi tu lalu tarik kedua-dua bagasi tu dari tangan dia.

"Hish!Menyusahkan."sentap Azriel sewaktu berpaling dari situ dan gerak masuk ke dalam rumah.

Aster berdengus tak percaya. Apa isu Azriel tu sebenarnya?Kejap-kejap gitu, kejap-kejap gini. Tak faham betul!

Bukannya dia yang suruh Azriel datang ke sini. Lelaki tu sendiri yang nak ikut. Dan sekarang nak menyentap je kerjanya.

Kalah dengan perempuan tengah period!