Awal-awal lagi Elisson dah tercegat depan pintu pagi tu untuk sambut Aster datang. Bukan main seronok lagi budak tu sampai tak sabar-sabar tarik Aster masuk ke dalam.
"Selamat datang Cik Aster.."sambut maid dan butler yang mereka lintasi waktu itu.
"Oh hai..pagi semua.."sapa dia semasa berlari sama dengan Elisson yang tarik dia bagai nak apa tu.
Para maid dan butler dekat situ cuma tersenyum melihat lagat dua orang itu. Ceria betul tuan muda bongsu mereka tu setiap kali Aster datang.
"Wow...nak ke mana cepat-cepat ni?"tanya Aster dengan ketawa kecilnya.
Elisson tarik Aster ke sebuah pintu yang Aster tak pernah nampak sebelum tolak ia ke dalam dengan satu tangan. Lalu dia bawa Aster masuk ke dalam ruangan itu.
Ternganga Aster lepas tengok isi dalam ruangan tu. Ianya sangat cantik. Ibarat audotorium musical je. Tapi kecik sikit la tak besar macam opera house tu. Di dalamnya diisi dengan pelbagai jenis instrumen muzik. Yang mana semuanya custom made, sebabnya tengok je dah tahu semua barangan dekat situ mahal-mahal belaka.
"Wah..."kagum Aster masa pandang sekeliling ruangan tu dan menilik setiap barangan di situ dengan mata. Tak berani nak sentuh. Rosak kan...hah...melayan duit tak pasal-pasal.
"Eh..Aster. Kamu dah sampai.."sapa Tiara dari hujung bilik.
Aster yang terkejut dengan kemunculan tiba-tiba Tiara tersentak sikit sebelum tersenyum. "Selamat pagi puan.."sapa dia sambil rasa tarikan pada lengannya.
"Ahaha...kamu bawa Aster ke sini ke Elisson?"Tiara pandang anak lelaki dia dengan senyuman di bibir.
Aster pandang ke sisi dia dimana Elisson sedang berdiri. Budak ni boleh dengar ke?
Dan masa itu la Elisson angguk kepala sambil tersenyum.
Wait! What?!
Terbutang luas mata Aster lepas tengok. What the heck! "Kamu boleh dengar?"tanya Aster masa pandang tak percaya ke Elisson.
Elisson senyum girang ke Aster lalu palingkan kepala ke sisi lalu tunjuk alat yang melekat dekat belakang telinga dia.
"Doktor berikan dia bantuan alat pendengaran sementara sehingga dia boleh buat operation untuk pasang alat pendengaran sepenuhnya pada otaknya nanti.."Tiara berdiri rapat di sisi Aster lalu memeluk bahu Aster.
"Serius?"tanya Aster dengan renunga teruja. Syukur la!
Elisson tarik Aster lagi sambil tunjuk ke arah piano dengan beria.
"Dia nak kamu ke sana..pergi la.."Tiara lepaskan pelukan dia dari bahu Aster lalu silang tangan ke dada sambil tersenyum senang.
Mereka berdua kemudiannya bergegas ke piano yang diletakkan betul-betul dekat depan cermin kaca gergasi menghadap pemandangan luar. Elisson dudukkan Aster dekat kerusi tu. Lalu dengan teruja buat bahasa isyarat.
"Mainkan lagu.."minta Elisson.
Aster pandang piano dekat depan dia dengan kening berkerut tak tahu. "Sorry..Akak tak pandai main piano.."kata dia sambil buat bahasa isyarat walaupun Elisson boleh dengar.
Masa itu la Tiara muncul lalu duduk dekat sebelah Aster. "Tak apa...biar saya ajar..."pelawa dia.
Aster tersenyum senang. Wow...dia boleh belajar piano. Ini pertama kali dia sentuh piano.
Dengan anggun, Tiara tekan papan kekunci itu dengan cekap sekali. Menghasilkan alunan lagu yang mendayu-dayu.
ELisson dekat sebelah memandang kagum jari jemari mama dia dengan minat. Buat pertama kali selepas lamanya, dia dapat dengan sekali lagi bunyi muzik ini. Muzik yang dulu jadi kegemaran dia untuk dimainkan.
Sambil dengar tu, Aster pandang Tiara lantas tersedar akan suatu hal. "Oh ya puan...ada sesuatu yang saya nak beritahu.."katanya.
Tiara terus berhenti. dia pandang Aster dengan kening terangkat. Tangannya dijatuhkan ke atas peha. "Apa dia?"
Aster pandang Elisson kemudiannya lalu di usap perlahan tepi lengan itu lantas berpaling memandang Tiara. "Esok saya tak boleh datang sebab perlu balik kampung hingga ahad nanti."maklumnya.
Kening Elisson terangkat tinggi lepas dengar.
"Oh ya ke...ada apa di kampung kamu?"soal Tiara yang ingin tahu.
"Tak ada apa pun. Atuk saya sakit...mama saya fikir baik kami anak beranak datang jenguk dan jaga dia."jawab Aster.
Tiara pandang Elisson buat seketika sebelum dia tersentak menyedari sesuatu lalu memandang Aster dengan renungan penuh teruja. "Bagus jugak tu...kalau kamu tak kisah, boleh bawa Elisson sekali. Dia pasti suka sebab dapat keluar..."
Aster terkejut sikit lepas dengar. "Sorry?"
Tiara pegang belakang badan Aster. "Alang-alang kan...kamu boleh ajar dia untuk bersosial dengan orang lain dan dalam masa yang sama dia dapat lihat kawasan kampung..."ajunya lagi dengan ceria. Dengan cari ni Elisson tak ada la meragam.
Aster pandang Elisson hendak lihat reaksi budak itu. "Kamu nak pergi ke?"tanya Aster.
Dengan laju Elisson angguk kepala sambil beri bahasa isyarat. "Apa salahnya...janji Kakak Aster ada."
"Lihat...Elisson pun suka. Soal mama kamu, biar saya yang bincang dengan dia."Tiara capai tangan Aster lalu digengam kemas..
Sambil tersenyum kekok Aster angguk kepala. Tak tahu nak tolak macam mana.
"Tak apa ke..saya risau pula keselamatan dia nanti?"soal Aster bila teringat akan anak saudar dan sepupu dia yang kecik-kecik dekat kampung tu. Dah la mereka tu lasak-lasak belaka.
"Tak apa...sebab Azriel akan ada sama masa tu.."cadang Tiara lagi.
Terbutang mata Aster lepas dengar. Ehh?Azriel?
"Elok juga dua orang ni keluar jumpa orang luar...tak ada la terperap dalam rumah agam ni saja."senyum Tiara sampai ke telinga.
What?! Dua orang!
Seorang pun susah nak jaga, tambah lagi seorang?
"Tuan senator tak kisah ke dengan idea ni nanti?"tanya Aster lagi.
"Jangan risau...suami saya takkan bantah. Dia pasti suka.."angguk Tiara beri kepastian.
Dah tak tahu nak cakap apa, Aster cuma angguk faham.