Aku Faris Izakwan. 16 tahun. Hanya orang biasa dan boleh dikatakan aku lah lelaki paling lemah dalam sekolah ni. Ramai yang mengata tentang aku. "Dia gay lah weyh" "Lembik" "Kau ni macam perempuan lah" "Takkan tumbukan macam tu pon nak sakit dah" "Kau ni memang tak guna, kau patut mati je senang" . Kata-kata tu selalu aku dengar di sekolah. Mereka selalu mengata belakang aku. Kadang2 aku terfikir kenapa aku lahir dalam badan yang lemah dan tak guna ni.
Tak kiralah berapa banyak kali aku bersenam, angkat berat ke aku tetap lemah. Aku dilahirkan untuk menjadi orang yang tak guna. Mungkin ini hanya alasan aku sebab aku takut kepada mereka. Dari kecil sampai sekarang, ada je yang nak menyusahkan hidup kau. Anggap aku ni macam permainan diorang. Dalam hidup aku tiada perkataan "kawan" dalam kamus aku. Aku tak percaya semua benda tu. Macamlah ada orang nak kawan dengan orang jenis macam aku ni.
Hari ni macam biasa. Aku pergi sekolah dan orang mengutuk aku Benda biasa. Orang tolak aku, benda biasa. Orang cari pasal dengan aku, benda biasa. Walaupon banyak diorang buat dekat aku , aku hanya boleh kata kat diri aku "Be strong". Aku kena tabah dan tahan semua dugaan ni. Walaupon aku ni lemah secara physical, jadi aku kena tabah dari dalam.
...
"Haaa.... haaa aku dah lewat ni!" Kata Faris sambil berlari ke lorong.
"Weyh2 Faris Izakwan lah" kata seseorang.
"Buat tak tahu Faris buat tak tahu. Dah lewat dah ni" kata hati Faris.
"Oii!! Berani kau tak tahu je, kau nak mati ke haa?!" Kata lelaki itu sambil mencekik Faris di leher.
"Ha..Ha...Hazim ! To..Tolong lepas..k..kan ak...a..aku" Kata Faris yang ingin melepaskan dirinya dari kena cekik dengan Hazim.
Hazim melepaskan tangannya.
"Woii, tahan dia. Aku tak puas lagi nak buat dekat budak tak guna ni" kata Hazim yang menyuruh rakan2 dia untuk menahan Faris.
"Weyh tolonglah weyh. Aku nak pergi sekolah weyh. Aku dah lewat dah ni" Kata Faris.
"Tak sehingga aku PUAS!!" Kata Hazim lalu menumbuk perut Faris beberapa kali dan terus menumbuk muka Faris.
Tetiba seseorang datang ke arah mereka.
"Weyh Hazim.." kata rakan Hazim yang terkejut melihat orang yang datang ke arah mereka.
"Benda?!...." kata Hazim lalu memandang ke arah rakannya melihat.
Hazim terkejut kerana orang yang datang itu adalah seorang perempuan yang cantik.
"Hai~ awak buat apa kat sini? Tak bahaya ke sorang2 jalan kat sini? Nak abang teman?" Kata Hazim kepada perempuan itu.
"Move" kata perempuan itu sambil memberi pandangan yang tajam kepada Hazim.
"Alaa jangan malu2 meh abang teman" kata Hazim lalu ingin memegang tangan perempuan itu.
Perempuan itu melihat tangannya dipegang oleh Hazim. Perempuan tu melihat Hazim dengan tajam.
"Jangan sentuh aku manusia kotor!" kata perempuan itu lalu menarik tangan Hazim dan membaling Hazim sampai badan Hazim ke dinding.
Darah keluar dari mulut Hazim. Hazim mengarah rakan2 nya untuk tahan perempuan itu tetapi perempuan itu dengan pantas mencekik rakan2 Hazim ke dinding sehingga keluar sedikit darah di leher mereka. Perempuan itu lepaskan tangannya dari leher rakan2 Hazim. Rakan2 Hazim jatuh ke tanah dan mereka menarik nafas dan hembus beberapa kali. Perempuan itu lalu merasa darah2 rakan2 Hazim di tangannya. Lalu meludah balik.
"Puihh, tak sedap. Kotor betul darah korang ni" kata perempuan itu yang baru sahaja lepas ludah balik darah tadi.
Perempuan itu melihat Hazim dan rakan2 nya. Secara tiba2 Hazim dan rakan2 nya pengsan. Perempuan itu melihat Faris Izakwan yang bajunya dibuka sedikit tadi semasa Hazim menumbuk dia. Perempuan itu melihat baju Faris Izakwan itu dan lalu beredar dari tempat itu. Meninggalkan Faris Izakwan keseorang dan kebingungan.
Faris Izakwan memperbetulkan bajunya dan lalu berlari pergi ke sekolah.
[Di Kelas]
"Baiklah semua tolong senyap dan duduk tempat masing2" kata cikgu.
Semua pelajar dalam kelas duduk dan senyap.
"Baiklah hari ini kita ada pelajar baru masuk ke kelas kita. Masuklah pelajar baru" kata cikgu.
Lalu pelajar baru itu masuk ke dalam kelas. Semua orang terkejut melihat pelajar baru itu.
"Oh perempuan tadi !" kata hati Faris.
"WOAHH PUCATNYA DIA!!" Kata salah seorang daripada pelajar.
"Farhan, tolong senyap, Baiklah cikgu terima arahan daripada guru besar yang pelajar baru kita ni dari luar negara. Jadi dia mungkin tak akan faham sangat bahasa kita. Jadi tolonglah dia okay. Pelajar baru kamu boleh memperkenalkan diri kamu kepada kawan2 kamu di kelas ni." kata cikgu.
"...." pelajar baru itu tidak kata apa2.
"Uhm .... what... what your name ? Tell...telling you..your name??" kaat cikgu yang tergagap-gagap untuk bercakap bahasa english.
Pelajar baru itu melihat cikgu tersebut. Pelajar baru itu senyum sinis.
"Nama saya Serafino Mila Alessandro Missamo Ambrose. Saya dari German, Hamburg" kata pelajar baru itu.
"BAPAK ARH PANJANG GILE NAMA DIA" kata salah seorang pelajar lelaki.
"Aku rasa susah jugak nanti tok lelaki dia nak ingat nama" kata salah seorang pelajar perempuan.
"Baiklah Serafino Mila Ale...dro Mis...mo uuhm pelajar baru kamu boleh duduk belakang Faris Izakwan" kata cikgu.
Pelajar baru itu pon berjalan menuju ke arah tempat duduknya. Semasa dia pergi ke tempatnya, pelajar baru itu melihat Faris Izakwan seketika dan Faris pon terpandang mata pelajar baru itu. Pelajar baru itu duduk di tempatnya.
Faris Izakwan menelan air liur kerana dia tahu pelajar baru itu perempuan yang lawan Hazim dan rakan2 Hazim tadi.
Semasa rehat ramai yang ingin bercakap dengan pelajar baru itu tetapi pelajar baru itu seperti memberi aura "Jangan kacau aku, jangan dekat dengan aku". Jadi ramai pelajar cuma melihat pelajar baru itu.
Faris Izakwan pon berdiri kerana ingin ke kantin. Baru sahaja Faris berjalan, pelajar baru itu menarik baju lengan Faris.
"Can we talk ?" Tanya pelajar baru itu.
"o..okay?" balas Faris.
Tetiba Faris dapat rasakan ramai orang seperti memberi pandangan maut kepada Faris.
Faris dan pelajar baru itu pon bercakap di belakang sekolah.
"Aku nak kau jangan bagitahu sesiapa pon pasal kejadian tadi" kata pelajar baru itu.
"Ke..kejadian tadi? .... oh ah ye tadi2. Baiklah, saya bukannya rapat sangat dengan semua orang kat sekolah ni. Jadi tidak mengapa. Rahsia awak selamat" Kata Faris.
"....hmm" balas Pelajar baru itu.
"Nak tanya.... kenapa awak rasa darah mereka tadi?" tanya Faris.
Pelajar baru itu terkejut.
"I..i..itu habit ! Dah lah kalau kau bagitahu sesiapa tentang tu mati kau" kata pelajar baru itu lalu beredar dari tempat tu.
"Soalan tu sensitive eh?" kata Faris.
Pelajar itu berlari ke menuju ke arah tandas.
"Argh bodoh punya manusia! *sigh* aku kena hati2 selepas ni. Nak2 depan manusia nama Faris tu. Tetapi bau darah dia tu ha.... jangan2 kau dekat dunia manusia ni. Kau kena tahan" kata hati pelajar baru itu.
Semasa pulang dari sekolah Faris dapat rasakan ade seseorang sedang mengikuti dia dari belakang. Faris menoleh belakang dan melihat orangnya adalah pelajar baru.
"Kenapa awak ikut saya? Awak nak apa? Ye saya akan tutup mulut saya Rahsia awak selamat. Awak nak apa sebenarnya?" Tanya Faris.
"Siapa kata orang ikut kau. Aku balik guna jalan ni lah" balas pelajar baru.
"Untuk orang dari German. Awak ni memang fasih dalam bahasa melayu" kata Faris.
Pelajar baru itu tidak cakap apa2 dan mereka berdua jalan bersama-sama sehinggalah mereka terdengar suara orang menjerit.
"AAAAAAAAAARHHH TOLONG!" jerit seseorang.
"Apakah?!" kata Faris lalu berlari ke arah orang menjerit itu.
Pelajar baru itu menjeling matanya apabila melihat Faris berlari dan mengikut Faris dari belakang.
"Aaaarhhh tolong ! tolong !" kata seseorang.
"AINA !" Jerit Faris.
"Faris? Faris tolong!" kata Aina
Aina diserang oleh seorang lelaki yang memakai semua hitam. Lelaki itu memegang Aina dengan erat.
"Oii lepaskan dia!" kata Faris sambil membaling kayu kepada lelaki itu tetapi sasarannya terlepas.
Lelaki itu melihat kayu yang dibaling itu disebelah dia dan ketawa. Aina mula menjeling dan menggeleng kepalanya.
"Uhh..." kata Faris.
Lalu lelaki itu mengangkat simen yang besar dan berat itu dan membalingkan ke arah Faris. Tetiba Simen itu ditepis. Faris membuka matanya dan melihat pelajar baru itu di depannya.
"Awak, lari awak! Kat sini bahaya" kata Faris kepada Pelajar baru.
"Kau pergi ambik budak itu dan lari dari sini" kata pelajar baru itu.
"Tapi-" kata Faris.
"AKU KATA PERGI SEKARANG!!" Kata pelajar baru itu dengan marah.
"Ba..ba..baiklah" kata Faris lalu berlari ke arah Aina.
"HAHAHA jangan harap korang boleh lari dari aku" kata lelaki itu lalu berlari ke arah Faris.
Tetapi pelajar baru itu dengan pantas berada di hadapan lelaki itu.
"Argh lari lah kau" kata lelaki itu lalu ingin menolak pelajar baru itu.
Tetapi pelajar baru itu menangkap tangan lelaki itu dan pulas tangan lelaki itu dengan kuat. Tetapi lelaki itu tidak memberi reaksi apa2 pon.
"HAHAHA kau ingat benda macam ni boleh buat aku sakit ke?" kata lelaki itu lalu ingin memberi tumbukan yang kuat kepada pelajar baru itu.
Tetapi pelajar baru itu menahan tumbukan itu hanya mengguna jari dia sahaja.
"Apakah?!" Lelaki itu terkejut.
Pelajar baru itu memberi isyarat kepada Faris dan Aina untuk berlari dari tempat itu. Faris memahaminya dan membawa Aina ke tempat yang selamat. Pelajar baru itu melihat lelaki itu dengan pandangan tajam.
"Tak guna punya budak! Berani kau kurang ajar dengan ak-" kata lelaki itu terpotong.
"Melutut kepada ku" kata pelajar baru itu.
Tiba2 badan lelaki itu melutut kepada pelajar baru itu.
"Apakah?!! Badan aku tak boleh nak gerak" kata Lelaki itu.
Pelajar baru itu senyum sinis. Secara tiba2 badan lelaki itu mula ada kesan luka berdarah teruk. Rasanya seperti kena renjatan elektrik tetapi lebih sakit.
Pelajar baru itu mencekik lelaki itu dengan kuat sehingga mengeluarkan sedikit darah. Pelajar baru itu merasa darah lelaki itu di tangannya.
"Dah agak dah. Darah ni bukan normal. Ini bukan darah manusia biasa " kata pelajar baru itu.
Pelajar baru itu sambung mencekik lelaki itu dan memandang mata lelaki itu dengan tajam.
"Pada hari esok kau akan bunuh diri sendiri. Engkau akan gatung diri sendiri atas dosa2 kau pernah buat" kata pelajar baru itu kepada lelaki itu.
"Menjunjung titah tuanku" kata lelaki itu.
Pelajar baru itu melepaskan tangannya dan beredar dari tempat itu. Pelajar baru itu mencari Faris dan Aina selepas selesai.
"Haa... haa... rasanya kita selamat kat sini" kata Faris.
"Haa.. haa.. terima kasih Faris" kata Aina.
"haa..haa tiada masalah. Asalkan awak selamat haa..haa" balas Faris.
"Mana dia ni? Dia kata suruh kita cari tempat selamat" kata Faris.
"Oh Mila! Tu dia dah datang. Mila kat sini!" kata Aina.
Pelajar baru itu nampak Faris dan Aina di tepi pokok yang besar itu. Pelajar baru itu nampak Aina melambai tangan kepadanya. Pelajar baru itu mendekati mereka.
"Ah Mila, awak okay? Awak tercedera tak?" Tanya Aina.
"Mila? Kenapa Aina panggil dia Mila?" Tanya Faris.
"Ohh disebabkan nama dia panjang sangat orang panggil dia Mila. Sebab dalam nama dia Mila je yang paling pendek. Jadi kitaorang panggil je lah dia Mila" kata Aina.
"Mila,tak mengapa ke kitaorang panggil awak Mila?" Tanya Aina.
"Ikut lah. Mana2 ikut hati korang " kata Mila.
"Okay! Terima kasih Mila!" kata Aina
"Awak tinggal kat mana Mila?" Tanya Aina.
"....." Mila tidak bercakap apa2 dan mengeluarkan sekeping kertas.
Mila memberinya kepada Aina.
"Eh nombor telefon?" Kata Aina
"Dia kata suruh guna ni bile saya perlukan bantuan" balas Mila.
"Okay awak ada telefon tak?" tanya Aina.
"..." Mila tidak bercakap apa2.
"ah... 😅 takpe2 saya boleh guna telefon saya untuk dial nombor ni" kata Aina lalu mengeluarkan telefonnya.
TBC.....