Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Isteri Pilihan

🇲🇾qissjwoo
--
chs / week
--
NOT RATINGS
16.7k
Views
Synopsis
Tanpa sempat Keyla berkata apa-apa, Kimi terus mencium pipinya. Kimi memeluknya. Keyla tidak tahu untuk berbuat apa-apa, dia hanya terfikir Kimi, orang yang selalu mencari pasal dengan dia.. fall in love dengan Keyla ni ? Kimi melepaskannya perlahan-lahan. Terus Keyla menolak Kimi dengan kuat sehingga menhentak dinding. Boleh patah tulang rusuk dibuatnya. Kimi tahu, Keyla perlukan masa untuk berfikir.. Sesiapa je curi Keyla dari genggaman Kimi, pada masa itu juga Kimi akan mengerjakannya. ⚠️tiada orang ke 3 ⚠️khas untuk pembaca yang sudah matang ⚠️ jangan lupa add kat library! ~Enjoy reading ! Thanks✨
VIEW MORE

Chapter 1 - Bab 1

Di PERCH HIGHSCHOOL...

"Semua!! Masuk dewan sekarang juga !!" Arah pengetua.

Keyla hanya menuruti arahan yang diberikan oleh pengetua maklum dia murid baru, jadi memang apa pun tak tahulah.

Sebelum menjejakkan kaki ke lantai dewan, ada seorang pelajar lelaki menahannya.

"Kau nak buat apa kat sini? Yang datang dewan form 5 jela" Kata lelaki itu. Handsome abe pengawas ni mesti garang.

Bagi Keyla, lelaki itu agak tampan macam muka Shawn Mendes ecehhh haha gurau je.

"Aku form 5 lah.." Keyla mendengus.

"Oo-oh kau murid baru? Jom ikut aku" Lelaki itu memegang tangan Keyla dan membawa Keyla kedalam dewan.

"Kimi !! Nahh!!" Ada seorang perempuan mencampak sejambak bunga kearah lelaki yang bernama Kimi.

Tepat pada masanya, Kimi menangkap bunga itu dan baling semua kearah perempuan tersebut dengan kasar.

"Hai Kimi, ada apa-apa yang boleh saya bantu? And.... tu ape? *memandang kearah pegangan mereka*" Kata seorang cikgu perempuan yang sedang sibuk mengemas barang.

Keyla menarik tangannya dari pegangan Kimi. Terus dia kesat tangan dia pada baju sekolah.

"Cikgu Nana, dia murid baru.. Jadi-" Kimi tidak sempat menghabiskan kata-katanya, Cikgu Nana menyambung

"Ooh! Kamu ni Keyla kan? Ok, cikgu dah aturkan kelas kamu.. Kimi, nanti tunjukkan dia kelas 5 Akira, terima kasih..."

"Oo-oh ok cikgu" Kimi seperti keraguan.

"Sexy duh dia..boleh buat bini kut", "Eh senyaplah kau, dahla buaya takdenye aku dah ambil dia dulu", "Kau pun sama buaya darat diimport khas", "Mesti gebu kulit dia ee geramnya aku", "Cantiknya bibir dia aku kalau kiss dia takkan lepas au".

Banyak kata-kata yang dikeluarkan dari mulut para pelajar lelaki yang terkaku dengan kecantikan Keyla.

Boleh dikatakan, sampai cikgu lelaki, pakguard and cleaner pun boleh tergoda dengan Keyla hebat haha.

"Tsk kau ikut aku cepat, kau ingat kau sapa nak goda laki kat sekolah ni.. macamlah cantik sangat" Ayat-ayat pedas dikeluarkan dari mulut Kimi. Dengan selamba, dia menarik beg Keyla.. nasib tidak terjatuh.

"Kau duduk sini, jangan berani nak goda lelaki kat sini, aku ketua pengawas kat sekolah ni.. kalau tak, aku report kat pengetua" Pesan Kimi seraya menjeling kearah Keyla.

"Kau asal mamat nak jeling-jeling kat aku? And takde masalah aku nak goda lelaki kat sini," Keyla mengomel didalam hati kalau diikutkan hatinya, nak je auto tumbuk mamat tu tapi takut nanti muka cam sampah soo takpelah. (ayat padu savage yang diberikan oleh kaum hawa be like)

Selepas 1 jam berada di dalam dewan, mereka dilepaskan untuk masuk kedalam kelas masing masing

Keyla membetulkan skirt sekolahnya kerana dia merasakan skirtnya sedikit terlondeh. Kesian murid perempuan dahlah skirt sekolah paras peha. Baju kena masukkan kedalam skirt, bertali leher dan berkemeja putih lengan pendek.

Semasa dia berjalan (dalam barisan kelas), ada beberapa murid lelaki berbisik.

"Kalau boleh, angkat lagi skirt tu.." Kata mereka sambil mengenyitkan mata kearah Keyla.

Sungguh dia berasa tidak selesa.

Tiba-tiba ada orang memeluknya dari belakang, langkah Keyla terhenti.

Dia melihat ada tangan seperti sedang mengikat sesuatu di pinggang nya.

"Jaket ni pakai dulu kat pinggang budak laki kat sekolah ni memang gatal, jaga diri kau tu sikit" Kata Kimi, selepas mengikat jacketnya berwarna biru itu di pinggang Keyla, terus dia pergi bersama kawannya.

"E-er thanks" Bisik Keyla.

Didalam kelas,

"Class, harini kita ada murid baru so.. berkawan baiklah dengan dia... Keyla perkenalkan diri awak," Ucap cikgu.

"Hai semua..! Nama saya Keyla Alexandra, panggil Keyla atau Alex pun boleh, umur saya 17 tahun.. berdarah kacukan Malaysia dan Argentina.. Saya harap kamu semua dapat melayani saya sebagai kawan baharu kamu terima kasih itu sahaja"

Semua tidak menyangka bahwa Keyla berdarah kacukan Malaysia dan Argentina. Tidak langsung nampak muka mat saleh, tapi Malaysia cantik pula tu !!

"What? Cikgu, boleh ke nama yang tak ada keturunan tak boleh duduk kat sekolah ni"

"Kenapa tanya saya? Tanyalah pengetua.. itupun kalau beranilah" Kata Cikgu Nana sambil tertawa kecil.

"Keyla, awak boleh duduk dekat sebelah Azry" Arah Cikgu Nana.

"Cantik ah cikgu !!" Azry memetik jarinya.

Semua lelaki didalam kelas itu tidak habis lagi terpegun.

"Weh tolong aku, aku tak boleh lihat weh Keyla kenapa sekolah kita punya peraturan perempuan kena pakai skirt paras peha wehh" Ada seorang pelajar lelaki menutup matanya. Malu lah tu malu.

"Hai awak! Nama saya Syed Muhammad Azry, panggil Az atau Azry boleh.. Sayang or Baby pum boleh hahaha" Kata Azry lalu menghulurkan tangannya.

Keyla berjabat tangan bersama Azry.

Semasa berjabat tangan bersama Keyla, saluran darah dan sel-sel badan ketegangan. (haa sampai macam tu sekali hehe)

"Tak adalah gurau je panggil yang macam saya cakap mula-mula tadi, Az or Azry" Gurau Azry.

Keyla mengangguk sambil tersenyum.

"Damn dia pakai losyen ke nii... Kalah kegebuan dan kelembutan badan kucing.. fuh taknak aku basuh tangan hahaha" Kata Azry, tetapi hanya didalan hati.

Keyla melihat sekeliling kelas 5 Akira, tiba tiba pandangannya terpaku kearah Kimi yang sedang sibuk menyimpan bunga bunga.

Keyla berasa pelik, kenapa kena simpan bunga and... Takkan dia bawa bunga kat sekolah kut

"Nama dia Tengku Hakimi, dia tu famous tau dekat sekolah sebab yela tengoklah dia tu kan handsome, kaya pulak tu.. memang semua perempuan sukalah jadinya, setiap hari.. mesti dia akan dapat banyak bunga, tapi masa balik dia buang lah semua bunga tu.. saya pun famous gak tapi nombor 2 haha" Kata Azry panjang lebar.

Keyla mengangguk tanda faham. Dia masih lagi memandang Kimi.

Kimi yang berasa seperti sesorang sedang memandang beliau, dia terus mengangkat muka lalu memandang Keyla.

"Apa pandang-pandang? Kau suka aku?" Kata Kimi, menjeling Keyla.

"Banyak songeh, macam lah aku tergoda sangat dengan kau.. senget!" Keyla membalas jelingan.

"Hahaha korang ni lawak lah, oh Keyla nak nombor telefon.. boleh contact nanti" Kata Azry

Selepas memberikan nombor telefonnya, mereka mula belajar.

"Alahh sekarang ni subjek Add Math, mesti susah!" Rungut Azry.

"Eh takpe, senang je Add Math ni kacanglah!" Kata Keyla.

"Woi" Tegur seseorang.

Azry dan Keyla memandang sebelah kanan. Kimi sedang duduk di sebelah Keyla.

"Ape?" Kata Keyla.

"Kau pandai sangat ke? Mana tahu muka cantik tapi hmph otak cam cacing" Kimi memandang Keyla sebelah mata.

"Kau jaga lah sikit mulut tu Kimi" Kata Azry.

Keyla hanya mendiamkan diri.

"Asal diam? Baru kau sedar siapa diri tu? Hmph" Kimi pergi. Bebola mata Keyla tetap memandang Kimi.

"Cakaplah apa-apa pun wahai Kimi, aku tak kesah" Kata Keyla didalam hatinya.

Kimi datang kearah Keyla dan Azry lalu meletakkan beg sekolahnya disebelah tempat duduk Keyla.

"Loh duduk sini pasal?" Tanya Azry.

"Kalau aku duduk sini, nanti mana tahu betina ni nak minta tolong aku ajarkan apa-apa ke.. dia kan otak cacing" Kimi menjongketkan kening kanannya.

(Ada tiga tempat duduk, start dari kiri, Azry, ditengah-tengah Keyla dan seterusnya Kimi.. sweet kan👀❣️)...