Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 78 - Selamat Jalan

Chapter 78 - Selamat Jalan

78.

Tiga minggu kemudian....

Bunyi bip dari mesin menghuni bilik itu membuatkan mereka yang menunggu di tepi katil semakin gelisah. Dari detik demi detik berlalu kegusaran mereka semakin bertambah.

Lucas segak dan  kemas mengenakan tuksedo dan berjubah konvo berdiri sedih di tepi katil dimana orang yang dicintai dalam dunia ini sedang terbaring lemah dan tenat. Doa dan harapan yang selama ini tertanam dalam dirinya mula terkubur setelah melihat jasad yang terlantar di hadapannya saat ini.

Dengan berhati-hati Lucas memanjat naik tepi katil dan duduk menghadap wajah pucat itu.

        "Hai..."senyum Lucas dengan mata kemerahan. Sedaya upaya dia menahan air mata dari terus mengalir.

        "Hai..."balas suara itu di balik topeng oksigen dengan susah payah.

Lucas tunduk memandang tangan berjari runcing di perut itu dengan sebak sebelum mengenggamnya dengan kasih. Lalu dibawa dekat ke bibir. Satu kucupan hangat diberikan ke tangan itu bersama linangan air mata di pipi.

Dia tidak mampu membendung rasa sebak dalam dadanya lagi. Lucas begitu terngadah dengan berita buruk yang disampaikan ke doctor tempoh hari kepadanya. Yang menjadi punca dia memanggil semua orang yang dia kenali untuk ikut serta berada di dalam wad untuk menemani dirinya.

          "Dah nak konvo ke?"tanya suara lembut itu dengan nada serak sakitnya.

Lucas mengangguk kepala dengan lemah, bibirnya bergetar menahan sebak.

           "Mm..sebenarnya majlis tu minggu depan...tapi doktor kata-"kata-kata Lucas tersekat di situ kerana tidak sanggup hendak menyebut perkataan kejam itu. Kepalanya kemudian tertunduk ke Bawah saat membawa tangan yang digenggam bersandar pada dahi.

Oh tuhan..jangan la diambil insan ini sekarang. Berikan la masa kepadanya untuk sementara waktu lagi. Hany itu permintaan dia sekarang. Lucas berdoa di dalam hati setulus dan terdesak sekali.

           "Maaflah sebab tak dapat ikut sekali...ucap suara itu dengan lirih.

Lucas menggeleng kepala dengan bibir tercebik sedih, lantas perlahan-lahan dia tunduk ke Bawah, menyandarkan dahinya pada dahi dingin itu. Rasa sebu mulai naik dan berkumpul di dadanya. Oleh kerana tidak lagi dapat membendung rasa sedih, Lucas akhirnya menangis. Bahu lelaki itu menggigil kuat.

           "Hei...kenapa menangis pula ni..sepatutnya tunjukkanlah muka happy. Buat orang yang tengah tenat ni bahagia bukan sedih..." seloroh suara itu dengan bersahaja.

Lucas mengangkat kepala. Air matanya ikut jatuh menitis ke Bawah.

           "Maaf..."ucap Lucas tersedu-sedan. Dia memandang sedih ke wajah pucat tidak berdaya itu dengan perasaan berkecamuk tidak tergambar peritnya saat ini.. "Maaf sebab tak luangkan masa dengan banyak. Maaf sebab saya pentingkan diri...maaf sebab tak jadi lelaki yang bertanggungjawab..."nangis Lucas dalam sedu sedan dengan susah payah.

Tangan yang tertusuk dengan tube IV itupun naik mengusap kepala Lucas.

         "Tak apa...semua tu bukan kita yang minta. Benda nak berlaku...terima la takdir dengan berlapang dada.."

Lucas menyembamkan muka ke ceruk leher dingin itu dengan wajah kemerahan kerana banyak menangis.

         "Tolonglah jangan pergi...tunggu sekejap lagi...untukmu ku bertahan...jadi tunggu la sekejap lagi...." minta Lucas dengan sedih.

         "Kalaulah benda tu boleh berlaku...dengan senang hati akan diturutkan...tapi-."

Lucas menangis lagi. tidak hairan dengan mata-mata yang sedang memerhati.

         "Tolonglah..."rayu Lucas dengan nada terdesak. "Kali ni aje...."lengan baju itu dicengkam dengan penuh rayunya.

           "Lucas...dengar-"

           "Tak...jangan katakan apa-apa lagi..."

Lantas tangan kurus itu naik memegang belakang kepala Lucas. Mengusapnya dengan lemah perlahan-lahan.

           "I don't have enough to say everything to you...but for the last time. I want you to know that, now, tomorrow and then...i'm always love you all my heart. And thank you for everything."ucap suara itu tersekat-sekat saat nafasnya sudah sampai ke penghujung.

Suara itu tidak lagi kedengaran dan sentuhan tangan pada kepala Lucas tadi perlahan-lahan jatuh melurut ke bawah sebelum longlai tidak bernyawa ke atas tangan Lucas.

Lucas terus perasan dan dia pun mengangkat kepala dari ceruk leher itu, sekali tu matanya memandang sedih ke wajah tidak bernyawa depannya dengan linangan air mata pada pipi. Dia mengetap bibir menahan diri dari meraung.

           "No....please...no!Aghh!Tidak!!!"raungnya dengan sedih bersama linangan air mata. "Tolong tunggu... tolonglah."nangis Lucas tanpa henti sebelum menyembam muka ke dada yang tidak lagi mengeluarkan degupan jantung.

Semua kepala yang ada di situ tunduk, memberi penghormatan di atas pemergian insan tersebut.