Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 74 - Mengamuk

Chapter 74 - Mengamuk

74.

Dua bulan kemudian....

Flashbacks

            "Kita break.."beritahu Rina memandang menyampah ke Aron. Tangan bersilang di dada.

            "Apa dia?"

            "Kita break...saya tak nak bersama dengan awak lagi Aron...tak faham ke?"

            "Kenapa?Apa yang buatkan awak nak putuskan hubungan dengan saya?"

            "What do you think why?"Rina memandang mengejek ke Aron. Dia buat muka funny tidak bersalahnya sewaktu memandang wajah bungkam Aron. Memandangkan rancangan dia telah Berjaya, maka tiada apa-apa lagi yang dia perlukan di sini untuk meneruskan hubungannya Bersama Aron. Lagipun memutuskan hubungan Bersama Aron juga adalah sebahagian dengan rancangannya.

Dengan cara ini Rina ingin meletakkan kesalahan ke atas Airis punca kenapa mereka berpisah.

            "I dengar keluarga you jatuh muflis...mama you ada masalah. Dan I dengar you tak terpilih untuk kemasukkan akhir besbol you tu...so why I have to spend time with loser like you!?"sinis Rina menyindir. "Mana I nak letak muka I ni?"

            "Rina..please jangan macam ni.."

            "No. I tak nak dengan you lagi Aron. Kita break!"

            "Please bagi I peluang.."

            "Peluang apa lagi yang you nak? I tak kuasa la nak hadap orang macam you ni."

            "Tapi you kata you cintakan I Rina!"

            "Cinta?Hahahaha....kelakar betul. Aron...you dengar sini ya. Okay..biar I ceritakan dekat you. Dari awal lagi semua ini dah dirancang. Sebenarnya I ni bukannya suka sangat dengan you pun. I dekati you ni pun sebab I nak susahkan hidup Airis lepas dia buatkan Mandy dibuang dari pasukan sorak dia dan digantung belajar. Mandy tu sepupu I, dia yang suruh I jatuh cinta dekat you.. kemudian break up dengan you..sebab apa?Sebab Airis Ariana. Jadi kalau you nak salahkan sesiapa...salahkan Airis. Sebab perempuan tu punca you disakiti macam ni...."

             Terbutang kaku mata Aron. Matanya tidak berkedip saat memandang Rina tersengih mengejek kepadanya. "Tak...semua ni tak mungkin..."

End of flashbacks

Minggu peperiksaan telahpun berakhir, musim sejuk pula yang kunjung bertandang. Kebanyakan pelajar senior sudahpun bercuti. Hanya menunggu masa untuk menerima keputusan dan konvo yang mana beberapa minggu dari sekarang. Yang bersisa adalah pelajar junior lain di kolej.

Jadi semuanya akan berada di rumah atau keluar bercuti. Namun lain kisahnya dalam kediaman agam Keluarga Adriana....

Dari luar rumah lagi suara marah-marah dan bising boleh di dengar.

            "Aron...apa kau buat ni berhenti!"jerit Airis pada Aron yang sedang membaling barang dan menyepahkan bilik tidur Airis.

Aron sedang mengamuk pada gadis itu gara-gara Rina memutuskan hubungan dengan lelaki itu.

             "Semua ni salah kau tahu tak perempuan! Sebab kau keluarga aku jadi macam ni!"bentak Aron dengan kayu besbol di tangan. Dada lelaki itu berombak kencang hilang sabar.

Airis tersentak-sentak setiap kali Aron menghayun kayu besbol itu pada barang-barang dan perabot yang ada di situ.

            "Apahal salah aku pulak....!"marah Airis pula yang berdiri di tepi pintu dengan sekelilingnya di penuhi dengan serpihan kaca dan barang pecah. Sebelum kejadian berlaku, Airis sebenarnya tengah kemas barang dan bagasinya untuk keluar dari rumah tu. Memandangkan kuliahnya sudahpun tamat di situ selepas lapan bulan belajar di semester akhir. Kebetulan pula Airis tak merancang untuk menjalani sesi konvokesyen, Airis berniat untuk terbang pulang ke rumah Encik Davis semula.

Hujung minggu nanti Airis akan naik flight untuk pulang ke rumah ayahnya.

Tetapi tujuan Airis itu terhenti terhenti apabila Aron muncul dalam keadaan seperti kerbau jantan liar terlepas dari cengkangannya. Aron naik angin dan mula melakukan kemusnahan dalam bilik Airis tidak lama selepas lelaki tu menyerbu masuk begitu saja.

SPRANG!

Aron memukul kayu besbol itu pada cermin meja solek Airis. Membuatkan cermin kaca berderai merata arah.

Waktu itu Puan Adriana dan Encik David tiada di rumah. Sibuk uruskan masalah syarikat masing-masing. Sejak rancangan Lucas untuk goyahkan perniagaan Adriana dan David, dua orang itu jarang berada di rumah. Dan keadaan rumah ini juga tungang langang. Banyak barang telah di pajak gadai untuk membayar hutang di sana sini.

           "Kalau kau tak datang ke sini hidup kita orang takkan jadi macam ni!"marah Aron.

Kening Airis berkerut, dia memandang tidak percaya ke arah Aron.

           "Kau kata aku puncanya?"Airis menunding dadanya sendiri.

            "Yalah...siapa lagi kalau bukan disebabkan kau!"

            Airis berdengus kasar. "Kenapa kau salahkan aku?Bukan salah aku Rina break dengan kau. Dari awal lagi aku dah beritahu dia tu mencurigakan. Dan kau kata apa?Rina tak macam orang lain...dan bila dah jadi macam ni kau salahkan aku!"?

Dada Aron berombak berang. Lelaki itu mengetap rahang keberangan. Ketika itulah Lucas mencapai satu pasu kaca yang tergolek dibawah kakinya.

             "Matilah kau perempuan!Berhambus dari sini!!" Aron membaling pasu itu dengan kuat.

Dan pada masa itulah Lissa yang baru pulang dari tadika dijemput oleh Lucas muncul dari anak tangga dan berlari ke arah Airis, dia berdiri di depan pintu secara tiba-tiba.

             "Kakak Airis mari buat kek-"minta Lissa sewaktu jalan mendekat ke arah pintu.

Aron yang sudah membaling pasu itu tersasar balingannya sebelum benda itu melayah tepat ke arah Lissa.

Airis yang lihat berpaling pantas. Dengan tindakan refleksnya yang cekap, Airis berlari mendapatkan Lissa, menolak tubuh kecil itu ke tepi dan pasu tersebut pecah berderai ke lantai setelah benda keras dan rapuh itu hinggap di belakang kepala Airis.

Akibat tindakan Airis, Lissa jatuh terbaring atas lantai lantas meraung menangis kerana terkejut, kanak-kanak itu terduduk di sebelah tubuh Airis yang baring meniarap di depan pintu masuk bilik.

Tidak lama kemudian Lucas muncul bersama Jennie di tangan menyaksikan situasi tersebut dengan terkejut.

Lucas lekas-lekas menurunkan Jennie dari dukungannya ke bawah sebelum dia luncur melutut ke arah Airis.

             "Airis...!"panggil lelaki itu dengan takut apabila matanya melihat darah keluar dari kepala Airis dan membasahi lantai berkarpet kelabu. Membuatkan tompokkan hitam kelihatan di sekitar badan Airis."Airisi...apa yang dah berlaku ni?"soal Lucas dengan seluruh badan menggeletar. Dia menelentangkan badan itu dengan susah payah sebelum disambut dengan mata terpejam Airis.

Dengan cemas Lucas mengangkat kepala, memandang Aron yang berdiri di tengah ruang bilik Airis.

Kening Lucas berkerut apabila dia menyedari keadaan bilik Airis telah tungang langgang dan kayu besbol di tangan Aron. Matanya terus terarah ke wajah berang Aron.