Chereads / My Only Hero / Chapter 19 - Chapter 17

Chapter 19 - Chapter 17

Adam yang baru keluar dari bilik air terhenti apabila pintu biliknya diketuk. Terus saja kakinya melangkah ke aah pintu.

Hasya terus menunduk malu apabila matanya terpandangkan tubuh Adam yang hanya berseluar pendek. Pertama kali dia melihat tubuh sexy Adam yang dihiasi abs itu.

Adam sembunyi senyum apabila perasan wajah Hasya yang merah. Malu la tu tengok abs aku. "Nak apa?" soal Adam.

"Err... Naura ajak turun makan. Lunch dah siap." ujar Hasya dengan kepala yang masih ditunduk.

Adam menundukkan wajah menyamai ketinggian mereka. Almaklumlah.. Hasya ni pendek! Naura pun lagi tinggi dari dia. Even umur Hasya sebaya dengan Adam.

Hasya makin menunduk. Terasa bahang wajahnya apabila jarak antara wajah dia dan Adam teramat dekat. Dapat dia rasa hembusan nafas hangat Adam menyapa hidungnya.

"Hmm... I'm hungry.." bisik Adam. Hasya kaku. Jari bermain sesama sendiri. Cuba mnghilangkan gemuruh di hati. Tertelan air liurnya apabila tubuh bogel Adam berada betul betul di hadapan matanya.

Dengan tergagap gagap, Hasya bersuara. "Kalau lapar, turun lah." lembut saja suara Hasya kedengaran di telinga Adam.

"But I want to eat you. Can I?" Adam berbisik menggoda. Sengaja mahu mengusik cinta hatinya itu. Suka melihat pipi Hasya yang merah. Geram! Rasa macam nak digigit gigit saja pipi tu.

Hasya tersentak apabila pinggangnya dirangkul Adam. Automatik kedua belah tangannya melekap pada dada Adam. Menahan agar tubuhnya tidak terlalu melekap dengan Adam.

"I really love it when I can see your red face, Honey.." kata Adam lembut. Hasya hanya diam. Terkebil kebil matanya memandang dada Adam.

"Adam Zayn Dato Ahmad!!"

Terlepas pelukan Adam pada pinggang Hasya. Adam merengus apabila melihat Naura yang sedang mencekak pinggang dengan mat yang tajam merenungnya. Adam hanya tayang muka selamba. Hasya pula sudah merah muka menahan malu.

Naura meluru laju ke arah Adam. Telinga Adam pantas ditarik kuat. Adam menampar nampar tangan Naura di telinganya.

"Patutla lama semacam dekat atas. Memang tak patut pun Sha suruh Kak El tolong panggilkan Adam dekat atas. Menggatal aja kerjanya! Report dekat mama baru tahu!" bebel Naura.

Terus pucat muka Adam. "Alaa please Sha.. jangan bagitahu mama.. habis lebam badan aku nanti. Jangan bagitahu mama eh? Please.." rayu Adam dengan mata yang dikelip kelip.

Naura hanya buat tak endah dengan rayuan Adam. terus ditarik tangan Hasya. "Jom kak. Tak yah layan jantan miang ni. Biar padan muka dia nanti kena bantai dengan mama. Huh!"

Hasya senyum kecil. Suka melihat hubungan rapat Naura dengan Adam. Dan dia bersyukur kerana keluarga Adam sudi terima dia yang sebatang kara ini masuk dalam keluarga besar mereka.

Sampai di ruang makan, Naura menarik Hasya agar duduk di sebelahnya.

"Hah! Mana Adam?" soal Aryssa. Geram dia. Dah kematu punggungya menunggu si Adam.

"Tengah siap." jawab Naura selamba.

"What?! Tengah siap?! Dia buat apa dari tadi tak siap siap lagi? Tak tahu ke yang kita ni terpaksa menahan lapar semata nak tunggu dia?!" Aryssa melepaskan kegeraman.

Baru Naura ingin membalas, kelibat Adam memasuki ruang makan membantutkan niatnya. Naura hanya tayang wajah selamba apabila melihat wajah cemberut Adam. Merajuk la tu. Ingat aku kisah?

"Haa... Datang pon tuan putera sorang ni. Lambat nau bersiap. Dah! Jom makan." macam biasa. Harith yang akan sentiasa menghentikan kami dari terus berbalah. Bukan dia tidak nampak Aryssa yang mahu mula membebel pada Adam.

Oh! lupa nak bagitahu readers sekalian, mereka semua sudah tamat persekolahan. Harith, Adam, Raiqarl dan Qais sudah pun mengambil ujian SPM.

Kini masing masing sedang menunggu tarikh untuk sambung belajar. Sementara itu, Harith akan bekerja di syarikat yang ditubuh oleh Harith sendiri dengan bantuan Dato Hayqal. BlueNix Holding. Selama ini, Haziq yang membantu Harith memantau syarikat itu.

Dan kini, sudah tiba masa dia pula yang mengambil alih tugas itu. Dan mungkin dalam masa yang sama, dia juga akan belajar. Macam mana dia buat? haha.. itu tanya Harith sendiri.

Adam pula akan mengambil alih syarikat papanya. Dan mungkin dia juga seperti Harith. Bekerja sambil belajar. Hebat betul dua sekawan itu. Boleh buat dua benda dalam satu masa.

Qais dan Raiqarl pula, mereka juga akan mengambil alih syarikat keluarga masing masing. Cuma, Qais dan Raiqarl akan sambung belajar dulu. Selepas itu, baru mereka mula bekerja.

TBC