Lukisan Cinta Kita (Versi asal not dark genre)

🇲🇾Ghost_Sinker
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 8.2k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Bab 1

Huarghhh....

Lelaki muda itu bangun dari tidurnya yang panjang. Siap menguap panjang , tak tutup mulut lagi itu!.

Dia yang baring di bangku bawah pokok rimbun yang sedang berdaun lebat dan berhadapan pula dengan sungai panjang di Kampung ini bangun dari baring.

Dia memang selalu  ponteng sekolah duduk disini atau tidur.

Lagipun tiada yang kisah dia buat apa kat kampung ini…

Pasti pelajar-pelajar dan guru-guru di S.M.K Almunirah tengah lega hati sebab dia tidak hadir ke sekolah hari ini. Diakan raja pembuat onar di kampung dan juga di sekolah. Semua orang tak suka dia, sebab dia ini terlalu nakal dan bolehlah juga, banyak juga jahat.

''boringnya…..''

Jaha ketawa kecil tiba-tiba. Tak sangka dia tahu juga berbahasa English. Bangga dia, padahal baru satu perkataan sajapun…. Apalah budak ni…

''Ermmmm… tahun depan dah nak SPM, bererti tak lama lagi aku akan tinggalkan kampung ini…''

Gumam Jaha lagi. Rambutnya yang panjang, siap boleh ikat tocang lagi bergerak-gerak ditiup angin tengah hari. Waktu ini memanglah panas tapi oleh sebab dia tengah duduk dibangku yang berada dibawah pokok lebat daunnya memang dia tak rasa panaslah…. lagipun mana dia kisah semua itu?. Kulit dia yang sepatutnya putih itupun dah jadi kuning langsat sebab suka sangat berjemur di matahari. Kaki lepak katakan. Semua kawan dia juga ialah budak nakal dan kaki lepak. Tiadanya dia mahu berkawan dengan budak baik skema nak mampus tu!. Jatuh standard dia.

'' Assalammualaikum!!!''

Jaha yang sedang mengelamun tersentak. Terkejut sebab ada yang tegur dia. Suara perempuan lagi itu. Lembut gila siot.

Selama aku hidup 16 tahun ini tak pernah aku kena tegur dengan perempuan-perempuan muda yang sebaya aku!. Selalunya orang-orang tua yang datang sapa aku atau lebih tepatnya serang aku dengan mulut bazooka mereka setelah aku belasah anak mereka beberapa hari kemudian setelah tarikh dan waktu kejadian. Hatinya sibuk menggumam sampai terlupa mahu balas salam orang itu.

'' Assalammualaikum abang Jaha.''

Sapa suara itu lagi siap gelar Jaha, 'abang'. Mahu termuntah Jaha. Geli dia!.

''walaikumsalam!!!''

Balasnya garang. Mana pernah selama ini dia cakap lembut-lembut?. Dengan orang tua pun dia kurang ajar.

Jaha pantas menoleh memandang siapa gadis yang menyapanya itu. Tambah pula dia tak suka bila dah nampak wajah pemilik suara. Kalau korang nak tahu aku sangat-sangat tak suka gadis ini!.

Lyrine Izini Binti Lazif. Itulah nama gadis itu. Pelajar baru di sekolah awal tahun ini. Berumur 51 tahun. Tipu saja…umur dia 15 tahun. Memang pelajar popular di sekolah sebab mukanya yang cantik dan comel itu, semua pelajar cakap macam itu,aku tak cakap okey….aku ni meluat dengan gadis ini sejak pertama dia jejak kaki kat sekolah. Biarpun kami tak pernah berbual atau terserempak, aku memang dah tak suka dia. Entah kenapa dan aku pun memang tak mahu ambil tahu sebabnya apa!. Dia juga pelajar cemerlang.

Semua maklumat itu aku dengar dari perbualan kawan-kawan kaki lepak aku yang kemaruk nak mampus kat gadis ini. Hampir setiap kali kami lepak bab gadis ini saja diorang bualkan. Apalah aku tak tambah meluat….

Gadis itu kelihatan terkejut. Garang betul. Gumam hatinya.

''nak apa?!!''

Lagi-lagi menengking saja suara,Jaha. Tak boleh cakap lembut-lembut betul, apa taknya semua orang takut nak dekat?.

'' Abang Jaha tak sekolah hari ini?''

Soal gadis itu.

Jaha menjeling gadis itu yang berdiri terpacak ditepi bangku tempat dia sedang duduk. Cakap dia tak aku tak sekolah, diri sendiripun sama!.

''kau peduli apa aku tak sekolah! kau pun sama juga tak sekolah!''

''saya Rine''

Gadis itu tiba-tiba pula memperkenalkan namanya. Macam aku nak tahu.

Aku dah tahu nama kaulah!. Gumam hati Jaha.

Jaha buat tak dengar saja. Malas dia mahu melayan. Tak pernah betul dengar budak nakal tak berminat dengan gadis cantik, selalunya gadis cantik nilah yang diorang selalu ganggu. Tapi nakal jahat Jaha ni lain macam sikit pula…

''saya ponteng tadi sebab tak nampak abang Jaha kat sekolah. Saya cari abang Jaha.''

Jaha pandang gadis itu sekilas. Tak sangka gadis ini pandai juga ponteng sekolah ye?.... tapi aku peduli apa dan apasal pula dia cari aku sampai sanggup ponteng ni?. Oleh sebab ego, soalan itu dia simpan saja dalam hati. Tayang muka tak peduli ini konon.

''kawan abang Jaha yang bagitahu abang Jaha ada kat sini.''

Jaha memandang gadis itu. Rimas asyik digelar 'abang Jaha' dari tadi. Ingat aku ada adik kah?. Aku kat dunia ni sebatang kara tahu!. Mak bapak pun aku tak tahu masih hidupkah atau dah mampus!.

''abang…!..abang…! Ingat kau adik aku kah!''

Tersentak lagi gadis itu. Muka pun dah pucat tengok Jaha. Tak sangka lelaki ini segarang itu. Dia ingatkan garang yang sikit-sikit.

''sebenarnya saya cari kamu sebab….''

Gadis itu garu kepala. Nak cakap ke tak?. Nanti tak cakap, susah hati pula. kalau cakap takut dia marah aku pula.

''Hoi…! Kalau kau tak ada apa nak cakap, blah dari sini!. Ganggu rehat aku saja!''

Usir Jaha. Rimas tengok muka gadis itu yang dah macam orang tengah jawab kertas peperiksaan. Entah apa benda yang budak ni nak cakap sampai buat muka teragak-agak macam itu. Sampai aku yang tengok ini pun dah tak tenang. Kut apa yang dia nak cakap itu tak bagus pasal aku. Tapi setahu aku hari ini aku tak ada buat hal apa-apa lagi. Kelmarin itu adalah. Aku pergi jatuhkan motor pak imam yang baru pulang dari masjid, singgah pula kat kedai kopi.

"Sebenarnya saya suka kat kamu''

Merah terus muka gadis itu. Malu-malu konon.

Jaha pula dah terbuntang mata. Gila kah apa gadis ini!. Kalau tak gilapun mungkin buta!. Buta sebab dia tak nampakkah betapa selekehnya aku ini!. Aku ingat lagi tahun lalu ada makcik kampung ini cakap kat aku, monyet yang kat dalam hutan itupun tak akan tengok aku!. Ini apa kes pula ne?. Tadi masa mahu ponteng gadis ini panjat pagar kah?. Lepas tu mungkin jatuh, kepala pula terhantuk kat batu. Lepas itu otak jadi mereng?. Tapi aku tengok tak  ada pun luka apa-apa?. Kah dia nak kenakan aku ni?.

''Saya suka kamu''

Ulang gadis itu bila tengok Jaha diam saja. Mungkin lelaki ini tak dengar kot luahan hati dia. Garu kepala dia lagi bila Jaha masih lagi tak beri apa-apa riaksi. Dia pekakkah ni?.

''Jaha….'' Tegurnya.

Jaha tersedar dari asyik bercakap dalam hati. Dia memandang gadis itu. Lagi bengis dari tadi.

''kau nak kenakan aku kah ni?! Ingat aku senang nak kena tipu!''. Bentak Jaha. Dia yakin 100% gadis ini mahu kenakan dia.

''mana ada saya nak kenakan kamu. Saya serius suka kam…..''

''dah…dah….,aku tak nak dengar''. Potong jaha. Dia bangun dari duduk nya. Beg sekolah disikut di bahu.

''tapi….''

''Anggap saja aku tak dengar dan tak pernah bercakap dengan kau. Aku tak nak tengok kau lagi!. Kalau tak siap kau. Aku tahu kau nak kenakan aku. Kau harus tahu aku bukan lelaki yang senang nak ditipu!. Kalau aku dapat tahu siapa yang bersubahat dengan kau nak kenakan aku, aku akan pastikan kau dan orang itu gali kubur sendiri dan masuk kat kubur yang korang gali itu. Pasal timbus pula, itu aku boleh tolong''. Habis mengeluarkan kata-kata ugutannya dia terus berlalu pergi. Dah tak selesa dah duduk disitu lama-lama. Buat sakit hati saja!.

Gadis itu pula terdiam seribu bahasa. Mahu menahan dia tak berani. Tapi yang pasti ada perasaan/getaran halus terasa dihati.