Chapter 2 - Bab 2

Lyrine termenung memandang telefonnya.

Dari tadi gambar ditelefonnya itu saja yang ditatap, tanpa ada rasa bosan. Gambar seorang lelaki sedang tidur dibangku, bawah pokok. Dia curi-curi tangkap gambar lelaki itu.

Sebenarnya memang benar tekaan lelaki itu, dia Cuma mahu kenakan lelaki itu atas cabaran kawan-kawan perempuannya. Mereka cabar dia pikat lelaki yang terkenal amat nakal dan jahat kat sekolah mereka. Bukan setakat sekolah kat kampung juga selalu sangat buat hal yang memang hal yang cari pasal terlebih pasal!. Tapi dia tak sangka lelaki nakal dan jahat konon itu sangat garang. Sampai dia yang popular sebab kecantikannya inipun langsung tak berjaya membuatkan lelaki itu terpikat. Muka bengang yang dia bagi adalah. Dia dapat rasa yang lelaki itu benar-benar tak sukakan dia! Bukan tak suka yang dibuat-buat tu..!.

Tapi yang buat dia tak keruan sekarang ini ialah dia rasa dia dah jatuh hati kat lelaki itu!. Serius! Masa dia nampak lelaki itu tidur muka lelaki itu… ya ALLAH…kacak dan tenang. Tiada sudah wajah bengis yang terhias setiap kali dia nampak lelaki itu di sekolah.  Lagi kacak + comel masa lelaki itu ketawa. Ada lesung pipit di kedua-dua belah pipinya malah, didagunya juga ada!.

Dia tersenyum kecil mengingat balik, betapa garangnya lelaki itu menengking dia. Tak pernah dia nampak lelaki itu bersuara lembut, sejak pindah di kampung maknya ini.

Yups...sebelum dia dicabar kenakan Jaha memang dia dah lama perhatikan Jaha. Waktu itu dia perhati sebab dia nak kenal dan tahu siapakah gerangan pelajar lelaki yang digeruni oleh pelajar perempuan dan dihormati oleh pelajar lelaki.

''kalau dia jadi milik aku, pasti akulah yang paling bertuah sekali!. Lelaki seperti dia selalunya setia dan romantik!. Aku tak percayalah yang dia itu jahat sangat…''

Katanya seorang diri. Tak tentu pasal bercakap seorang diri dah dia malam itu.

Buku diari berwarna merah,diatas meja, ditepi katilnya diambil.

Dia mula menulis segala luahan hatinya. Apa yang berlaku hari ini. Dan yang pasti semua tentang lelaki itu yang dia tahu.

Seperti…..

Nama Jazzqie Al-Haq Amerhan. Nama samaran atau nama famous nya ialah Jaha.

Nama bapa tiada sesiapapun yang tahu dan mahu ambil tahu. Anak yatim piatu. Umur 16 tahun. Satu sekolah. Kelas paling hujung. Pelajar paling nakal dan jahat kat sekolah ( semua orang cakap macam itu,tapi aku rasa dia lagi garang.). Rambut panjang. Kulit kuning langsat. Tinggi. Comel dan kacak biarpun selekehnya ya ampun…tak boleh terluah oleh hati aku…!...

Dan banyak lagi yang dia tulis sampai nak 2 jam.

Selepas selesai baru dia tidur. Siap pasang niat nak pikat lelaki itu betul-betul mulai esok, sampai dapat!. Rugi kalau dia lepaskan lelaki seperti itu!. Memandangkan semua perempuan tak suka dia, baik aku ambil peluang!. Dia tersengih-sengih seorang diri, dah terlebih dahulu berangan ke luar angkasa.