Chereads / Helai / Chapter 1 - Aku

Helai

sweet_sebbys
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 10.6k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Aku

Nama diberi ialah Zayyan Athari. Aku berbinkan dengan Abdullah. Umur aku bakal mencecah 25 tahun pada hujung bulan ini.

Ramai panggil aku Athari. Aku agak cinta akan nama aku sendiri yang membawa maksud Hiasan yang Bersih.

Aku suka bila orang panggil aku dengan nama yang baik-baik. Benda itu boleh menjadi punca doa aku.

Mak dan ayah aku lebih selesa panggil aku Ayie instead of Athari. Nama Ayie itu tak membawa maksud apa-apa, tapi aku sebagai seorang anak bukan boleh buat apa-apa pun untuk mereka tukarkan nama manja aku dari aku kecik tu.

Ramai orang di kampus kenal Athari sebagai pelajar cemerlang, pelajar yang tak pernah ponteng kelas, pelajar yang kaki belajar, pelajar dekan, pelajar paling popular dan juga pelajar kesayangan tenaga-tenaga pengajar di situ.

Mereka tak kenal aku terlalu mendalam, sampai ada yang sebar fitnah. Tapi, aku tak terlalu ambil peduli. Bukan aku dapat apa-apa bila diorang cakap tentang aku macam-macam.

They don't even know who I am inside. Diorang hanya kenal aku dari luar, hanya yang zahir.

Pernah berlaku satu ketika dulu, masa aku baru umur 20 tahun, aku di'ship'kan dengan seorang perempuan bernama Ilana. Ilana merupakan pelajar yang paling 'hot'la dikatakan oleh most student di kampus aku.

Ilana ni orang yang kuat memilih. Dia nak orang yang menjadi kekasih dia nanti mengikut apa yang dia dan keluarga mahu.

"Weyh, Athari!" datang seorang sahabat aku, Eidlan Kameel, menampar belakang badan aku. Wajah ceria dia sahaja sudah mampu buat aku tersenyum.

"Ya? Kenapa, Eidlan?" aku berhenti dari scrolling bahan dalam laptop aku. Aku memberi perhatian kepada dia sepenuhnya.

"Kau nak tahu, tak?" Eidlan mengambil kerusi berdekatan dan duduk berhadapan dengan aku.

"Tapi, sebelum tu, kau kenal Ilana, tak?" dia bertanya memandangkan aku kadang-kadang tidak ambil perhatian dengan surrounding aku.

"Ilana mana nih?" aku tersengih kambing. Aku kenal siapa Ilana. Saja nak tengok reaction Eidlan.

"Ish, kau ni! Bukan aku dah selalu cerita, ke? Macam mana dengan sistem peringatan otak kau, ni? Quantum chemistry kau boleh tahu, tapi student next class kau tak kenal?" Eidlan mula membebel. Kalau korang nak tahu, Eidlan ni memang kuat membebel, macam makcik bawang.

Aku tahan je gelak aku. Lawak tengok dia bebel sorang-sorang.

"Ye ye. Aku kenallah. Ilana Rafisya tu, kan? Aku ingat dia. Yang kau selalu cerita tu, kan? Aku kenal, aku kenal," aku berkata sambil menutup mulutnya yang dah mula muncung.

"Ha. Nasib baik ingat. Kalau tak, aku sekeh otak kau. Biar nanti nak guna masa exam, dah tak boleh pakai. Baru tahu,"

"Mengarutlah kau ni. Haih. Dah, kenapa dengan dia?" aku menongkat daguku.

"Aku tak pasti sangat pasal benda ni, so aku nak try tanya kau je. Aku dengar, Ilana tu nak kat kau. Betul, ke?"

Senyum aku tadi terus mati lepas dengar ayat dari mulut Eidlan.

"Maksud kau? Aku tak faham," aku mengerutkkan dahi.

"Kau jangan marah, Athari. Aku cuma sampaikan pada kau untuk kepastian jer," Eidlan sedar raut wajah aku yang berubah. Dia terus takut.

"Tak, tak. Aku tak marah pun. Aku nak dengar balik apa yang kau cakap," aku mengurangkan kerut di dahi.

"Ilana, sukakan kau, Athari. Farisy bagitahu aku. Aku nak tahu, betul ke tidak, apa yang Farisy bagitahu aku tu. Tu je," Eidlan dah tak berani nak tengok dalam mata aku. Dia dah mula membuang pandangan ke tempat lain.

Lepas dengar balik ayat Eidlan, aku jadi lega.

"Alah. Relaxlah. Dia yang nak kat aku, bukan aku yang nak kat dia. Kenapa tanya aku? Tanya Ilanalah," aku berkata selamba.

Eidlan pandang ke dalam anak mata aku. Dia nampak macam tak percaya. Dia biarkan mulut dia terbuka menganga.

"I mean like, you have no idea that she's in love with you? Like, I literally saw her staring at you for 5 minutes non-stop each day, and you here telling me, you have no idea about that?!" Eidlan menjadi lebih terkejut. Dia meningkatkan oktaf suaranya.

"Bro, what do you expect from me, someone who don't even give a damn about his life? Weyh. Hamster aku tiga ekor dulu tu dah mati sebab aku tak terlintas langsung yang aku bela diorang jadi aku tak bagi diorang makan for like, a week? Plus, she is not me, why should I know how she feels about me? By the way, you knew that she liked me for a long time, huh?"

Eidlan terdiam. So, betullah dia memang dah perasan lama dan sekarang baru nak bagitahu sebab Farisy cerita dekat dia. Aku melipat tangan aku ke dada, menaikkan satu kening aku dan aku renung dia dalam-dalam.

Eidlan mula susah duduk. Dia dah jadi cacing kepanasan lepas sedar salah dia. Aku tak kisah manapun. Cuma aku nak dia tahu yang aku memang kadang-kadang memang tak ambil peduli dengan surrounding aku.

"Well, Athari, that's not my point here. We have known each other for ten years, right?" dia cuba senyum.

"Yes! You should have known me better that I don't really care about small things like this. Ilana nak suka aku? Biarlah. Dia takde pun datang kacau hidup aku atau kau. Let her be. I don't care," aku tenung Eidlan.

"So, that means you don't love her backk, right?" wajah Eidlan nampak betul-betul excited. Dia senyum sampai ke telinga.

Aku senyum sebelum menjawab, "Yerla,"

Dalam diam, aku tahu yang Eidlan berminat dengan Ilana. Yelahkan, siapa tak tertarik dengan si Ilana yang berambut perang semula jadi, bermata sepet, beranak mata hitam bersinar yang bulat, berkulit putih mulus, bertubuh ramping dan juga berduit itu kecuali aku dalam kampus ni.

Entahlah, aku tak pernah rasa suka tengok Ilana yang selalu juga bertembung dengan aku. Aku tak ada feeling nak tengok, nak intai ke, tak, tak ada! No such feelings.

Wierd, I think?