Chereads / Helai / Chapter 3 - Siapa?

Chapter 3 - Siapa?

Eidlan terkesima selepas tu. Dia cuba larikan diri dengan berbagai-bagai alasan.

"Hah? Ap.. Apa kau mengarut nih? I don't love her. Ermm. Ha. Weyh, Athari! Aku dapat bad feelinglah. Aku rasa mak aku tertunggu-tunggu aku kat rumahlah. Bye!" Eidlan terus angkat punggung dan lari.

"Weyh, Eidlan," suara aku memanggil perlahan memandangkan dia sudah jauh menghilang.

Aku melepas nafas panjang. Laptop aku dikeluarkan dari beg. Pantas jariku menekan Google.

Belum sempat aku menekan apa-apa, blog sekolah terpampang di screen.

[Pelajar terkenal, Ilana Rafisya, DIREJECT?!]

Aku membaca topik yang berada di atas sekali. Mata aku hampir terkeluar. Tekak aku ditahan agar tidak menjerit.

"What?" aku hanya membisik perlahan. Rambut aku genggam kuat, menahan nafsu ingin menjerit.

Aku menekan topik hangat itu untuk melihat isi kandungan. Sedikit demi sedikit aku scroll dan baca isi-isinya. Mengarut! Daripada aku yang sebenarnya tak tahu menahu tentang apa yang Ilana karutkan, kepada aku menjadi bad boy sombong sebab reject Ilana yang digilakan ramai tu!

Di bahagian akhir laman itu, terdapat satu video dan berpuluh-puluh keping gambar. Ada yang aku berdiri rapat dengan Ilana, ada yang aku berbisik pada telinga Ilana.

Dan yang membuatkan aku gelabah adalah Ilana dilihat begitu innocent while aku betul-betul nampak macam nak telan dia.

Aku melihat waktu laman itu di update.

[A few minutes ago]

Wow, wow. Baru terjadi dalam beberapa minit yang lalu, terus tulis. Hot betul topik ni, ya! Aku betul-betul ingin mengenali penulis laman itu. Most of these articles come from the Newspaper Club.

'Tunggu aku serbu korang nanti!'

Aku sambung scroll dan pergi ke laman komen. Hampir beratus-ratus komen yang mempertahankan Ilana. Aku terkejut membaca komen-komen yang membuatkan aku panas punggung.

[Apala Athari! Thula pndai. Jgnla reject smpai mcm tu skali! -Raizal0977]

[Oh no, our princess!! You will regret, Athari!! ಠಗಠ -IndahDunia]

[Dsr jntn x de taste! Mesti dia minat dkt perempuan yg acah ii low profile! Tgkla nnti. Ilana tu baik tau! Kau reject dia, mesti nnti kau dpt mkcik nasi lemak tepi jln je buat bini( ´◡‿ゝ◡`) -Raidha_Hushi]

[Eii.. bodonyer laki mcm tu. geli siakk -PapiChulo]

Aku baca je top comment-comment yang menyakitkan hati aku. Namun, cepat-cepat aku tarik nafas dan cuba bertenang. Laptop aku terus disimpan dan aku bangun.

Kaki aku melangkah ke bilik Kelab Surat Khabar. Aku pastikan mata aku hanya pandang lantai.

Eventhough I could feel, there're so many eyes watching and staring. I could hear their mouth mumbling. All i can do is shut my mouth up.

Aku cuba bersabar dan act normal. I'm not that angry because my life is on the edge. I'm angry because of the false news.

Well, I got some promise with some enterprises to keep so I have to maintain my name clean.

Sampai sahaja aku di depan pintu bilik berpendingin hawa itu, aku menarik nafas dalam.

"Assalamualaikum," aku buka pintu perlahan dan memberi salam. Pintu itu cepat-cepat aku kunci setelah masuk. Senyum yang aku beri bukan senyum biasa-biasa.

I'M GRINNING.

Wajah-wajah di dalam bilik itu yang tadi sedang bergelak ketawa, terus bertukar pucat.

"Ya, waalaikumsalam. Cari siapa, ya?" seorang lelaki tinggi lampai menjawab salam aku dengan mesra.

Well, he looked friendly but I can hear some people inside the room trying to hold their laugh.

"Saya datang nak jumpa dengan orang yang bertanggungjawab ke atas article yang korang baru release tadi. Sesiapa sahaja yang berkenaan. From the one who took the information to the one who wrote it,"

Lelaki tadi menahan senyumnya.

"The one yang ambil info tak ada. Dia pergi beli soft drinks. The one yang tulis article tu adalah Saiful Hilmi, aku. Kenapa cari kitorang sampai sini?" pandangan friendly dia tadi dah jadi pandangan sinis dan mengejek.

"Boleh tak kalau kita duduk dulu? I have got some things to tell," aku masih berlemah lembut.

"Duduk? Ok. Duduk duduk. Apa benda kau nak cakap? Terima kasih? No, you can thanks me later. I'm goodla, bro," dia melepas tawa kecil di akhir ayatnya.

"Bukan itu yang aku cuba sampaikan,"

"Habis tu? Nak kitorang tarik balik topik tu? Sebab kau terima balik Ilana lepas kena kecam ramai ramai?" seluruh bilik itu hingar bingar dengan gelak tawa mengejek mereka.

"Betul. Memang aku nak suruh kau tarik balik topik tu. Tapi bukan sebab aku terima dia. Sebab apa yang korang bagitahu dalam article tu salah. Bukan itu yang terjadi," aku bertegas.

"Hah?? Salah?? Oi, kami ada bukti yang sah, kau tahu tak? Most people around you don't hear what the hell you guys talking about, but we here got some real video which have a really clear sound so we can clearly hear your voice. Kau tak tengok, ke?"

Aku berkerut dahi. Satu, why he have such attitude?? Macam nak mintak kaki je. Dua, some real what?

Saiful mengeluarkan iPhone nya dan menunjukkan video itu. Video itu dilihat dirakam dengan dekat. Dan apa yang aku dengar dari video itu betul-betul buat aku terkejut.

/Zayyan, please. I love you/

\Love? Apa yang kau karutkan nih?\

/Zayyan. saya dah lama sukakan awak. Can we just get a day to date? You can take your time to know me/

\Huh? Date? Take time? No! Aku tak perlukan masa untuk lebih mengenali kau. Aku jijik lah dengan perempuan macam kau\

I AM NOT ONLY SHOCKED BUT I AM DYING. Sejak bila mulut aku dan mulut Ilana bualkan perkara ni?? Kami tak sentuh langsung hal date date.

Kenapa jadi macam ni? Aku tak faham.

IPhone Saiful dirampas seseorang. Seorang gadis yang baharu sahaja masuk ke dalam bilik itu. Dia nampak begitu marah.

"What are you doing, Lilith?! Give me my phone back!" Saiful merampas kembali iPhonenya.

Kepala aku pening. Otak aku tak dapat mencerna perkara yang berlaku. Wajah gadis bernama Lilith itu aku tenung sedalam-dalamnya.

"Lilith?" kepala aku menjadi lebih berat. Mata tajam Lilith menusuk ke jantung aku.

Lilith terus menoleh ke belakang selepas itu. Dia terus melangkah ke luar kembali.

"Pahal siak, si Lilith tu?"

Mata aku kabur.

And yeah. I think, I collapsed in Saiful's arm.