Download Chereads APP
Chereads App StoreGoogle Play
Chereads

Riwayat Caturdasa

šŸ‡²šŸ‡¾HdinHafizuddin
--
chs / week
--
NOT RATINGS
18.7k
Views
Synopsis
Peperangan epik antara tiga puak berbeza dibumi, sebuah koloni robot sintetik berteknologi kecerdasan pintar di stratosfera dan beberapa buah puak luar galaksi telah menjadi penyebab kemusnahan hampir separuh permukaan bumi.
VIEW MORE

Chapter 1 - Rangsang Sari

PADA Era Caturdasa yang lalu, bumi telah dibahagikan kepada tiga puak utama mewakili simbol segi tiga Adiratna. Simbol Segi Tiga Adiratna ini memayungi satu laskar Angkatan Bumi yang terbentuk daripada berbilang-bilang negara manusia kristal yang lahir secara semulajadi, terutamanya di benua Eurasia dan Persekutuan Atlantik, dan kumpulan puak manusia semula jadi ini dikenali sebagai "Blue Aquamarine" dengan slogannya, "Untuk pemeliharaan kristal biru dan keharmonian sejagat".

Angkatan Bumi pula bukanah satu pakatan yang bersatu, malah mereka bertiga asyik berbalah, dan perbalahan serta ketidakpercayaan telah wujud setelah sekian lama di antara negara-negara persekutuan mereka ini.

Negara utama kedua dunia ialah pakatan penentang "Orange Topaz Union", sebuah negara yang amat bermusuh dengan Negara "Blue Aquamarine" dan kerap kali berperang terutamanya semasa menjelangnya Era Caturdasa. Dengan slogan "Harapan Baru Topaz Union", pakatan ini menguasai sebahagian besar tanah-tanah tinggi Tibet dan banjaran Swiss yang amat kaya dengan mineral kristal Topaz ini.

Negara "Penyelaras Green Emerald" pula adalah sebuah negara yang berpotensi neutral dan mempunyai sistem politik yang terpencil yang terletak di serpihan kepulauan kecil Pasifik dan Hawaii dan diperintah oleh warga Penyelaras Emerald Bumi dengan slogan "Gagasan Emerald Menuju Kesejahteraan Bumi".

Selain itu, koloni robot sintetik iaitu robot PRAAH (Program Robotic Artificial Automation Hardware) yang diperkaya dengan kecerdasan buatan (AI), awalnya adalah hasil ciptaan terhebat manusia di bumi namun robot-robot ini telah berpaling tadah, menyerang manusia dan akhirnya membina koloni kendiri di permukaan bulan dan sebahagian planet Marikh. Mereka umpama samseng jalanan yang asyik mengganggu gugat keamanan serta kelestarian bumi serta mengancam untuk mengambil alih sistem pentadbiran bumi.

Tiga peristiwa utama mendahului hikayat yang panjang ini, iaitu dikenali sebagai tragedi berdarah Orb Aratu Aerok yang memulakan perang antara armada robotik PRAAH dan ketumbukan bersatu Angkatan Bumi apabila salah satu stesen angkasa kecerdasan buatan robot PRAAH yang mengorbit bulan, Yangpeong-7, dimusnahkan oleh bom nuklear dari tapak pelancaran Cosmodrome, Russia seterusnya menyebabkan pencemaran radiasi Uranium di lapisan atmosfera, ionosfera dan stratosfera bumi serta sebahagian kutub utara bulan.

Kejadian kedua pula adalah serangan balas oleh angkatan robot sintetik PRAAH yang telah menganggu sistem magnetik bumi lalu menarik keluar bahan meteor dan bendasing dari laluan asalnya di planet Jupiter dan bahan-bahan terbabit bergerak laju menghala ke kawasan orbit bumi, lalu menyebabkan mineral Vibranium dan Kryptonite berupa impak meteorit telah jatuh ke dalam permukaan Bumi, di sekitar Wakanda, Afrika Selatan khususnya. Akibatnya, ia menghentikan semua tindak balas lojiĀ  nuklear, radar, walki talkie dan radio jarak jauh, menyebabkan kebanyakan kawasan bumi tanpa elektrik atau tiada komunikasi selama beberapa tahun dan memerlukan alat pengecas mudah alih untuk bergantung pada bateri yang boleh dicas semula. Serangan balas robot sintetik PRAAH juga telah menyebarkan wabak SARS-02 (Syndrome Acute Respiratory System -02) di atmosfera bumi lalu telah melumpuhkan hampir suku juta penduduk bumi pada ketika itu.

Serangan ketiga pula dikenali sebagai 'Londonia Dawn Raid' atau 'Serangan Fajar Planet Londonia ' dimana puak 'Blue Aquamarine' berjaya menyerang armada terkuat kosmos Andromeda pada waktu subuh dinihari,Ā  yang menyebabkan kerosakan hebat pada separuh permukaan planet terbabit selain kerugian total yang terpaksa ditanggung oleh planet besar terbabit. Armada planet Londonia tidak dapat berbuat apa-apa semasa serangan dilancarkan kerana serangan terbabit digerakkan pada waktu fajar menyingsing. Serangan ini telah meletakkan puak 'Blue Aquamarine' sebagai ketumbukan terkuat, selain di label armada genius dan dihormati masyarakat di sekitar jajahan puak Blue Aquamarine termasuk di seluruh kosmos Bima Sakti, Andromeda, Aquarius dan Surius-3.

Namun, sejurus selepas peristiwa peperangan Caturdasa yang menyebabkan kemenangan besar pihak Topaz Jingga atau Orange Topaz, planet bumi sekali lagi diserang hendap oleh robot sintetik PRAAH yang kini diperkaya dengan senjata bio-hazard nuklear, selain dilengkapi dengan sistem pertahanan radiasi boleh dipertingkatkan, dikenali sebagai COVID-20. Senjata COVID-20 atau singkatan bagi Computer Operational Viruses In-vito Drone ini telah menyebabkan kemusnahan hampir separuh permukaan bumi lalu melumpuhkan aktiviti ekonomi, sosial mahupun aktiviti perlombongan bahan tenaga di bumi. Dapatkah bumi diselamatkan kembali? Dapatkah Persepakatan Segitiga Adiratna ini bersatu dalam menentang kemaraan robot sintetik PRAAH yang membawa senjata berbahaya COVID-20 ini?

Keterangan kulit hadapan :

- Segi tiga yang menggabungkan tiga batu permata berlainan warna di sebut sebagai simbol Adiratna iaitu simbol perpaduan bagi 3 bangsa yang setelah sekian lama berpecah belah.

-Segi tiga ini juga merupakan perlambangan kepada Tongkat Bhumi Sakhti, sebuah perlembagaan persekutuan yang memegang erat simbol hidupan di bumi yang saling melengkapi.

-Tiga batu permata melambangkan tiga kaum berbeza dibawah satu Tongkat Bhumi Sakhti yang sama.

-Kemunculan kapal angkasa di tengah-tengah segi tiga Adiratna ini melambangkan kenderaan moden yang telah digunakan oleh angkatan bumi semasa peperangan termasuklah semasa peperangan Caturdasa.

-Bayangan planet di bahagian latar belakang menggambarkan jumlah galaksi-galaksi yang tidak terhingga sehingga mencecah angka infiniti.

-Serpihan berwarna jingga berkilat adalah gambaran teknologi COVID-20 yang tersebar ke serata pelusuk alam kehidupan yang digunakan oleh Robot PRAAH dalam usaha untuk memerangi penduduk bumi seterusnya mengambil peluang menguasai pentadbiran bumi.