💎Bangsa Kristal Blue Aquamarine 💎
Kristal biru Aquamarine mempunyai sebuah keistimewaan dan kekuasaan dalam mengawal ruang dan angkasa. Batu ini juga dipanggil sebagai 'Kristal Angkasa' kerana kebolehan bangsa pemegang kristal ini untuk mengawal ruang dan angkasa selain unsur-unsur kimianya yang datang daripada luar angkasaraya.
Kristal ini banyak diperolehi di kawasan benua Eurasia dan juga di persekutuan Atlantik, dimana, ianya di lombong berdekatan kawasan kimberlit yang mengandungi mineral permata (diamond). Kristal Biru Aquamarine ini mempunyai unsur rantai kimia dengan unsur Carbon mendominasi rantaian kimia yang rencam selain unsur surihan kuprum yang membawa warna biru laut dan juga unsur luar biasa dari angkasaraya.
Setiap individu yang datangnya daripada puak 'Blue Aquamarine' ini perlu menunjukkan semangat taat setia yang tidak berbelah bahagi dan perasaan patriotik yang tinggi kepada negara persekutuan Blue Aquamarine dengan terpasangnya kristal biru Aquamarine ini di dahi masing-masing. Ini penting bagi memastikan tiada individu yang berpaling tadah dan menyertai mana-mana puak selain proses pengenalan diri di dalam negara terbabit. Pemimpin yang memimpin bangsa Kristal biru ini adalah Jeneral Tokazukizu.
Kristal Blue Aquamarine mewakili unsur angkasa yang luas, bercahaya dan misteri yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Kristal ini berperanan sebagai ejen membawa kapal angkasa ke suatu ruang angkasa dengan pantas dan cepat ketika diserang hendap oleh puak lain, dan tiba-tiba muncul di belakang penyerang untuk proses serangan balas.
🔶Puak Penentang Orange Topaz🔶
Kristal Oren Topaz merupakan sebuah batu yang mempunyai kebolehan luar biasa dalam mengawal, memanipulasi dan mencetuskan minda separuh sedar dan ingatan pada seseorang makhluk jika berada berdekatan pemegang batu berwarna jingga ini. Pendek kata, batu ini berupaya mengawal minda seseorang untuk melakukan sesuatu dibawah separuh sedar, yang akhirnya boleh menyebabkan kekalahan pihak lawan.
Kristal berwarna jingga ini boleh didapati di sekitar kawasan pergunungan Tibet dan juga Swiss serta Scandinavia, dan ditemui di dalam telerang kuarza dan juga diantara permatang dan gunung ganang. Unsur utama kristal hebat ini adalah kuarza dengan sedikit mineral surihan oksida besi dan juga beberapa rantaian kimia yang misteri dan magik.
Puak Penentang 'Orange Topaz Union' ini kebiasaannya akan meletakkan kristal ini di bahagian dada individu , sebagai tanda 'soul stone' mereka ketika berperang dengan puak lain. Ini juga sebagai lambang semangat api yang dibawa oleh kristal oren ini yang membara ketika berada dimedan pertempuran.
Pemimpin bagi puak Penentang Orange Topaz Union ini adalah Jeneral Rinkarika Chirikishi yang berpengalaman selama berpuluh tahun dalam peperangan besar menentang persekutuan Kristal biru dan juga robot kecerdasan pintar PRAAH.
Senjata kristal ini kebiasaannya akan menyebabkan pihak lawan tiba-tiba terhenti, dan berpaling tadah kerana berlaku proses manipulasi emosi dan fikiran untuk menyerang rakan sepasukan mereka ketika berlaku sebarang pertempuran sengit dimedan perang.
Sebenarnya, ribuan tahun selepas berpuluh kali episod peperangan dan pertempuran hebat, Starlord atau nama sebenarnya Peter Jason Quill daripada 'Guardian of the Galaxy' telah menjumpai kristal ini didalam sebuah Orb ketika menyelongkar sampah angkasa, namun kita tidak akan bercerita tentang Starlord disini.
Goose The Cat yang muncul di dalam filem Captain Marvel yang berketurunan Flerken telah menelan batu Topaz orange yang digunakan oleh puak Penentang Orange Topaz ini.
💚Kaum Penyelaras Green Emerald 💚
Kaum Penyelaras Emerald Hijau merupakan sebuah kaum yang memegang kristal ajaib masa yang mempunyai kebolehan mengawal, melihat kebelakang, melihat masa depan dan juga mempercepatkan masa, bergantung kepada situasi dan penggunaan di medan pertempuran.
Emerald hijau boleh didapati di rantaian kepulauan pasifik dan juga Hawaii yang terkenal dengan aktiviti volkanisma. Mineral Emerald diperolehi selepas kristal terbentuk didalam magma, dengan unsur argentum (Ag) menguasai kristal hijau beekilau ini, sedikit mineral surihan aurum (Au) dan bahan-bahan misteri yang semulajadi dan aneh.
Kaum Penyelaras Emerald Hijau ini akan memakai sejenis kalung unik yang diperbuat daripada besi diraja dari Planet Ego dan ditempa khas dari Galaksi Andromeda. Kalung yang dipakai ini amat boleh digunakan sebagai pelindung kepada manipulasi masa ketika dimedan perang, terutamanya apabila berhadapan dengan pihak lawan. Pemimpin yang mengetuai puak Penyelaras Green Emerald ini adalah General Zexa, berpengalaman dalam peperangan besar selama 15 tahun sejak dilantik oleh Dewan Pemesyuaratan Penyelarasan Emerald hijau.
Untuk rekod, Dr. Strange merupakan super duper cicit asli kepada bangsa pemegang kristal hikmat Emerald Hijau ajaib ini dan beliau mewarisi kebolehan dalam mengawal masa dan perkara-perkara ajaib yang lain. Namun, kita tidak akan bercerita mengenai Dr. Strange hari ini.