Untuk cabaran seterusnya, mereka yang berjaya memperolehi surat tawaran rasmi daripada Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) diminta untuk hadir ke Kuantan, Pahang selama 10 hari. Mereka diminta hadir untuk menjalani proses pemilihan yang seterusnya iaitu modul rejim dan lebih ekstrem. Pada kali ini, walaupun mempunyai modul pemilihan yang hampir sama dengan Program Angkasawan pada tahun 2007 yang lalu, beberapa penambahbaikkan turut dilaksankan dibawah Pelan Tindakan Agensi Angkasa Lepas Nasional 2030 ini.
Antara penambahbaikkan yang telah dirangka termasuklah ketersediaan calon angkasawan untuk menetap selama tiga hingga enam bulan di stesen angkasa antarabangsa, kemahiran berjalan di angkasa atau bahagian badan komponen ISS atau lebih dikenali sebagai 'spacewalk' atau "Extravehicular activity (EVA)' samada untuk membaiki, menukarganti alatan di stesen angkasa ataupun hanya mahu melakukan eksperimen pada graviti sifar pada bahagian luar ISS terbabit. Selain itu, beberapa sampel virus seperti sampel Coronavirus (Covid-19), sample virus H1N1, virus Nipah, Virus E-Bola dan beberapa sampel virus yang lain akan dibawa secara selamat dalam bekas kedap udara yang telah dimeterai ke Makmal Columbus, ISS untuk mengkaji tindak balas virus-virus berkenaan terhadap suasana persekitaran tanpa oksigen, tanpa graviti dan kadar sinaran radiasi semulajadi luar angkasa yang tinggi.
Para calon akan menetap disebuah tapak perkhemahan ternama yang akan ditanggung kos sepenuhnya oleh pihak penaja. Taklimat kepada calon tentang aktiviti-aktiviti yang akan diadakan selama 10 hari ini turut dihadiri Datuk Peter Quay Yoong, Pengarah Agensi Angkasa Negara (MYSA) dan juga keterlibatan angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor. Dr. Nora Yuhanis merasa teruja apabila dapat bertemu kembali dengan Thivaran Nagaradjah, Lim Wei Jan, Daeng Mustakim, Samoi Rasal, Joseph Mading dan Josephine Imulok Yondina setelah beberapa bulan tidak bertemu. Namun, kelibat Surya Adrianna tidak kelihatan sehinggalah ke akhir taklimat itu berlangsung. Mereka difahamkan, seramai 40 orang lelaki dan selebihnya 10 orang wanita berjaya merebut tempat ke peringkat pemilihan yang seterusnya, menjadikan jumlah kumulatif calon yang layak adalah seramai 50 peserta kesemuanya.
Seusai sahaja selesai sesi taklimat, calon akan menjalani sesi pemeriksaan Aero kali kedua akan dilakukan dengan lebih terperinci di RMAF Kuantan. Semasa pemeriksaan Aero kali kedua ini, organ yang berada di bahagian perut dan pinggul telah diperiksa menggunakan alat ultra bunyi bagi mengesan sebarang masalah yang muncul pada bahagian abdomen terbabit. Fungsi paru-paru setiap peserta juga akan diuji sekali lagi bagi mengetahui keupayaan kapasiti paru-paru calon selain dapat mengesan tanda-tanda awal masalah asma mahupun radang paru-paru. Nilai kepadatan (density) tulang para calon juga akan diukur dengan menggunakan kaedah radionumerik kerana tulang yang kuat akan memberikan kelebihan yang maksima ketika berada di angkasa. Ketiadaan atau kekuramgan sumber oksigen akan memberi kesan yang sangat hebat terutamanya kepada tulang kerana elemen oksigen didalam zarah tulang itu sendiri dan masalah tulang yang rapuh pasti akan berlaku kepada para angkasawan.
Selain itu, ujian-ujian lain seperti ujian imbangan dan ujian fizikal juga turut dilakukan terhadap setiap calon. Calon perlu berdiri di atas sebuah mesin pengimbang khas dengan mata yang tertutup dan perlu mengangkat sebelah kaki mengikut giliran masing-masing. Ujian imbangan dan tekanan ini memerlukan setiap calon sampai ke tahap 95 peratus daripada kadar denyutan jantung mengikut umur calon pada waktu berkenaan. Ujian fizikal pula memerlukan calon untuk berlari di atas treadmill selama 15 minit dan juga berbasikal selama 20 minit.
Pada waktu yang sama, calon yang terlibat akan mengikuti ujian ruang altitud. Mereka akan diletakkan di dalam satu perut pesawat pengangkut bekalan TUDM dan diberi 100 peratus kadar oksigen dalam masa setengah jam yang pertama. Lalu, pesawat akan berlepas ke ketinggian 25,000 kaki ketinggian dan akan diarahkan untuk menanggalkan topeng oksigen masing-masing. Mereka akan diuji untuk membuat pengiraan subjek matematik tambahan tingkatan lima dan juga mentafsir gambar-gambar yang diberikan kepada setiap seorang di dalam satu kertas mahjong. Ujian ini termasuk di dalam modul terbaharu pencarian angkasawan bagi mengesan kadar hipoksia (kekurangan oksigen) calon pada altitut tinggi dengan kadar oksigen yang amat rendah. Tanda-tanda hipoksia adalah seperti meracau, perasaan tidak selesa, sesak nafas mahupun pengsan dan tidak sedarkan diri.
Kesemua ujian-ujian ini akan di pantau oleh sekumpulan doktor -doktor pakar terkemuka. Mereka yang akan mencatatkan setiap satu perincian mengenai calon dan keadaan kesihatan mereka sepanjang berlangsungnya proses pemilihan ini.
***
Pada hari kedua cabaran, mereka diminta untuk memasak masakan orang Rusia dengan bahan-bahan yang telah disediakan mengikut tahap pengetahuan masing-masing. Resipi mestilah mempunyai sedikit latar belakang makanan tradisi orang Rusia. Mereka telah dibahagikan kepada 10 buah kumpulan-kumpulan kecil dan antara bahan-bahan yang disediakan termasuklah telinga lembu betina, lidah lembu jantan, bijiran bijan, roti Russia, tepung gandum dan sebagainya. Ini penting bagi membiasakan diri mereka dengan persekitaran makanan orang Rusia kelak selain memberi pengalaman baru kepada calon-calon.
Dr. Nora Yuhanis berjaya berada satu kumpulan bersama Josephine Imulok Yondina dan Samoi Rasal yang pastinya memberi banyak input berguna tentang resepi asas yang menarik dalam menyediakan menu masakan orang Rusia. Antara menu yang berjaya dimasak oleh mereka termasuklah Shashlik, Golubtsy, Beef Stroganoff, Veal Orloff dan juga Pozharsky Cutlet. Ini adalah berkat pengalaman Josephine yang sudah terbiasa dengan makanan-makanan tradisi masyarakat Asia Timur khususnya di Rusia dan juga Khazakstan ketika menjadi pegawai khas dikedutaan semasa bertugas di negara-negara berkenaan.
Shashlik merupakan sejenis makanan berupa daging lembu bakar yang telah diperap selama sejam dan daging berkenaandibakar dibawah arang bersuhu panas. Shashlik cukup terkenal terutamanya di kawasan Asia Timur dan juga Eropah Timur. Golubtsy pula merupakan sejenis makanan seakan-akan popia gulung yang mana di dalamnya boleh berisi sayur-sayuran, lidah lembu jantan dan juga bijiran. Makanan ini kebiasaannya boleh dicecah dengan krim ataupun sambal masala. Beef Stroganoff pula adalah sejenis makanan berkuah yang mempunyai kandungan mustard, cendawan dan juga krim masam. Makanan ini dipercayai sudah wujud sejak tahun 1871 lagi oleh Elena Molokhovets.
Ada juga kumpulan yang membuat fusion ataupun kombinasi resepi antara dua jenis makanan tradisi bangsa Rusia dengan bangsa lain, namun, kebanyakan makanan yang disediakan kelihatan menyelerakan dan mempunyai persembahan di atas pinggan yang mengagumkan. Namun, seusai sahaja tamat jumlah waktu yang ditetapkan iaitu selama durasi 3 jam, mereka semua diwajibkan untuk merasa makanan yang disediakan oleh kumpulan lain. Setiap reaksi dan sikap mereka akan dicatatkan oleh barisan pakar psikologi yang mengambil tempat di bahagian penjurian. Ada yang termuntah, manakala ada juga calon yang langsung tidak boleh makan makanan yang eksotik ini.
Bagi Dr. Nora Yuhanis pula, ini bukanlah sesuatu yang luar biasa baginya kerana sejak dahulu dia sudah terbiasa makan makanan yang berada di tong sampah, bekas makanan di tepi shopping complex dan juga di tepi-tepi sungai. Perutnya sudah terbiasa dengan makanan-makanan yang sudah basi mahupun mempunyai rasa yang pelik. Baginya, tiada salahnya untuk mencuba sesuatu yang baharu kerana sememangnya dia menginginkan cabaran yang berbeza dalam hidupnya.
Pada waktu malamnya pula, mereka akan menyertai kelas asas bahasa Rusia yang berlangsung selama 2 jam setiap hari untuk membiasakan calon-calon dengan bahasa Rusia kelak. Kelas Bahasa Rusia ini telah diajarkan oleh seorang guru bahasa Rusia yang dibawakan khas dari negara soviet berkenaan bernama Yuri Malachenko. Pada hari-hari terakhir nanti, mereka akan menduduki peperiksaan penilaian bahasa Rusia dan setiap jawapan mereka akan dinilai akan tahap kefahaman dan ketepatan sebutannya.
Pada hari berikutnya, mereka telah diarahkan masuk ke hutan di sekitar Sungai Lembing, Pahang dan dilepaskan kepada 10 kumpulan. Mereka dibekalkan dengan kompas SUUNTO, Global Positioning System (GPS) berjenama Garmin, peta topografi, plastik sample lutsinar, tukul besi, tali, sejenis nota lapangan dan beberapa botol air mineral. Mereka diminta untuk menuju ke arah satu lokasi mengikut titik GPS yang telah ditetapkan. Pada setiap titik tersebut, mereka akan menghadapi beberapa halangan dan cabaran seperti perlu memanjat pokok, mereka perlu mengambil sampel tanah, batu dan tumbuhan pakis & cendawan hutan, mereka perlu melompat ke arah seberang sungai dengan menggunakan tali, perlu meranduk sungai yang dipenuhi pacat dan lintah dan pelbagai halangan lagi. Titik terakhir cabaran tersebut adalah di Air Terjun Pelangi dan pasukan yang pertama sampai ke kawasan Air Terjun Pelangi berkenaan akan menjadi juara.
Sampel-sampel tanah dan batuan ini nanti akan dibawa ke tapak perkhemahan dan peserta diminta untuk membuat satu tafsiran penuh sebanyak 2,000 patah perkataan untuk setiap satu sampel yang diambil dan ditulis di atas beberapa keping kertas kajang yang telah disediakan. Mereka akan mencatatkan apa sahaja yang mereka nampak seperti warna, bentuk, saiz butiran, tahap kelembapan dan sebagainya sebanyak 2,000 patah perkataan. Tumbuh-tumbuhan hutan yang telah dikutip pula akan dibawa ke cabaran waktu malam. Cabaran waktu malam ini nanti, calon-calon diminta untuk memasak tumbuh-tumbuhan hutan yang telah dikutip pada siang harinya ini untuk dijadikan hidangan makan malam.
***