Chereads / Takdir Terindah / Chapter 2 - Bab 2 : Bercuti

Chapter 2 - Bab 2 : Bercuti

11 November 2017

Buat apalah kau berdebar sangat ? ni bukan pertama kali pun kau naik kapal terbang . Aku kena confident ! berkerut kerut mukanya melayani hati yang ligat bermonolog . Gadis yang jelita ini kemudiannya melangkah tenang memasuki KLIA . Dia duduk di kerusi hadapan sementara menunggu penerbangannya pada pukul 10.30 pagi. " Cik Maira , sila ikut saya " sapa seorang pramugari . Tanpa berlengah Maira mengangguk lalu mengikuti langkah pramugari itu ke penerbangan

~

Setibanya di Lapangan Terbang Frankfurt , dia segera mendapatkan teksi untuk ke Hotel Isha . Sebuah bilik yang ditempah secara online bagi mengelakkan sebarang masalah tempat penginapan sepanjang tiga hari percutian . Sebaik sahaja Maira menjejakkan kakinya ke bilik tiada lain yang dia ingin lakukan selain dari berehat . Dia meletakkan beg pakaiannya di tepi katil lalu merebahkan tubuhnya di atas katil yang begitu empuk .

Dia mecapai telefon bimbitnya lalu mendail

-Mummy-

"Iya , Ira baru aje sampai ni . Mummy janganlah risau ye . Mummy dan daddy jaga diri ya . Kirim salam kat Abang Haz ye ." ucapnya lembut seraya memutuskan talian . Alahai ! rindunya kat mummy dan daddy baru sekejap dah rindu , maklumlah anak mummy bisik Maira sambil tersenyum . Dia bangun dari katil lalu bersihkan badan . Biar esok sahajalah di menjelajah di bumi Jerman ni.