Maira bangun dari tidurnya dan membuka sliding door ke arah balkoni . Dia menatap pemandangan yang begitu indah di Jerman .
Bunyi deringan telefon bimbit meyedarkan Maira dari menikmati suasana waktu pagi di Jerman . Tanpa berlengah Maira menuju ke arah telefon bimbitnya lalu mengangakat panggilan dari mummynya .
" Ira baru bangun ni . Kejap lagi Ira nak pergi jalan - jalan cari makan " kata Maira sambil tersenyum sinis . Sebelum Maira memutuskan talian , dia sempat memberi ciuman dari telefon kepada mummynya .
~
Perut dah berkeroncong , tapi kedai makanan halal masih tak jumpa . " Haih dah dekat 2 jam aku main pusing - pusing ni , tapi tak jumpa - jumpa pun " Maira mengeluh . " Cik ? " Maira menghentikan langkah sebaik sahaja mendengar sapaan dari belakang . Tanpa berpaling , Maira meneruskan langkahnya dengan perlahan. Ish ! jangan layan , entah - entah dia nak rompak aku tak . Maira bermonolog dalam hati. Namun sekali lagi dia menghentikan langkah apabila terfikir yang sapaan yang diterima tadi dalam bahasa melayu . Dia menghembus nafas dan berpaling , lelaki tu masih berada di belakangnya tersenyum sinis melihat Maira berpaling ke arahnya . " Cik cari restoran halal ke ? " tanya lelaki itu sinis . " Hmmm... " jawab Maira acuh tak acuh. " Kebetulan saya baru lepas makan ni " senyum jejaka itu membuatkan Maira rasa tidak selesa . " Okey.. lebih baik encik terus je jawab kat mana restoran halal kat sini ? " geram Maira . " Cik jalan terus je " jawab jejaka itu sambil menunjukkan ibu jarinya di jalan . Tanpa berpaling Maira terus pergi ke arah jalan yang ditunjukkan oleh jejaka tadi.
~
Restoran Selera Malaysia memang pilihan tepat bila kita lapar . Sajian ayam dan daging yang disediakan memang lazat . Memang tepat . Maira mengambil teksi untuk pulang ke hotel. Sampai di hotel dia merebahkan tubuhnya di atas katil lalu berfikir sejenak . Ish ! apa la kau ni , tak sempat nak ucap terima kasih kat lelaki tadi . Nampak sangat kau ni sombong ! bebel Maira dalam hati . Memikirkan perbuatannya sekejap tadi . Dia menuju ke bilik mandi untuk membersihkan dirinya .