Chereads / Cinta Tidak Berpisahan / Chapter 2 - Kisah Percintaan Antara Rizky dan Rin

Chapter 2 - Kisah Percintaan Antara Rizky dan Rin

Sudah seminggu sejak Rin memberitahu Rizky yang dia suka pada Rizky. Mereka sering makan bersama-sama pada waktu rehat. Rakan sekelasnya berasa cemburu terhadap Rizky. "Macam mana lelaki macam Yuuki boleh bersama-sama dengan Azaki-chan. " bisik salah seorang lelaki dalam kelasnya. "Entahla muka dia biasa-biasa saja. Tetapi kenapa begitu? Taraf mereka tidak setanding.Azaki-chan adalah seorang yang agak terkenal tetapi mengapa dia pilih Yuuki-san. " jawab kawannya. "Baiklah Makoto-san, cakap 'ahh'. " kata Rin. "Betul ke ni? Ia agak memalukan. Lagipun ramai orang sedang memandang kita. " jawab Rizky. "Alah buat saja. Kalau tak saya tak nak berjumpa dengan awak lagi. " kata Rin memberi amaran kepada Rizky. "Baiklah, baiklah saya akan buat. " jawab Rizky. "Ahh 'num num'. " Rizky makan makanan yang disuap oleh Rin. "Bagaimana rasanya? Sedap atau tidak? " tanya Rin. "Wah, sedapnya! " kata Rizky. "Betul ke? Yay Makoto-san sukakanya. " kata Rin sambil tersenyum. "Hey Rin, umm apa kata kita keluar pergi temu janji hari Ahad ini? "tanya Rizky. " Umm saya rasa boleh saja lagipun kita tidak pernah keluar lagi jadi saya terima. "jawab Rin." Bagus Rin terima.Ini pertama kali saya keluar dengan perempuan."kata Rizky."Betul ke? Saya ingat awak pernah keluar dengan perempuan dari negara awak. "kata Rin. " Oh tidak. Saya bukannya terkenal di kalangan perempuan. "jawab Rizky. " Oh begitu. Ia agak sedih rasanya. "kata Rin.

Hari yang ditunggu- tunggu sudah tiba. Apabila Rizky bangun dari tidur, dia ternampak timbulan dalam selimutnya. Dia selak selimutnya dan dia nampak Rin-chan sebelahnya. " Ahh!!!! Rin-chan, apa yang awak buat disini? "kata Rizky dalam keadaan terkejut. " Saya sebenarnya tidak boleh tidur semalam. "kata Rin. " Dan awak menyelinap masuk ke dalam bilik saya. "kata Rizky. " Ya. Apabila tidur atas katil awak, saya terus tertidur lena. "jawab Rin. " Tak mengapa kalau begitu. Oh ya, hari ini la harinya bukan? "tanya Rizky. " Alamak! Saya terlupa tentang itu. "kata Rin. " Hah! Awak terlupa. Tak mengapa, ambil masa awak untuk bersiap. Saya akan tunggu. "jawab Rizky. " Baiklah. Ia takkan ambil masa yang lama. "kata Rin sambil tersenyum. Rizky tunggu di ruang tamu di dorm itu. Dia ternampak Shidou sedang menyediakan sarapannya. " Yo Shidou, kau buat apa? "tanya Rizky. " Oh Makoto, saya sedang buat sarapan. Kau nak aku buatkan? "soal Shidou. " Tidak perlu. Aku nak keluar nanti. "jawab Rizky. " Keluar hah. Adakah kau keluar dengan Azaki-chan? "soal Shidou lagi. " Ya betul tu. Aku sedang tunggu dia bersiap. "jawab Rizky. " Oh begitu. Tak mengapa la kalau begitu. "kata Shidou. "Makoto-san. " Rin memanggil Rizky. "Wah Rin-chan, awak nampak cantik. " kata Rizky. "Betul ke? Terima kasih. Jadi, nak keluar sekarang? " tanya Rin. "Jom kita pergi. " ajak Rizky. Rizky dan Rin pergi keluar pintu. "Semoga berjaya dalam temu janji kau, Makoto. " jerit Shidou pada Rizky.

Rizky dan Rin dalam perjalanan untuk pergi ke lokasi temu janji mereka. "Jadi, ke manakah kita akan pergi, Rin-chan? " tanya Rizky. "Saya pun tidak tahu. Awak nak pergi ke mana? " soal Rin balik. "Saya mana tahu. Saya bukannya berasal dari Jepun. " jawab Rizky. "Oh betul juga, jadi awak akan ikut saya sahaja la. " kata Rin. "Ok la kalau begitu. " jawab Rizky. Rizky membuat keputusan untuk ikut Rin dan buat apa yang Rin mahu buat. Beberapa minit kemudian, mereka tiba di sebuah pusat beli-belah. "Jadi, awak mahu pergi ke sini. "kata Rizky. " Ya. Saya mahu beli sesuatu ataupun saya mahu untuk cuci mata sahaja. "jawab Rin. "Baiklah saya akan ikut sahaja. " kata Rizky. Mereka tiba di sebuah kedai pakaian. "Mari kita masuk. " ajak Rin. "Baiklah." jawab Rizky. Mereka masuk ke dalam kedai tersebut. Mereka pergi ke lorong pakaian wanita. "Yang mana lebih cantik, yang warna merah jambu atau yang warna biru? " tanya Rin kepada Rizky. "Saya rasa yang warna biru lebih cantik. " jawab Rizky. "Oh kalau begitu warna biru lah. " kata Rin. "Rin,boleh awak tunggu sekejap. " kata Rizky. Rizky pergi ke lorong pakaian lelaki. Dia mengambil sehelai baju berwarna biru. "Eh, awak nak beli baju juga ke? " tanya Rin. Ya betul. Nanti kita boleh jadi sepadan. "kata Rizky. " Betul juga. "kata Rin. " Beri saya baju awak saya bayarkan. Guna duit saya saja. "kata Rizky. " Awak nak belanja. Baiklah. "jawab Rin. Rin memberikan bajunya kepada Rizky. Rizky pergi ke kaunter pembayaran. " Semuanya 5560 yen. "kata penjaga kaunter tersebut. " Baiklah. "jawab Rizky. Rizky membayar pakaian tersebut. Rin menunggu Rizky di luar. "Awak dah bayar? " tanya Rin. "Sudah.Jadi, nak pergi ke mana lagi? " kata Rizky. "Awak nak pergi mana? " soal Rin balik. "Hmm, disini ada kedai komik tak.? " kata Rizky. "Ada.Ikut saya. " ajak Rin. Mereka tiba di sebuah kedai komik. "Awak mahu beli apa? " tanya Rin. "Disebabkan kita berada di Jepun. Jadi, saya mahu beli manga Kimetsu no Yaiba. " kata Rizky. "Kimetsu no Yaiba! Awak sukakannya juga. " kata Rin. "Ya, saya dah lama meminatinya. " kata Rizky. Mereka masuk ke dalam kedai itu dan membeli komik tersebut. "Jadi, apa kata kita pergi makan. " cadang Rizky. "Bagus juga. Tapi awak kata kalau nak makan di luar awak kena makan makanan yang halal. " kata Rin. "Ya betul. Tak mengapa, saya akan cari kedai makanan halal sekitar sini. Ok saya dah jumpa satu. Ia berdekatan dengan kita. Hanya 300 meter dari sini. " kata Rizky."Baiklah, jom kita pergi. " kata Rin. Beberapa minit kemudian, mereka tiba di kedai tersebut. "Jadi inilah kedainya. Mari kita masuk. " kata Rizky. "Baiklah." jawab Rin. "Selamat datang. Meja untuk dua? "tanya pelayan itu. " Ya betul. "jawab Rizky. " Baiklah, ikut saya. "kata pelayan itu. Mereka duduk di tempat yang pelayan itu tujukan. " Jadi awak nak makan apa? "tanya Rin. " Hmm, saya rasa saya nak makan kari la. "kata Rizky. " Hmm, saya mahu makan ramen saja la. "kata Rin. "Baiklah. Maafkan saya, pelayan. Kami mahu membuat pesanan. " Rizky memanggil pelayan tersebut. "Ya, kamu mahu pesan apa? " tanya pelayan itu. "Kami mahu satu nasi kari dan satu ramen. Oh dan kami mahu dua teh hijau. Terima kasih. " kata Rizky. "Baiklah." kata pelayan itu. Pelayan itu mengambil menu yang diberikan. "Wah ini pertama kali saya datang ke sini. Saya tak pernah tahu pun ada kedai yang macam ini. " kata Rin. Rizky tidak menjawab apa yang Rin katakan. "Awak tak apa-apa Makoto? " tanya Rin. "Oh tidak ada apa-apa lah, haha. " jawab Rizky dengan kelihatan curiga. "Betul ke ni. Awak nampak risau. " kata Rin. "Saya nampak risau? " tanya Rizky. "Ya, ia seperti awak memikirkan sesuatu. " jawab Rin. "Sebenarnya saya rindu akan keluarga saya. Saya tidak pernah berjauhan dengan mereka sebelum ini. " kata Rizky. "Oh begitu. Awak akan tinggal disini selama setahun bukan? " tanya Rin. "Ya betul. Saya rasa sedikit sunyi. " kata Rizky dalam nada yang sedih. "Tak mengapa, saya kan ada. Saya boleh temankan awak. Lagipun saya kekasih awak jadi awak tak perlulah risau. " kata Rin. "Betul kata awak. Mungkin saya tidak mempunyai ramai kawan tetapi saya ada awak di sisi saya. Terima kasih menceriakan saya. " kata Rizky. "Sama-sama." jawab Rin. "Terima kasih sebab menunggu. Ini dia pesanan awak. " kata pelayan itu. "Terima kasih. " kata Rizky. "Wah nampak sedap la. Saya makan dulu. " kata Rizky lagi. Mereka berdua makan makanan tersebut. "Baiklah Rin, cakap 'ahh'. " kata Rizky. "ahh 'nom nom'. Wah sedap betul. Awak mahu cuba ramen saya. " tawar Rin. "Baiklah.'slurp' wah ramen ini juga sedap rasanya. " kata Rizky. Mereka makan makanan mereka sehingga habis. "Wah kenyang betul saya. Ok saya perlu pergi membayarnya. " kata Rizky. "Awak nak belanja saya lagi? "tanya Rin."Ya. Saya sanggup bayarnya untuk awak. "jawab Rizky. " Tak perlu. Nah pakai duit saya ataupun kita kongsi. "kata Rin. " Baiklah kita kongsi duit. "jawab Rizky. Rizky pergi ke kaunter pembayaran. " Semuanya 3000 yen. "kata penjaga kaunter tersebut. " Baiklah . "kata Rizky. Rizky membayarnya sementara itu Rin tunggu di luar. " Ok saya sudah bayar.Mari kita balik. " kata Rizky. "Baiklah." jawab Rin. Dalam perjalanan pulang, Rin secara tiba-tiba memegang tangan Rizky. "R-Ri-Rin apa awak buat? " tanya Rizky dalam keadaan gementar. "Saya cuma memegang tangan awak sahaja. " jawab Rin. "Ia membuatkan saya terkejut itu saja, haha. " kata Rizky. "Oh begitu. Bagaimana kalau saya buat begini. " kata Rin sambil memegang lengan Rizky. "Dekat sangat! " kata Rizky dalam hati. Muka Rizky menjadi merah dan kelihatan cemas. "Oh saya tahu nak buat apa, apa kata kita ambil swafoto. " cadang Rin. "Bagus juga idea itu. Guna telefon saya sahaja. Ok tiga, dua, satu 'click'. " Rizky mengambil gambar itu. "Saya nak tengok gambar itu. Wah, kita nampak comel. " kata Rin sambil tersenyum. " Jom kita balik. Aduh!!"kata Rin dalam kesakitan. "Awak tak apa-apa Rin. Oh kaki awak melicit. Nak saya angkat awak? " tanya Rizky. Rin mengangguknya sahaja. Rizky mendukung Rin sehingga sampai ke dorm mereka. "Selamat pulang Makoto, Azaki-san." sambut Shidou. "Kami dah pulang. Rin, saya akan letakkan awak di sofa. Awak berehatlah dahulu. " ujar Rizky. "Terima kasih, Makoto. " kata Rin. "Apa yang terjadi? " bisik Shidou kepada Rizky. "Kaki Rin melicit jadi saya dukung dia sampai ke dorm. " kata Rizky. "Oh begitu. " jawab Shidou. Rizky menemani Rin di ruang tamu sehingga Rin tertidur. Kemudian, Rizky mendukung Rin sampai ke bilik Rin. Rizky meletakkan Rin di atas katilnya dengan berhati-hati dan berkata. "Mimpi indah Rin. ".

Keesokkan harinya, Rizky pergi ke bilik Rin untuk mengejutnya. " Rin, awak dah bangun? "kata Rizky. Tiada jawapan daripada Rin. " Rin, maafkan saya. Saya masuk ke dalam ya. "kata Rizky lagi. Rizky masuk ke dalam dan lihat Rin masih tidur. " Rin, bangun. Ia sudah pagi. Bangun sekarang kalau tidak awak akan lambat ke sekolah. "kejut Rizky. " Hah, dah pagi. Oh selamat pagi Makoto. Eh Makoto, apa awak buat di bilik saya! "kata Rin dalam keadaan terkejut. "Cepat siap atau kita akan lambat. " kata Rizky. "Baiklah." kata Rin. Rizky tunggu di ruang tamu. Beberapa minit kemudian, "Makoto saya dah sedia. Mari kita pergi. "kata Rin. Mereka bergegas pergi ke sekolah. Mereka tiba di sekolah lima minit sebelum kelas bermula. " Hah, hah sampai juga. "kata Rizky dalam kepenatan. " Yo Yuuki-san, kenapa kau lambat. "tanya Kibe. " Mungkin saya terlebih tidur. " jawab Rizky. "Begitu.Tetapi kenapa kau tiba bersama dengan Azaki-chan. " tanya Kibe lagi. "Saya tak tahu. Mungkin dia juga terlebih tidur. " jawab Rizky. "Sebenarnya Rin yang terlebih tidur tapi disebabkan dia aku pun lewat sekali. " kata Rizky dalam hati. Sementara itu percakapan diantara Rin dan kawannya, Sumi Sarashina. "Rin-chan, mengapa awak lambat? " tanya Sumi. "Haha, saya terlebih tidur. Tapi saya bangun dan terus nampak Makoto di sebelah mengejutkan saya. " jawab Rin. "Makoto? Maksud awak Yuuki-san. Oh ya, awak tinggal di dorm yang sama bukan? " kata Sumi. "Ya.Apa yang saya ingat semalam ialah dia mendukung saya sehingga tiba di dorm. Dia letakkan saya di sofa dan saya tertidur. Dan saya bangun di atas katil saya. " kata Rin. " Mungkin dia angkat awak sampai ke bilik awak. "jawab Sumi. " Saya rasa agaknya. "kata Rin. " Oh kelas nak bermula, kita sembang nanti ya, Rin-chan. " kata Sumi. "Baiklah, Sumi-chan. " jawab Rin. Kelas dijalankan seperti biasa. Pada waktu rehat, "Makoto, boleh saya duduk di sini. " kata Rin. "Oh maaf saya perlu pergi ke tandas. " kata Rizky. "Oh baiklah saya akan tunggu di sini. " jawab Rin. Rizky terus pergi ke tandas. Selepas dia selesai, dia terus pergi ke kelasnya. Dalam perjalanan, dia terserempak dengan Sumi. "Nama awak Yuuki betul. " kata Sumi. "Ya betul dan awak? " tanya Rizky. "Oh saya Sumi Sarashina. Saya berada di kelas yang sama dengan awak dan saya ialah kawan baik kepada Rin-chan, teman wanita awak. " kata Sumi. "Jadi apa yang awak nak? " tanya Rizky. "Saya nak awak beritahu apa yang terjadi pagi tadi. " jawab Sumi. "Apa maksud awak? " tanya Rizky lagi. "Rin-chan beritahu semuanya pada saya. Jadi apa awak buat? "tanya Sumi semula. " Ok saya beritahu . Saya dan Rin pergi temu janji. Apabila kami mahu pulang, kaki Rin melicit. Jadi saya dukung dia sampai ke dorm. Saya bersama dengan Rin di ruang tamu sehingga dia tertidur. Jadi saya dukung dia sampai ke biliknya. Pada paginya, saya tunggu Rin di ruang tamu seperti biasa tetapi dia tidak turun jadi saya pergi ke biliknya untuk mengejutnya. Itu sahaja yang saya buat. "jawab Rizky. " Begitu. Baiklah saya percaya awak. Jadi jumpa di kelas. "kata Sumi. Rizky tiba di kelasnya. " Makoto mana awak pergi?"tanya Rin dalam nada marah. "Saya pergi tandas. Dalam perjalanan pulang ke kelas, saya terjumpa dengan Sarashina-san. " jawab Rizky. "Begitu." kata Rin. Mereka menikmati bento mereka.