Chereads / Cinta Tidak Berpisahan / Chapter 5 - Saat Sebelum Rizky Pulang ke Malaysia

Chapter 5 - Saat Sebelum Rizky Pulang ke Malaysia

Hanya tinggal dua bulan sahaja lagi sebelum Rizky pulang ke Malaysia. Tidak banyak yang berlaku sepanjang bulan sebelumnya.

"Selamat pagi, Yuuki. " tegur Kibe.

"Selamat pagi, Tomokazu-kun. Apa kau nak? "

"Kau tahu tak hari ini hari apa? "

"Tak. "

"Hari ini adalah Hari Valentine. "

"Jadi? "

"Aku berharap sangat yang aku akan dapat coklat daripada seseorang. "

"Haha mimpi sahajalah. "

"Jangan cemburu jika aku dapat satu."

"Apa-apa sahaja lah. "

Sementara itu situasi Rin pula,

"Selamat pagi, Rin. " tegur Sumi

"Oh selamat pagi, Sumi-chan. Ada apa ya? "

"Memandangkan hari ini adalah Hari Valentine, awak bercadang untuk memberi coklat kepada seseorang? "

"Mestilah ada. "

"Mesti orang itu ialah Yuuki-kun bukan? "

"Ya betul. Harap-harap dia menyukainya."

"Sudah sekian lama korang berdua bersama. Apa-apa pun semoga berjaya. "

Sumi pergi ke tempat duduknya semula. Kemudian guru mata pelajaran masuk ke kelas. Mereka terus memulakan pelajaran mereka. Beberapa jam kemudian, tiba masanya untuk waktu rehat. Selepas makan bekalnya, Rizky bercadang untuk keluar dari kelas seketika. Semasa berjalan, Rizky terserempak dengan Rin.

"Ah Makoto terkejut saya. "

"Oh Rin, apa awak buat di sini? "

"Saya cuma lalu sahaja di sini. Ah baru saya teringat. Awak ada dapat coklat daripada sesiapa tak? "

"Coklat? Ya saya dapat satu. "

"A-Awak dapat s-satu? D-Daripada siapa? "

"Umm daripada Sarashina-san. "

"Eh? Apa!!!??? "Rin seperti tidak percaya kepada itu.

"J-J-Jangan risau. Ia bukan coklat kekasih. "

"Betul ke? "

"Ya betul.

Beberapa minit sebelum Rizky berjumpa dengan Rin,

"Yuuki-kun, boleh awak ikut saya sekejap? " tanya Sumi.

"Umm boleh. "

Sumi membawanya ke luar kelas.

"Jadi apa yang awak nak? " tanya Rizky.

"Nah ambil ni. " Sumi memberikan coklat yang kecil kepada Rizky.

"Eh? " fikiran Rizky terhenti seketika.

"Jangan salah faham ia bukan sebab saya suka pada awak. Ia cuma tanda terima kasih kerana membuatkan hidup Rin bahagia."

Oh. Terima kasih ya. "

"Apa-apa sahajalah. Jumpa lagi. "

Sumi pergi dari situ.

"Oh jadi itulah yang terjadi. " Rin berasa sedikit lega.

"Umm Makoto, saya ada buat coklat untuk awak. Saya harap awak menyukainya. "

Oh terima kasih. "

'Ding dong ding dong'

Loceng sudah berbunyi yang menandakan waktu rehat sudah tamat. Mereka begegas pulang ke kelas sebelum guru mata pelajaran tiba. Selepas tamat waktu persekolahan, Rizky terus pulang ke dorm. Tanpa menghiraukan sesiapa, Rizky terus masuk ke dalam biliknya. Akhirnya, Rizky bersendirian. Rizky mengambil coklat yang Rin berikan kepadanya itu dari dalam begnya. Apabila Rizky membuka kotak coklat, ia kelihatan seperti coklat buatan sendiri. Rizky mengambil sebiji coklat yang berbentuk hati.

"Macam sedap. "

Rizky terus makan coklat tersebut.

"Wah, memang sedap! "

Rizky memakannya tanpa henti sehingga tiada coklat yang tinggal dalam kotak itu. Keesokkan harinya, semasa dalam kelas,

"Selamat pagi Yuuki. " tegur Kibe.

"Ah selamat pagi Tomokazu-kun. "

"Beritahu aku, berapa coklat kau dapat semalam? "

"Aku dapat dua. Kenapa? "

"Tak mungkin. Aku ingat kita kawan. Sanggup kau khianat aku macam ni. "

"Ehh~~ macam ini pun ada ke? "

"Apa-apa pun aku tak kisah pun. Sebab kau pun ada teman wanita jadi tak hairan la. "

Terima kasih sebab memahami. "

Sementara itu situasi Rin pula,

"Selamat pagi Rin. "tegur Sumi.

"Selamat pagi Sumi-chan. "

"Jadi awak berikan coklat itu atau tidak? "

"Ya saya memberinya. "

"Bagus. Jadi dia suka atau tidak? "

"Saya tak tanya lagi tapi saya harap dia suka. "

"Oh macam tu. "

Tiba-tiba guru mata pelajaran masuk ke kelas dan mulakan pembelajaran.

Dua bulan kemudian, harinya sudah tiba. Masa untuk Rizky pulang ke Malaysia. Rizky sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan keluarganya. Rizky sudah bersedia untuk ke lapangan terbang. Semasa orang ramai berkumpul untuk ucap selamat tinggal kepadanya, Rizky tidak nampak kelibat Rin di mana-mana.

"Shidou kau ada nampak Rin tak? "

"Tak nampak lah pula. Mungkin dia ada dalam bilik. "

Tidak lama kemudian, Rin turun ke bawah dengan membawa dua beg pakaian. Rizky berasa hairan mengapa Rin membawa beg tersebut sedangkan Rizky yang perlu pergi. Jadi Rizky membuat keputusan untuk tanya kepadanya.

"Rin kenapa awak bawa beg ini? "

"Oh saya tak beritahu awak lagi. Saya akan menjadi pelajar pertukaran ke Malaysia. "

"Apa!!?? "

"Maaf tak beritahu dari awal. "

"Jadi awak akan pergi ke sekolah apa? "

"Umm satu sekolah bernama SMK Sultan Abu Bakar kalau sebutan saya betul Iah. "

"Eh itu sekolah saya. "

"Betul ke? Jadi kita boleh bersekolah bersama lagi. "

"Boleh awak berikan surat pertukaran awak? Saya mahu memastikannya. "

"Boleh."

Rin memberikan suratnya kepada Rizky. Rizky terus membacanya dan terbukti yang Rin akan pergi ke sekolah yang sama dengannya. Rizky memulangkan surat itu kepada Rin.

"Baiklah kamu berdua, cepat ucap selamat tinggal kepada kawan kamu atau kita akan lambat. " kata Kasumi-sensei dari belakang.

"B-Baiklah."

Mereka cepat-cepat pergi ke kawan-kawan mereka dan ucapkan selamat tinggal. Setelah selesai, mereka keluar dan terus bertolak ke lapangan terbang. Tiba sahaja di sana,

"Baiklah kamu berdua, ini mungkin perjumpaan terakhir kita jadi saya cuma nak cakap yang saya gembira yang kamu adalah murid saya. "

"Sensei."

"Cepat atau kamu akan terlepas. "

"Baiklah. Jumpa lagi sensei. " kata mereka berdua sambil melambai tangan mereka.

Mereka pergi ke mesin imbasan dan terus pergi ke dek berlepas. Mereka menaiki kapal terbang tersebut. Selepas 6 jam dan 45 minit penerbangan, mereka tiba di Malaysia. Selepas selasai mengimbas, mereka pergi ke tempat menunggu. Semasa berjalan mencari tempat duduk, Rizky ternampak keluarganya.

"Mama! Papa! "jerit Rizky. Rizky terus berlari menuju ke mereka. Rin mengikurinya dari belakang.

"Izz! " panggil ibunya.

"Izz? " Rin berasa pelik mengapa ibunya memanggil Rizky begitu tetapi Rin cuma beranggapan yang itu hanyalah nama panggilan.

"Wah rindu betul dengan Papa dengan Mama."

"Kami pun sama. "

"Ah ini saya nak perkenalkan Rin. "

"Mama tahu budak yang jadi kawan abang masa kita pergi melancong dulu. " bisik Rizky kepada ibunya.

"Ah Rin rupanya dah besar panjang kamu ya. "

"Gembira jumpa mak cik. "

"Gembira juga berjumpa dengan kamu. Kamu masih comel seperti dulu semasa kita mula-mula berjumpa. "

Secara tiba-tiba, riak wajah muka ibunya menjadi sedih seakan mahu menangis.

"Umm semuanya tak apa-apa ke mak cik? "

"Mak cik baik sahaja. Jangan risau. Izz, kamu dah beritahu Rin tentang 'itu'. "

"Tak belum lagi. "

"Hmm beritahu saya apa? "

"'sigh' rasanya dah tiba masa untuk beritahu awak sesuatu. "

"Apa dia? "

"'sigh' saya tak mahu sakitkan hati awak tapi saya akan beritahu. Rizky bukan nama sebenar saya. Nama sebenar saya ialah Izuki. Rizky adalah nama abang kembar saya. "

"Jadi kenapa awak guna nama dia? "

"Sebenarnya dialah yang dapat tawaran tersebut tetapi dua minggu sebelum surat itu sampai, dia terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan dia koma sehingga sekarang. Kami tak mahu peluang itu disia-siakan jadi saya buat keputusan untuk menggantikan tempat dia. "

"Tak mungkin. " Rin terkejut sehingga kakinya tidak boleh berdiri.

"Maaf tak beritahu awak dari awal tapi awak nampak sangat gembira bila jumpa saya. Jadi saya buat keputusan untuk berahsia sehingga masa yang sesuai untuk diberitahu. "

"Tapi macam mana awak tahu tentang semua benda yang saya buat dengan abang awak? "

"Walaupun hanya dia yang pergi, dia cerita apa yang dia buat. Kecuali semasa festival musim panas itu. Masa itu memang saya ada, cuma awak sahaja yang tak perasan saya. Jadi saya nampak semua yang berlaku."

"Oh macam itu rupanya. "

"Ya. Sekali lagi saya minta maaf tak beritahu awak awal-awal. "

"Tak mengapa. "

Izuki menolong Rin untuk bangun. Setelah itu selesai, mereka pergi ke kereta mereka dan terus bertolak untuk pulang ke rumahnya. Semasa dalam perjalanan,

"Oh ya Rin awak akan tinggal di mana? "tanya Izuki.

"Oh Rin akan tinggal dengan kita. " jawab ibunya.

"Apa? "

"Ya kami memang ada memohon untuk ambil pelajar pertukaran dan kami dapat Rin. "

"Oh begitu. "

Beberapa jam kemudian, mereka tiba ke destinasi mereka. Mereka mengambil barang mereka dan masuk ke dalam rumah.

"Jadi Rin ini adalah rumah saya. Tak begitu besar tapi cukup untuk kita semua. "

"Ia tak mengapa. "

"Izz, boleh kamu tunjukkan Rin biliknya?" "Baiklah. Mari Rin. "

Mereka pergi ke tingkat atas. Mereka tiba ke sebuah bilik.

"Baiklah Rin, ini bilik awak. Bilik ni memang kosong. Tidak ada siapa yang guna bilik ni.

Selalunya digunakan untuk tetamu. "

"Baiklah. Terima kasih." Rin masuk ke dalam dan mula mengemas.

Pada waktu malam semasa Izuki sedang tidur, ada orang membuka pintu biliknya dan masuk ke dalam. Izuki tersedar akibat bunyi pintu tersebut. Izuki tidak nampak apa-apa kerana gelap. Kemudian lampu biliknya terbuka.

"Rin? Awak ke tu? "Kadar penglihatan Izuki agak teruk jadi dia tidak dapat melihat dengan jelas.

"Ya."

"Oh maaf saya tak nampak awak jadi saya tertanya-tanya siapa di situ. Jadi apa yang awak nak? "

"Saya tak boleh tidur. Boleh awak temankan saya seketika. "

"Boleh sahaja. "

"Terima kasih. "

Rin duduk di katil Izuki. Mereka bersembang sehingga mereka menjadi mengantuk.

"Baiklah saya nak tidur semul---. "

Tanpa disedari , Rin sudah tertidur. Memandangkan katilnya adalah katil dua tingkat, Izuki terpaksa tidur di bahagian atas.